Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 28 Ogos 2009

Bazaar Ramadhan Tanjong Malim




















Seperti biasa rutin setiap hari jumaat ialah menghantar orang rumah menghadiri kelas masternya di UPSI. Walaupun kelasnya bermula pada pukul 8.30 malam tetapi aku mengambil keputusan untuk keluar awal kerana banyak urusan sampingan yang nak diselesaikan.

Seperti tahun sudah setiap kali menghantar orang rumah aku dalam bulan puasa selalunya aku akan berbuka puasa di Bazaar Ramadhan Tanjong Malim. Yang best tu anak-anak aku akan join aku sekali.

Deme cukup seronok membeli juadah pilihan. Kemudian kami sekeluarga akan cari mana-mana meja kosong kat kedai majlis (berhampiran Bazaar Ramadhan) dan apabila masuk waktu berbuka kami akan makan bersama.

Yang lebih menarik peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan pun berbuka sekali. Perkara yang seronok aku saksikan apabila sesama peniaga ni mereka akan bertukar-tukar membeli juadah yang tak habis dijual.

Contohnya peniaga nasik kerabu akan membeli daripada peniaga murtabak, murtabak yang tak habis dijual. Begitulah juga peniaga-peniaga yang lain. Memang meriah suasananya. Tak boleh tergambar dengan kata-kata. Ini yang menjadi rasa rindu aku lebih mendalam terhadap Bazaar Ramadhan Tanjong Malim.

Tahun depan mungkin tak dapat merasa suasana ini sebab orang rumah aku mungkin grade tahun ni. Kalau ada rezeki aku pulak rasa nak sambung di sini. Itupun kalau disampaikan hajat oleh tuhan. Wallah hu alam......

Khamis, 27 Ogos 2009

Pecal kontemporari



Dah 6 hari berturut-turut aku berbuka puasa dengan pecal. Sedap bebenor rasanya. Kuahnya aku beli yang ready made. Bahan-bahan asas memang sentiasa ada dalam peti sejuk aku. Tak tau samapai bila aku nak jemu dengan pecal ni. Semakin hari semakin sayang.

Setakat ini rindu aku membuak-buak dengan pecal. Orang rumah aku dah mula bertanya tak jemu ke hari-hari pecal. Setakat ini belum ada rasa jemu sebaliknya aku amat berselera dengan pecal. Cuma yang tak tahannya kalau aku masukkan pucuk paku dalam sebagai salah satu ramuannya, maka malam nanti kembung la perut aku.

Cuma dari segi presentation pecal tu aku cuba improvise kan untuk lebih membangkitkan ghairah dan seleranya. Hari-hari cara yang sama jemu juga mata memandang. Kalau di berikan sedikit sentuhan kontemporari sudah pasti ia membangkitkan suatu semangat dan keinginan baru. Tak gitu sahabat aku Razali...........

Kabut putih vs mendung tak bererti hujan

Gambar awan mendung dan gelap yang diambil pada pukul 5.00 petang
Gambar berkabut yang diambil pukul 7.00 pagi

Selepas bersahur aku selalunya membaca buku atau buat apa yang patut. Semalam kira-kira pukul 7.00 pagi anak lelaki aku tiba-tiba bersuara. "Ayah tengok kat luor tu". Aku tak berapa menghiraukan apa yang dia cakap sebab tengah khusyuk membaca buku.

10 minit selepas itu baru aku jengok keluor. Suasana putih melatari pemandangan. Aku tak pasti sama ada kabus atau jerebu atau apa ke bendenya. Apa yang pasti jarang aku dapat lihat pemandangan seumpama itu kecuali di puncak genting atau di Cameron ataupun kalau jerbu terlamapu kuat.

Sebelah petangnya pulak cuaca bertukar mendung. Gelap segelap-gelapnya. Macam dah nak malam walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.00 petang. Begitulah kehebatan kekuasaan tuhan dalam menentukan aturan alam untuk mahkluknya di atas muka bumi.

Tiba-tiba aku teringatkan Surah al-naba: 17-20 yang bermaksud " Sesungguhnya hari keputusan (hari akhirat) adalah waktu yang ditetapkan. Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok, dan dibukakan langit, maka terdapatlah beberapa pintu. Dan diterbangkan gunung-ganang (setelah dihancurkan menjadi debu) lalu ia jadi bayangan semata-mata, seperti fatamorgana di padang pasir"

Yang menarik perhatian aku apabila dibukakan pintu langit. Macam mana la ropanya mesti ngeri dan menakutkan. Melihat awan yang gelap dan berkepul-kepul pun kadang-kadang amat menggerunkan. Ini kan pulak langit yang luas terbentang di buka untuk diperlihatkan segala isi perutnya bagi disaksikan oleh hambanya. Tak boleh nak bayangkan betapa takutnya hari tu.

