Ramai ahli sejarah mengaitkan Freemason dengan Perang Salib dan berasal dari England pada awal abad ke 18. Bila memperkatakan tentang Freemason kita jugak tidak terlepas daripada memperkatakan tentang Knight Templar atau kesatria Templar.
Ramai beranggapan bahawa Perang Salib adalah ekspedisi ketenteraan yang dijalankan atas nama agama. Tetapi sebenarnya tujuan utama ialah untuk mendapat keuntungan material. Ketika Eropah mengalami kemiskinan dan kesengsaraan negara-negara timur tengah berada dalam kemakmuran dan kemewahan. Ini menarik minat mereka untuk menawan negara-negara Islam tersebut.
Pengasas perang salib ialah Paus Urban II. Beliau memanggil mesyuarat Clermont pada tahun 1095, di mana doktrin agama kristian telah ditinggalkan. Satu peperangan suci telah diseru dengan niat merampas tanah-tanah suci daripada orang Islam. Namun tujuan utamanya tidak lain dan tidak bukan hanya mencari keuntugan dunia sahaja.
Menurut Donald Quiller daripada Universiti Illinois " Tentera Perancis mahukan lebih tanah. Itali mengharap mengembangkan perdagangan mereka di pelabuhan timur tengah. Tentera miskin berperang untuk membebaskan diri dari kesengsaraan dan kemiskinan". Sepanjang jalan mereka membunuh ramai orang Islam , merosakkan bandar constantinople dan mencungkil daun-daun emas di Hagia Sophia.
Akhirnya mereka sampai ke Baitul Muqaddis pada tahun 1099. Setelah 5 minggu di kepung maka kota tersebut jatuh ke tangan mereka. Tidak kira lelaki dan perempuan semuanya dibunuh. Longgokan kepala dan tangan dapat dilihat di merat-rata tempat. Di kuil Sulaiman pula manusia menunggang di dalam darah setinggi lutut.Dalam masa 2 hari tentera salib telah membunuh seramai 40,000 orang Islam.
Disinilah bermulanya tatacara Knight Templar yang akhirnya sedikit demi sedikit mencorakkan geo politik dunia sehingga ke hari ini . Bersambung lagi di siri akan datang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan