Nuffnang

Pengikut

Khamis, 20 Ogos 2009

JALAN PINTAS MENUJU KE SYURGA



Sebenarnya kalau di amat-amati bulan Ramadhan merupakan bulan yang menjadi jalan pintas untuk kita ke syurga. Begitu banyak ganjaran dan pahala yang disediakan oleh pencipta kita. Umpamaya setiap amalan fardu (wajib) dilakukan dibulan ini berganda-ganda pahalanya. Sementara setiap amalan sunat diberi pahala seolah-olah pahala amalan fardu.

Seboleh-bolehnya tuhan nak memasukkan semua hambanya ke dalam syurga kerana dia tahu bahawa sifat lemah manusia tidak akan dapat menanggung azab neraka. Abu talib bapa saudara nabi yang dijamin dengan seringan-ringan siksaan iaitu dipakaikan kasut daripada api neraka sehingga menggelegak otaknya. Rasanya siksaannya.yang ringan itu tak mampu kita menanggung azabnya.

Maka bulan puasalah bagi kita menuai sebanyak mungkin pahala yang bebundle-bundle disediakan Allah untuk umatnya. Nyata rahmatnya amat luas dan besar berbanding dengan ganjaran pahala yang diberikan kepada hambanya. Perhatikan hadith di bawah:

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Lihat kepada perkara kedua yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ikan-ikan dilautan akan beristighfar memohon kemapunan untuk dosa-dosa yang telah dilakukan. Cuba kita bayangkan berapa triliion ikan dilaut yang bersama-sama memohon keampunan pagi pihak kita. Ya allah besarnya kurnia Allah kepada hambanya di bulan Ramadhan.

Ini yang menjadikan rindunya aku pada Ramadhan. Rasa tak sabar menunggu Ramadhan. Puasa sunat di bulan rejab dan sya`aban pun diberi pahala yang berganda apatah lagi pahala bagi puasa wajib dibulan Ramadhan. Hadis kedua di bawah menjelaskan kepada kita betap sayangnya Allah kepada hambanya.

Hadith 2
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan dimaklbulkan.

Bayankan doa bagi orang yang berpuasa itu dikabulkan permintaannya. Mintalah apa sahaja pasti dikabulkan oleh Allah. Ikan-ikan berdoa untuk kita dicampur dengan doa kita yang memohon keampunan atas segala-gala dosa silam. Apa yang kita hendak lagi.? Amat rugi bagi mereka yang membiarkan Ramadhan itu berlalu seperti hari-hari biasa.

Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita. Maka gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang disediakan oleh Allah untuk Hambanya. Benarlah sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha pemurah.

Di samping berpuasa kita juga di berikan ganjaran pahala yang besar pada waktu malamnya apabila kita menunaikan solat Terawih. Ganjaran malam pertama menunaikan terawih sahaja Allah telah memberikan ganjaran yang amat besar iaitu Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Maknanya habis dosa-dosa kita yang sudah-sudah. Ini janji Allah. Mengapa manusia tak nak rebut peluang ni. Malam kedua pula diampunkan dosa orang mukmin yang beriman termasuk kedua ibu-bapanya. Berbahagialah ibu-bapa yang telah kembali ke rahmatullah dan mempunyai anak yang soleh.

Fadilat malam kesebelas lebih hebat lagi Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. Fadilat malam kedua puluh lapan Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Fadilat malam kedua puluh sembilan Allah
Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Ya Allah banyak nya ganjaran pahala yang diberikan kepada hambanya. Belum dikira malam-malam lain. Belum dikira pahala bacaan al-quran, tahajjud, qiamullail dan pahala amalan sunat yang lain. Banyak nya ganjaran mu ya Allah.


Aku mengajak diri aku dan kawan-kawan kita penuhi amalan wajib dan perbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan kali ini semoga sama-sama kita berbahagia di dunia dan akhirat. Insyallah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...