Cuba anda tanya kepada anak-anak anda apa yang anak anda makan di kantin sekolah. Adakah pemakanannya benar-benar berkhasiat dan mengandungi semua zat serta nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan atau lebih tepat lagi memenuhi keperluan tumbesaran pelajar sekolah.
Rata-ratanya kantin sekolah menghidangkan pemakanan yang tidak sihat. Nak mencari satu pun makanan yang berkhasiat agak sukar. Malahan guru-guru sendiri pun sukar nak mendapat pemakanan yang sihat terutamanya pada waktu sarapan pagi.
Menu biasa nasi goreng (600 kalori), Nasi lemak (500 kalori), bihun goreng (600 kalori), mee goreng (600 kalori), Teh tarik (200 kal0ri) dan telur goreng (150 kalori). Inilah menu yang diulang-ulang setiap hari. Bayangkanlah setiap hari guru-guru terpaksa menelan menu-menu tersebut. Akhirnya cikgu akan mendapat kolestrol tinggi, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain penyakit
Bagi pelajar lebih parah lagi kerana kebanyakannya makanan yang disajikan pihak kantin ialah jenis makanan segera dan bergoreng. Selain nasi lemak dan nasi goreng antara menu lain ialah nugget goreng,kentang goreng, keropok lekor, burger, karipap,pizza dan banyak lagi.
Sebenarnya pemakanan amat berkait rapat dengan tahap pembelajaran anak-anak. Sekiranya setiap hari anak-anak kita disumbatkan dengan pemakanan seperti menu di atas nescaya tahap pembelajaran anak anda akan menurun malahan tahap kesihatannya juga akan menurun.
Umpamanya pemakanan di atas akan menurunkan level energy anak anda dan akan menyebabkan anak anda menjadi letih,lesu,mengantuk,tidak bermaya dan tidak dapat menumpukan pelajaran di dalam kelas.
Ini lah yang berlaku kepada kebanyakan pelajar. Itu belum dikira tentang berat badan pelajar yang terus meningkat atau lebih tepat OBESITI. Lama-kelamaan sekiranya masalah ini dibiarkan akan menyebabkan pelbagai gejala penyakit di kalangan pelajar pada usia muda.
Aku menyarankan agar kementerian pelajaran menyediakan peraturan WAJIB kepada pengusaha kantin agar dapat menyediakan pemakanan yang benar-benar sihat untuk pelajar-pelajar di premis mereka. Sekiranya masalah ini berlarutan dan tidak dibendung nescaya pada satu hari nanti kita akan melahirkan generasi yang mempunyai banyak penyakit.
Negara juga terpaksa menanggung kos perubatan yang besar. Diperingkat sekolah lah pelajar-pelajar perlu dididik tentang pemakanan sihat melalui teori dan praktikal. Dari segi teori tiada masalah memang ada subjek tertentu seperti pendidikan kesihatan yang mengajar tentang pemakanan sihat.
Tetapi daripada segi praktikalnya hancur, sebab kantin sendiri pun tidak menyajikan pemakanan yang sihat. Usaha mendidik pelajar tentang pemakanan sihat tidak akan berjaya sekiranya apa yang dicakap dan apa yang dibuat tidak seiring. Pendek kata cakap tan serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan