Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Sekitar-sekitar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekitar-sekitar. Papar semua catatan

Ahad, 17 Oktober 2010

Pesta Konvo UPSI dan Kelantan Fried Chicken+ Ais Lemon Asam Boi

Hari ni merupakan hari kedua aku ke UPSI untuk merasai kehangatan Pesta Konvo UPSI. Semalam aku singgah di Pesta Konvo tersebut pada pukul 11.30 malam. Banyak kedai yang hampir tutup. Aku tak berapa puas hati kerana kehadiran aku semalam hanya membawa anak lelaki nombor satu aku.

Hari ni merupakan hari balas dendam habis satu family aku angkut. Mula-mula round di kawasan menjual baju, kasut dan segala macam barangan yang aku sendiri tak dapat nak senaraikan. Banyak sangat. Antara yang aku ingat kek lapis Sarawak... yang lain agak kabur dari ingatan.

Sebelum melihat persembahan kebudayaan di pentas utama aku sekeluarga bersantap dulu di bahagian makan-makan korner yang ada pelbagai juadah. Yang ni aku boleh listkan kerana otak aku amat segar melihat semua makanan yang lazat. Bermula dengan Char Kuew Teow, Aneka Sup, Nasi ayam, Aneka air, laksa, sate, KFC dan Nasi Minyak + Nasi kerabu.

Antara menu yang paling lazat dan mengancam keselamatan dalam negara ialah KFC.... Perghhhhh dari jauh aromanya menyucuk deria bau dan menembus ke alam makrifat... KFC ini shortform Kelantan Fried Chicken..Rasanya sangat sempurna sesempurna bulan purnama yang mengambang penuh.

Sambil pekena KFC sambl minum air lemon asam boi... Perghhh satu gabungan mantap seperti gabungan bergu badminton Razif dan Jailani pada satu masa dahulu. Sedang menikmati hidangan paling mantap di pesta konvo UPSI, semua pengunjung-pengunjung di makan-makan korner dihiburkan dengan lagu rock kapak dari sound yang berdentum-dentum.

Apalagi sebelah tangan aku laju mengetuk perlahahan bahagian atas bangku plastik sambil mengikut irama. Bermula dengan lagu Pawana, XPDC, UKAYS dan Ramli Sarip. Terasa seperti ada pentas konsert dihadapan mata aku. Ternampak-nampak gelagat Amy menyanyikan lagu Pawana. Selepas itu terasa-rasa pula pula kenyaringan suara Mael XPDC dalam konsert funfair.

Apabila tiba lagu teratai Ramli Sarip aku agak touching sikit memandangkan lagu ini banyak sangat nostalgianya bagi aku...Entah macam mana bermain semula kenangan lama yang mengusik jiwa... Berantu betui le lagu ni bagi aku...Sedar tak sedar hampir sejam aku dan family di situ.

Selepas itu aku bergerak ke pentas utama menyaksikan persembahan kebudayaan. Perghhhh Dikir Barat beb... Lama gua tak tengok dikir barat bro... Memang mantop kumpulan Dikir Barat ni. Samabil melihat kumpulan dikir barat ni membuat persembahan, terasa pulak seolah-olah aku yang sedang membuat persembahan tersebut. Terimbau nostalgia lama semasa aku begitu asyik berdikir barat semasa di UKM dulu sampaikan nasib baik tak sangkut dengan mek Palekbang.....he he

Selepas itu persembahan pelajar UPSI dengan lagu balqis...Memang mengancam sungguh suaranya... Tetapi aku lebih tertarik kepada persembahan selepas itu yang menampilkan kumpulan The Interview (Pelajar UPSI) yang menyampaikan lagu dari filem man laksa... aku tak tau nama lagunya... tapi macambunyi lagunya macam lagu koboi... Memang superb bro dia orang ni.

Aku terpaksa bergegas pulang memandangkan esok nak sekolah dan anak-anak pun dah letih... Kalau ikutkan hati memang aku nak tunggu sampai habis persembahan. Apa pun aku ucapkan tahniah kepada semua AJK KONVO UPSI kerana ada sedikit peningkatan dari sudut persembahan berbanding tahun lalu.... Keep it up bro and sis... Aku pun pernah jadi AJK Pesta Konvo, memang satu tugas yang berat untuk memastikan Pesta Konvo berjalan dengan lancar...

Jumaat, 13 Februari 2009

Tanjong Belit @ Slim Village


Slim Village merupakan sebuah pekan kecil. Terletak di jalan lama nak Ke Kuala Lumpur satu ketila dulu. Nama lama bagi Slim Village ialah Tanjong Belit. Ia mendapat nama kerana sungainya yang bebelit.

Pada masa dahulu pengangkutan air merupakan jalan utama di sini. Bagi mengetahui keluar masuk pelbagai jenis kenderaan air ke sini satu menera kawalan diletakkan di atas Bukit Peninjau (Kini menjadi kawasan perkuburan) . Seorang peninjau diletakkan di situ. Apabila ada sebarang kenderaan air yang nak masuk ke Tanjong Belit maka peninjau tersebut memberitahu kepada orang-orang di Tanjong Belit.

Selepas Inggeris menguasai tanah melayu Nama Tanjong Belit telah ditukar kepada Slim Village. Dahulu terdapat jambatan kayu yang merentangi sungai untuk kemudahan penduduk setempat. Semasa kemasukan Jepun ke Tanah Melayu jambatan ini menjadi rebutan di antara Jepun dan Inggeris. Difahamkan terjadi pertempuran yang hebat di sini.

Kini Slim Village masih berdiri menongkah arus permodenan. Walaupun kini Slim Village tidak lagi berada di jalan utama ke Kuala Lumpur dengan kepelbagaian aktiviti pertanian yang melatari penduduknya ia terus bertahan dari zaman ke zaman.

Dengan kepelbagaian ekologinya kini aktiviti berkayak dan 4 by 4 sering diadakan di sini. Terdapat juga kolam air panas yang belum dikormesialkan sepenuhnya. Kehijauan alam semulajadi pasti mengamit memori indah apabila anda berkunjung ke sini.

Sumber : Hasil temubual orang lama Slim Village

Sabtu, 7 Februari 2009

Pasar Lambak Tanjong Malim

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4

Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8

Semalam selepas menghadiri pengebumian sahabat aku Affandi. Aku terus ambik orang rumah yang ada kelas master di UPSI. Selepas makan kat Kedai Andri (Nanti aku akan ceritakan keistimewaan kedai ni) aku terus ke pasar lambak tanjong malim. Ada yang sebut pasar malam. Tapi aku tengok pukul 2.00 dah bukak dah.

Agak lama aku tak ke pasar lambak ni. Banyak perubahan, orang yang berniaga ramai orang baru. Apa yang dijual boleh kata semuanya mengancam. Pergi kat tempat buah-buahan semuanya segar-segar kalah tesco. Ada beberapa gerai yang menyajikan menu mengancam dan sedap. Tengok gambar-gambar di atas.

Gambar 1 : Salah satu lorong kat pasar lambak
Gambar 2 : Gerai nasi ayam ayam percik
Gambar 3 : Gerai katiak ayam kata orang sabah
Gambar 4 : The best lemang and dodol in town (man dodol) Rendangnya pun sedap
Gambar 5 : Gerai apam balik keju dan apam balik pulut
Gambar 6 : Gerai buah fresh
Gambar 7 : Gerai ikan paling fresh cina ramai beli kat kedai ni
Gambar 8 : Gerai nasi kerabu

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...