Nuffnang

Pengikut

Rabu, 4 Februari 2009

Organic Lifestyle


Organik bermaksud dari tanah. Ringkasnya ia membawa maksud asli,semula jadi, tidak tercemar dan sifat-sifat semulajadi produk pertanian yang boleh selamat digunakan setiap hari. serta bebas penggunaan racun kimia dan serangga. Pelbagai produk organik terdapat di pasaran hari ini seperti sayur-sayuran, vitamin, ubat gigi, sabun dan serbuk pencuci.

Menurut bapa teori organik Dr. Henry Cheng menyatakan bahawa makanan organik bermaksud kesemua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi. Iaitu segala-galanya semulajadi. Contoh-contoh kaedah tanaman sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semulajadi atau tanah yang memang subur atau memasukan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. Ini menyebabkan tanah dioksidakan justeru itu meminimumkan pencemaran tanih,udara dan air di kawasan tanah itu.

Walaupun baja-baja dapat membantu pertumbuhan meningkatkan produktiviti tanah dan seterusnya memberi hasil yang lebih lumayan, namun ia cuma hasil yang elok dipandang yanpa bayak faedah.Dalam produk-produk ini mungkin terdapat banyak kandungan air yang menjejaskan citarasa asli sayur-sayuran atau kualiti pemakanan tumbuhan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...