Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 6 Februari 2009

Bulu


Yang ni satu lagi pengalaman melucukan semasa mengajar membaca pelajar-pelajar slow leaner. Slow leaner ni ada banyak tahap. Ada yang boleh membaca tapi lambat. Ada yang mengeja cepat. Ada yang mengeja lambat. Pelajar yang sorang ni pernah jadi jiran aku. Aku pernah tengok dia hantar kad raya kad anak aku. Satu benda pun aku tak tau apa yang dia tulis.

Lepas tu dia pindah entah ke mana. Tiba-tiba aku jumpa balik dalam kelas intevensi ni. Bila aku suruh dia baca. Dengan selamba dan penuh bergaya dia akan baca. Setiap kali dia baca aku cakap bagus. Apalagi lagi semangat le dia baca.Tetapi sebenarnya tak de satu perkataan yang betul. Dia berlagak macam dia boleh baca. Dia reka-reka je.

Kemudian aku panggil dia baca beberapa ayat. saja nak uji. Perkataanya BAPA SAYA ADA BUKU. BUKU BAPA SAYA BANYAK. Dia baca agak lancar. aku pun heran jugak. Rupanya dia hafal sebab kawan sebelum tu dah ada yang baca. Tetapi yang aku tak boleh tahan bila semua huruf K dia tukar jadi huruf L. Cuba anda bayangkan apa yang dia baca. Ha....Ha.....Ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...