Nuffnang

Pengikut

Khamis, 31 Mei 2012

RINDU..........


Kerinduan terhadap sesuatu adalah lumrah dalam kehidupan sesorang manusia...Aku juga mempunyai pelbagai jenis rindu seperti rindu kepada suatu masa dahulu, rindu kepada tempat yang aku pernah pergi dahulu, rindu kepada seseorang,rindu kepada suasana tertentu....Pendek kata ada macam-macam jenis rindu...

Antara rindu yang masih belum tertunai ialah aku teringin nak minum di Mc Donald pada waktu pagi...Lokasi Mc Donald yang aku rindu ialah di Ampang Point dan The Mall KL. Suatu ketika dahulu dulu 2 tempat ini dalah tempat favourite setiap kali nak berjumpa dengan orang tertentu bagi membincangkan projek (Masa jadi Broker dulu)...Selalunya aku akan sampai pada waktu awal pagi...Kedai-kedai lain masih belum dibuka dan masih bertutup...

Sampai sekarang ni aku masih terbayang suasana yang bagi aku sangat syok...Belum dapat aku mengulanginya memandangkan sekarang ni kalau KL aku akan sampe pada waktu tengah hari...Tengah hari suasananya dah lain...Waktu awal pagi tu yang syoknya...orang masih tak ramai dan kedai-kedai masih tutup...

Rindu yang seterusnya aku amat rindu dengan Pulau Lagenda Pulai Langkawi kerana semasa zaman remaja aku sering dibawa oleh arwah ibu ke Pulau ini kerana ibu sering membeli pinggan mangkuk dan pelbagai barangan lain untuk dijual semula kepada orang kampung di tempat aku...Kadang-kadang arwah ibu membawa pekerja-pekerjanya makan angin di Langkawi..Maka kerap kalilah aku ke Pulau Lagenda ini.... Pada masa itu Langkawi masih dalam pembangunan...Di sana sini banyak projek-projek yang baru dibangunkan.

Selepas itu semasa aku di IPSI pada tahun 1996 kami Group KPLI Sejarah  telah membuat latihan sambil belajar selama seminggu di Pulau Langkawi...Seminggu kami berkampung di De Lima Resort di pantai Cenang...sekarang Resort ni dah tak de....Aku suka sangat kat Resort ni sebabnya kat resort ni ada Food Court....Nak makan senang...Antara menu yang menjadi kesukaan aku ialah Air Sirap....Disamping itu kat resort ni ada kolam mandi yang best...Yang best  dalam trip ni ada X-Girlfriend tepuk sebelah tangan... he he he

Seminggu Group KPLI Sejarah aku berkampung di Langkawi...Memang best...aku pulak dilantik sebagi driver Van... merata lah tempat yang aku pergi...Antara moment yang aku tak boleh lupakan ialah bertemu dengan seorang tukang urut di Kg. Melaka di Langkawi. Tukang urut ni seorang permpuan tua...Antara kehebatannya dia boleh cerita sejarah hidup seseorang...tepat pulak tu...Masa ni le pensyarah aku terkantoi...apabila tukang urut menyatakan yang pensayarah tersebut mempunyai 2 cawangan...Merah padam mukanya...memang betul pun...Tak berani aku nak suruh dia cerita tentang sejarah hidup aku...keluor yang bukan-bukan tak pase

Ada lagi ke Si tukang Urut tu ?....Rindu pada seseorang ini agak subjektif....Yang pasti aku memang rindu dengan arwah emak,arwah opak dan dan arwah datuk...3 insan yang amat istimewa bagi aku...nanti aku ceritakan dalam entry yang lain...Namun akhir-akhir ini aku amat rindukan pada seseorang yang aku anggap sebagai sahabat..Pada mata kasar aku... dia sesorang yang sangat istimewa...Aku suka  semuanya tentang dirinya.....Gayanya...pakaiannya....dan sikapnya....nanti le aku sambung citer dia ni pada masa yang sesuai.... ada kalanya Rindu juga  dengan kedai Tom Yam Kusuma di Bandar Baru Bangi....Ada lagi ke taukehnya Pak Ku...

1 MCC Cardif City

Esok Team bolasepak anak aku akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menyertai satu lagi kejohanan bolasepak peringkat umur...Kali ini ramai ibu bapa yang akan mengiringi anak-anak mereka ke Pulau-Pinang. Dah jadi macam rombongan Cik Kiah le pulak...Kalau tak de  aral melintang mungkin dua bas akan bertolak ke Pulau-Pinang...

Minggu lepas Team bolasepak anak aku menyertai kejohanan peringkat umur di Negeri Sembilan.Alahamdulillah daripada 20 team..team anak aku mendapat tempat keempat....Sebelum ini mereka menyertai kejohanan bolasepak 1MCC Cardiff City di Sg. Buloh. Daripada 40 team mereka berjaya menjadi antara lapan pasukan terbaik..Kalah pun  dengan team ternama bertaraf kelab mewah yang mendapat pelbagai sponsor dan dilatih jurulatih ternama seperti Bakri Ibni dan bekas pemain Selangor Annuar Abu Bakar...

Kalau ada sponsor aku rasa team ni boleh pergi jauh...Mutu permainan sebenarnya tidak berapa jauh dengan team-team ternama seperti Bintang Biru, CIMB,PKNS dan Selangor Red Giants....Team ni bolehlah dikatakan team FELDA Sepenuhnya. Berpengkalan di FELDA...Dilatih anak tempatan FELDA dan kebanyakan pemainnya adalah generasi ketiga FELDA. Setelah setahun lebih team ni diasuh kini mula menampakkan hasilnya....

Kalau Sebelum ini Felda Trolak Utara menjadi kilang  melahirkan jaguh hoki peringkat kebangsaan seperti Roslan Jamaludin,Shukri mutalib dan ramai lagi maka tak mustahil kali ini akan dapat melahirkan pula pemain bolasepak peringkat kebangsaan dan mungkin juga dunia yang bakal mengikuti jejak Nazmi yang bermain di Portugal...Doakan kejayaan anak-anak cilik ini...

Rabu, 30 Mei 2012

Cikgu-cikgu Jangan Baca...

Ada 4 buah filem yang aku amat suka menontonnya walaupun berulang kali ditayangkan di TV. Setiap kali ditayangkan dan kebetulan pada waktu tersebut aku menonton TV maka  aku  akan menontonnya sehingga akhir...4 buah filem ini sangat memberi inspirasi kepada aku yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.... Kalau aku jadi menteri pelajaran memang aku wajibkan Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia menonton filem ni secara mandatori.

Bagi aku 4 filem ni   sarat dengan persoalan, pengajaran dan nilai yang mampu mengubah pandangan tradisi kita terhadap kerjaya perguruan...Terus terang aku katakan kerjaya perguruan hari ini sakit...walaupun belum sampai pada tahap tenat...Mengajak guru-guru berubah kepada satu paradigma baru bukannya mudah...Ada yang PnP nya lesu, kaku dan tidak berubah-rubah...

Masih berada di confort Zone....Syndrom menyalahkan murid bodoh...tak boleh buat apa dah...macam-macam cara dah guna hanya satu bentuk escapisme..atau bentuk-bentuk pertahanan diri atau hanya suatu uasaha membina benteng bagi mempertahankan kelemahan diri...Usaha untuk meningkatkan diri dan mencari ilmu baru hanya terhad dalam lingkungan guru seperti LADAP dan kursus anjuran kementerian...Usaha ini mungkin hanya membantu daripada segi content....tetapi tidak PnP...kerana apa kerana sikap....(Nanti aku huraikan dalam bab lain...)

Dunia pendidikan hari ini menuntut kepada cara penyampaian yang berkesan dan menarik...barulah akan membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar....tidak salah guna cara Chalk and talk kalau ianya berkesan berbanding menggunakan teknologi canggih yang belum tentu berkesan...bukan maksud menidakkan teknologi canggih seperti penggunaan komputer...

Tetapi berdasarkan pemerhatian ada guru yang mampu menggunakan teknologi canggih dengan sangat berkesan...Tahniag Cikgu...Namun ramai yang hanya menjadikan teknologi canggih satu bentuk meringankan beban ketika mengajar ataupun lebih tepat ESCAPISME...

Sebagai contoh selalunya cikgu akan menggunakan perisian power point...apa yang berlaku Power point akan disumbat dengan semua fakta..huraian dan contoh...penuh power point dengan tulisan...Cikgu cuma membaca apa yang tertulis di power point dan lebih teruk lagi setiap kali kelas pelajar akan disuruh menyalin dari power point....Hilang terus fungsi power point yang sepatutnya hanya point-point ditulis kemudian Cikgu menerangkannya.....

Apabila setipa kali mengajar cara yang sama digunakan  pelajar akan bosan, hilang minat belajar dan mula menimbulkan masalah...Kalau aku jadi pelajar pun aku akan bosan dan mula ingin memberontak...Akhirnya Cikgu akan kata macam-macam cara dah digunakan tetapi pelajar tetap macam tu jugek....sebenarnya dia baru guna 2- 3 cara atau pun hanya itulah satu cara digunakan...Sekali lagi ESCAPISME....

