Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

Langkawi Trip Day 3 :Underwater World

Perjalanan hari ketiga diteruskan..lokasi utama ialah Underwaterworld Langkawi.....Aku pernah ke sini 16 tahun dahulu semasa membuat kajian sejarah kg Ulu Melaka  Langkawi...Aku memang suka tempat ni sebab masa tu aquaria klcc tak de lagi....UndewaterWorld  ni lah tempar nak melihat haiwan laut yang pelik-pelik...memang best..aku amat tertarik dengan kuda laut dan penguin..rasenya kat sini je ada penguin..tempat lain tak de termasuklah Aquaria KLCC.
 
Satu lagi yang menarik di sini ialah kompleks bebas cukai kat sini yang menawarkan harga yang sedikit rendah daripada tempat lain terutamanya perfume dan cokelat. UnderwaterWorld ni terletak di pantai Cenang....Suasana dulu dengan sekarang sangat jauh berbeza...Kalau dahulu hanya ada beberapa bangunan di sepanjang pantai cenang termasuklah bangunan UnderwaterWorld..
 
Kini masyallah banyaknya deretan kedai, hotel,restoran,spa dan segala mak nenek benda ada kat sini...Seingat aku dulu pantai cenang ni agak kotor sedikit dan tak de orang yang mandi...tetapi kini pantai cenang menjadi destinasi utama bagi mereka yang nak mandi di pantai...Pada pandangan aku Pantai Tg. Rhu lebih best untuk mandi disebabkan airnya yang sangat bersih dan jernih..
 
Sebelum ke UnderwaterWorld aku singgah di Porto Malai untuk nengok kapal-kapal berlabuh...ternyata hampa satu kapal pun tak da...Namun pemandangan di Porto Malai cantik..Berbalik ke UnderwaterWorld tadi...koleksi yang paling menarik minat aku tetap juga penguin...kuda laut dan belut yang masuk celah-celah batu serta obor-obor yang berlatar belakangkan warna biru.....Lama jugek kami disini.....Selepas itu perjalanan diteruskan ke Beras terbakar...

Langkawi Trip Day 2 :Turunnnnnn

Memandangkan hari dah makin lanjut maka aku sekeluarga memutuskan untuk turun dari puncak Ma Chinchang....Perjalanan turua terpaksa melalui dua fasa. Fasa satu dari puncak ke puncak...aku memang cuak...semasa perjalanan pergi tadi pun terasa kecuakannya...Fasa kedua nak turun ke station bumi....Melalui station puncak pertama dan bergegar-gegar terus turun dengan kecuraman yang amat menyeramkan...
 
Apa lagi ada yang memekik..mengucap dan sebagainya.....dan tiba di pertengahan kecuraman terebut baru le rasa cool...Barulah kembali dapat menikmati pemandangan indah semuala dengan rasa aman dan tenang....Terasa laju pulak masa turun.  Melihat kereta kabel yang berselisih nak naik menyebabkan terasa pergerakan kereta kabel labih laju.
 
Apabila tiba di station bumi barulah rasa lega .....Alhamdulillah memanjat kesyukuran kepada tuhan yang telah menyelamatkan perjalanan pergi dan balik  gunung Ma Chinchang.....Memandangkan dah sehari suntuk di oriental Village aku mengambil keputusan untuk balik ke hotel....Badan pun dah terlampau letih...Anak-nak pula dah tak sabar nak mandi di kolam hotel.....
 
Aku mengambil jalan jauh untuk pulang ke hotel...melalui jalan di bulatan tg. rhu...ke kg kilim dan terus ke Pekan Kuah......Sampai dibilik memang letih yang teramat sangat... Tak sedar dah masa bila anal-anak bersiap pergi mandi di kolam hotel....Esok diteruskan perjalanan hari ketiga....

