Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 30 Mac 2013

Rock OO Super Kinta Vs Komplek Yik Fong

Rock oo merupakan filem yang dah lama aku tunggu kemunculannya. Dalam perbualan aku dengan Mamat Khalid 3 tahun dulu di alam cyber..katanya dia memang nak hasilkan kesinambungan Filem rock yang pertama. Namun mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan Que Haidar sebagai pelakon utama kerana beliau telah mengumumkan persaraannya daripada dunia Lakonan merencatkan perkembangan filem tersebut.
 
Tanpa Que Haidar maka filem Rock OO akan hilang sengatnya. Kerana Watak Amy Mat Piah yang dibawanya merupakan ikon yang akan melekat dalam minda peminat filem Rock yang pertama. Tanpa kelibat Que Haidar dalam Filem Rock OO sudah pasti peminat akan terasa kekurangannya filem tersebut. Semoga ada kesinambungan Filem Rock yang ketiga.
 
Ada banyak elemen mencuit hati dalam Rock OO ni...Paling aku suka gaya nyanyian dan goyangan badan pelakon tambahan yang menyanyikan lagu Malik Ridzuan secara miming yang bertajuk Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur ketika Rimba Bara dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Rasa nak berguling aku gelak.....
 
Satu lagi situasi yang menjadi trigger point untuk aku menonton filem ni berkali-kali ialah watak Pyan Habib yang berniaga kedai runcit. Lama tak tengok Pyan Habib di layar Perak. Walaupun ropanya berbeza sama sekali disebabkan faktor usia  semasa beliau berlakon dalam Kembara Seniman Jalanan  sebagai Osman Tikus namun caranya bercakap tetap sama. Ini yang uniknya..terutamanya dengan selambanya dia sound Amy Mat Piah "Balik pakai seluar, kasi Rock sikit".
 
Filem Mamat Khalid semuanya boleh jadi Evergreen...Tengok banyak kali pun tak jemu. Cerita Man Laksa tu dah berapa kali aku tengok tetap best dan tetap akan ketawa terbahak-bahak. Lagu-lagu yang ditampilkan dalam filem Rock OO juga cukup menangkap jiwa....terkenang-kenang Zaman kegemilangan Rock. Super Kinta banyak digunakana sebagai latar tempat Filem Rock OO. Memamg pada kegemilangan Zaman Rock Super Kinta merupakan port Rockers-rockers untuk berkumpul dan jamming.
 
Walaupun SYJ Studio terletak di Pasar Bulat tetapi Rockers tetap ke sana untuk Jamming kerana studio SYJ antara yang tercanggih pada ketika itu. Di Super kinta lah aku mengenali Abu May....Kumpulan TEJA dan  ramai lagi.... Rockers-rockers Manjoi antara yang paling ramai melepak di sini. Macam-macam gaya pakaian yang dapat kita lihat. Kalau nak cari accessorie Rock carilah di Komplek YiK Fong yang terletak berdepan dengan Super Kinta. Ramai juga kawan aku yang membeli tali pinggang besi, key merah, baju Iron Maideen dan Loudness di sini.
 
Banyak babak lakonan Rock OO yang di buat di Kopleks Yik Fong...Memang Yik Fong juga satu daripada lokasi rockers-rockers melepak....Hari ini Yik Fong menjadi syurga peminat-peminat perkakasan komputer... Bestnya Zaman itu....

Khamis, 21 Mac 2013

Suatu Ketika ....Dekatnya Rasa 2

 
Aku cuba mencari jawapan mengapa aku jadi begitu...Sebenarnya sebelum itu aku kerap sakit seperti demam, batuk, sakit kaki den sebagainya.... Setelah terjaga pukul enam petang aku bangkit dan duduk di kerusi sendirian sambil menonton TV.... Pada ketika itu bermacam-macam persoalan bermain di kepala...aku terus cuba mencari jawapan mengapa...Hati ini seolah-olah bermonolog dengan tuhan sambil terus bertanya mengapa...Semakin aku fikirkan semakin kusut rasa fikiran....Sambil itu aku menekan remote untuk mengubah channel di decoder Astro. Dari satu Chanel ke satu Chanel... Seperti biasa aku cukup suka dengan chanel yang berkaitan dengan ceramah sama ada agama atau yang berkaitan dengan pembangunan diri.
 
