Nuffnang

Pengikut

Rabu, 19 Ogos 2009

Eiiii Takutnya.....

Hari ini aku MC dan ambik keputusan untuk ke klinik berjumpa doktor. Walaupun tak de berapa sakit namun aku agak risau sebab tekak mula sakit, batuk dah mula sikit-sikit, air hidung dah mula keluar dan dah ada mula rasa tak sedap badan.

Aku mengambil langkah awal-awal untuk berjaga-jaga memandangkan di sekolah ramai pelajar yang demam, batuk dan selsema. Setakat ada satu kes di kampung bikam yang mati kerana H1N1. Berdasarkana khabar angin mangsa itu dijangkiti virus tersebut di SMK Besout.

Tu yang aku riso tu. Cikgu-cikgu memang kumpulan yang berisiko tinggi kerana kita terdedah dengan bilangan pelajar yang ramai. Kita tak tau dalam ramai-ramai pelajar itu mungkin ada pembawa H1N1. Maka sebagai langkah pencegahan awal sekiranya ada simptom batuk, sakit tekak dan selsema serta demam cepat-cepat la mendapatkan rawatan.

Menurut seorang yang pernah dijangkiti H1N1. Rasa demamnya bukanlah kuat. Rasa macam demam tak demam. Biasa-biasa aje. Namun apabila serangan mengejut berlaku suhu badan naik mendadak, tarik di kepala dan terus koma.

Biasanya mangsa seperti ini sukar diselamatkan. Kawan-kawan yang ada simtom seperti di atas cepat-cepat la ke klinik atau hospital berdekatan. Nyawa ada satu je.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...