Minta maaf apa yang ditulis ini memang pahit...ramai yang akan menentang...ramai yang akan kata macam le dia bagus sangat....Tetapi berfikirlah guna
Minda dan nilailah guna hati yang  terdalam adakah usaha kita selama ini telah mencapai pada tahap maksimum dan adakah kita telah berusaha sehabis daya atau menggunakan bermacam-macam cara sebelum kita terus-terusan menyalahkan pelajar tak boleh...pelajar lemah...murid-murid kami memang bodoh....

Memang tidak dapat dinafikan ada pelajar yang memang lemah dan lembam...tidak tahu membaca dan menulis...Tetapi peratusnya amat kecil...rata-ratnya masih boleh membaca dan menulis dan kalau kena gayanya mereka ini boleh berjaya pada tahap kemampuan mereka...Nak meletakkan pelajar ini untuk mendapat A seperti pelajar di kelas pandai memanglah sukar..

Namun tugas kita sebagai guru terus meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu dengan banyakkan membaca buku-buku peningkatan diri, hadiri program peningkatan diri berbayar yang banyak di pasaran...Jangan kedekut duit....Yang baik itu mahal harganya...Bertanya dengan guru yang terbukti baik PnP nya....Dan sentiasa Husnuzzan atau  bersikap positif...

Insyallah kita akan dapat idea-idea baru...cara-cara PnP yang baru...Kalau kita mahu berfikir tuhan akan membuka jalan..dibisikkannya ilham-ilham canggih...Kalau kita asyik merungut, menyalahkan orang dan tidak mahu berubah serta berusaha tuhan pun tidak akan membantu...Kerana mereka ini termasuk dalam golongan yang tidak Bersyukur....

Orang yang tidak bersyukur tidak akan ditunjukkan jalan keluar bagi sesuatu masalah kerana mindanya berhenti untuk berfikir setelah memberi pelbagai alasan...menyalahkan orang dan berfikiran negatif...dan yang lebih teruk dia berasa lega kerana sudah mempunyai alasan...Sebenarnya setiap kali keluar kelas hati kita boleh rasa sama ada PnP kita berkesan atau tidak...kita bersedia atau tidak.. hati tidak boleh menipu atau ditipu....Kalau ok PnP kita kita akan berasa sangat puas.....

4 Filem yang sangat mengujakan aku ialah Black lakonan Amitabh Bachan, 3 Idiot lakonan Amir khan, Tera Zamin Par lakonan Amir khan dan Laskar Pelangi...Tengoklah Cikgu Filem ni ...Wlaupun ianya sekadar filem tetapi sarat dengan idea, pandangan baru yang akan membuka luas horizon minda kita ke arah satu anjakan paradigma yang baru......Takbir ....Allah hu Akbar.....

Selasa, 29 Mei 2012

ePILOG Cinta Untuk SiTi

Kerinduan dan rasa cinta aku membuak setiap kali berjauhan dengan mu SiTi. Tak tertahan rasanya menanggung rindu yang teramat mendalam setiap kali berjauhan denganmu. Aku selalu membayangkan saat-saat indah kita bersama.

Betiap indah dan intimnya hubungan kita. Tidak pernah sesekali aku menyesali hubungan yang terjalin sejak mula aku mengenalimu. Engkau sentiasa ku usap, ku belai saban hari di pertemuan kita. Kau juga sentiasa setia di sisi menemani malam-malam indah. Besamamu amat cepat rasanya masa berlalu.

Aku cukup berasa teruja di saat aku berada di atasmu dan engkau berada di bawah ku. Sungguh indah kan saat itu SiTi. Mana mungkin aku menduakanmu. Hari-hari yang indah terus berlalu. Namun rasa cinta dan sayang tidak pernah pudar.

Walaupun usia mu semakin menuju senja , aku masih cintakanmu. Aku masih memerlukanmu. Aku tak boleh hidup tanpa kehadiranmu menemani malam-malam indah yang kita lalui bersama.

Telah banyak sejarah hidup yang kita lalui bersama. Engkau menjadi saksi kisah suka,duka, onak dan ranjau yang kita lalui bersama. Kadang-kadang air mata tertumpah di dadamu. Namun engkau tetap tabah menerima ku seadanya.

Engkau tidak betah membantah memenuhi kehendakku. Engkau hanya berdiam setiap kali aku berkasar denganmu. Ketabahan itu yang menjadikan rasa sayang yang lebih mendalam. Biarlah aku hidup bersamamu untuk seribu tahun lagi. Aku sangat sayangkan mu SiTi.......

* SiTi dalam entry di atas ialah Si Tilam kesayanganku.

SHARE....

Banyak sangat yang aku tahu tetapi orang tak tahu..Memang aku nak share apa yang aku tahu dengan ramai orang...Aku nak memberi nilai tambah dalam hidup orang lain...Pengalaman yang aku kutip selama bertahun-tahun dalam bidang pendidikan dan dicampur dengan banyaknya buku yang aku baca serta ilmu-ilmu yang aku dapat dari pelbagai seminar dan program yang aku hadiri menyebabkan terasa banyaknya perkara yang aku ingin kongsikan.

Aku merasakan perkara tersebut sangat bermanfaat....Ditambah dengan pelbagai penemuan secara tidak sengaja terutamanya ketka mengajar di kelas hujung menjadikan apa yang aku tahu ini mampu memberi nilai tambah kepada hidup orang lain....Namun kalau aku berikan secara percuma pasti perkara ini tidak dihargai dan kurang impactnya....Pengalamann selama beberapa tahun mengendalikan seminar dan program pelajar menemukan aku satu formula yang akan menjadikan Win-win situation untuk aku dan mereka yang bakal aku sharekan apa yang aku tahu....

Aku berazam untuk menjenamakan semula program aku dengan satu bentuk yang lebih kemas, tersusun dan bersistematik...Kalau dipromosikan dengan betul Insyallah ia akan menjadi satu fenomena baru dalam dunia pendidikan...Simple tapi berkesan....Telah aku cuba kepada anak murid aku di kelas hujung dan kelas pandai.. ternyata ia berkesan...Untuk lebih ramai orang mendapat manfaatnya aku akan marketkan secara open market...

Dengan bantuan kawan-kawan yang ada dalam dunia pendidikan insyallah jaringannya akan menjadi luas..aku akan cuba di Daerah aku dahulu....Kalau berjaya akan aku kembangkan di daerah lain....Seterusnya mungkin ke seluruh negara...Aku membayangkan program aku akan dihadiri 2,000 ke 3,000 orang dalam satu masa seperti program-program yang dianjurkan oleh Mentor aku Dr. Azizan Osman... Dengan Mind Setting yang betul tak mustahil segala-galanya menjadi realiti.....

Sedang mencari nama yang sesuai......Satu nama yang terlintas ialah Smart Learning Otak Kanan...nanti aku citerkan dalam entry akan datang apa yang dimaksudkan Smart Learning Otak Kanan....

U-TURN 5 JW Marriot Putrajaya

Setelah selesai sesi yang sangat menyentuh hati aku....Minda aku terus membayangkan muka anak-anak aku sorang demi sorang....Silih berganti bayangan itu datang....Minda Mula  memikirkan betul ke apa yang aku lakukan selama ini...Soalan demi soalan menerjah dalam pemikiran aku.....

Setelah tamat hari kedua program aku melangkah menuju ke bilik dengan pelbagai persoalan yang bermain di kepala...langkah ku agak longlai tidak seperti mana biasa langkah aku agak laju....Sesampe dibilik aku tak banyak bercakap.....Aku terus  masuk ke bilik air.....dan mandi.....namun riak muka aku memang agak redup sambil kepala ligat memikirkan pelbagai persoalan yang datang silih berganti dalam kotak fikiran....

Selesai aku mandi dan bersiap untuk membawa keluarga untuk makan malam....tiba-tiba air mata aku keluar dengan laju tak tertahan-tahan....Melihat je muka isteri aku terus menangis teresak-esak. Tak pernah seumur hidup aku menangis seperti itu dihadapan isteri....Begitulah betapa kuatnya Impact Slot pada hari kedua....Aku mesti kembali sedikit demi sedikit....Kembali ke Orbit asal Fitrah manusia terhadap Rabnya...

Bagi aku hari itu adalah hari yang bersejarah dalam hidup aku......Nasihat arwah emak aku tak dengar...nasihat arwah opah aku tak dengar...nasihat ayah dan isteri juga aku buat tak tau....Tetapi bila bertemu dengan Dr. Ary Ginanjar di dalam program ESQ 165 segalanya berubah....Keegowan aku runtuh...Hati yang keras kembali lembut.....Mata yang susah menitiskan air mata penyesalan  begitu mudah mengeluarkan air mata... Hati sentiasa berbisik aku belum terlambat......Matlamat aku hidup macam biasa...tiada perubahan fizikal yang ketara namun apa yang aku ingin ubah ialah pengabdian aku kepada Allah.....Dan manjadi matlamat aku apa yang aku buat dalam apa jua bidang selepas ini matlamatnya bukan manusia tetapi Allah....Semoga hati ini sentiasa mengingat Allah....

