Kira-kira pukul 9.30 tadi aku dapat berita menyedihkan kematian seorang rakan yang baik. Arwah bekerja sebagai polis di Slim River. Aku kenal dia ni dalam MLM. Memang aktif orangnya. Keluarga dia pun hampir sebahagian besarnya rapat ngan aku. Aku rasa amat sediah kehilangan seorang rakan yang baik.
Teringat aku kenangan makan kari kambing di belakang balai polis jalan ipoh dengan member aku ni. Apapun setiap yang hidup pasti akan menemui penciptanya. Dia meninggal kerana serangan jantung tengah malam tadi. Jenazahnya akan dibawa ke kampung Lintah dan Dijangkakan akan dikebumikan selepas zohor ini di tanah perkuburan Islam simpang hulu slim.
Kepada semua pembaca Blog ini aku mohon baca dan sedekahkan al-fatihah. Alfatihah........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan