Nuffnang

Pengikut

Selasa, 18 Ogos 2009

Restoran Waritha







Agak lama aku tak singgah di restoran ala thai yang famous kat Ipoh ni. Restoran Waritha bermaksud warisan thailand. Setiap kali aku melintas di depan restoran ni pasti kelihatan deretan kereta yang memenuhi ruang pakir nya.

Kawasan persekitarannya kini berubah wajah. Kalau dulu di sebelah kanannya kosong sahaja. Kini deretan kedai baru melatari sebahagian persekitaran Waritha. Kadar harga makanan tidaklah terlampau mahal. Standard la ngan harga lain-lain restoran tomyam.

Kalau ikutkan aku memang aku dah larat nak makan. Memandangkan aku dah berjanji ngan anak-anak terpaksalah ditunaikan janji aku terhadap mereka. Seperti biasa aku hanya order air epal kosong sahaja.

Anak-anak aku macam biasa memilih menu daging masak merah, telur bistik ,sotong goreng tepung dan ikan kerapu masam-manis. Aku cuma mengabihkan sayur-sayur yang menjadi aksesori bagi menu-menu tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...