Sentiasa bersyukur.....Banyakkan Istighfar dan Sabar....Walaupun aku tau aku tak mampu mengubah 100% kerana kelemahan diri seorang insan...Namun aku berazam untuk berubah sedikit demi sedikit...Bayangan Baitullah yang sentiasa menggamit Insyallah akan aku kunjungi...Walaupun terus terang aku katakan aku agak takut untuk ke sana memandangkan banyaknya Dosa....Tetapi demi cintaku kepada Baitullah dan Nabi Muhammad Insyallah aku akan ke sana juga pada satu hari....Ya Allah makbulkan doa ku........

Isnin, 28 Mei 2012

U-TURN 4 ESQ 165

Slot yang aku ceritakan inilah yang membawa aku kembali berada dilandasan yang betul......Kalau dahulu setiap kali buat silap aku akan terus hanyut..Kini setiap kali melakukan kesilapan aku kembali reverse ke orbit yang betul.....Slot ini menceritakan tentang detik-detik perpindahan alam dunia ke alam akhirat...menceritakan detik kematian seorang insan.....Sesiapa pun seseorang itu didunia ini akhirnya akan mati....masuk ke ruang sempit,gelap dan sunyi.

Sebelum ini aku memang tak suka melihat imej kematian...imej kubur...imej mayat....namun di dalam program ini aku gagahkan diri dan aku beranikan diri untuk melihat semuanya....Rugi Bro...bayor mahal...Antara imej yang amat mengharu birukan jiwa aku apabila melihat jenazah di usung di atas keranda yang diiringan effect hentakan kaki yang kuat menyebabkan jantung aku berdegup kencang. Takutnya rasa hati ini. Digambarkan orang yang berada di atas keranda itu meraung ingin kembali semula ke dunia untuk menebus semua dosanya.

Tiada siapa yang mendengar laungannya...Sebaliknya dia terus di bawa ke kubur dan ditinggalkan sendirian diliang lahat  dan dan setelah itu dikambus dengan tanah......Anak-anak, keluarga, isteri, sahabat handai hanya menemani seketika dipintu kubur. Setelah pulang semuanya tinggallah kita kesepian, keseorang, kesunyian dalam kegelapan sendirian menunggu untung nasib atas amal yang kita lakukan.  Bab ini yang amat mengerikan aku...Tambahan pula imej liang lahat, lubang kubur dan kubur di multimediakan dengan pandangan Close-up dan jauh menyebabkan meremang bulu tengkuk aku. Imej kubur itu nampak sepi...Tambahan pula jenazah yang berada dibawahnya tentu lebih sepi.

Aku membayangkan kalau yang diusung  itu adalah aku dan yang ditanam itu adalah aku yang banyak dosa dengan tuhan, ibu bapa, kawan-kawan, isteri, anak-anak dan masyarakat mampukan aku mengharunginya berseorangan di bawah sana...apa nasib aku di bawah sana...Ngerinya ya Allah...Banyaknya Dosa aku Ya Allah. Semasa ni aku tak sedor bila air mata aku menitik...bercucuran jatuh.....teresak-esak...Sebelum ini aku perlecehkan orang yang menangis...kali ni aku sendiri yang menangis.

Penceramah terus menekan emosi kami dengan mengungkit tanggungajawab terghadap anak-anak, isteri dan ibu bapa yang diabaikan selama ini. Didalam minda gambaran dosa, kesalahan, sekasaan, hukuman silih berganti datang....Air mata terus bercucuran dengan lajunya...Aku lepaskan semuanya tanpa dikontrol lagi.......Terasa penyesalan yang amat sangat... terbayang wajah anak-anak seorang demi seorang...apa yang akan jadi kalau aku mati hari ini......Ngerinya Ya Allah. Ampunkan hambamu Ya Allah. aku terus bersujud lama memohon keampunan tuhan...Hati yang keras mula cair... mula kembali melihat Nur Illahi.....Terima Tuhan yang menggerakkan hati dan kaki untuk datang ke Program ESQ.

Setelah emosi kami dihenyak secukup-cukupnya...dengan background muzik taubat penceramah menyimpulkan sebanyak mana pun dosa manusia dengan taubat semuanya akan terampun kerana tuhan itu Maha Pengampun...Maha Pemurah dan Maha Penyanyang....Dia sayaaaaang akan hambanya....Mohonlah kepadaNya maka akan dimakbulkannya....Disini timbul satu lagi rasa iaitu bertapa sayangnya Tuhan kepada hambanya....Tumpah lagi air mata......Ya Allah Ampunkan hambamu Ya Allah......Sambung lagi......

U-TURN 3 ESQ

Program ini aku sertai dalam keadaan aku tak tau apa-apa  content program ni.Main masuk je...main redah je....Aku beranggapan ini adalah program untuk usahawan yang sangat bagus...memandangkan yurannya agak tinggi iaitu RM 1450...Sebelum tu pun aku dah tengok dalam blog rakan-rakan yang memperkatakan tentang kehebatan program ni..TV3 juga pernah menyiarkan tentang kehebatan program ini. Menurut TV3 program ini merupakan fenomenan baru dalam dunia Pembangunan insan. Program ini dinamakan ESQ.

Dalam fikiran aku program mempunyai pretij yang tersendiri memandangkan setiap kali program ESQ diadakan ia akan  dihadiri oleh menteri-menteri, selebriti dan diadakan pulak Di Marriot Hotel Putrajaya....Pada hari tersebuta aku agak lewat sampai...sesampainya diperkarangan hotel aku bertanya kepada pengawal keselamatan tentang program ESQ....Gambaran awal tantang program agak menakutkan aku. "Encik Saya pun tak apa itu program....Keliling ada kain hitam...tak boleh masuk dalam...tapi ada menteri dalam"..Hati mula cuak... namun aku redah je...maklum le duit dah bayor... takkan aku nak balik.

Setelah mendaftar di kaunter pendaftaran. Aku terus masuk ke dewan...Nak masuk ke dewan aku dipimpin oleh seseorang dengan menggunakan Torch ligth untuk mencari tempat duduk memandangkan keadaan yang gelap. Hanya ada cahaya daripada 3 skrin besar di pentas utama. Di Skrin besar aku lihat terpapar ayat-ayat suci al-quran...kemudian keluar lagi ayat-ayat suci  al-quran...Dan penceramah pula seolah-olah sedang membaca puisi. Namun suatu hal yang mula menarik hati aku ialah persembahan multimedia dan sistem bunyinya memang best...superb bro...Dah rasa macam nengok wayang pulak.

 Tetapi hati ini tetap berkata-kata  ini program usahawan ke ceramah agama bentuk baru...Kemudian masuk slot yang seterusnya Slot sterusnya ditunjukkan pula tentang fakta-fakta sains tentang bumi, matahari dan diceritakan pula tentang magellan..corpinicus.. dan sebagainya..aku agak sedikit boring memndangkan semuanya tu aku dah baca dalam buku Harun Yahya dan lain-lain buku. Cuma persembahan Multimedia yang menarik hati aku. Semasa rehat  untuk makan tengah hari dan menunaikan solat jumaat aku ke kaunter pendaftaran hotel untuk Check in ke bilik Hotel. Menunggu disitu orang rumah dan anak-anak.  Aku pun memberitahu orang rumah tentang ketidakpuasan hati aku tentang program ni. Bagi aku program Dr. Azizan lagi Best.
Setelah selesai hari pertama aku balik ke bilik hotel dengan hati yang tak berapa seronok. Menyesal...Boring... rasa tertipu bercampur baur. Namun mahu tak mahu aku kena masuk juga program ni sebab duit dah bayor...Bagi aku walaupun aku tak dapat apa yang aku nak tetapi ada satu perkara lain yang menyeronokkan aku apabila melihat anak-anak seronok dengan keadaan hotel yang sangat kondusif. Anak-anak pulak amat gembira dapat mandi di swimming Pool hotel yang canggih.

Hari kedua aku masih tak boleh Accept tentang kandungan program yang disampaikan sebab aku masih rasa tertipu ...aku ingatkan program keusahawanan...rupanya ceramah agama bentuk baru....Tambahan setiap kali diakhir sesuatu slot mesti ada orang yang menangis..lagi le membuat aku menyampah....Masuk sessi petang pada hari kedua hati yang keras ini  dah mula ada sedikit rasa dan nur .Rasa itu datang tiba-tiba...Terutamanya apabila aku ditunjukkan dengan  gambar kaabah.Gambar tu gambar kaabah yang biasa... tetapi...entah mengapa hati ni rasa sayu sangat...rasa rindu sangat dengan kaabah...rasa kejap itu jugek nak ke sana....Dalam hati berkata kalaulah aku dapat pergi sekarang.....Melihat Kaabah dan kelambu hitam cukup meruntun hati ini....Tambahan pula dengan background effect serta Multimedia yang canggih menyatu dalam kesatuan yang tak bisa aku huraikan kesyahduannya. Rasa dekal  sangat dengan Rabb

Kemudian diceritakan pulak tentang riwayat hidup Nabi Muhammad seorang anak kecil tidak tahu apa-apa yang kehilang orang tersayang seorang demi seorang....Ini menjadikan aku jadi lebih sayu...Diceritakan pulak penderitaan , kesusahan ,cercaan dan segala macam halangan yang dilaluinya sepanjang ushanya mengangkat martabat Islam. Ceritanya cerita biasa yang biasa aku dengar...tetapi entah mengapa hari itu aku rasa cerita tersebut amat luarbisa bagi aku.