Tiba-tiba hati aku amat kuat untuk mendengar program ceramah agama yang disiarkan di satu Chanel di Astro...Pencemarah pula menceritakan tentang persolan hati...Semakin aku mendengar ceramah tersebut semakin dekat rasanya dengan jawapan yang aku cari...Mungkin ini caranya tuhan menjawab persoalan yang aku tanyakan kepada tuhan.... Antara perkara yang menyentap benak fikiran aku ialah kata penceramah tersebut berkata hati yang kotor ialah milik mereka yang banyak mengata orang...mengumpat orang dan memperihalkan keburukan orang lain kepada orang lain....
 
Pada masa yang sama aku teringat kata-kata Dr. Muhaya  "75% penyakit berpunca daripada minda dan hati yang sakit" dan satu lagi kata-kata Dr. Muhaya yang amat aku ingat ialah "Dunia dalaman menentukan dunia luaran". Apabila aku kombinasikan kedua-dua hujah ini maka rasanya aku dah berjumpa jawapannya....Sedar Tak sedar air mata aku mengalir dan mulit terus  beristighfar sambil mengucapkan terima kasih kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim....Aku dah bertemu jawapan tentang sakit-sakit yang aku alami sejak akhir-akhir ini......Aku mula sedar satu demi satu kesilapan yang aku lakukan selama beberapa minggu kebelakangan ini... Hati dan minda aku memang tak tenteram kerana banyaknya aku mengata dan mangumpat orang  serta membuka banyak keburukaan orang walaupun kadang-kadang perlakuan orang yang aku kata itu memang salah dan tak sepatutnya orang itu lakukan.
 
Tetapi apabila berfikir semula tentang apa yang aku lakukan aku mula bermonolog dalam benak fikiran aku sendiri  Siapalah aku untuk menghukum kesalahan orang tersebut....Fikiran mula kembali tenang setenang-tenangnya setelah aku mendengar ceramah penceramah tersebut di dalam TV. Ilmu tentang kejiwaan ini sebenarnya aku dah belajar dengan banyak sifu di Malaysia...tak kurang juga aku perolehi melalui pembacaan...Tetapi kadang-kadang aku terlupa pada ilmu-ilmu yang aku pernah ada.....Aku menanam azam untuk tidak mengata orang ...tidak mencari masalah dengan orang,...berkawan dengan semua orang....bekerja dengan penuh seronok tanpa stress........Yang lebih penting biarlah kerja aku tak dipandang manusia tetapi di paandang tuhan...Teringat kata-kata Dr. Ary Ginanjar pengasar ESQ 165 "Biarlah kita mengutip hasilnya disana"
 
Namun sebagai manusia sudah pastilah aku tak dapat memenuhi kesemuanya...Namun setakat ini aku berjaya mengurangkan....Memang aku sentiasa create suasana happy dengan rakan sekerja dan juga pelajar-pelajar aku....Hobi aku yang suka menyanyi , bergurau, mengusik memudahkan laluan untuk mendidik minda dan hati supaya sentiasa tenang dan gembira. Alhamdulillah badan semakin terasa sihat....Fikiran kembali tenang.
 
Aku cuba memekakkan telinga dan kadang-kadang aku menjauhkan diri apabila mendengar orang merungut, tak puas hati itu dan ini, selalu mengatakan orang lain salah dan pelbagai yang negatif...Aku perbanyakkan mencari unsur-unsur yang positif yang boleh menaikkan self esteem aku...Biarlah oarang lain dengan cara mereka...aku tetap dengan  cara aku...Happy go Lucky....Apabila Sakit barulah terasa nikmatnya sihat....Aku cuba nak memahamkan tentang konsep yang aku faham kepada sahabat yang aku amat rapat dengan aku...tetapi setakat ini aku belum berjaya...Tapi tak mengapa  biarlah aku yang memulakan dahulu....

Kata Nabi Daud

" Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, seperti mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dilihat oleh orang yang sakit"

Suatu ketika.....Dekatnya Rasa... 1

 
Aku tak tau mengapa tiba-tiba aku rasa kelas yang aku masuk pada pagi tersebut terasa seperti berpusing-pusing. Sebelum itu semasa akau menyiapakan kerja di bilik guru aku ok je... Namun apabila melangkah masuk sahaja ke kelas tingkatan 3 tersebut pandangan aku terhadap kelas tersebut seperti berpusing-pusing. Aku dah mula ngelabah...peluh dah mencurah-curah...Bak kata orang perak terasa libang libu.....
 
Tetapi aku tetap menulis di papan putih sehingga selesai. Selesai menulis aku duduk seketika bagi meredakan keadaan. Namun rasa berpusing-pusing tidak juga reda. Aku cuba memejamkan mata ...namun keadaaan bertambah berpusing. Macam-macam perkara dan persolan timbul dibenak fikiran...Adakah ini hari terakhir aku....Minta dijauhkan kerana banyak nya dosa yang belum aku mohon taubat dan keampunannya...Wajah insan tersayang mula muncul satu persatu.... Dalam hati terus memanjatkan doa sambil mengharap ihsan Allah untuk menjadikan kedaan diri kembali  seperti biasa.
 
