Nuffnang

Pengikut

Selasa, 24 Februari 2009

Humanisme


Fahaman seperti cinta manusia, keamanan dan persaudaraan merupakan fahaman humanisme yang menular dalam masyarakat moden. Daripada segi falsafahnya humanisme menganggap kemanusiaan sebagai fokus dan satu-satunya matlamat.Menyeru manusia supaya berpaling daripada tuhan pencipta mereka. Dalam kamus biasa mendifinisikan humanisme sebagai satu sistem pemikiran yang berasaskan kepada nilai karakter dan perlakuan yang dipercayai baik untuk menusia dan tidak hanya berasas kuasa ghaib.

Namun menurut pakar humanisme Corliss Lamont mendifinisikan bahawa humanisme percaya bahawa alam semulajadi terdiri daripada realiti keseluruhannya, di mana kuasa benda dan bukannya minda adalah asas cakerawala ini dan entiti kuasa ghaib tidak wujud. Ketidakbenaran kuasa ghaib ini bermaksud manusia tidak mempunyai kuasa ghaib dan roh yang kekal.

Kesimpulannya Humanisme ini hampir sama dengan ateisme. Fakta ini disokong sendiri oleh golongan humanisme berdasarkan kepada 2 manifesto yang dikeluarakan pada tahun 1933 dan 1973. Antara perkara asas dalam dogma ateis yang sama dengan humanisme ialah alam dan manusia tidak dicipta sebaliknya telah wujud dengan sendirinya.Manusia tidak bertanggungjawab di atas sebarang kuasa lain melainkan dirinya bahawa kepercayaan kepada tuhan telah membantutkan perkembangan individu dan masyarakat.

Enam artikel di dalam manifesto.

1. Penyokong-penyokong humanisme yang beragama mengangggap alam ini terjadi dengan sendiri dan tidak dicipta.
2. Humanisme percaya bahawa manusia adalah sebahagian daripada alam dan ia telah muncul daripada proses berterusan.
3.Berpegang pada pandangan organik. penyokong humanisme mendapati bahawa tradisi dualisme minda dan tubuh mesti di tolak
4. Humanisme menganggap budaya keagamaan manusia dan ketamadunan yang ditunjukkan oleh antropologi dan sejarah adalah hasil perkembangan beransur-ansur melalui interaksinya dengan keadaan sekeliling dan masyarakat warisannya. Kelahiran individu di dalam suatu budaya tertentu sebahagian besarnya dibentuk oleh budaya itu sendiri.
5.Humanisme mendakwa bahawa alam semulajadi yang dipaparkan oleh sains moden menolak sebarang nilai-nilai kuasa ghaib atau jaminan kosmik nilai-nilai manusia.
6. Kita yakin masa telah berlalu untuk teisme, kepercayaan kepada tuhan, modenisme dan beberapa jenis pemikiran baru.

Keenam-enam fasal di atas mengandungi semua fahaman yang dianuti sebahagian masyarakat moden. Fahaman satu merupakan fahaman materialisme kewujudan abadi alam. Fasal kedua merupakan fahaman teori evolusi bahawa manusia tidak dijadikan. Fasal ketiga menafikan kewujudan roh manusia dan mendakwa manusia adalah himpunan material. Fasal keempat juga memaparkan fahaman budaya evolusi menafikan kewujudan tuhan sebagai berkuasa ke atas alam ini.Fasal kelima menafikan kedaulatan tuhan ke atas alam dan manusia dan fasal keenam telah tiba masanya menolak kepercayaan kepada tuhan. Bersambung lagi esok......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...