Namun sehingga akhir hayatnya Nabi tetap mengutamakan ummatnya...dan sebutan Ummati...ummati tetap meniti dibibir Rasulullah walaupun nyawa sampai ke penghujungnya. Nabi tetap menunjukkan kasih-sayang kepada kita. Tetap berasa risau dengann nasib ummatnya...Terus terang aku katakan inilah kali pertama aku dapat rasa kasih sayang Nabi tehadap Uammatnya.  Sedangkan  selama ini aku tak pernah rasa sayang yang mendalam terhadap Nabi....Kali ini aku rasa aku benar-benar rasa sayang dengan nabi Muhammad dan sayang itu datang dari lubuk hati yang amat terdalam.Ukhwah Islam amat terasa apabila kami peserta program berganding tangan berselawat ke atas Nabi.....Namun air mata masih belum tertumpah... aku tahan....dah aku masih bertahan. Slot yang seterusnya inilah sebenarnya turning point dalam hidup aku....sambung ekkkk....

U-TURN 2 IMKK

Ada satu slot Di dalam Seminar IMKK Dr. Azizan yang amat menyentuh hati aku dan aku mula membuka mata dan tersedar tentang matlamat hidup yang sebenarnya....Pada pagi kedua training kami diajar tentang getaran halangan. Iaitu perkara-perkara yang menyebabkan rezeki susah nak masuk. Menurut Dr. Azizan kadang-kadang rezeki dah macam nak dapat namun akhirnya tak dapat. Aku masih ingat lagi Dr. Azizan membawa botol yang ada magnet di dalamnya dan diluar botol juga ada magnet...Magnet melekat tetapi tidak bertemu kerana dihalang oleh plastik botol.

Begitulah perumpamaan getaran halangan. Antara perkara yang menghalang rezeki untuk masuk ialah dosa terhadap ibu bapa....Dosa mengguris hati ibu bapa...dosa tidak memperdulikan   ibu bapa..Dosa terhadap orang tersayang....Mula-mula kami bergelak ketawa dengan cara penyampaian yang kelakar Dr. Azizan...tetapi apabila Dr. Azizan Touch je tentang dosa terghadap ibu bapa....satu dewan menangis menitiskan air mata...Dr. Azizan juga menangis. Pada mulanya aku menganggap tangisan DR. Azizan hanya dibuat-buat untuk mood touching. Biasa le orang cari duit. Aku juga masih lagi kontrol...Macho le konongnya walaupun dah ada rasa nak nangis...akhirnya aku buat-buat akal ke tandas...Dalam perjalanan aku ke tandas aku tengok arwah Ayah Dr. Azizan yang ada di bahagian belakang menangis teresak-esak....

Melihat situasi ini aku tak boleh tahan...serta -merta teringat dosa terhadap ibu dan ayah yang memang banyak silih berganti dalam minda...Tangisan Dr. Azizan dan ayahnya adalah tangisan yang betul-betul datang dari lubuk hati terdalam.....bukan dibuat-buat...Tak ramai pemceramah yang berani bawa ibu dan bapa sendiri menyertai program mereka...tetapi tidak bagi Dr. Azizan....ini yang menyebabkan aku tak dapat menahan sebak.. maka terhambur juga air mata jantan...Terima kasih Dr. Azizan...Detik ini yang menyebabkan aku mula respect Dr. Azizan

Itu sebab setiap program seminar yang aku sebagai penceramahnya aku akan masukkan slot ini.....alhamdulillah setakat ini semuanya success...Supaya semua peserta dapat merasakan apa yang aku rasakan dahulu...Walaupun kadang-kadang ada yang mengatakan skot nangis-nangis ni dah ketinggalan zaman dan dah selalu orang buat. Bagi aku...aku bukan buat kerana ikut orang tetapi berdasarkan pengalaman sendiri yang aku alami....

Setelah berguru dengan Dr. Azizan aku semakin ghairah menyertai Program yang menunjuk arah jalan menjadikan aku kaya....Aku sentiasa tak puas dan mahukan lebih lagi...akhirnya aku tidak dapat menafikan program yang seterusnya yang aku sertai  ini benar-benar membuka mata , minda dan sikap aku untuk U-TURN ke atas orbit yang betul dalam kehidupan sebagai seorang manusia...sambung lagi ekkkkk..

U-TURN 1

Aku pernah mengalami syndrom jemu bekerja....Setiap kali bangun pada waktu pagi timbul perasaan kengerian yang amat dahsyat untuk ke sekolah....sebabnya selalu  kena marah ngan pihak pentadbir sekolah...ada je benda yang tak betul...ada je jalan yang dicari untuk attack aku...Sampekan nikmat bekerja hilang....Nawaitu utama ke sekolah bukan nak ngajor...nawaitu utama ialah hanya nak jumpa kawan-kawan senasib...Lama jugek aku berkeadaan begitu....Sampekan hati aku jadi begitu keras...ngajorpun separuh jiwa je...kadang-kadang tak de jiwa...Emosi memang selalu tak stabil...asyik nak marah je...Rame jugek budak yang jadi mangsa aku....

Tambahan masa tu ...aku ada bisness MLM yang agak kencang masuknya setakat 3K  ke 5K biasa le sebulan...Selepas Bisness tu tak berapa ok....aku terjun ke industri Broker ...Broker projek...tanah dan sebagainya Bisnes jual orang je aku tak buat...Bisness yang ni memang parah. Disebabkan aku baru dalam bidang ni akhirya aku ditipu oleh Broker siputar alam.Entah macam mana aku macam terpukau dengan dia ni.Lama aku ikut dia. Berapa dia minta aku bagi...Kalau tak de duit aku akan cari sampe ada.  Duit keluor macam ayor tapi hasil tak nampak...Habis je sekolah aku akan ke KL....dari rumah ke KL dah macam pergi pasar malam je....Kalau perlu ambik cuti aku akan ambik cuti....

Bisness juta-juta bro....Sekolah memang aku tak peduli....kualiti mengajor jatuh merudum...kesian anak murid aku dulu...Dalam kepala fikir kalau dapat juta-juta aku nak renti mengajor...Sesungguhnya aku dah meluat dengan dunia pendidikan terutamanya terhadap pentadbir yang kerap marahkan aku sehingga lah aku dicampak ke sebuah sekolah yang jauh dari rumah...Yang menjadi penguat semangat ialah rakan-rakan senasib yang saling memahami perasaan masing-masing.

Dalam industri Broker Macam-macam orang aku jumpe... dari jawatan tinggi sampe le ke si putar alam....Yang putar alam lebih rame..... Aku terpaksa buat pinjaman untuk menjalan kan Bisness Broker ni...Gaji menjadi semakin kecik dan terus menyusut...sehingga kini kesannya masih terasa...Kalau citer kat orang...orang tak caya. Semua orang ingat aku kaya..Disebabkan dah tak tertahan dengan situasi kewangan yang meruncing dan berulang-alik dari rumah ke sekolah baru yang juga memakan jumlah duit yang bukan sedikit....Disebabkan jarak yang jauh untuk ke sekolah menyebabkan  akhirnya Bisness MLM aku jugek merudum dari ribu tinggal ratus.. dari ratus tinggal puluh sahaja. Tak de masa nak hantar barang dan tak de masa nak servis downline.

Apabila ibu aku meninggal, ini memberi  tekanan jiwa yang sangat hebat kerana ibu salah seorang yang bersama-sama dengan aku dalam dunia MLM. Ke sana ke mari aku ngan ibu.Itu sebab setiap kali mengenangkan ibu memang menitis air mata aku...Kerana banyak nasihatnya yang aku tak dengar.....Semasa menjalan Bisnes MLM dan Broker aku sering meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil....aku kurang memberi perhatian   dengan anak-anak...kurang sangat kasih sayang yang aku curahkan....Sehingga hari ini aku rasa amat rugi sebab tak dapat menghayati dan meluangkan banyak masa-masa emas ketika anak-anak masih kecil. Namun sifat positif yang sedari dulu aku tak tinggal ialah aku banyak membaca buku dan suka mencari ilmu baru....Seminar, kursus. kolokium semuanya aku pergi...Sebutnya dimana dan berapa bayarannya

Terutamanya yang berkaitan dengan bagaimana nak jadi kaya...Bermula dengan Seminar SKPD DR. Azizan Osman.....dan seminar lanjutan IMKK Dr. Azizan di Sg. Petani  membuka mata aku akan pentingnya imbangan antara dunia dan akhirat. Gambar diatas adalah contoh tiket seminar yang aku beli.Tak cukup dengan seminar ni aku mencari lagi seminar yang boleh menjadikan aku kaya dan juatawan.....Pendek kata matlamat hidup aku DUIT. Dengan kuasa tuhan akhirnya bertemulah aku dengan Seminar yang benar-benar  menjadikan aku kaya......Sambung ekkk....