Disebabkan keadaan berpusing-pusing belum  juga reda aku mengambil keputusan untuk ke bilik air bagi membasuh muka. Aku tinggalkan pelajar-pelajar di kelas dengan penuh Tawakal. Setelah mencuci muka dan membasahkan kepala keadaan masih tak reda...Aku mengambil keputusan untuk ke bilik guru untuk bertanya kepada rakan sekerja yang mempunyai Panadol. Hampa kerana tiada seorang pun yang mempunyai Panandol. Sahabat yang selalunya ada Panadol tiada pula di situ.
 
Aku gagahkan diri untuk ke koperasi bagi bertanyakan Panadol. Alhamdulillah seoarang rakan sekerja yang ada di koperasi mempunyai Panadol. Dapat sahaja Panandol aku pun bergegas ke kantin untuk mendapatkan air masak. Setelah itu aku kembali ke bilik guru...Cuba melelapkan mata di meja aku....Setelah seketika rasa berpusing masih tak reda......Alamak macam mana ni....Nak balik kerumah kunci tak de...Nak telefon orang rumah telefon tak de bateri......Namun aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah juga....Setibanya di kawasan rumah jam menunjukkan pukul 11.00 pagi...maknya lagi sejam anak aku akan balik daripada sekolah rendah yang berhampiran dengan rumah aku....Hanya dia yang ada kunci rumah.
 
Sementara itu aku cuba melelapkan mata dalam kereta...Tiba-tiba anak aku yang baru pulang dari sekolah rendah mengejutkan aku..."Ayah...ayah..ngapa ayah balik awal". Agak berat kepala ini... Aku cakap aku pening...Setelah membuka pintu rumah aku terus berbaring di atas katil....Aku tertidur dengan nyenyaknya...tak sedar apa dah...Pukul enam petang baru aku tersedar....Kepala dah ok tak berpusing lagi..... Aku Minta maaf kepada seseorang yang aku amat suka berkawan dengan dia  di sekolah...Semasa aku cuba melelapkan mata disekolah di menegur aku....tapi aku tak dapat membalas tegurannnya dengan mesra seperti selalu kerana keadaan kepala yang berputar-putar... Aku hargai rasa Caringnya.....Sambung seterusnya....

Bujang Sigat


Syok juga sesekali bercerita kenangan lama dengan salah seorang sahabat yang paling rapat dengan aku ketika ini. Pengalamannya bertugas di pedalaman Miri di Sarawak menyebabkan pelbagai cerita yang menarik, suka duka dan tak kurang  juga pengalaman tragis yang dialaminya semasa bertugas di tempat tersebut. Sekolahnya amat jauh di pedalaman. Hanya bot yang menjadi penghubungnya dengan dunia luar. Sekolah yang terletak di kawasan penduduk iban memberikan sariwarna hidup yang tidak pernah terduga dalam hidupnya.
 
Hari sukan sekolah merupakan hari pesta bagi masyarakat iban yang tinggal di kawasan berhampiran. Dua Minggu sebelum sukan masyarakat Iban disitu akan bergotong royong membersihkan kawasan padang dan kawasan yang berhampiran dengan padang. Disebabkan tiada mesin pemotong rumput maka mereka  membersihkan padang dengan cara manual. Beberapa Kawasan berhampiran padang akan ditandakan untuk didirikan  khemah yang akan dihuni oleh penduduk rumah panjang daripada beberapa kawasan rumah panjang berhampiran sekolah.
 
Selama tiga hari penghuni rumah panjang akan mendiami khemah yang didirikan  di kawasan sekolah. Beberapa khemah didirikan bagi mewakili rumah panjang masing-masing. Selama tiga hari itu selain sukan sekolah turut juga diadakan acara lain daripada pagi hingga melewati tengah malam hingga ke subuh. Acara tarik tali antara rumah panjang, pertandingan mendayung sampan panjang, bot laju dan sukaneka turut diadakan.
 
