Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 21 Februari 2009

Tuhan Perang

Demi membenarkan amalan Jahiliiyah mesir purba atau yang di sebut kabbalah orang-orang yahudi sanggup memesongkan kitab suci mereka Taurat. Kandungan kitab asal telah di ubah bagi menyesuaikannya dengan Kabbalah. Di dalam Old Testament (Perjanjian lama) iaitu dalam bahagian Kitab Nahemiah sejenis kitab sejarah mereka sendiri mengakui dosa yang telah mereka lakukan. "mereka (bapa-bapa kami) telah menderhaka dan menentang kamu, mengetepikan ajaran kamu dan membunuh nabi-nabi kamu, yang bersaksi menentang terhadap mereka untuk menyerahkan mereka kepada kamu dan mereka melakukan banyak provokasi"

Antara unsur-unsur penyelewengan dan unsur jahiliyyah mesir(Kabbalah) yang dimasukkan ke dalam Taurat

1) Di dalam kitab pertama taurat dikatakan tuhan telah menjadikan seluruh alam ini di dalam enam hari daripada kosong. (Ini benar sama sperti yang terdapat dalam Al-quran surah qaafayat 38). kemudian mereka menyatakan tuhan berehat pada hari ketujuh. Fakta iniditambah oleh yahudi. Sudah tentu bagi kita ini tidak dapat diterima kerana berehat
bermaksud tuhan bersifat seperti sifat manusia.
2) Mereka juga mendakwa moyang Bani Israel Nabi Yaakob bergusti dengan tuhan dan menang.
Fakta ini direka demi mengagungkan kehebatan bangsa Yahudi itu sendiri.
3) Mereka juga mendakwa tuhan yang ada hanya untuk Bani Israel bukan utuk bangsa lain.
4) Di dalam kitab Joshua perjanjian lama amat jelas arahan-arahan telah diberikan untukmelakukan keganasan ke atas bukan Yahudi. Pembunuhan beramai-ramai terhadap wanita,kanak-kanak dan orang dewasa dihalalkan. Sudah tentu ini tidak dapat diterima namun iniadalah budaya jahiliyyah yang menggalakkan kegasanan yang menyembah mitos tuhan perang.

Kalau kita kaitkan fakta keeempat itu dengan senario dunia terkini sperti di Gaza maka tidak hairanlah mengapa mereka sanggup menjalankan penghapusan etnik berterusan. Menurut pakar sejarah Yahudi Theodore Reinach mengatakan "Kabbalah satu racun tersembunyi yang memasuki pembuluh darah agama Yahudi dan mengerumuninya" Bersambung lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...