Betik Vs Adudu

Semasa mengajar ringkasan karangan tentang tajuk khasiat betik....tetibanya semua jadi excited...Sebut je bettik semua gelak.....Mula tu ok le...tetapi apabila setiap kali aku menyebut perkataan betik maka setiap kali itu pelajar akan gelak...maka aku mula syak mesti ada yang tak kena ni....Pada ketika semua orang ketawa ada sorang pelajar yang aku anggap sebagai taikor di sekolah tak bagi apa-apa respon...Diam je...Selalunya dialah antara orang yang paling excited bab gelak-gelak ni...terutama kalau ngenakan orang...

Aku terus juga mengajar...setiap, kali sebut betik...setiap kali le kelas tu riuh-rendah...jenuh aku nak ngajor macam ni....Akhirnya aku bertanya pelajar apa yang gelihati sangat pase betik ni "Apa yang kome suka sangat pase betik ni?"tanya aku....."Cikgu nak tau ke?"pelajar tersebut membalas...jawab aku "mesti le nak tau , cikgu nak jugek rasa kelawakan dan kelucuan di sebalik perkataan betik".  Sebut je betik berayor-rayor bijik mate deme ketawa....nengok deme gelak aku pun macam rasa nak gelak le jugek...Pelajar taiko diam je.....Aku dah dapat agak tentu ada kaitan betik dengan budak ni...

"Cikgu kepala ayah dia (Pelajar taiko) macam betik cikgu". Kali ni kelas jadi lebih meriah...kalau tak kerana tengah belajor tentu ade yang bergulin-gulin gelak...Aku yang sedari tadi kontrol pun dah tak tahan....tergelak jugek akhir.....rasa nak pecah perut gelak.....Selalu aku nengok pelajar taikor ni ketawakan orang... tapi kali ni kaw-kaw dia kene...Kesian nengok mukenya terkulat-kulat....Namun akhirya aku nasihatkan pelajar jangan le ngutuk bapak orang...Berdosa...baru le kelas kembali tenang.

Aku nak tukor cerita sikit....tapi masih ada kaitan kisahnya dengan kepala....kalau tadi kepala betik yang ni citernya tentang kepala petak...Pada hari jumaat yang lepas anak aku menyertai pertandingan bolasepak di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Disebabkan tempoh perlawanan yang panjang mereka terpaksa tidor di sana selama dua hari.....Sepanjang berada di sana mereka ditempatkan dalam sebuah apartment yang ada 3 bilik....

Apabila habis perlawanan...mereka pun pulang semula ke rumah...anak aku tiba dirumah hampir pukul 1 pagi....Namun berbaloi juga mereka mendapat tempat keempat daripada 20 pasukan yang bertanding...Aku agak terkilan jugek sebab tak dapat ikut trip ke Port Dickson memandangkan anak-anak lain dah ada aktiviti sendiri pada hari tersebut....Riso pun ada memandangkan jarang anak aku berenggang ngan aku....Berbalik kepada cerita tadi...

Sesampe dirumah aku pun bertanya kepada anak aku..."Rame ke mak bapak yang ikut?". "Ade le jugek" kata anak aku...Aku tanya lagi "Bapak sape yang ikut".  "Adudu" jawab anak aku "Adudu?" tanya aku. "Ala budak yang kepala petak tu ayah, ayah dia pun kepala petak sikit...kami panggil adudu"."Ayah adudu pun tidor sebilik nagn kami" Hah sudah kata hati aku...ada pulak budak nama adudu....setahu aku adudu ni watak jahat dalam boboboy.

Apabila aku tanya anak aku adakah kepala petak budak tu dikaitkan dengan watak jahat Adudu dalam boboboy tu. Anak aku senyum je ....Akhirnya aku cakap pada anak aku jangan panggil budak tu dengan nama Adudu walaupun budak-budak lain panggil dia adudu...Tak elok berdosa....

Ahad, 27 Mei 2012

Tok leh nok tubit

Semasa menonton persembahan Search di TV 1 dalam program gegar olimpik sempena hari belia Negara di Putrajaya terdapat satu kejanggalan yang amat ketara. Amy macam susah nak ikut muzik yang dimainkan. Mungkin disebabkan Search diiringi oleh Joe Wings. Nampak ketara sangat ketidak serasian antara Joe dan Search semasa Amy menyanyikan lagu Cinta buatan Malaysia. Mulanya syok jugek dengor Amy nyanyi lagu tu maklum le ...lagu tu lagu lama dari album pertama. Semasa konsert double trouble ok je Joe main ngan Search.

Ke mana agaknya Kid yek....Nampak macam Joe Wing hanya jadi terjun disebabkan ketiadaan Kid. Lagu kedua lagu Isi dan kulit nampak macam ok tetapi masa nak ending ada sikit masalah. Punya le lama nak ending....tak jumpa-jumpa jalan keluar....terlampau panjang muziknya sehingga tak jumpa ending...berulang-ulang kali Joe dan din bermain di chord yang sama.

Teringat aku masa menyaksikan konsert Yamaha tidak lama dulu berlaku kejadian yang sama jugek. Aku dapat saksikan betapa sukarnya Hillary dan arwah Samad nak mencari ending lagu (tajuk lagu aku dah tak ingat). Disinilah aku lihat betapa profesionalnya seorang pemain gitar professional yang aku dah tak ingat namanya mengendingkan lagu tersebut. Melihatkan lagu tersebut tak sampai ke ending...dia pun enter frame...Akhirnya baru lagu tersebut selesai.

Dan semasa konsert tersebut ternyata bertapa bagusnya permainan pemain gitar profesional  tersebut berbanding dengan Hillary dan Samad. Kalau kat Malaysia ni rasanya Hillary dan Samad tu le antara yang terbagus...Namun apabila mereka bermain dalam konsert Yamaha ternyata ramai lagi yang bagus dari deme tu...Berbalik kepada konsert Search tadi.....Rasa kecewa juga... ingatkan Search boleh Swing habis-habisan...Namun banyak benda yang spoil..........Apapun peweettttttt..

Sabtu, 26 Mei 2012

Lu langsi lu mati

Ramai orang yang aku menyampah nengok pada kali pertama bersua..akhirnya menjadi kawan baik aku...Rame benor dah setakat ni...Umpamanya sorang sahabat yang aku kene pada zaman ngaji di Universiti..Mula-mula aku nengok dia aku memang menyampah....setiap kali bertembung hati ni mesti akan berkata ...eiii getik menor eku nengoknya....

Namun akhirnya orang itu le yang jadi kawan baik dan sahabat aku hingga kini...Kali kedua masa zaman aku mola-mola keroje jadi cikgu....Ada seorang cikgu ni baru transfer ke sekolah aku...Gelagat dan gayanya betul-betul menyerabutkan perut aku....Rasa endak aku cakap padanya ...udah le tu Getik bebenor aku nengok perange kamu.....Akhirnya jadi kawan baik aku juga sampe hari ini...

Yang seterusnya 2 tahun lepas disekolah aku sekarang...Ada sorang Cikgu yang baru di transfer dari sekolah lamanya ke sekolah aku.....Yang ini lagi aku menyampah aku nengoknya...udah le tak peronah negor orang...mukanya serius je...Mata pulak apabila nengok orang terbeliak macam nak ditelannya orang.....kerek semacam cikgu ni...Aku macam biasa lambat mesera ngan orang... tetapi kalau dah mesera memang buleh jadi kamcin.....Sama jugek dengan cikgu ni  lama-kelamaan dia jadi kawan baik  aku.....

Betul kate orang tua kalau tak sukakan orang jangan terlampau tak suke akhirnya mungkin kahwin dengan orang tu...Tetapi masalahnya kawan yang aku maksudkan itu semuanya lelaki...Sesuai ke pendapat orang tua itu dalam konteks permasalahan yang aku utarakan tersebut... he he...dah macam debat le pulak...Indahnya dunia ni ada kawan-kawan macam ni.....he he....Wa kamcin lu ...lu kamcin gua....lu langsi lu mati bak kata belacan anak murid aku yang tak berapa betui tu... he he...

Wak Nasi Lemak Bersih 4.0

Malam adalah waktunya warga asrama mengganas...ganazzzzzzz....pukul 12.00 malam adalah waktu yang masih terlalu awal untuk warga asrama....pukul 12.00 merupakan waktunya malam baru bermula..Aku cukup suka waktu ini kerana ada warga asrama yang akan memanjat pagar untuk ke pekan berhampiran bagi membeli makanan. Maka urusan kirim mengirim akan berlaku dengan rancaknya...Namun semuanya berlaku dalam rahsia. Hanya mereka yang boleh dipercayai akan mendapat kemudahan ini. Antara menu yang favourite ialah nasi goreng setengah dan juga nasi lemak yang dikenali  nasi lemak Wak....

Walaupun aku jarang manjat pagor sekolah namun sesekali aku join juge riadah yang bisa menaikkan adrenalin.. Aku teringat pada satu hari ketika itu pukul 4.00 pagi aku dan beberapa geng (yang masih ingat Sham mabuk) kami menyusup keluar daripada pagor sekolah melalui jalan rahsia dengan cara yang sangat unik...Lokasi sasaran ialah Wak Nasi Lemak (Dulu kede ni berniaga 24 jam) yang terletak di simpang jalan (berhampiran hospital pantai Ipoh). Sekarang kedai tu dah tak de di tapak asal.