Pada waktu malam pula akan diadakan pertandingan nyanyian. Acara ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah peserta yang menyertai pertandingan tersebut ada kalanya  seramai beratus orang. Menyebabkan dari satu malam terpaksa disambung ke malam berikutnya. Lagu-lagu yang menjadi pilihan ialah lagu-lagu Inggeris dan lagu-lagu dalam bahasa Iban. Menurut sahabat aku ni antara lagu iban yang banyak dinyanyikan oleh peserta bertajuk "Bujang Sigat". Yang tak best tu kata sahabat aku ...dia selalu diminta jadi hakim...Pertandingan kadang-kadang sampe subuh....Pada waktu siang dia juga terpaksa menjadi hakim sukan..
 
Katanya kadang-kadang semasa mengadili pertandingan nyanyian tersebut sampe tertidur dengan nyenyaknya....Kadang-kadang peserta terpaksa mengejutkan hakim yang tidur nyenyak untuk mengadili nyanyian mereka.Disebabkan selalunya dia menjadi hakim nynyian kadang-kadang Pertandingan nyanyian yang diadakan di tempat lain pun dia juga dijemput jadi hakim. Jemputan amat special kerana dia akan dijemput dengan sampan panjang untuk ke tempat pertandingan. Sahabat aku ni pulak sebenarnya amat buta seni...menyanyi pun memang tak buleh....Katanya hantam je la untuk menjaga hati orang kampung..... Alahai Bujang sigat....Mahalnya pengalaman itu.....

Jumaat, 8 Mac 2013

Cari kutu ke Bro?

 
Hari jumaat jadual aku tak banyak...Hanya ada dua masa..Kedua-dua masa tersebut adalah untuk kelas hujung aku. Aku suka kelas ni sebab disini aku dapat menerapkan konsep Fun Learning yang dah lama aku gunakan apabila mengajar di kelas hujung. Konsep Fun Learning ialah mencipta suasana yang menceriakan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk tulisan atau lisan.
 
Dalam bentuk tulisan nota yang aku salin di atas papan putih menggunakan empat jenis warna (lagi banyak lagi bagus). Setiap maklumat sudah dipermudahkan sama ada dalam bentuk Peta Minda Kreatif atau Kata Kunci dan sebagainya. Kadang-kadang aku selitkan dengan pelbagai grafik da lukisan yang sesuai. Sebab dalam konsep Fun Learning tulisan pelbagai warna, isi yang mudah dan ringkas serta gambar akan cepat dirakamkan oleh Minda serta memberi kelegaan kepada minda. Kaedah ini akan dapat mengurangkan stress bagi guru yang mengajar dan murid yang belajar.
 
Pada hari ini (hari jumaat) aku cuba menerangkan Konsep Persekutuan Tanah Melayu atau ringkasnya PTM. Seperti biasa sebelum aku terangakan apa itu PTM aku akan pastikan mereka boleh menyebut dengan lancar perkataan Persekutuan Tanah Melayu. Aku akan menyebut dahulu kemudian pelajar akan mengikutnya dengan sebutan yang kuat.Kadang-kadang samapi bergegar kelas. Rasa macam sekolah tadika  le pulak. Selepas itu aku akan meminta seorang demi seorang pelajar menyebut. Dengan cara ini mereka akan lebih cepat ingat apa itu PTM.
 
Dalam ramai-ramai pelajar tersebut ada seorang pelajar yang agak sukar menyebut perkataan Persekutuan. Kali pertama dia menyebut PERKUTUAN....aku memintanya menyebut sekali lagi...kali ini PEKUTUAN....kawan-kawan yang lain dah mula ketawa....Pelajar tersbut dah mula panik....aku menyuruhnya menyebut pada kali ketiga....kali ketiga ni aku tak berapa sanggup nak dengor....agak risau dan lucu jugek....apabila dengan penuh ragu-ragu dia menyebut PERSETUBUHAN....
 
Apalagi lagi makin kuat rakan-rakannya mentertawakan dia...merah padam mukanya....Macam mana PERSEKUTUAN boleh jadi PERSETUBUHAN.....Ngeri I.......Auwwwwwww.

Dr. Mata

 
Tahun ni kelas hujung aku tak ramai seperti tahun lepas. Class Room Control memang mudah memandangkan pelajar yang tidak ramai dalam kelas tersebut. Walaupun kelas hujung aku tetap sentiasa positif mendidik mereka. Kalau dibandingkan dengan tahap IQ dan  kecerdikan dengan kelas lain sudah pastilah kelas tersebut agak terkebelakang. Konbinasi pelajar asli , melayu dan India menyebabkan pelbagai gelagat dan idea yang pelik-pelik dan kadangkala melucukan terbit daripada pemikiran mereka.
 