Satu lagi gunung yang biasa kita tengok pegun tak bergerak-gerak tiba-tiba tercabut berterbangan. Dalam cerita twister tu yang kita tengok rumah atau kenderaan yang diangkat oleh ribut. Itupun dah ngeri. Ini cuba kita bayangkan gunung yang berterbangan. Macam mana la ropanya ya......

Tentulah sangka-kala itu lebih hebat daripada mana-mana ribut yang pernah kita saksikan. Aku selalu memikirkan macam la ropanya ya.......... Antara perasaan takut yang aku pernah rasa ialah masa nak operate kaki aku yang patah. Ngeri, takut ,seram dan macam-macam bayangan yang datang. Sudah pastilah menghadapi sangka kala itu berjuta kali lebih takut perasaannya.

Emergency time vs Naga Bore


Aku tak ingat peristiwa ni berlaku tahun bila. Yang aku ingat arwah emak aku masih ada lagi. dan aku masih tinggal ngan emak aku. Dulu-dulu memang aku agak liat nak bangun sahur. Kalau bangun pun memang pada saat-saat kecemasan. Entah macam mana satu pagi tu memang aku teringin sangat nak bangun sahur.

Mungkin disebabkan lauk-pauk yang mengancam. Sebelum tidur aku terdengor arwah emak aku nak masak juadah yang aku suka. Apalagi aku pun bersemangat la nak bangun. Kalau tidak memang payah aku nak bangun sahur. Gerak la berapa kali pun aku buat dek je.

Namun nasib tak menyebelahi aku kerana aku masih terbangun pada saat kecemasan. Apalagi punya la speed makan. Main sumbat-sumbat je. Mana nak fikir tentang makan. Mana nak fikir tentang minum. Takut-takut pulak terbabas masa bersahur yang dah nak habis.

Habis je makan masa tinggal sikit lagi. Nak bancuh air tak sempat dah. Aku pun terus capai mug berisi air yang ada kat hujung meja. Belum sempat gogokan pertama aku dah ngelupor. Ropanya ayor hangat. Mampuih aku. Mujor kena bibior je belum sempat telan. Kalau tidak jadi naga bore le aku. Memang berasap le jawabnya.

Ropanya ayor tu orang romah aku nak sejukkan untuk bancuh susu anak aku. Tu la akibatnya buat kerja dalam keadaan kelam kabut dan last minit. Padan muka aku.......

Hari ini kita belajor main gitar dalam bahasa jawa

Ada kod M?. Confuse aku. Tu yang best tu

Rabu, 26 Ogos 2009

Bush pidato dalam bahasa jawa

Entah macam mana la aku jumpa video youtube ni, apapun cukup lawak, pecah perut apabila bush berpidato dalam bahasa jawa. Saksikan, kalau yang faham bahasa jawa mesti terguling-guling gelak. Aku yang tak berapa paham ni pun dapat merasa aura ke humourannya. 3 saat yang pertama pun aku dah tak tahan ketawa. Saksikan sampai habis.


Trilogi : Kicap pun kicaplah.......

Gambar sebenar kuih lopeh berkuah kicap

Peristiwa ketiga ni betul-betul fresh. Belum ada mana-mana akhbar atau majalah yang publishkan cerita ni. Eksklusif di Anjang Blog. Terjadi betul-betul masa berbuka tadi. Memandangkan dah lama aku tak ke pasar Ramadhan, maka sekali-sekali keluar aku mencari juadah kesukaan aku iaitu kuih lopeh de squera

Tak beli banyak pun, cuma beli tiga keping (RM 1.00) cuma nak rasa je. Selepas itu aku mencari ikan bakar dan pecal. Anak-anak dan orang romah dan hilang dalam pasar Ramadhan. Mungkin mereka mencari juadah kesukan mereka.

Aku terus menunggu di kereta. Selepas 15 mint dari jauh aku nampak anak-anak dan orang rumah membimbit beg plastik berisi juadah kegemaran masing-masing. Ada nasi ayam, roti John, murtabak, air soya, tauhu sumbat. Dalam hati aku sapa pulak nak makan banyak-banyak ni. Aku tak lalu.

Setibanya dirumah semua juadah diletakkan di atas meja. Hari ni merasa la orang rumah aku off memasak. Kalau tidak asyik masak, masak dan masak. Masuk je waktu berbuka anak-anak aku dah mengadap juadah kegemaran masing-masing.

Aku macam biasa makan 3 biji kurma, minum sikit air dan solat maghib dulu. Takut lepas makan langsung tak lalu bersolat. Habis je solat aku pun join anak-anak aku makan. Kesemuanya makan nasi ayam. Aku pun membuka pecal yang memang antara favourite dish aku. Habis je pecal aku teringatkan kuih lopeh aku.

Kuih ni juga kegemaran anak aku yang nombor empat. Aku ambik sekeping kuih lopeh dan sebungkus kecil gula hitam dan aku tinggalkan dua keping lagi kuih lopeh dan 2 bungkus kecil gula hitam kut-kut ada sapa-sapa nak makan.