Rabu, 12 Disember 2012

Langkawi Trip Day 2 : Menuju Puncak


Antara menuju puncak genting dan menuju puncak  Ma Chinchang lebih callenging rasanya menuju puncak Ma Chinchang...andrenalin lebih mebuak-buak....Dengan kecerunan dan pandangan yang sayup ke atas dan sayup ke bawah membuatkan rasa yang bercampur baur...Namun daripada segi debaran antara naik dan turun lebih mendebarkan sewaktu turun dari puncak...
 
Semakin tinggi mendaki maka semakin luas pemandangan terbentang di depan dan juga di belakang.... Kehijauan hutan Geopark Ma Chinchang amat memukau pandangan mata....Kereta kabel terus meluncur laju meninggalkan station bumi menuju ke puncak...Semakin tinggi maka semakin cantik pandangannya....Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang membinanya membawa bahan binaan daripada bawah hingga ke puncak.....
 
Debaran lebih terasa apabila melalui tiang-tiang yang menyambungkan kabel-kabel tersebut...Dengan sedikit gegaran menyebabkan rasa macam nak jatuh pun ada....Rupa-rupanya anak lelaki aku takut pada ketinggian..gayat....Aku pulak ada juga rasa macam tak nak naik pada mulanya...tetapi digagahkan juga sementelah dah sampai ke situ...nak pergi lagi entah bila.....Beranikan diri..kuatkan hati...lets go...lepaskan sahaja ...apa yang berlaku terima seadanya...Kalau tak buat macam tu...hati ni riso je....
 
Ma Chinchiang ini antara cetusan idea Che Det (Dr. Mahathir)...ternyata sentuhan magisnya menjadikan Cable Car Ma Chinchang salah satu tarikan utama ke Pulau Lagenda....Satu pelaburan yang sangat berbaloi-baloi apabila melihatkan tak henti-henti pengunjung yang menaiki Kereta Kabel...Jumlah pelancong asing juga agak ramai....Mungkin boleh buat Disneyland pulak di Langkawi....Tahniah Che Det apa nama.....
 

Langkawi Trip Day 2 : Oriental Village

 
Macam-macam ada kat Oriental Village....tak sempat aku nak explore semua..yang sempat aku pergi shopping zone, food & beverage zone dan membawa anak-anak bermain segway guided serta berkayuh dengan basikal tasik...Kalau nak diikutkan selain kereta kabel kawasan ni juga menyediakan lebih 50 aktiviti, kedai cenderamata, galeri, hotels, spa atau lebih tepat dengan taglinenya activiti, shopping dan gastronomic delight.
 
Segway Guided yang paling menarik minat aku..Ada dua version untuk kanak-kanak dan orang dewasa..kanak-kanak hanya di bawa di sekitar Oriental Village  dan bagi dewasa akan dibawa di kawasan denai di oriental Village. Kedua-duanya dipandu oleh jurupandu arah..Ratenya aku dah lupa.... Segway Guided seperti gambar  di atas...Tengok anak-anak aku naik menatang ni macam best le pulok.....
 
Terdapat juga sebuah restoran arab di sini....Laila Kebab House namanya...Sempat juga aku mentry kebabnya...memang sedap bro....Meaty and juicy....Aku seludup dalam beg bawak naik kereta kabel....Nak naik kereta kabel tak dibenarkan sebarang makanan dan minuman...Sambil menikmati pemandangan dari puncak Ma Chinchang sambil tu aku ngap kebab..Memang heaven bro.....
 
Sedang relaks di tepi tasik ternampak pulak da orang tengah main ular ...nak ambil gambar kena bayar RM10.00 . Ada ular kecil dan ada ular yang besar...Bab ini aku nengok dari jauh je le...Geli and geleman teman..........Anak aku yang lelaki ni pulak teringin nak bergambar ngan ular.....Dapat juga dia berposing ngan ular...aku cakap malam ni jagan tidor ngan aku...takut mimpi ular.... he he... takutnya aku.....
 
Kalau ke Langkawi kena peruntukan sehari disini baru puas menikmati pemandangan dan suasana Oriental Village..........
 
