Nuffnang

Pengikut

Isnin, 16 Februari 2009

KESATRIA-KESATRIA TEMPLAR


Selepas 2o tahun mereka menguasai Baitul Muqaddis mereka telah telah menggelarkan diri mereka dengan nama Pengikut Nabi Isa dan Kuil Sulaiman Yang miskin serta telah menyususn tatacara Knight Templar dengan lebih tersususn.

Pengasas kepada tatacara  ini ialah kesatria Perancis Hugh De Payens dan Godfrey de st. Omer. Tatarcara ini  terus berkembang baik. Mereka menamankan diri mereka sempena Nabi Sulaiman kerana markas mereka di bukit kuil  yang mana kuilnya telah runtuh. Disini juga terletak Dome Of Rock (Kubah Batu).

Walaupun mereka menggelarkan diri mereka tentera yang miskin namun dalam masa yang singkat sahaja mereka telah menjadi begitu kaya. Penghijrahan orang kristian daripada Eropah terus meningkat. Mereka telah mula menggunakan sistem cek dan kredit sama seperti bank. Menurut penulis British Maichel Baigent dan Richard Leigh mereka telah mengasaskan sistem kapitalis  zaman pertengahan. dan telah membuka jalan kepada perbankkan moden yang berasakan riba.

Templar lah yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan ramai orang Islam. Kerana itulah semasa Salehuddin Al-ayubi menewaskan tentera salib dalam perang Hatim pada tahun 1187  dan sterusnya menawan semula Baitul Muqaddis telah menghukum mati tentera Templar ini.

Selepas kejatuhan Baitul Muqqaddis pengaruh mereka merosot dengan teruknya. Namun mereka telah lari ke Eropah dan menguatkan semula pengaruh mereka di sana. Bermula di Perancis dan terus merebak ke negara lain. Maka wujudlah apa yang disebut sebagai sebuah negar di dalam sebuah negara.

Golongan Pedagang dan golongan gereja mula bimbang.  Tatarcara yang diperkenalkan oleh mereka menyimpang jauh daripada ajaran kristian. Ketika berada di Baitul Muqaddis mereka telah menganut pelbagai doktrin misteri dan ganjil serta menjalankan upacara ganjil.

Akhirnya pada tahun 1307 raja Perancis Philip le Bel telan menangkap ahli-ahli Knigh Templar ini. Sebahagian pula berjaya melarikan diri. Mereka telah disoal siasat dan mengaku melakukan amalan ganjil serta menyimpang daripada amalan agama Kristian sebenar dan telah meghina Nabi Isa dalam media mereka.Ketua agung mereka  Jacques de Molay telah di hukum bunuh dan secara rasminya terhapus pengaruh mereka

Namun begitu sebenarnya ramai juga golongan Templar yang berjaya melarikan diri dan terus menghapuskan jejak mereka. Satu-satunya negara yang menerima mereka ialah Scotland di bawah pemerintahan Robert de Bruce. Kali ini mereka bergerak secara rahsia dengan menysusup masuk ke dalam persatuan pembina dinding rumah dan setreusnya mengawal sepenuhnya rumah-rumah persatuan.

Dalam era moden rumah persatuan ini di gelar Masonic Lodge (Rumah persatuan Freemason).Istiadat Scotland adalah cabang perkumpulan Freemason tertuadan bermula pada awal abad keempat belas. Nama dan darjah kebesaran di dalam adat istiadat Scotland adalah sama sperti nama dan pangkat yang diberikan kepada ahli tatarcara Tempalar dan terus digunakan kini da dalam Fremason. Pengaruh Templar tidak lenyap malah terus subur di bawah pengaruh Freemason. Bersambung esok..... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...