Setelah meletakkan sekeping kuih lopeh di dalam piring aku pun menuangkan sebungkus gula hitam cair di atasnya. Aku mencedok dengan sudu, sedapnya lopeh ni, dah lama aku tak rasa. Sedang aku makan kuih lopeh, anak aku yang nombor empat bersuara yang dia pun nak makan kuih lopeh.

Aku kata pergi ambik piring dan sudu. Kemudian aku ambik sekeping kuih lopeh dan aku tuangkan gula hitam cair ke atasnya. Dalam hati aku mesti sedap dia makan ni sebab aku makan pun sedap rasanya. Kalau arwah emak aku ada selalu dia buat kuih lopeh ni. Masa-masa ni terkenangkan masakan arwah emak yang sedap-sedap. Tapi semunya itu hanya tinggal kenangan.

Selepas menyuap kuih lopeh ke mulutnya tiba-tiba anak aku bersuara. Mengapa kuih lopeh ni lain rasanya. Aku hairan juga lain macam mana. Rasa basi ke atau tak sedap. Aku makan ok je.

Serentak itu aku terpandang gula hitam cair masih ada 2 bungkus lagi. Sepatutnya apabila aku tuangkan ke atas kuih lopeh anak aku tentu tinggal satu bungkus. Aku cuba mencium bau kuih lopeh tu. Pasal apa pulak bau kicap.

Baru aku perasan rupanya aku tertuangkan bungkus kicap untuk nasi ayam ke atas kuih lopeh anak aku. Patut le kuih lopeh tu berbau kicap. Teringat pulak aku cerita musang berjanggut. Kicap pun kicap lah..... Kesian anak aku terpaksa makan kuih lopeh berperisa kicap. Sempat juga aku snap gambar kuih lopeh berkicap untuk tontonan pembaca blog...... Cubaannnnnnnnn.

Trilogi : Menyonyot


Peristiwa kedua juga berlaku tidak lama dahulu. Yang ni lebih tragis kerana melibatkan anak aku yang menjadi mangsa keadaan . Masa tu aku cuba mengubah minumannya dari susu skim ke Milo.

Almaklum la masa tu duit susu sahaja hampir RM 300 ke RM 400 sebulan.Ada 3 orang anak aku yang masih bergantung minum susu skim. Memang parah. Maka alternatif yang ada aku cuba menukar minumannya ke Milo.

Sudah menjadi kebiasannya selalunya orang rumah yang akan membacuh susu setiap kali anak-anak merengek nak susu. Entah macam mana satu hari itu anak aku yang nombor tiga tu mengamuk-ngamuk nak minum milo dalam botol susunya.

Dengan niat untuk membantu dan meringankan beban orang rumah aku pun segera mengambil botol susu anak aku. Dengan berhati-hati aku masukkan milo, gula, sedikit susu air panas dan ayor mati. Kemudian aku kocak sekuat hati bagi mesra semua bahan-bahannya.

Dengan confiden dan kebanggaan yang meluap-luap di hati kerana dapat membantu orang rumah, aku pun menghulurkan botol susu yang berisi Milo kepada anak aku. Aku rasa susu ni mesti sedap sebab semua ramuannya cukup.

Anak aku pun apa lagi cepat je dia sambar botol susu dan terus menyonyotnya. Aku pun lega berjaya juga hasrat membantu orang rumah dan mebancuh Milo untuk anak aku. Sedap je aku tengok dia menyonyot botol tu.

Namun tak berpa selepas itu anak aku dah tak mau hisap lagi. Katanya tak sedap. Tak macam mak buat. Apabila dia cakap macam tu aku rasa bengang jugak. Penat-penat aku buat langsung tak dihargai.

Aku pun cuba rasa betul ke tak sedap. Nyonyot la sikit botol tu. Mak oiii masinnya ngapa pulak Milo ni masin?. Perisa baru ke.Patut la anak aku kata tak sedap. Baru aku perasan botol gula dan botol garam memang orang rumah aku letakakan dekat-dekat.

Disebabkan terlampau confiden ropa-ropanya akun tersalah cedok. Botol garam ku sangkakan botol gula. Apalagi terminum lah anak aku resepi baru yang ditemui secara tak sengaja Milo rasa garam . Kwah.....kwah....kwah...... Rasa malu pun ada. Nampak sangat jarang masuk dapur.......

Trilogi: Adik manisssss.......


Hari ni berlaku lagi peristiwa yang melucukan dalam hidup aku. Peristiwa ni berlaku semasa berbuka puasa tadi. Maka lengkapkan 3 peristiwa yang aku rasa berlaku tanpa disengajakan dan memang luar kawalan otakku yang waras.