 

 

LANGKAWI TRIP DAY 2 : Cable Car Mat Chinchang

Pada hari pertama selepas maghrib aku terus melelapkan mata...memang tersangat letih selepas seharian banyak menggunakan kederat terutamanya memandu dalam jarak jauh dan juga keaddan jeti Kuala Perlis yang agak panas serta temph masa menunggu yang agak lama...Walaupun perut terasa lapar tetapi disebabkan mata dah tak boleh nak buka maka aku terus terlena....Keesokan paginya apabila bangun dari tidur perut dah mula berkeroncong....Aku dan anak lelaki aku bersiap awal untuk turun ke Cafe De Baron bagi menikmati sarapan pagi....Not Bad...just nice.......
 
Pagi tu juga aku menunngu van  Serena yang aku dah booking melalui seorang member...sambil anak-anak yang lain bersiap untuk ke Destinasi pertama dalam aturcara lawatan kami iaitu Cable Car Mat Chinchang.....Tanpa GPS dan dengan penuh condifentnya aku redah je jalan ke gunung Mat Chinchan berpandukan peta yang diambil daripada DeBaron....Redah punya redah memang sesat le...tapi akhirnya berjumpa jugek jalan yang benar....Akhirnya tiba juga aku ke tempat Cable Car Mat Chinchang yang terletak dalam kawasan Shopping zone Oriental Village..
 
Kat Oriental village pun dah best sebab pemandangan kedai-kedai macam kat luar negara...Pukul 11.00 baru aku dapat tiket cable car...tapi bukan terus naik...kena tunggu turn pukul 2.15 petang....kalau nak cepat naik cable car kena ambil tiket yangh berharga RM60.00....Kelebihannya beli terus naik...kalau tiket yang RM15.00 kena tunggu turn...Sambil menunggu tu kami sekeluarga merayau di kawasan sekitar Oriental Village....Memang cantik scenary kat sini...tambahan kawasannya berlatar belakangkan Gunung Mat Chinchang....Agaknya ini ni hikmah naik lambat Cable Car..dapat menikmati suasana Oriental Village sepuas-puasnya
 
Suasana dan aktiviti di Oriental Village telah dapat memadamkan rasa jemu kerana menunggu lama untuk naik Cable Car....Sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang ...kami pun bergegas ke station Cable Car.......Beratur seketika dan terus naik Cable Car...dan kami di bawa meluncur laju ke puncak Mat Chinchang......Nak naik  ok...Tapi nak turun tu yang seriau sikit...satu lagi apabila naik cable Car dari puncak ke puncak...tu yang memang seriau bro....Sambung lagi nanti ekkkkkk

Langkawi Trip Day 1 : DE BARON RESORT LANGKAWI

De Baron Resort Langkawi.....
 
Yang bestnya De Baron Resort ni ialah layanan kaunter yang cukup baik dan sabar....Walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah pelancong mereka tetap sabar dan tekun. Langsung tidak meninggikan suara...Semasa aku nak booking bilik melalui panggilan telefon..kakitangannya tak jemu-jemu melayan semua persoalan yang aku lontarkan.....Jarang aku jumpa hotel yang mempunyai khidmat kaunter sebaik De Baron Resort....Bukan seorang malahan hampir semua yang ada di kaunter berperwatakan sedemikian.....
 
Biliknya juga kondusif...Dengan kapasiti aku enam beranak memang selesalah...Cuma tak dapat bilik yang mengadap ke laut...tapi masih ok...sebab biliknya agak luas.....Di bahagian hotel yang mengadap ke laut ada kolam renang atau aku lebih suka menyebutnya kolam berendam.....ada dua saiz...satu saiz dewasa dan satu lagi saiz kanak-kanak...Cumanya kalau dah ramai yang berendam memang agak sesak sikit...masalah ini yang pihak hotel kena fikirkan memandangkan kawasan resort masih banyak kawasan yang luas dan tidak digunakan...
 
