Nuffnang

Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

Sayur Fucuk


Baru-baru ni aku ke rumah sahabat aku merangkap mantan dowline aku yang menghidapi strok. Agak lama aku tak ke rumahnya kerana sibuk dengan urusan-urusan aku yang tak pernah habis. Namun pada minggu lepas aku berkesempatan ke rumahnya.

Alhamdulillah nampaknya dia makin pulih daripada penyakit strokenya. Katanya selepas mengamalkan satu produk yang berasaskan herba penyakit srtokenya semakin beransur-ansur lega. Percakapannya lancar dan pergerakan semakin laju.

Kepada sesiapa yang bermnat dengan produk tersebut boleh hubungi aku di E-mail nasriabidin@yahoo.com. Aku cuma sekadar membantu memandangkan member aku semakin pulih setelah menggunakan produk tersebut. Mana tau produk ini juga boleh membantu orang yang tersayang.

Setelah 30 minit menyembang aku terpandang kepada satu tulisan di sarung kusyen member aku ni. Terkejut beruk aku tengok tulisan tu. Pada aku amat tak sesuai perkataan tersebut melatari sarung kusyen tersebut.

Mungkin member aku ni tak paham apa yang ditulis. Namun bagi aku anak-anaknya mesti tau perkataan tersebut merupakan perkataan yang tidak baik. Nak aku tegur takut dia terasa. Nantilah satu masa yang sesuai. Anda saksikan tulisan tersebut dalam gambar di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...