Peristiwa pertama berlaku agak lama dulu. Kisahnya begini selepas walimatul urus di rumah opah aku air gula biasanya banyak lebih. Bagi mengelakkan pembaziran, air gula disimpan dengan ditutup rapat di dalam botol air mineral. Ada yang diletakkan di atas para dan ada yang diletakkan di dalam peti ais.

Disebabkan terlampau dahaga aku membayangkan betapa sedap, sejuk dan nyamannya air sejuk di dalam botol air mineral yang diletakkan di dalam peti sejuk. Tanpa berlengah aku pun mengambil gelas dengan rakusnya. Aku menuangkan sedikit air gula yang terdapat dalam botol mineral diatas para.

Kemudian aku buka peti ais dan menuang air mineral sejuk dalam botol air mineral yang terdapat dalam peti ais ke dalam gelas. Disebabkan terlampau dahaga aku pun terus minum. Mak Datuk manisnya, pada pendapat aku mungkin air gula yang aku mula-mula ambil tu terlampau manis.

Aku pun apa lagi tuang lagi air sejuk tu. Bertambah manis. aku pun tuang lagi air sejuk. Lagi manis. Aku pun hairan mengapa semakin aku tuang air sejuk ni, semakin manis rasa airnya. Lama jugak aku mencari sebab musababnya.

Kemudian baru aku terfikir yang aku sangkakan air sejuk tu rupanya air gula. Aku tersenyum sendiri mengenagkan kebodohan diri sendiri. Patut la semakin di tuang semakin manis. Dalam hati aku mujur la orang tak nampak. Kalau tidak malunya. Itu lah penangannya tak mau bertanya dengan orang. Sapa yang susah, sendiri jugak susah...... hai memang shushah, shushah.

Bazaar Ramadhan Bidor












Setelah 5 hari berkurung di rumah kerana badan yang tak berapa sihat akhirnya hari ni terpaksa juga aku keluar. Aku terpaksa ke sekolah menyelesaikan beberapa urusan, menghantar kereta untuk di repair dan ke kaunter LAP Tapah untuk membayar bil yang dah tertunggak beberapa bulan.

Dalam perjalanan pulang cadangnya nak singgah di Bazaar Ramadhan Tapah. Sesampai je di Bazaar Ramadhan Tapah hujan mencurah-curah turun dengan lebatnya. Niat terpaksa dibatalkan. Aku terus bergegas nak balik ke rumah. Sesampai di Bidor nampaknya cuaca elok tak de hujan.

Maka aku mengambil keputusan untuk singgah di Bazzar Ramadhan di Bidor. Sedang sibuk membeli juadah berbuka hujan turun. Namun tidaklah selebat di Tapah. Sempatah aku merayau-rayau di Bazaar Ramdhan sambil mencari juadah kegemaran.

Sambil tu sempat juga jumpa kawan-kawan lama yang menjadi pengunjung dan yang berniaga di Bazzar Ramadhan. Kali ni Bazaar Ramadhan beralih ke tempat baru di hadapan Pasaraya Yat Fong. Kalau sebelum ni Bazaar Ramdhan bertempat di depan Klinik Zabedah.

Orang yang berniaga lebih kurang sama macam tahun sudah. Cuma yang ketara amat kurangnya orang yang menjual air. Mungkin masalah ini berpunca daripada kekurangan gula. Semasa aku sampai di Bazaar Ramadhan ini orang tak berapa ramai.

Setelah hujan sidang barulah sedikit demi sedikit jumlah pengunjungnya meningkat. Insyallah kalau badan sihat aku akan terus berkunjung ke Bazaar Ramdhan yang berbeza.

Selasa, 25 Ogos 2009

Hanya kerana sepasang kasut


Aku memang dah lama sangat minat kasut jenama Top Ten ni. Mulanya aku tengok bapa saudara aku yang tinggal di Trengganu datang ke rumah aku memakai kasut jenama Top Ten. Bagi aku kasut tu cantik dan bergaya

Aku hanya memendam rasa untuk memiliki sepasang kasut tersebut.Kasut lain bagi aku tak secantik kasut Top Ten. Aku mengimpikan raya kali ni aku mesti memiliki kasut ni. Menjelang hari raya sebagaimana biasa ayah dan arwah emak aku akan membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Ayah aku pun bertanya aku nak kasut apa. Apalagi aku pun menjawab kasut Top Ten. Cari di pekan Sungkai tak de. Cari di Bidor pun tak de. Jenuh ayah dan arwah emak aku pujuk supaya beli kasut jenama lain. Aku tetap berkeras nak kasut jenama Top Ten juga. Hari berikutnya Ayah aku mengajak aku dan arwah emak ke Teluk Intan.

Nak ke Teluk Intan bukannya senang. Terpaksa naik Bas dari Sungkai. Berhenti di Bidor dan ambik pulak bas ke Teluk Intan. Pada hari tu orang punya la ramai dalam bas. Sendat sesendatnya. Aku dah tak tahan akhirnya muntah. Namun aku tetap meneruskan puasa.

