Nuffnang

Pengikut

Khamis, 12 Januari 2012

Sikat Gigi

Maggi dan asrama memang sinonim. Ibarat aur dengan tebing. Seperti lagu dan irama yang memang sukar untuk dipisahkan. Stok bekalan Maggi mudah didapati. Memandangkan pihak koperasi sekolah ada menjual Maggi. Di samping itu jugek wujud usahawan-usahawan berskala kecil di asrama yang menjual Maggi.



Berbanding dengan harga di luar, harga Maggi yang dijual oleh usahawan-usahawan ini agak tinggi sedikit. Tetapi lapar punya pasal harga bukan soalnya. Untuk memasak Maggi tidak menjadi masalah kerana ramai pelajar asrama ni yang menyimpan heater. Pinjam je....


Yang menjadi masalah di asrama ialah bekas untuk merendam Maggi... itu ada yang menggunakan cebuk atau gayung sebagai bekas untuk merendam Maggi. Makan Maggi ramai-ramai di asrama memang menyeronokkan. Kalau kita sorang je yang masak Maggi letih jugek le jawabnya. Maklum le ramai yang menumpang ... tak bagi kesian pulak...


Namun aku ada satu kenangan yang amat melucukan dan tidak boleh dilupakan. Pada satu hari setelah maggi kembang dan sedia untuk di makan aku mencari sudu untuk makan Maggi tersebut. Cari punya cari masih tidak bertemu. Nak di cekuh dengan tangan panas. Nak guna sudu dah jenuh mencarinya.


Akhirnya berus gigi menjadi alternatif pengganti sudu. Berus gigi sendiri apa nak digelikan. Sedang asyik makan Maggi tiba-tiba ada kawan yang nak numpang Maggi tersebut...Sebenarnya aku tak de masalah nak berkongsi Maggi tersebut...Masalahnya aku tak de sudu ... aku hanya guna berus gigi.


"Sham aku pake berus gigi, sudu tak de" kata aku kepada sahabat tersebut. Dengan selamba sham kata "Tak pe aku boleh guna berus gigi tersebut". Alamak bior betul dengan selamba dia guna berus gigi aku untuk makan Maggi. Berselera pulak tu.. Kalau aku rasanya bior le tak makan Maggi. Geli and geleman nak guna berus gigi orang.....

Rabu, 4 Januari 2012

New Look Restoran Pak Ngah Laksa, Kuala Kangsar

Sambil menyelam minum air... Sambil menyelesaikan urusan kerja di Kuala Kangsar... aku mengambil kesempatan untuk singgah di Restoran Baru Pak Ngah Laksa....Malangnya terlupa nak ambil gambar laksanya....Rasa laksanya memang sedap.. aku bagi lima bintang....Suasana bahagian dalamnya jugek sangat kondusif... Tambahan pula terletak bersebelahan dengan Pizza Hut menambahkan keeleganannya...Boleh Franchise dah ni...


Kaunter Bayaran

Bahagian Dalam Restoran


Gambar Lama Pak Ngah Laksa
Menu pilihan selain Laksa

Owen vs Monica

Hari pertama persekolahan memang agak meletihkan. Memandangkan dah lama cuti bukan senang nak tuning balik. Namun disebabkan kesibukan PnP , aktiviti orientasi dan lain-lain menyebabkan masa terasa cepat berlalu. Sedar-sedar dah nak balik.



Seperti biasa setiap tahun aku menjalankan ujian Diagnostik untuk pelajar-pelajar lemah untuk menguji tahap kemahiran mereka. Kesempatan ini aku ambil untuk berkenalan dengan pelajar tingkatan 1 terutamanya pelajar asli.


Kebanyakan mereka masih malu-malu dan takut-takut.... Antara perkara yang aku suka perhatikan ialah tentang nama mereka yang agak pelik, melucukan dan ada ala-ala nama mat saleh.. Tahun lepas aku dikejutkan dengan nama Bah Romen... suka-suka je mak bapak dia letak nama...Kesian budak tu.


Kalau tahun ni ada nama Owen dan Monica. Yang paling aku tak sangka inilah kali pertama aku jumpa pelajar asli yang sama dengan nama aku Nasri... Yang bestnya tu aku jadi guru kelas dia pulak....Kalau setakat orang melayu memang ramai yang aku jumpa nama sama dengan aku...Tapi bagi orang asli ini kali pertama aku jumpa sama nama dengan nama aku.


Tetapi ada satu nama lagi yang membuatkan aku tak tahan. apabila disebutkan nama ni Mulanya aku antara percaya dan tak percaya atau mungkin cikgu tu saja sebut je....Namun setelah aku bertanya kepada empunya badan sahlah nama tersebut......Namanya ialah nama samseng kampung dusun SHARIFF DOL...kah kah kah....memang kelakar betul...rasa nak terkencing gelak he he he he...

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...