Nuffnang

Pengikut

Ahad, 23 Ogos 2009

Yang menolong akhirnya kena tolong (kenangan aku dan Din)


"Dato` aku nak tumpang engko ke sekolah hari hujan, aku sangkut kat Bus Stop depan SMK. Sg. Kruit" kata Din dalam telefon. Aku pun menjawab "OK, nanti aku ambik engko,engko tunggu kat sana". Aku sebenornya lagi suka orang tumpang aku sebab ada la kawan aku bersembang hari ini. Kalau tidak terpaksa la nyanyi dan bercakap sorang-sorang dalam kereta.

Peristiwa tu berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu. Waktu tu aku mengajar petang di SMK Sri Tapah (Gara-gara melawan, dari mengajar di Bidor aku di terajang ke Tapah). Memang dah jadi rutin aku, aku akan keluar rumah bersama kancil kesayangan aku pada pukul 12.30 tengah hari.(nak jimat minyak beb)

Memandangkan hujan lebat hari tu Din terpaksa tumpang aku. Aku pun bersiap-siap dengan penuh semangat sebab banyak juga perkara yang nak aku sembangkan dengan Din. Aku memandu agak laju sebab nak cepat sampai ambik Din.

Memang menjadi kebiasan jalan di depan Bus Stop SMK SG. Kruit ini akan dinaiki air apabila hujan lebat sehingga akan menenggelamkan longkang besar yang terdapat di kiri dan kanan Bus Stop tersebut. Dari Jauh aku nampak Din sedang berdiri di atas tempat duduk Bus Stop di kiri jalan.

Aku pun memberi signal ke kiri dan membelok ke kiri. Matlamat aku ,aku nak kereta tu sampai betul-betul dekat Din supaya dia tak basah. Oleh kerana air hujan memenuhi longkang besar di sebelah bus stop maka aku tak perasan longkang tersebut dan aku terus je memandu kereta tersebut masuk ke dalam longkang. Sedar-sedar sebelah tayar kereta dah masuk ke dalam longkang.

Alamak aku dah panik dan ngelabah. Tanpa berfikir panjang aku membuka pintu kereta dan turun. Tiba-tiba aku hilang dalam arus deras longkang besar itu.Mujur din sempat mencapai tali pinggang aku, sempat la aku berpaut pada tangan din dan seterusnya aku berpaut di tepi longkang. Bayangkanlah din yang kurus tu memegang aku yang besor ni. Terhuyung-hayang juga dibuatnya.

Aku pun naik daripada longkang besar sambil memerhatikan sebelah tayar kereta aku yang masuk ke dalam longkang. Aku mula gabra macam mana nak buat ni. Tak semena-mena datang seseorang yang membantu aku mengangkat kereta tu. Dia mengarahkan aku menghidupkan enjin dan menekan minyak. Dia mengangkat kereta tu dengan sepenuh tenaga.

Akhirnya tayar kereta aku berjaya dikeluarkan daripada logkang tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada mamat tersebut. Ternyata kuat sungguh tenaganya. Sebelum tu aku dah try angkat kereta tu ngan din tapi gagal. Menguit pun idak.

Oleh kerana baju dan seluar dah basah aku mengajak Din balik ke rumah aku untuk menukar pakaian. Sepanjang perjalanan ke sekolah aku ngan Din asyik ketawa je mengenangkan peristiwa tersebut. Apabila aku ceritakan peristiwa ini kepada kawan-kawan semuanya ketawa.

Setiap kali aku mengenang peristiwa tu aku tertawa sendirian. Yang menolong akhirnya kena tolong. Ha.... Ha....Ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...