Nuffnang

Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2009

Mee Rebus Ramli Pekan Ipoh





Selepas selesai semua urusan di Ipoh jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Perut dah mula berkeroncong lapor. Anak-anak aku dah mula gelisah,dahaga,lapor la dan macam-macam lagi. Dalam kepala aku cuma teringatkan laksa.

Cuma ada satu tempat yang tergambar dalam kepala aku iaitu Mee Rebus Ramli. Dari Padang Polo aku patah balik ke pekan Ipoh. Kemudian masuk ke jalan pergi ke Jubilee Park. Kemudian aku cari parking betui-betui sebelah kedai Mee Rebus Ramli.

Orang agak ramai. Namun perkhidmatannya tak lah terlampau lambat. Kira ok la. Agak lama juga aku tak pergi ke kedai Mee Rebus Ramli. Selalu kalau jumpa yusri,sham dan zam kami akan lepak di Cheng Ho.

Disebabkan nak cari laksa maka kedai Mee Rebus Ramlilah jadi pilihan aku sekeluarga. Aku pernah jumpa sekali pengasas Mee Rebus Ramli di Kedainya di Tasik. Sekarang aku tak tau hidup lagi ke taukeh tu sebab masa aku jumpa dulu pun dah terlampau tua.

Banyak pengalamannya yang dia ceritakan kat aku tentang susah payah nya membangunkan Mee Rebus Ramli yang bermula di bawah pokok. Akhirnya menjadi besar dan Icon Bandaraya Ipoh. Sapa kata orang melayu tak boleh.

Sedang menikmati kesedapan laksa hujan turun dengan lebatnya. Aku rasa seronok sangat sebab dah lama tak rasa hujan waktu petang di bandar Ipoh. Terimbau banyak kenangan lama. Kadang aku tersenyum sorang-sorang. Orang rumah aku selalu tegor kalau aku mula senyum sorang-sorang.

Masa tu terlintaslah wajah kawan-kawan semasa zaman sekolah tengah main bola kat padang dalam hujan lebat. Raja Aman Shah, Khairi the lengkong, lee sulah, razak harun, Azuan the rabbit, Sham Hassan dan ramai lagi. Ya allah Bestnya zaman tu.

Kalau di bilik makan aku tak boleh lupa geng Basit, Shamsul Anuar Busro, Zulmokhri dan Rasidi yang selalu dapat ayam kecik. Kadang-kadang langsung tak dapat. Kalau bab melantak Basit & the Geng memang kuat makan.Termasuk le aku sebab aku pun pernah masuk geng Basit ni. Hantor le berapa banyak nasi tambah habih, licin,calat dan licau.

Berbalik kepada Mee Rebus Ramli selain mee rebus yang merupakan killer produk terdapat juga mee sup, nasi ayam,laksa, Chicken Chop dan Lamb Chop. Mee Rebus masih menjadi pilihan kebanyakan pengunjung yang datang. Aku harapkan Mee Rebus Ramli akan jadi satu jenama yang besar di negara kita pada satu hari nanti......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...