Sampai ke Teluk Intan misi mencari kasut aku pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai. Malangnya tak de kasut jenama tu. Kedai-kedai kasut yang besar pun tak de jual kasut jenama tu. Aku tetap berkeras tak nak kasut jenama lain.

Bayangkan waktu tu matahari tegak di atas kepala tambahan dengan letih berpuasa. Ayah dan arwah emak aku dah berpeluh-peluh keletihan.Namun ayah dan emak aku masih bersabar dan terus mencari kasut tersebut. Akhirnya kasut jenama Top Ten tu ditemui dia satu kedai kasut kecil dan tak berapa popular.

Aku tersenyum lebar. Ayah dan emak aku menghembuskan nafas lega. Nampak kepuasan terpancar di wajah mereka apabila dapat memenuhi kehendak anaknya.Kalau di fikir-fikir betapa zalimnya aku pada ketika itu. Peristiwa ini menyedarkan aku betapa kasih dan sayangnya Ayah dan arwah emak terhadap aku.

Cuma aku sebagai anak kadang-kadang tak dapat memnuhi kehendak mereka terutamanya arwah emak aku. Sehingga ke akhir hayatnya aku gagal memenuhi kehendak dan kemahuannya. (nanti aku ceritakan dalam entry yang seterusnya). Sedangkan seorang emak dan ayah sanggup bersusah payah hanya kerana sepasang kasut.

Ini peristiwa yang berlaku hampir 30 tahun dulu semasa aku masih di sekolah rendah. Apabila aku kenangkan kembali amat menyentuh perasan dan bisa meruntun jiwa. Setiap kali aku ceritak peristiwa ni pada anak-anak aku, aku rasa sebak.Ya Allah kau kasihanilah ibuku dan tempatkan rohnya di kalangan orang yang bertakwa. Aminnnn...

Tribute to Asri Rabbani

2 Minggu sebelum meninggal di Majlis Santapan Diraja (2.8.2009)
Gambar ni aku snap 2 tahun lepas selepad Rabbani mengadakan persembahan di Pesta Konvo UPSI




Gambar ni aku snap 2 tahun lepas selepad Rabbani mengadakan persembahan di Pesta Konvo UPSI

Aku masih ingat mula-mula Rabbani mengeluarkan album nasyidnya, Aku awal-awal lagi dah beli. Lagu hitnya Assalamualaikum. Selepas berkaloborasi dengan KRU maka terhasil lagu-lagu yang lebih segar dan kontemporari. Walaupun begitu Rabbani masih tetap dalam acuannya.

Daripada mula lagi mereka mengamalkan sikap merendah diri dan low profile. Namun pengaruhnya sangat besar dalam arena nasyid negara. Pembawakan Rabbani dalam membawakan lagu-lagu nasyid aku amat sesuai dengan selera aku sebab bagi aku lagu dan gaya-gayanya semasa mengalunkan nasyidnya lebih jantan.

Berbanding sesetengah kumpulan yang aku rasa geli-geleman melihatkan gayanya. Daripada segi mutu vokal Asri memang mantop dan mengasyikkan. Aku mula meminati Asri semenjak dia dalam Nada Murni lagi. Masa tu pun banyak lagu-lagu Nada Murni yang hit.

Asri terlibat dalam dunia nasyid sejak muda lagi . Namun benih yang baik jatuh ke mana pun akan tumbuh subur. 2 tahun yang lalu aku sempa bertemu Asri di Pesta Konvo Upsi selepas mengadakan persembahan. Suara live nya memang mengancam.

2 minggu sebelum mengadap Rabbul Jalil aku juga sempat menyaksikan persembahan Asri dan Rabbani di majlis santapan Diraja. Apabila aku mendapat tahu Asri Rabbani meninggal dunia serta-merta aku teringatkan bait-bait lagu pergi takkan kembali.

Lagu ni sebenarnya banyak mengingatkan aku tentang mati. Tentang bagaimana saatnya kita terpaksa meninggalkan orang-orang tersayang untuk selama-lamanya. Tentang bagaimana soal bicara di alam kubur. Tentang bagaimana hanya amalan dan taqwa yang membantu kita di sana.

Dan yang paling syahdu liriknya ialah
Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim. Apakah isteri dan anak kita akan membacakan ayat-ayat Al-quran sebagai talian hayat kita.Jauh sangat rasa hati ni. Jauh sejauh-jauhnya. Sama-samalah kita menbacakan al-fatihah untuk Asri Rabbani.....

Isnin, 24 Ogos 2009

Tahniah Cikgu Azhar ke udara di TV1l

Azhar yang pakai baju oren dan gambar ni diambil semasa berbuka puasa 2 tahun lepas di Sri Malaysia Ipoh

Petang tadi aku dapat mesej dari sahabat aku Mohd Azhar Radizuan. Katanya tengok tv1 pukul 9.00 malam ni. Aku tanya balik porgram apa. Katanya tengok je le. Mula-mula aku rasa tak berapa percaya betul ke azhar ni.

