Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 7 Februari 2009

Kenape katak lompat ?


(Diambil dari tulisan bolg mamat khalid-Tempurung pecah)
kalau tak lompat dia takkan ke mana. ehee.

kecoh apake hair deme? politik. siapa yg berpolitik? sokong. siapa yg sokong siapa? bantah. siapa bantah siapa? dulu sokong skrg tidak. dulu tidak skrg sokong. yg duduk atas pagar menjerit jerit memberi nasihat dan pagar makin lendut dia tidak berganjak.

kawan2 dari perak ada yg tak mahu balik kerana protes. kenapa? kerana suara politik mereka karam. kerana fahaman politik mereka separuh jalan realisasinya. orang seni bukan orang politik. apabila seni mengambil pihak hilanglah seni yg diperbudayakan. tak kira haluan kiri atau kanan. berpihak bererti telah mengambil bahagian dan sumbanglah seni itu.

A Samad Said. dia suruh memanggil dirinya bapak tp malu aku nak mengaku anak dengan ilmu dan serba kedaifan ini! aku mengenalinya menerusi naskah2 magis beliau. mempengaruhi jiwa batin penulisan2 aku. darah beliau adalah lautan seni bangsa ku. jus tulisannya minyak yg membakar pelita menerangi rational aku berkarya. dari zaman jepang sehingga zaman pak lah beliau menulis. sinis. kiri kanan beliau mamah. tiada berpihak dan nadi seni beliau masih berdegup juga.

banyak yg diceritakan beliau memberitahu rahsia dunia melayu. aku mengamuk padanya kerana mengapa kebenaran tidak di beritahu. beliau senyum dan menyuruh aku matang dan bertanggungjawab! itu empat tahun dahulu. kini aku sudah mula faham kebijaksanaan akal sebagai seorang yg ingin berseni. politik itu celah ketiak kita je rupanya........

aku cuma bernaung dibawah panji raja aku. the last defense of my existence. penjaga ugama ku juga. ahli bait turun temurun. putih kata beliau putih ku ikut. bukan desakan politik tetapi atas faktor yg sudah masak di timbangkan beliau. beliau golongan cerdik pandai. aku yakin.

aku rakyat. berlapik sireh ayat ku jika membalas sapanya. tidak berani memaki seperti yg ku baca di blog milik beliau. malu aku melayu sangat kasar bahasanya pada raja mereka. (komen dari cina dan india begitu eluk susunan ayat mereka pula!)

*dan seorang baru memberitahu aku mengatakan raja zalim raja di sanggah. zalim terhadap rakyat secara direct ke atau zalim kerana tidak mengikut kehendak satu pihak politik ? zalim kerana tidak tunduk kemahuan kita ? apa rahsia kerajaan yg kita ketahui berbanding dgn raja yg dipersembahkan dgn segala yg berlaku?

adakah aku tiada telur untuk berpolitik? sayugia di ingatkan telurku ranum dan besar indah rupabentuk fizikalnya. cuma ia enggan berahi di dalam arena politik.

dan kepada sahabatku yg berpolitik, politiklah anda sehingga maghrib. aku insan seni yg melihat merakam dan senyum dan tetap kalah. sesungguhnya ahlipolitik itu lagi lebar senyuman mereka......jesteru itu aku seperti planet mengelilingi matahari di cekerawala. bukan bulatan kekal tetapi membujur lalu ada masanya menjauhi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...