Selepaa tak berniaga disitu kedenya berpindah ke stesen keratapi Ipoh dan sekarang ni berpindah pulak ke kawasan kede melayu di Stadium Perak. Kalau nak rasa nasi lemak dengan sambe sotong yang sedap berkunjung le kede Nasi lemak Wak yang dikawasan Stadium perak.

Berbalimk kepada cerita tadi...Sesampenya kat kede wak tu....wak dah usha semacam... maklum le budak-budak hingusan yang entah dari mana datang mengunjungi kedenya pukul empat pagi....Namun disebabkan perut yang lapor dan nasi lemak wak yang memang superb..lantak le dia nak usha ... yang penting kenyang...

Selain Wak Nasi Lemak... TC atau Taman Cempaka adalah lokasi yang amat popular. Kalau ke TC ada macam-macam variety makanan. Yang paling popular tidak lain dan tidak bukan nasi goreng...sedap yeop nasi goreng tengah malam...dapat pulak dikawinkan dengan kesedapan ayor nyor daripada pokok-pokok nyor yang berada di sekitar sekolah... memang heaven le bro.....

Walaupun aku bukan le hero dalam bab manjat pagor ni....Ada yang lebih hero pada tahap Mahaguru...Namun aku peronah juga menyusup keluor dari pagor sekolah pada waktu tengah malam...memang happenimg zaman tu...apa benda pun tak takut dan tak de apa benda yang dirisokan...Yang penting kenyang... he he......Syoknya Nasi Lemak Wak....

Isnin, 21 Mei 2012

Cikgu nasri in concert

Sambutan hari guru tahun ni merupakan antara kenangan terindah buat aku...Saban tahun setiap kali hari guru aku pasti terlibat dalam menyiapkan persembahan pelajar. Namun pada tahun ni segala-galanya disediakan oleh pelajar. Cuma aku diminta untuk get ready persembahan untuk guru.

Jenuh juga mencari guru yang nak buat persembahan...kosong...kosong...kosong bak kata lagu Najwa Latif...Cikgu yang boleh diharapkan buat persembahan terpaksa menyertai perhimpunan hari guru peringkat kebangsaan di Kuala Kangsar. Nampak gayanya terpaksa le jugek aku naik pentas. Dah lama bebeno tak buat keroje ini.

Namun sehingga last minute aku masih  berbelah bagi 50-50 nak buat persembahan ke idak....Bila budak dah umum persembahan untuk guru dan nama aku dipanggil...Aku pejam mata nekad je le naik pentas. Capai gitar yang memang aku spare simpan dalam kereta untuk persembahan emergency pada hari tersebut. Cuak jugek bro lama tak buat persembahan macam ni. Last aku buat persembahan masa malam Apresiasi seni IPSI 15 tahun yang lalu.....

Setelah 2 microphone di pasang menghala ke gitar dan mulut aku serta setelah tirai dibuka... jeng-jenag .....Mak aii rasa macam tak jijak bumi dah.Terasa seperti di awang-awangan....Nervous campur riso campur takut persembahan tak jadi...salah tekan chord, gitar sumbang ataupun lupa lirik semua bercampor....apabila tirai dibuka anak-anak murid dah mula bersorak....Dah rase macam konsert le pulak... he he...Lagu pertama aku Berita buat kawan Ebiet G. Ade.Keluar je lirik pertama dari mulut budak dah bertepuk....Sebenarnya Kalau ada yang perasan aku main gitar dan menyanyi sambil pejam mata...he he.....

Masuk lagu kedua ialah lagu medley kau lupa janji Jamal Abdillah, lagu 60-an dan tanya sama itu hud-hud......lepas lagu ni baru aku rasa selesa main gitar dan interkasi dengan audien bertambah mantop...Lagu seterusnya ialah medley lagu Carta hati Najwa Latif dan Orang miskin Jimmy palaikat...Semuanya nyanyi bersama... memang rase macam Cikgu Nasri in Concert...jangan mare ha...

Lagu terakhir paling happening..lagu terima kasih Sayang Awie....Memang catchy betui lagu ni...Budak-budak memang sporting........terus menyanyi ngan aku......Kalau ikut kan hati mahu aku teruskan lagi persembahan.....Tapi teringat aku pesan Dr. Mahathir berhenti ketika orang suka pada kita. Insyallah memory itu akan terpahat lama dalam kenangan........Terima kasih....terima kasih.... terima kasih......

Golden Age Rock of Kapak

Zaman emas rock kapak adalah zaman aku meniti usia remaja. Kehangatan muzik rock terasa di seluruh negara. Satu demi satu kumpulan rock tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tersemat dihati setiap remaja untuk menjadi artis rock. Rockers memang menjadi kegilaan pada ketika itu. Daripada segi pakaian, gaya bercakap dan berjalan segala-galanya adalah rock.

Bagi aku yang tinggal di asrama juga cukup teruja dengan muzik rock. Hasrat untuk mempunyai sebuah band sendiri sentiasa berputik di dalam hati. Kesempatan balik ke kampung pada waktu cuti penggal dimanfaatkan untuk mempelajari bermain gitar daripada teman sekampung yang memang mahir bermain gitar. (Atan Rocktone)http://langgas.blogspot.com/2011/04/dari-kacamata-by-rafflesia-aka-rocktone.html

Sedikit-sebanyak aku juga mampu memetik chord-chord asas. Bersama rakan-rakan di asrama kami mula merancang untuk jamming di studio. Tambahan pula ada group senior yang memang terror dalam bab jamming ni..Pernah le sekali dua aku ngikut deme ni. Memang bagus sangat permainan mereka. Setakat lagu Search, SYJ, May dan Wings macam kacang je deme main.

Namun batch aku tak kurang juga hebatnya. Ikmaruddin pemain lead (aku suka kalau dia main lagu debunga wangi lefthanded) ....Nizam Hussein pemain Bass..Mizi pie pemain dram...aku ni kadang-kadang main gitar...kadang-kadang  jadi vokalis. yeah.. yeah....Sempat juge le jamming kat SYJ Studio pasar bulat ipoh (dah tak de dah), Nina kimi studio super kinta dan studio romah Cina berhampiran Pakeeza restoran....

Dulu jamming sejam murah je...RM 10 ringgit sejam....Share RM2 sorang pun dah boleh jamming dah...Kadang-kadang menjadi lagu yang dimain. Kadang-kadang ke laut jugek....Rock tetap rock.....Kadang-kadang ngan budak junior pun aku join jamming....Pernah sekali dek kerana dah gian sangat aku ngan 2 budak junior orang je masuk studio....lagu main bedal je ... ikut terlintas dalam kepala je....ha ha....

Nak capai standard kumpulan rock ternama memang jauh le.....Semasa membuat persembahan hari guru baru-baru ni tiba-tiba kenangan zaman rock kapak muncul semula...manisnya zaman tu...yeah... yeah....

Ahad, 20 Mei 2012

Law of Universal Attraction


Baca le buku ni memang best bro

.....Shah Rukh khan peace yo...eh silap pulak

Shah alam Peace yo....

Kebahagian dalam perpisahan Shah Alam Peace Yo

Hari aku dan keluarga ke Shah Alam Peace yo....Entah macam mana bangkit pagi tadi tiba-tiba rase nak pergi Shah Alam Peace Yo.... Walaupun condition kereta tak berapa ok tapi tawakkal dan redah je....Riso jugek takut meragam di tengah jalan....tetapi tarikan nak ke Shah Alam Peace yo ni sangat kuat....Mungkin ini penangan Law of Attaraction kut....

Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Shah Alam Peace yo pada pukul 1.30 hari.....Tempat yang mula aku pergi ialah stesen minyak petronas yang berhampiran stadium...tujuan untuk isi ayor dan minyak hitam...Sangkaan aku sedari awal tentang kereta aku yang kurang minyak hitam memang tepat...sambil nunggu enjin sejuk sikit, lepak le kejap kat dunkin donut sebelah stesen minyak tersebut.

Lepas tu aku bertolak ke destinasi seterusnya di Tesco Shah alam Peace yo....Tujuannya nak beli tali pinggang (tahun lepas aku peronah beli talipinggang di sini...puas bebenor dengan kualitinya). Sebelum sampe ke kede Boss di paras dua tesco singgah dulu di kede buku. Tujuannya untuk cari satu buku yang ditulis saudara Zuhairi Nopiah yang bertajuk LUA (Law of Universal Attraction). Alhamdulillah tercapai hajat aku memandangkan buku tersebut ada dijual di kedai tersebut...Masa pesta buku baru ni dah cari tapi tak de lagi.....

Selepas selesai urusan membeli talipinggang... he he....aku bergerak pula ke lokasi sterusnya....iaitu Restoran nasi ayam Pak Mal yang memang famous kat seksyen 11 Shah Alam Peace Yo. http://langgas.blogspot.com/2010/12/pak-mal-nasi-ayam-shah-alam.html... Setelah selesai makan di Pak Mal nasi ayam cadangnya nak ke Kompleks PKNS...namun hajat tersebut dibatalkan dan kami sekeluarga terus menuju ke Giant....

