Nuffnang

Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2009

Kawan-kawan ingat lagi tempat ni?


Jubilee Park tidak perlu diperkenalkan lagi. Rasanya kebanyakan warga Ipoh mengetahui apa yang terdapat di dalamnya. Pelbagai jenis hiburan yang bisa memenuhi jiwa remaja yang mengelegak dahagakan hiburan.

Disini terdapat segala jenis permainan video, snooker, billiard, panggung grand (Cerita XXXXX) dan ada juga member aku yang bagi tau terdapat bilik-bilik kecil yang menayangkan cerita biru. Kalau dulu-dulu memang happening tempat ni. Namun aku hanya minat dengan permainan video game, snooker dan biliard. Yang lain-lain aku tak terjebak.

Setiap hujung minggu penuh dengan budak-budak sekolah dan budak-budak lepas sekolah serta terdapat juga budak-budak berumur 20-an,30-an,40-an, dan yang lebih tinggi umurnya. Termasuk lah aku and the gang.

Zaman Rock kapak dulu aku kerap ke sini ngan Rosle jelani, Razak Noruzzaman, Sham harun dan ramai lagi yang aku tak ingat. Roslee memang terror main video game. Entah mana dia belajor aku pun tak tau. Sorang lagi yang berbakat dalam Snooker ni Khusaini Hassan (Wak Jawa).

Kalau tak silap aku pernah ada seorang taukeh kedai snooker ajak dia join kelab snooker. Kalau dia main alamatnya menunggu sampai berjanggut le baru dapat turn kita . Dari tingkat atas sampai lah ke tingkat bawah penuh ngan pelnagai jenis permainan video game. Macam-macam ada.

Namun aku memang tak terror dalam semua permaian tu. Aku hanya ikut kawan . Saja seronok-seronok. Tapi kalau orang ajak main boleh le sekadar menyukupkan korum. Apapun selain Jubilee Park tempat yang selalu aku and the gang pergi menghabiskan masa ialah Kompleks Yik Fong. Kadang-kadang kat Super Kinta.

Masa ni zaman Rock kapak tengah hot. Dalam Entry yang lepas banyak aku ceritakan tentang pengalaman aku pada zaman rock kapak. Super Kinta, Panggung Cathay, Pasar Bulat, Kompleks Yik Fong dan Jubilee Park banyak merekodkan kenangan manis aku bersama kawan-kawan yang sekepala.

Tak lupa juga tempat jamming rumah cina berhampiran Restoran Pakeeza sentiasa terpahat sebagai memori indah dan kenangan yang amat berharga. Satu lagi tampat yang meninggalkan banyak kenangan manis Warung Seri Pengkalan yang terletak di taman kanak-kanak.


1 ulasan:

  1. tempat main game...selain dari kat kompleks yik foong....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...