Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 20 Februari 2009

Hathor dan Apis


Knight dam Lomas mendakwa terdapat satu persamaan di antara kepercayan-kepercayaan Mesir purba dan sains moden. Apa yang mereka maksudkan dengan sains moden ialah konsep-konsep materialistik, teori evolusi dan teori kecamukan. Walaupun kenyataannya teori-teori itu tidak mempunyai asas sains dan ia telah dimasukkan secara paksa ke dalam bidang sains sepanjang dua dekad yang lepas dan dikemukakan sebagai telah dibuktikan secara saintifik.

Sebelum pergi lebih jauh kita mesti melihat ke dalam kehidupan Bani Israel semasa di Mesir. Pada mulanya kaum Bani Israel merupakan kaum yang percaya dengan satu tuhan dan sangat beriman dengannya sejak zaman nenek moyangnya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi Ishak dan Nabi Yaacob. Bersama dengan nabi yusuf mereka ke Mesir dan memulakan kehidupan di sana.

Mereka terus mengekalkan fahaman monotisme mereka untuk satu tempoh yang panjang walaupun kehidupan mereka dikelilingi masayarakat mesir yang menyembah berhala. Namun secara sedikit demi sedikit mereka mula terpengaruh dengan amalan penyembahan berhala. Ini dapat dibuktikan dalam 2 ayat al-quran ketika mereka lari dari dikejar oleh firaun dan terdampar di tengah bumi sinai. Mereka telah meminta kepada nabi musa "Wahai Musa buatlah untuk kami satu tuhan (berhala) sebagaimana mereka(Mesir) mempunyai beberapa tuhan" dan lagi mereka memohon "Wahai Musa kami tidak akan beriman pada mu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami" "

Berdasarkan 2 ayat tersebut jelas memnunjukkan bahawa kaum Bani Israel mempunyai pengaruh yang kuat dengan amalan jahiliyyah Mesir iaitu menyembah berhala. Ketika Nabi Musa ke Tur Sinai sekali lagi mereka telah mencabar nabi Musa dengan membina patung lembu betina Emas yang diketuai oleh Samiri. Mengapa mereka membina lembu betina emas dan tidak objek lain. Jawapannya Lembu betina emas dan lembu jantan merupakan objek yag disembah oleh orang Mesir. yang dikenali Hathor (lembu betina) dan Apis ( lembu jantan.)

Hathor dan Apis adalah mewakili penyembahan matahari. Patung Lembu Betina yang dibina oleh Bani Israel juga merupakan menifestasi terhadap penyembahan matahari. Kalau dilihat pada lambang-lambang Yahudi seperti di dalam matawang Amerika amat jelas objek yang ada kaitan dengan cahaya (matahari). Begitu juga dengan mazhab Lucifer di dalam Yahudi yag mengagungkan cahaya.

Ketika Nabi Musa masih hidup lagi mereka terus menyembah pelbagai jenis berhala. apatah lagi ketika nabi Musa tiada mereka bukan sahaja menyembah berhala malah telah membawa bersama mereka budaya dan doktrin Mesir purba ke dalam kehidupan mereka seterusnya di wariskan dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini. Doktrn ini lah yang disebut Kabbalah..

Kabbalah merupakan satu sistem rahsia dan berdasarkan amalan sihir. Yang menariknya Kabbalah mengemukakan penjelasan ciptaan yang sangat berbeza daripada apa yag ditemui dalam kitab Taurat. Kabbalah telah terbentuk bertahun-tahun lebih awal daipada Kitab Taurat. Pandangannya tentang alam amat berbeza daripada teoti agama-agama ketuhanan.

Manurut Murat Ozgen seorang ahli Freemason Turki Kabbalah pada awal ciptaan badalah benda-benda dinamakan Sefiroth bermaksud bulatan atau orbit yang kedua-duanya adalah karektor material dan kerohanian mula terbentuk. Jumlah penuh benda-benda ini 32. Sepuluh pertama mewakili sistem suria yang lainnya mewakili jirim bintang-bintang di angkasa. Makklumat Kabbalah ini menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan astrologi purba. Oleh itu Kabbalah telah terkeluar daripada agama Yahudi dan lebih dekat dengan agama-agama purba timur tengah.

Namun begitu Doktrin Kabbalah telah diterima dengan baik oleh agama Yahudi yang menganggap Kabbalah sebahagian ajaran Yahudi. Untu itu mereka sanggup memalsukan kandungan asal kitab taurat demi menyesuaikan Kabbalah ke dalam agam mereka. Mereka juga telah mencampuradukkan tradisi rahsia yang telah mereka warisi dengan idea-idea sihir yang sebahagiannya telah mereka pinjam daripada bangsa-bangsa lain dengan ikhtiar mereka sendiri. Mereka juga telah memasukkan falsafah Magi (ahli sihir) parsi daripada Neo-Platonis dan Neo-Pythagoreans.

Kenyataan ini diperjelaskan di dalam surah al-baqarah ayat 102 " Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkabn kekufuran itu akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir dengan amalan sihirnya.

kerana merekalah yang mengajarkan manusia tentang ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri babil (Babylon). Sedangkan mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan menasihatinya dengan berkata Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan untuk menguji imanmu. Janganlah engkau menjadi kafir (dengan mampelajarinya). Dalam pada itu ada juga mempelajarinya dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dan isteri padahal mereka tidak akan dapat memberi mudarat dengan sihir itu melainkan dengan izin tuhan.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan diri mereka dan tidak memberi manfaat kepada diri mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) tahu bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir tidak mendapat bahagian di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk mereka. kalaulah mereka mengetahui. Demikianlah sikap Yahudi yang amat degil dari dahulu hingga kini. Bersambung lagi esok.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...