Nuffnang

Pengikut

Selasa, 25 Ogos 2009

Hanya kerana sepasang kasut


Aku memang dah lama sangat minat kasut jenama Top Ten ni. Mulanya aku tengok bapa saudara aku yang tinggal di Trengganu datang ke rumah aku memakai kasut jenama Top Ten. Bagi aku kasut tu cantik dan bergaya

Aku hanya memendam rasa untuk memiliki sepasang kasut tersebut.Kasut lain bagi aku tak secantik kasut Top Ten. Aku mengimpikan raya kali ni aku mesti memiliki kasut ni. Menjelang hari raya sebagaimana biasa ayah dan arwah emak aku akan membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Ayah aku pun bertanya aku nak kasut apa. Apalagi aku pun menjawab kasut Top Ten. Cari di pekan Sungkai tak de. Cari di Bidor pun tak de. Jenuh ayah dan arwah emak aku pujuk supaya beli kasut jenama lain. Aku tetap berkeras nak kasut jenama Top Ten juga. Hari berikutnya Ayah aku mengajak aku dan arwah emak ke Teluk Intan.

Nak ke Teluk Intan bukannya senang. Terpaksa naik Bas dari Sungkai. Berhenti di Bidor dan ambik pulak bas ke Teluk Intan. Pada hari tu orang punya la ramai dalam bas. Sendat sesendatnya. Aku dah tak tahan akhirnya muntah. Namun aku tetap meneruskan puasa.

Sampai ke Teluk Intan misi mencari kasut aku pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai. Malangnya tak de kasut jenama tu. Kedai-kedai kasut yang besar pun tak de jual kasut jenama tu. Aku tetap berkeras tak nak kasut jenama lain.

Bayangkan waktu tu matahari tegak di atas kepala tambahan dengan letih berpuasa. Ayah dan arwah emak aku dah berpeluh-peluh keletihan.Namun ayah dan emak aku masih bersabar dan terus mencari kasut tersebut. Akhirnya kasut jenama Top Ten tu ditemui dia satu kedai kasut kecil dan tak berapa popular.

Aku tersenyum lebar. Ayah dan emak aku menghembuskan nafas lega. Nampak kepuasan terpancar di wajah mereka apabila dapat memenuhi kehendak anaknya.Kalau di fikir-fikir betapa zalimnya aku pada ketika itu. Peristiwa ini menyedarkan aku betapa kasih dan sayangnya Ayah dan arwah emak terhadap aku.

Cuma aku sebagai anak kadang-kadang tak dapat memnuhi kehendak mereka terutamanya arwah emak aku. Sehingga ke akhir hayatnya aku gagal memenuhi kehendak dan kemahuannya. (nanti aku ceritakan dalam entry yang seterusnya). Sedangkan seorang emak dan ayah sanggup bersusah payah hanya kerana sepasang kasut.

Ini peristiwa yang berlaku hampir 30 tahun dulu semasa aku masih di sekolah rendah. Apabila aku kenangkan kembali amat menyentuh perasan dan bisa meruntun jiwa. Setiap kali aku ceritak peristiwa ni pada anak-anak aku, aku rasa sebak.Ya Allah kau kasihanilah ibuku dan tempatkan rohnya di kalangan orang yang bertakwa. Aminnnn...

2 ulasan:

  1. Nasib ko lebih dari nasib Pak Uda...Pak Uda dulu, kasut dan baju raya , pakai baju sekolah @ baju melayu putih samping kain warna blue black jer..Kopiah putih pun mak yg jahit kan...Kasut putih sekolah bocor hujung jari...Songkok tak mandang...Hari raya paling seronok baru dapat makan rendang ayam..hari hari lain ikan memanjang....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...