Nuffnang

Pengikut

Ahad, 1 Februari 2009

KG. JAMBAI, TAPAH, PERAK.

Tahukan anda di mana Kg. Jambai. Kg. Jambai ni selalu orang salah sebut. Ada yang sebut kg. Jamban ada yang sebut kg. jambi macam-macam. Kampung ini terletak di Tapah Perak. Kira-kira 3 kilometer daripada pekan Tapah. Kalau yang selalu naik ke Cameron Highland pasti nampak signboardnya.

Suatu ketika dahulu kg. Jambai ni meriah ramai penduduknya. Namun daripada sehari ke sehari kepadatan penduduknya semakin kurang. Pernah satu ketika hanya ada lima rumah yang berpenghuni. Akhir-akhir ni ramai yang dah buat rumah dan menetap terus disini. Keunikannya memang tidak dapat dinafikan. Sungai batang padang menjadi panorama indah kg. ini. Suasana desa yang nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota memang terasa.

Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri, yang dah pencen dan ada juga yang bekerja kerajaan. Ketua kampungnya silih berganti dan yang terkini Encik Sulaiman bin Nordin. Di bawah kepimpinan beliau banyak kemajuan yang di bawa. Jalan baru, surau baru, jambatan baru dan banyak lagi. Oh ya dulu kalau nak merasa pengalaman berada di atas jambatan gantung datanglah ke kg Jambai. Nak menikmati kelazatan ikan sungai Batang Padang datnglah ke Kg. Jambai.

Musim buah-buahan memang meriah dengan pelbagai jenis buah-buahan terutamanya durian. Kampung-kampung yang ada disekitarnya seperti kg rebai , kg bermin, kg. sg gading, kg.batu melintang dan sunut. Disinilah aku mengutip banyak pengalaman daripada kecil hingga sekarang. Kalau ada masa aku selalu berkunjung ke sini. Arwah datuk aku antara orang yang mula-mula mengasaskan kampung ini. Bravo Jambai.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...