Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 Februari 2009

Tanjong Belit @ Slim Village


Slim Village merupakan sebuah pekan kecil. Terletak di jalan lama nak Ke Kuala Lumpur satu ketila dulu. Nama lama bagi Slim Village ialah Tanjong Belit. Ia mendapat nama kerana sungainya yang bebelit.

Pada masa dahulu pengangkutan air merupakan jalan utama di sini. Bagi mengetahui keluar masuk pelbagai jenis kenderaan air ke sini satu menera kawalan diletakkan di atas Bukit Peninjau (Kini menjadi kawasan perkuburan) . Seorang peninjau diletakkan di situ. Apabila ada sebarang kenderaan air yang nak masuk ke Tanjong Belit maka peninjau tersebut memberitahu kepada orang-orang di Tanjong Belit.

Selepas Inggeris menguasai tanah melayu Nama Tanjong Belit telah ditukar kepada Slim Village. Dahulu terdapat jambatan kayu yang merentangi sungai untuk kemudahan penduduk setempat. Semasa kemasukan Jepun ke Tanah Melayu jambatan ini menjadi rebutan di antara Jepun dan Inggeris. Difahamkan terjadi pertempuran yang hebat di sini.

Kini Slim Village masih berdiri menongkah arus permodenan. Walaupun kini Slim Village tidak lagi berada di jalan utama ke Kuala Lumpur dengan kepelbagaian aktiviti pertanian yang melatari penduduknya ia terus bertahan dari zaman ke zaman.

Dengan kepelbagaian ekologinya kini aktiviti berkayak dan 4 by 4 sering diadakan di sini. Terdapat juga kolam air panas yang belum dikormesialkan sepenuhnya. Kehijauan alam semulajadi pasti mengamit memori indah apabila anda berkunjung ke sini.

Sumber : Hasil temubual orang lama Slim Village

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...