Untuk memastikan apa ceritanya maka aku terpaksa le tunda terawih aku ke pukul 10.00. Habih je buletin utama aku tukor TV 1. Rancangannya di luar lingkungan dan memang betul le ropanya azhar salah seorang panel dalam rancangan tu.

Aku memang terus melekat menonton tv. Rasa bangga pun ada apabila tengok sahabat baik keluor TV. Prime time pulak tu. Tahniah Azhar ! aku pun apa lagi terus message pada kawan-kawan lain dan war-warkan dalam blog. Sampai nak bagi tahniah pada Azhar melalui SMS pun tak dapat sebab kredit habih.

Apa pun tahniah dan tahniah semoga tak terhenti disini, teruskan perjuangan. Cuma ada satu aku nak tambah sebenornya subjek sejarah sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi apa yang aku lihat kadang-kadang cikgu yang mengajor tidak berfikir diluar lingkungan macam mana nak menarik minat pelajar.

Rata-ratanya setakat mengajor melepaskan batuk di tangga. Tak de inisiatif nak cari maklumat tambahan yang mampu membuka minda dan menarik minat pelajar. Sebenarnya subjek lain pun sama juga.

Kalau gurunya sekadar melepas batuk di tangga maka pengajarannya akan hambar dan tidak menarik. Maklumat luar yang behind the scene perlu dicari bagi menjelaskan tentang sesuatu peristiwa itu mengapa terjadi begini atau mengapa jadi begitu. Dalam buku sejarah di sekolah faktanya terputus-putus. Fakta yang terputus itulah perlu dicari bagi menjelaskan kefahaman pelajar.

Hari ini majoriti cikgunya begitu.Minta maaf kalau ada yang terasa. Ini berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa dalam dunia pendidikan.

Cinta Sempurna Astro Oasis


Aku agak jarang mengikuti drama yang banyak episod ni. Boring lama sangat nak tahu kesudahannya. Tapi apabila aku menonton drama cinta sempurna di astro oasis membuatkan aku terus mengikuti dramanya dari episod ke episod.

Aku amat tertarik dengan jalan ceritanya yang sarat dengan message yang berguna. Kisah bagaimana 2 orang anak seorang datuk yang terpesong jauh daripada sudut akidah dan agama disebabkan lamanya terdedah dengan budaya barat semasa menuntut di UK.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapanya untuk membetulkan kembali pegangangn agama dan akidah. Ustaz, pakar motivasi dan ustazah semuanya tak jalan kerana kedua-dua anak ini petah berhujah.

Sehingga lah kedatanagn seorang ustaz muda yang mampu merubah sikap, pegangan dan pandangan mereka terhadap Islam. Esok kisah bagaimana mulanya usaha ustaz muda tersebut mendekati kedua-dua mereka yang telah jauh menyimpang dari akidah dan pegangan agama.

Skrip drama ini berdasarkan kisah benar dan ditulis oleh orang yang aku kenal juga Hasrizal Jamil atau nama penanya saiful Islam yang telah menghasilkan 3 buah buku yang best seller di pasaran. Jadi aku rasa kita perlu menyaksikan drama ni yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan keagamaan.

Waktu siaran pukul 3 petang dan ulangan pukul 10.00 malam dari hari isnin hingga hari jumaat.


Ahad, 23 Ogos 2009

Tangkap Syahdu.......di Bulan Ramadhan


Peristiwa ni berlaku 5 tahun dahulu semasa aku tengah aktif direct selling. Memang rutin setiap minggu aku ke Teluk Intan untuk meeting mingguan. Walaupun bulan Ramadhan meeting tetap berjalan macam biasa.

Memandangkan meeting bermula pukul 3.00 petang dan habis pukul 5.30 petang aku bagi tau orang rumah tak payah masak nanti aku beli lauk di Bazzar Ramadhan di Teluk Intan. Bazaar Ramadhan kat sini agak unik sikit banyak juadah yang tak de kat tempat lain tapi kat sini ada.

Setelah meninjau-ninjau juadah apa yang nak dibeli akhirnya aku memtuskan untuk membeli beberapa jenis juadah yang menjadi kegemaran keluarga aku .Aku juga tak lupa membeli seekor ayam yang menjadi kegemaran anak-anak aku. Memang mengancam ayam panggang ni tentu anak-anak aku suka. Aku dapat bayangkan betapa sedapnya mereka makan ayam panggang.

Setelah semua juadah telah dibeli aku pun bertolak balik dan tiba dirumah pukul 7 lebih. Anak-anak dah menunnggu juadah yang aku bawak dengan penuh harapan yang menggunung. Orang rumah mula membuka juadah dan meletakkan di dalam pinggan.