Setelah perut penuh dengan nasi ayam Pak Mal maka sorang demi sorang ke tandas.....faham-faham je le...takkan itu pun aku nak tulis....he he.....Ini kali pertama aku masuk Giants dekat stadium Shah Alam Peace Yo....Kalau dibandingkan dengan Tesco di Giant pengunjungnya lebih rame....Aku cukup tertarik konsep foodcourtnya....Macam-macam ada....Nasib baik le perut dah kenyang kalau tidak.....grrrrrrrrrrr....geram pase banyak makanan menarik disini....setelah selesai sembahyang asor disini aku pun bergerak pulang menuju semula ke lubuk asal........Letih tapi syok........Shah Alam Peace yo......

Sabtu, 19 Mei 2012

BASIKAL TUA




Basikal Tua
Orang biasa basikal tua.....itu antara bait lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.  Zaman ni agak sukar nak lihat orang yang naik basikal tua....Beberapa tahun lalu  ada le seorang benggali di Tapah yang menggunakan basikal tua berulang-alik dari rumahnya ke pekan Tapah...Namun  dah lama kelibatnya berbasikal tua di pekan Tapah tidak aku lihat.

Kalau orang dewasa pun dah tak mahu naik basikal tua apatah lagi pelajar sekolah. Membawa basikal tua ke sekolah sudah pasti satu kemaluan yang amat besar. Sudah pasti mereka ini akan rapat di kutuk dan diketawakan kawan-kawan. Mungkin ada yang berguling-guling mentertawakan pelajar tersebut. Namun tidak bagi seorang pelajar aku yang berada di tingkatan satu.

Setiap pagi dengan selambanya dia mengayuh basikal tua sambil memakai songkok. Basikal tua tersebut dicat warna kuning.... Itulah kenderaannya berulang-alik pergi dan balik dari sekolah. Aku pernah bertanya kepadanya syok ke naik basikal tua. Jawapanya "Best Cikgu basikal ni laju...3 minit je dari rumah saya ke sekolah".

Pelajar ni memang pelajar yang selamba...Tak sekelumit dia berasa segan dan malu menggunakan basikal tua....Malah dengan bangganya dia menceritakan tentang serjarah basikal tuanya itu....Kelibat dan aksinya mengayuh basikal tua setiap hari menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain. Mungkin perkara tersebut menarik perghatian pengguna jalanraya yang lain kerana  yang membawa basikal tua tersebut seorang budak sekolah. Aku menghormati pendirian pelajar tersebut....hidup basikal tua......

I love You


Tentu anda masih ingat cerita tentang seorang pelajar yang menggantikan handle motorsikal bapanya dengan handle basikal ?.Selepas berakhirnya cerita tersebut timbul pula  satu lagi cerita yang tidak kurang  menariknya tentang pelajar ni...Pelajar ni memang jenis hidup dalam dunianya yang tersendiri...Kalau zaman aku sekolah dulu orang macam ni aku panggil dia PLANET...sebabnya orang macam ni dia seoalah-olah berada dan hidup dalam dunia mereka sendiri. Berada dalam PLANETNYA sendiri.

Antara kegemaran utama pelajar ini ialah  suka merayau-rayau....dan sesekali kelihatan juga  dia bercakap sorang-sorang. Sekali tengok memang macam tak normal...tetapi sebenarnya dia ni normal.....Boleh menulis dan membaca macam orang lain. Ramai jugek Cikgu yang menyangka dia tak boleh tulis dan membaca memandangkan ciri fizikal luarannya yang agak berbeza dengan orang lain.

Namun baru-baru ini naluri ingin bercouple macam orang lain telah berputik dalam dirinya. Maklum le pelajar ni pun dah besar dan berada di tingkatan lima. Agaknya apabila melihat orang lain ada couple dia pun rasa nak bercouple jugek....Cuma caranya yang kadang-kadang amat menggelikan hati. Antara langkah yang diambilnya untuk mendapatkan couple dia  menulis surat cinta kepada buah hatinya....Macam-macam benda yang timbul dari lubuk hati terdalam diliahkan kepada couplenya di atas kertas putih salju...

Namun ada antara luahan isi hatinya yang aku tak boleh nyatakan disini sebab agak berbaur !@#$%%^&. Namun ada beberapa ayat yang agak menggelikan hati..... Bolehlah aku simpulkan ayat tersebut adalah ayat promosi tentang dirinya atau lebih tepat kalau dibuat dalam bentuk soalan Mengapa Couplenya itu perlu menerima dirinya ?.....ANTARA INTISARI AYATNYA

1. AKU ADA BANYAK DUIT
2. AKU DAH KERJA
3. AKU ADA KERETA

Ini antara hujahnya mengapa couple tersebut perlu menerimanya.....Kalau dilihat pada hujuahnya tak de sebab couple tersebut  tidak boleh  menerima cintanya yang tulus dan ikhlas itu..Hujah 1 dan 2 tu mungkin boleh diterima....Hujah yang ketiga tu yang susah sikit nak terima dek akal........Entah lah...Gila meroyang apa le budak ni....Tak tau lepas ni apa pulak yang akan dia buat lagi....

Selasa, 15 Mei 2012

Hantu vs rempit

Budak-budak sekolah cukup suka dengan cerita rempit, bohsia, hantu dan hiburan......Kalau di bagi peluang bercerita tentang rempit terbeliak biji mata...Macam-macam cerita tentang rempit yang deme tau..Aku seperti biasa menjadi pendengar yang setia....Itu yang deme seronok bercerita dengan aku...Kadang-kadang aku mencelah sikit...Kadang-kadang keluor juga cerita tentang Kawan-kawan deme yang dah mati dan hampir mati kerana rempit.

Apabila sampe bab mati insaf le kejap....lepeh tu buat balik....Cerita tentang hantu tak kurang jugek hebatnya...Macam-macam jenis hantu deme cerita...tapi yang bestnya tu apabila ditanya sapa yang peronah nampak hantu...jawapannya hampeh...sorang pun tak peronah nampak hanya dengor cerita dari orang lain......Kalau budak kelas hujunjg lagi seronok dengor ceritanya...Siap ada efect lagi.....Entah ye entah idak aku pun tak tau...Layan je deme ni....

Apabila bercerita bab hantu teringat akau satu kisah yang tak kurang bestnya...Ceritanya tentang budak Hardcore  yang diwajibkan datang ke kursus Motivasi...Budak Hardcore yang sorang ni kalau bersembang memang best...bunyi macam orang tua bercakap...Apabila mendapat tahu namanya salah sorang yang wajib ke kursus motivasi dia dah mula riso....Tentu kome sangka dia riso tentang mungkin dilanyak dan dibasuh kaw-kaw dalam kursus motivasi tersebut.Maklum deme ni memang hardcore di sekolah.

Ropanya jangkaan itu meleset sekali.......Yang ditakutnya bukan kursus tersebut tetapi tentang tempat tidor deme pada waklu malam...kome dengor ayatnya ye sebijik macam orang-orang tua bercakap..."Cikgu mampuih le kami ... mampuih...mampuih"...Mukanya memang serius dan jelas terpancar kerisuauannya... "Cikgu mampuih le nanti... mampuih.. mampuih..". Yang si Cikgu mula kehairanan dan menyangka pelajar ni risokan tentang kursus motivasi tersebut. Si Cikgu bertanya "Apa yang mampuih".

Pelajar tersebut menjawab "Cikgu  tandas blok f tempat kami tidor tu ada orang mati bunuh diri....mampuih kami cikgu....."....dia menyambung lagi..."Macam ni cikgu mampuih le kami"...mukanya memang serius dan betul-betul dia berasa takut..... Sambil tersenyum cikgu berlalu dan berkata "Kamu wajib kena datang kursus tu...'. Mulut pelajar tersebut tak habis-habis mengucapkan mampuih...mampuih...

Pada hari kursus dijalankan memang budak tu tak datang...Sebabnya dah tentulah sebab dia takutkan tandas yang dikatakan berhantu sebab ada mati bunuh diri....Yang peliknya aku sendiri tak peronah dengor cerita oarang mati bunuh diri di situ...Mana pulak cerita didengornya....aalahai mampuih....mampuih..... he he...
Jin, hantu, syaitan, makhluk halus dan yang seumpamanya dengannya adalah makhluk Allah jua. Menurut perjanjian, mereka ini akan mengganggu dan menyesatkan anak adam. Kerja mereka menggoda anak adam  tidak terhenti dan akan berterusan sehingga hari kiamat...Menurut Pakar Paranormal Indonesia yang pernah aku berguru dengannya menjelaskan kesemua makhluk tersebut akan masuk ke dalam badan apabila mereka mempunyai ruang dan peluang.
Sebenarnya kita sendiri yang membuka ruang untuk mereka masuk ke dalam badan kita. Bolehlah kita andaikan seumpama perkhidmatan Bluetooth di Hanphone. Apabila di Bluetooh di on kan bermacam-macam  perisian luar yang baik dan tak baik boleh masuk ke dalam Handphone dengan mudah. Begitu juga halnya dengan makkluk halus apabila buka pemikiran kita untuk mereka maka mereka ada satu superhiaghway yang besar untuk terus masuk ke dalam sistem badan kita. Apabila kita tutup semua ruang maka agak sukar untuk mereka masuk ke dalam badan anak adam.

