Nuffnang

Pengikut

Ahad, 1 Februari 2009

Potong Zaka

(Dipetik daripada blog OKOB tulisan sifu lukman)

Sudah lama aku tak jumpa kawan aku Cina Geng Satu Company ni. Ingat-ingat aku paling last dia call aku masa dia hendak pinjam songkok. Dia di bahagian maintenance manakala aku pula di bahagian akademik dan hanya sehari-dua dalam seminggu ada di pejabat Sintok ini menyebabkan kami jarang bersua.


Pagi tadi di Kafeteria Lego aku terserempak dengan dia. Dari jauh dia sudah tersenggih sambil melambai-lambai tangannya kepada aku yang baru keluar dari kereta.

Belum sempat duduk dia sudah menyapa.

Lu sekalang manyak sombongla Lokman ah! Lumpa pun talak. Calling-calling pun talak!" (nama aku disebut dengan kebiasaan tambahan ”ah”)

”Mana ala sombong! Aku outstation maa...” (akupun sudah terikut-ikut dialek dia!)

Aiya! Ini claim mesti banyak! Wira sudah tukar Pesona maa...”

“Itu Wira maintenance sudah tinggi. Itu pasai tukar Pesona. Aku mau ambik air dulu nanti kita sembang panjang.” Aku bangun untuk mengambil makanan di kafeteria layan diri itu.

Belum sempat aku duduk semula, kawan aku Cina Geng Satu Company ni sudah buka mulut.

Gua mau tanya sikitlah!”

’Apa lu mau tanya?”

Apasai Melayu ah, suka Potong Zaka?”

Hampir tersembur air teh dari mulut aku mendengar ”soalan maut ” ini.

”Mana ada suka! Melayu mesti ada potong zakar!”

Talak! Gua tahu ala Melayu talak ”Potong Zaka”!

”Lu jangan main-main! Mana ada Melayu talak potong zakar!”

Ala! Lu punya boss itu Aji mana ala ”Potong Zaka”!”

Apa kena kawan aku Cina Geng Satu Company ni merepek sampai berkait nama Ketua Jabatan aku (Prof. Madya Dr. Hj. ini)

”Lu gilakah! Mana lu tahu itu Aji talak potong zakar? Lu ada tengok ka?” Aku sudah mula marah mendengarkan repekan tak ketahuan ini.

Gua hali-hali tengok maaa... Gua talak tipu!”

“Lu tengok hari-hari itu Aji talak potong zakar?” kehairanan aku.

Betul maaa..... Itu galaj (garage) lepan lu punya office mana ala “Potong Zaka”. Lu sendili boleh lampak lu punya boss itu Aji ala Tolota Altis maa....”

La! Mati-mati aku ingatkan kawan aku Cina Geng Satu Company ini “hari-hari tengok “zakar” boss aku. Rupa-rupanya dia maksudkan “Potong Zaka” itu adalah “Proton Saga”.

Aku telan nasi lemak bulat-bulat tanpa mengunyah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...