Selepas itu aku membuka bungkusan ayam panggang. Apalagi anak-anak aku punya suka dan tak sabor-sabor nak tunggu berbuka puasa. Apabila masuk je waktu berbuka maka juadah pertama yang anak-anak aku ambik ayam panggang.

Apabila anak aku yang kedua mula nak menyuapkan masuk ke dalam mulut aku dapat menghidu bau ayam ni yang lain macam. Aku melarang anak aku makan ayam tersebut. Setelah aku belek-belek sah ayam tersebut yang berbau, apabila aku cium baunya memang busuk. Memang tak boleh makan.

Dalam hati aku menyumpah seranah penjual ayam tersebut !@#$%^&. Aku rasa ayam yang tak laku dihangatkan kembali. Mungkin 4 ke 5 hari punya ayam. Memang sial betul. Aku memang tak halalkan duit aku.

Betapa luluhnya hati apabila harapan anak-anak untuk makan ayam panggang berkecai. Aku rasa kecewa yang amat sangat kerana tak dapat memenuhi kehendak anak-anak aku.Kerana aku tau mereka memang suka ayam panggang. Tambahan pula anak aku yang nombor dua tu baru belajar puasa dan dia yang minta tolong belikan ayam panggang .

Ini satu perkara yang perlu di beri perhatian oleh peniaga-peniaga Bazzar Ramadhan. Juallah benda yang fresh dan elok. Jangan hampakan harapan orang yang nak berbuka puasa. Daripada dapat pahala terus dapat dosa. Amanahlah dalam berniaga kerana peniaga yang amanah semasa di akhirat kedudukannya di samping nabi. Renungkanlah.......

Batu Merah di Bazaar Ramadhan


Kisah ini diceritakan oleh seorang member aku Syeikh Tabligh Roslee Hashim. Aku cukup suka mendengar ceritanya tentang tabligh dan isu-isu terkini yang dihuraikan dengan penuh mantap berdasarkan sandaran hujah yang kuat. Dari beliaulah aku mula memandang positif kepada jemaah Tabligh. Hujahnya sampai ke hati yang dalam.

Seperti biasa apabila masuk sahaja bulan Ramadahan maka aktiviti Bazaar Ramadhan pun rancak seiring dengan perekembangan bulan Ramadhan itu. Bazaar Ramadhan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Apa sahaja yang dijual selalunya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bagi pengunjung yang berpuasa sudah tentu rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual. Segala-galanya rasa nak dibeli. Malahan kuih-muih yang bukan favourite kita sebelum ini pun nampak terlampau sedap dan mengiurkan.

Rasa lapar akan lebih merangsang kita untuk membeli pelbagai juadah tanpa pertimbangan akal yang rasional. Tu yang kadang-kadang bila berbuka pelbagai juadah terhidang diatas meja makan. Akhirnya kebanyakan juadah yang dibeli berakhir di tong sampah.

Menurut Syeikh Rosli terdapat satu kedai yang menjual ayam percik menggunakan tungku batu berwarna merah. Apabila terkena bahang api maka ia menyerlahkan lagi kemerahannya. Kalau dilihat dari jauh ia dilihat seolah-olah sejenis juadah yang sedang di bakar dan amat menyelerakan.

Ada sorang mamat ni dengan confidennya bertanya kepada taukeh ayam percik. "Bang tu apa, Saya nak satu" katanya. Taukeh ayam percik tu agak kehairanan kerana dia hanya jual ayam percik. Kemudian taukeh tu bertanya lagi "Encik nak ayam percik ke?". "Bukan saya nak yang merah tu" kata mamat tu lagi.

Lama taukeh tu termenung baru lah dia faham maksud mamat tu. Dengan selamba dia menjawab "Encik tu batu tungku, takkan batu tungku pun nak makan". Tersipu-sipu mamat tu berlalu.

Rupa-rupanya dalam kedaan lapar manusia dah tak boleh beza yang mana makanan dan yang mana batu tungku. Hai orang macam ni pun ada ke?.....

Yang menolong akhirnya kena tolong (kenangan aku dan Din)


"Dato` aku nak tumpang engko ke sekolah hari hujan, aku sangkut kat Bus Stop depan SMK. Sg. Kruit" kata Din dalam telefon. Aku pun menjawab "OK, nanti aku ambik engko,engko tunggu kat sana". Aku sebenornya lagi suka orang tumpang aku sebab ada la kawan aku bersembang hari ini. Kalau tidak terpaksa la nyanyi dan bercakap sorang-sorang dalam kereta.

Peristiwa tu berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu. Waktu tu aku mengajar petang di SMK Sri Tapah (Gara-gara melawan, dari mengajar di Bidor aku di terajang ke Tapah). Memang dah jadi rutin aku, aku akan keluar rumah bersama kancil kesayangan aku pada pukul 12.30 tengah hari.(nak jimat minyak beb)

Memandangkan hujan lebat hari tu Din terpaksa tumpang aku. Aku pun bersiap-siap dengan penuh semangat sebab banyak juga perkara yang nak aku sembangkan dengan Din. Aku memandu agak laju sebab nak cepat sampai ambik Din.

