Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 7 Februari 2009

Ayam Organik


Semalam dalam Buletin utama ada cerita tentang seorang peniaga yang menjual barang-barang organik (basah dan kering). Keuntungannya RM1.8 juta setahun memang lumayan. Tetapi bukan nak cerita tentang keuntungannya. Yang aku nak tekankan tentang penggunaan barang organik.

Aku memang dah lama teringin nak gunakan barangan organik. Tetapi malangnya tak da peniaga Bumiputra Islam yang menjual dan mengeluarkan barang-barang organik secara menyeluruh. Kalau ada pun sikit-sikit je yang organiknya.

Ayam organik agak mudah didapati di tempat aku ada kat stokis HPA Slim River dan kedai Hub Halal Tanjong Malim. Kalau aku ke KL aku akan beli kat kedai dr zainol. Harga agak tinggi sikit.

Aku mengimpikan kedai yang jual 100% barangan organik. Sos Tomato, sos cili, kicap. mee, sayur dan semua barang keperluan rumah. Di ipoh dan Kuala Lumpur ada tapi barangannya dihasilkan oleh bangsa asing. Susah sikit nak yakin halalan toyyibanya.

Buat masa ni hanya HPA yang menghasilkan banyak barang organik. Aku harap syarikat ni akan keluarkan banyak lagi barang keperluan organik untuk pengguna-pengguna Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...