Mereka ini perlu dilayan dengan hati yang terbuka dan penuh sabar..Kalau tak sabar memang geram jugek rasanya. Banyak kali ajar pun kadang-kadang masih tak dapat. Namun satu pengajaran yang aku dapat ialah mengajar mereka ni tak boleh terlampau banyak dan setiap bahan kita permudahkan sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
 
Di sekolah aku juga terdapat seorang guru yang telah menamatkan pelajaran sehingga tahap PHD dan dipanggil Dr. Kebetulan pula guru terebut turut mengajar di kelas tersebut. Baru- baru ni guru tersebut telah membuat pembendahan Jantung. Sehingga ke hari ini guru tersebut masih kurang sihat. Keadaan fizikal yang agak kurus dan kelihatan tidak bermaya menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut.
 
Pada satu hari sedang sibuk menyalin nota seorang pelajar bersuara "Cikgu, Cikgu Mat tu Dr. Ke?" Aku pun menjawab "Ha ah dia Dr. ". "Tapi Cikgu kalau dia Dr. Ngapa dia tak sihat"...Sampuk seorang pelajar lagi...Belum sempat aku menjawab seorang pelajar lagi mencelah "Dia boleh bagi MC ke Cikgu?". Dalam hati rasa geli pun ada nak ketawa pun ada sebab daripada riak muka pelajar-pelajar tersebut pertanyaan yang mereka lontarkan ini agak serius bagi mereka. Tapi apabila memikirkan tahap IQ mereka aku paham mengapa soalan-soalan tersebut boleh muncul daripada pemikiran mereka.
 
Apa yang mereka faham merekaa yang ada gelaran Dr. itu adalah seperti yang ada di Hospital atau klinik kseihatan atau klinik swasta. Aku tak salah kan mereka. Mereka tak tau pun konsep Dr. Falsafah. Maka terpaksalah aku menerangkan kepada mereka . " Cikgu Mat tu dia memang Dr. tapi bukan macam Dr. dekat hospital tu. Dia dapat gelaran Dr. sebab dia rajin belajar" kata aku kepada mereka "Kalau kamu rajin kamu pun boleh jadi Dr.
 
Barulah mereka mengangguk faham.... Indahnya dunia..... 

Pentingnya Motivasi di Koperasi

 
Budak yang sorang ni mulutnya sangat becok. Namun setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya menimbulkan kelucuan yang bisa menggeletak mereka yang mendengarnya. Budak ni dikategorikan sebagai pelajar lemah. Tetapi apabila mendengar setiap patah perkataannya tidak menampakkan yang dia seorang pelajar yang lemah.
 
Suatu hal yang menarik dia merupakan seorang yang sangat confident apabila mengeluarkan perkataan tanpa memikirkaan apa yang dikatakan itu betul atau salah. Bagi guru-guru dan rakan-rakan yang dah biasa dengannya setiapa perkataan dan kerenahnya  sudah menjadi suatu bentuk hiburan. Kehandalannya dalam bidang sukan memang tidak dapat dinafikan apabila terpilih mewakili daerah dalam kejohanan Squash peringkat negeri.
 
Apabila bab belajar pelajar ni agak terkebelakang dan tiada semangat. Apabila bab bersukan dia cukup bersemangat. Satu hari ketika latihan squash yang diadakan di tempat yang tidak jauh daripada sekolahnya dia berkata kepada guru pengiringnya "Cikgu saya nak pergi Motivasi". Jawab cikgunya "Bagus le kamu dah sedar tentang kepentingan belajar". Kemudian dia bersuara lagi "Cikgu saya nak pergi motivasi kejap je". Dia berkata dengan penuh confident.
 
Kali ni Guru pengiring tersebut agak sedikit keliru.... "Takkan nak pergi motivasi pada masa ini, sedangkan mereka sedang bersiap untuk latihan squash" Getus hati Cikgu tersebut. Tiba-tiba seorang rakannya bersuara " Eh...engko nak pergi mana sebenornya" . "aku nak gi Motivasi nak beli air".
balas pelajar tersebut dengan penuh penegasan dan confident.
 
Kali ini semua rakan sepelatihnya dan guru pengiring sudah mula menangkap maksud motivasi yang diungkapkan pelajar tersebut..... sambil diiringi dengan derai tawa.... "Cikgu dia nak pergi koperasi cikgu"...Sekali lagi rakan sepelatih dan guru pengiring ketawa dengan lebih kuat sambil pelajar tersebut terkebil-kebil memikirkan apa yang diketawakan oleh rakan-rakannya...
 
Rupanya pelajar tersebut nak pergi Koperasi bukannya Motivasi....kah kah kah. Main bedal je....Macam mana le KOPERASI BOLEH JADI MOTIVASI....

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...