Memang menjadi kebiasan jalan di depan Bus Stop SMK SG. Kruit ini akan dinaiki air apabila hujan lebat sehingga akan menenggelamkan longkang besar yang terdapat di kiri dan kanan Bus Stop tersebut. Dari Jauh aku nampak Din sedang berdiri di atas tempat duduk Bus Stop di kiri jalan.

Aku pun memberi signal ke kiri dan membelok ke kiri. Matlamat aku ,aku nak kereta tu sampai betul-betul dekat Din supaya dia tak basah. Oleh kerana air hujan memenuhi longkang besar di sebelah bus stop maka aku tak perasan longkang tersebut dan aku terus je memandu kereta tersebut masuk ke dalam longkang. Sedar-sedar sebelah tayar kereta dah masuk ke dalam longkang.

Alamak aku dah panik dan ngelabah. Tanpa berfikir panjang aku membuka pintu kereta dan turun. Tiba-tiba aku hilang dalam arus deras longkang besar itu.Mujur din sempat mencapai tali pinggang aku, sempat la aku berpaut pada tangan din dan seterusnya aku berpaut di tepi longkang. Bayangkanlah din yang kurus tu memegang aku yang besor ni. Terhuyung-hayang juga dibuatnya.

Aku pun naik daripada longkang besar sambil memerhatikan sebelah tayar kereta aku yang masuk ke dalam longkang. Aku mula gabra macam mana nak buat ni. Tak semena-mena datang seseorang yang membantu aku mengangkat kereta tu. Dia mengarahkan aku menghidupkan enjin dan menekan minyak. Dia mengangkat kereta tu dengan sepenuh tenaga.

Akhirnya tayar kereta aku berjaya dikeluarkan daripada logkang tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada mamat tersebut. Ternyata kuat sungguh tenaganya. Sebelum tu aku dah try angkat kereta tu ngan din tapi gagal. Menguit pun idak.

Oleh kerana baju dan seluar dah basah aku mengajak Din balik ke rumah aku untuk menukar pakaian. Sepanjang perjalanan ke sekolah aku ngan Din asyik ketawa je mengenangkan peristiwa tersebut. Apabila aku ceritakan peristiwa ini kepada kawan-kawan semuanya ketawa.

Setiap kali aku mengenang peristiwa tu aku tertawa sendirian. Yang menolong akhirnya kena tolong. Ha.... Ha....Ha

Restoran Aimar TTDI




Sebelum menghantar orang rumah aku ke reunion TESLnya di hotel blue Wave pada bulan Jun, aku sekeluarga singgah di restoran Char Kuey Teow Aimar di TTDI Jaya. Pada peringkat awalnya aku nak singgah di Restoran Merah yang menawarkan pelbagai masakan citarasa melayu yang pernah aku kunjungi 3 tahun lalu.

Malangnya aku tak jumpa restoran tersebut disebabkan pembangunan yang pesat serta pelbagai bangunan baru yang menyebabkan aku tak dapat mencari lokasi Restoran Merah. Akhirnya aku mengambul keputusan untuk singgah di Restoran Aimar.

Specialtiesnya Char Kuey Teow. Namun aku lebih tertarik untuk makan nasi berlaukkan ikan bawal goreng panas dan kuah kari beserta ulam-ulaman. Anak aku pula mengorder Cha Kuey Teow. Bagi aku Char Kuey Teownya biasa sahaja nothing special dari segi rasa.

Namun gulai karin bendinya memang kelas tambahan dimakan dengan ikan bawal panas memang best. Ayam goreng panas pun ada disediakan namun aku lebih berselera dengan ikan bawalnya yang fresh dan seeeeeedaaap.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Iklan TV



Pernah tengok iklan TV tentang sebiuah kereta yang menyeret hose pengisi minyak. Aku pun dah lupa iklan apa. Namun kejadian sperti itu pernah berlaku di depan mata. Kira-kira pukul 3.00 pagi aku berhenti di Shell berhampiran ulu bernam menghala ke arah utara.

Oleh kerana mata terlampau mengantuk aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Sedang aku nak membetulkan kedudukan di dalam kereta aku terdengar bunyi yang pelik. Aku pun keluar daripada kereta. Rupanya-rupanya sebuah kereta yang dipandu remaja cina sedang menyeret hose pengisi minyak yang tercabut daripada pamnya.

Dengan gaya selamba remaja cina itu memberhentikan kereta, mencabut hose tersebut dan meletakkan kembali di pamnya. Kemudin dia memecut laju kereta tanpa sedikit pun rasa bersalah. Serta-merta aku teringat iklan di tv yang memaparkan adegan kejadian yang sama.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...