Soalnya bagaimana ruang tersebut hendak ditutup...mudah sahaja ...Langsung jangan memikirkan atau berfikir tentang mahhluk tersebut...Buat dek je...anggap le macam benda tu tak wujud. Apabila kita mula memikirkan mahkluk tersebut dan kita berasa takut maka makhluk tersebut akan semakin hampir dengan kita. Gamaknya mungkin sebab inilah timbulnya istilah menghantui fikiran...he he

Semakin difikirkan di dalam minda dia akan semakin dekat dengan kita. Kalau tak fikir tak de apa pun...Inilah maksud ruang yang ditutup. Disamping itu amalkan ayat-ayat suci al-quran...bukan baca tetapi amal sehingga sebati dengan darah dan daging.....Tepuk dada tanya selera....wasssup  wasssup bro.....Sedikit tips yang diberikan oleh pakar kalau ayat kursi pun tak jalan...maka bacalah al-fatihah sebanyak 7 kali,,,,Selamat beramal.....Perangi jin....dan macam Pak Engku le pulak....

Ahad, 13 Mei 2012

Ibu.....Kosong... kosong... kosong...

Antara hobi kegemaran aku pada masa lapang satu ketika dulu ialah menyanyi sambil bermain gitar. Untuk dapat lebih feel aku akan masuk ke bilik anak aku dan tutup lampu. Memang feel kadang-kadang sampe 2 jam aku main gitar. Bermacam-macam Genre lagu yang aku mainkan..Pop, Blues, Soul, Dangdut, Pop Yeh Yeh dan genre yang aku paling suka dan melekat di hati iaitu genre Rock Kapak.. Yeh...Yeh....

Tapi bukan le selalu...cuma bila lama tak main gitar tiba-tiba dia terasa gian pulak nak main gitar...maka aku capai gitar kapuk dan jamming le sorang-sorang...Dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu yang aku tak buleh nak nyanyi sampe habih...sebak bebenor rasanya....rasa sedih, pilu,kehilangan dan penyesalan bercampur-baur. Memang ayor mata meleleh-leleh. Dia keluar dengan sendiri....Lagunya Untuk Mu Ibu ibu nyanyian Mamat Exist....

Peronah masa anak murid aku menyanyikannya semasa sambutan hari guru  bergenang ayor mata aku...Kekuatan melodi dan bait-bait liriknya betui-betui masuk ke dalam... terutama apabila sampe tang "Kehilagan terasa kini dan kesepian....." . Memang betul-betul sepi rasanya dunia ini apabila emak aku meninggal dunia kerana storke... Terasa tak de tempat dah nak mengadu...tak de tempat dah nak bercerite dan hilang semua kekuatan diri.

Kalau dulu ada apa-apa masalah ibulah tempat rujukan aku...Nasihat ibu adalah nasihat keramat dan penawar yang sangat berharga....Betul le kata orang bila dah tak de baru terasa ketiaadannya..."Dibarat lautan kering...tiada tempat ku layarkan... hasratku ini". sampe bait yang ni aku rasa macam jauh sangat umpama buih-buih halus yang menghilir ke sungai...Semakin jauh ,semakin jauh, semakin jauh dan hilang dari pandangan. Begitulah terasanya hilang orang tersayang dalam sekelip mata....

"Ku tatapi potretmu berulang kali.....Ku renungkan kalimah yang diberi..." sampe ke saat ini memang aku tak mampu menghabiskan lagu tersebut...air mata memang mencurah-curah. Sehingga hari ini aku memang tak boleh nengok gambor ibu...automatik perasaan sedih, kehilangan, kosong datang bersilih ganti dalam minda........Semoga setiap doa dan fatihah yang aku kirimkan kepada ibus menepati bait yang seterusnya "Tuhan Yang Esa...Ampuni Dosa ibu...Tempatkan mereka...Di antara kekasih kekasihmu"...

Cukup le kat sini...dah tak boleh tahan...ayor mata dah nak keluor

Gempa bumi yang dahsyat di Shah Alam

Pada hujung tahun lepas (Bulan 12) selepas habis urusan seri paduka baginda aku membawa anak-anak makan angin di KL selama 2 hari. Pada hari pertama kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur, Aquaria KLCC dan I-city Shah Alam. Kelihatannya anak-anak sangat gembira. Cuma bapaknya yang kaki dah tak terasa macam kaki. Seharian berjalan....

Sebelum ke I-City pada waktu malam kami sekeluarga Check in dulu di apartmet MUIS (Namanya aku dah lupa walaupun dah 2-3 kali menginap kat situ sebelum ini). Apartment ni memang best sebab ada tiga bilik. Setiap satu bilik boleh memuatkan 2 orang. Ini bermakna setiap orang akan dapat tidur di atas katil. Tak payah le nak angkat toto. Harga juge agak berpatutan.

Seharian di Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC menyebabkan kaki terasa sakit dan badan terasa amat letih. Demi anak-anak aku gagahkan juga untuk ke I-City. Di I-City punya le ramai orang....Setelah masuk ke rumah ice dan marayau-rayau sekitar I-City kami sekeluarga balik semula ke Apartment. Badan terasa amat letih dan kaki memang tak macam kaki dah.

Yang nampak dalam kepala ni hanya tempat tidor. Malam tu semua tidur dengan nyenyak senyenyak-nyenyaknya. Tiba-tiba berlaku kejadian gempa bumi yang sangat dahsyat. Ini yang menyebabkan aku agak fobia apabila berada di bangunan tinggi terutamanya di hotel. Takut berlaku gempa bumi dan tak sempat nak lari...Apa yang aku bayangkan berlaku jugek akhirnya.

Memang kuat bunyi nya........Tetapi yang peliknya hanya anak perampuan aku yang sulung mengalaminya . Yang lain tidur nyenyak macam biasa....Apabila berlaku kejadian gempa bumi tersebut anak perempuan sulung aku bergegas berlari ke bilik aku...Dia rasa pelik memandangkan aku dan orang romah tak berganjak dan tidur dengan nyenyak. Dia mengintai pula ke bilik adik lelakinya ..seropa jugek keadaannya.

Timbul persoalan dalam dirinya mengapa dia sorang yang mengalami gempa bumi yang hebat ini.... Kome nak nak tau sebabnya...He he...ropa-ropanya kayu yang menampung tilam runtuh ke bahagian dalam katil. Effect bunyinya cukup kuat. Mungkin disebabkan anak perempuan aku juga macam aku yang fobia di bangunan tinggi dan membayangkan apa akan berlaku sekiranya berlaku gempa bumi maka kejadian runtuhnya kayu pelapik tergelincir ke  bahagian dalam katil menyebabkan disangkanya gempa bumi...

Pagi esok baru dia cerita pada aku tentang kajadian gempa bumi tersebut....Alahai gempa bumi.......

Sabtu, 12 Mei 2012

Ilmu Hitam Tahap Serius ni.....

"Cikgu tengok tangan saya lebam-lebam kena pukul dengan ayah saya" Kata anak murid aku kepada seorang rakan guru. Pelajar tersebut merupakan salah seorang pelajar yang kuat merayau semasa cikgu mengajar. Sedari dulu dia seperti berada dalam dunia tersendiri. Sesekali namanya naik juga melakukan kesalahan tertentu.
 
 
Apa yang menghairankan adiknya yang berada di tingkatan 3 normal seperti orang lain. Kalau dilihat secara luarannya orang akan kata adiknya itu abangnya dan dia pula sebagai abang adalah adik kepada adiknya. Pada awal tahun ini masuk lagi seorang lagi adiknya di kelas tingkatan 1. Ketiga-tiganya pernah ditangkap melakukan kesalahan.
 
 
Di dalam entry yang lalu pernah aku tulis tentang pelajar  ni (Kini di tingkatan 5)...pada masa itu dia berada di tingkatan 2. Tetapi perangainya masih seperti anak-anak tadika. Masih bermain dengan kereta kecil di atas mejanya sambil mengeluarkan bermacam bunyi kereta daripada mulutnya. Kadang-kadang rasa nak ketawa melihat gelagatnya. Pernah juga dia ajak aku bertumbuk dalam kebun sawit...Aku tak pasti ajakannya serius atau tidak...sebab sesekali dari pandangan luaran kelihatannya dia ni macam tak berapa betul pun ada.
 
 
Melihatkan kesan lebam tersebut maka rakan guru tersebut bertanya kepada pelajar tersebut. "Mengapa ayah kamu pukul kamu ?". Jawapan yang diberikannya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Bagi pembaca artikel ni jangan sampe ketawa gulin-gulin udah le... "Cikgu saya bukak handle motor ayah saya dan saya gantikan dengan handle basikal". Mukanya menjawab dengan penuh serius macam tak de apa-apa kesalahan yang dilakukan.
 
 
Ce kome bayangkan ayahnya bangkit pagi nak pergi keroje..cekuh-cekuh handle motor tiba-tiba dah jadi handle basikal... Dah tentu le naik angin ayahnya...Belacan oh Belacan memang wolrd lah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...