Kemudian...part ni aku paling suka.....di tepi pantai hotel ada disediakan kerusi rehat mengadap ke laut sambil melihat matahari terbenam.....Tempat rehat ni ada dua bahagian...Bahagian yang free dan bahgian yang dimiliki restoran baron....Bahagian restoran ni kalau duduk kena la minum-minum kat situ....Minum pun tak kisah sebab view tepi pantainya sangat cantik...ni yang aku rasa tak de pada lain-lain hotel.......Lepak disini sambil melihat sunset benar-benar terasa suasana melancong....Rasa macam Billionaire pulak...De Baron Resort memang best....
 
De Baron Resort ni milik bumiputera sepenuhnya...tu yang aku bangga...sebab gaya pengurusannya setanding dengan lain-lain hotel...Resort ini dimiliki oleh Hj. Manaf bekas engineer LADA....aku respect dia sebab tak jual tanah yag dia dapat...sebaliknya dibangunkan untuk menjana income yang lebih besar....... Tak rugi  menginap di sini...Peace Yo
 

Selasa, 11 Disember 2012

Langkawi Trip Day 1

 
Hampir 3.30 petang baru dapat naik Feri setelah berdiri selama sejam lebih menunggu feri....Ferinya agak beasr dan boleh memuatkan hampi 600 orang...dulu rasanya taklah sebesar ini ferinya.....Bab feri ni aku puji sebab banyak upgrade daripada dahulu...bangkunya cantik dah dah ada nombor...tak payah le berebut macam dulu...Dulu walaupun ada nombor tetapi orang tak duduk ikut nombor...kalau lambat jawabnya entah duduk di mana-mana le....
 
Setiba di jeti Langkawi hampir pukul 4.30 petang...Jeti Langkawi masih macam dulu jugak....tak de yang baru...cuma kedai-kedai dalam kompleks memang banyak berbanding dahulu...Disebabkan dah terlampau lapar aku dan keluarga mengambil keputusan untuk makan di restoran mamak....Harganya memang harga kapak..... Order nasi putih memang tak de... yang ada cuma nasi briani....Nasi putih bukannya tak de tapi saja dia bagi nasi briani untuk up harga...Begitu juga roti canai tak de...yang ada roti  telur...sekali lagi dia nak up harga...
 
Disebabkan perut dah lapar maka layan je la apa yang ada....Selesai makan aku terus ambil van (teksi) untuk ke Hotel penginapan yang dah aku tempah awal.... aku puji drebar van ni ...cukup amanah apabila mengenakan tambang yang sepatutnya iaitu RM 9.00 dari jeti ke Hotel Baron...berbanding drebar van pada hari aku nak balik yang mengenakan tambang RM 11.00 ringgit...Bukan soal harga tapi soal kejujuran...
 
Mulanya aku agak risau juga dengan Hotel Baron ni..memandangkan aku tak pernah dengar nama hotel ni....Tetapi apabila dah Check in ternyata pilihan aku untuk menginap di Hotel ni amat berbaloi-baloi...kenapa? nanti aku ceritakan dalam entry selepas ni.....

Langkawi Trip Day 1

 
Agak lama tak menulis di Blog ni....Masa terlampau padat dengan pelbagai aktiviti....Cuma malam ni rasa lapang sikit apabila urusan seri paduka baginda tinggal sikit lagi nak di habiskan....Entry kali ni nak citer tentang Trip aku ke Langkawi bersama keluarga..... Trip ni memang lama dah ku rancang....jadi sempatlah mengumpul modal untuk ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi......
 
Dari rumah kami bertolak pada pukul 4.30 pagi........berhenti di beberapa tempat untuk solat subuh dan melelapkan mata yang tak tertahan-tahan ngantuknya.....Setelah melelapkan mata di perhentian R n R di Penang aku meneruskan perjalanan.... Kami tiba di Changloon pukul 12.30 tengah hari...Memandangkan bukit kayu hitam dah tak berapa jauh dari situ aku mengambil keputusan untuk terus ke sana...
 
Lama sangat dah aku tak ke Bukit Kayu Hitam...banyak juga perubahan yang berlaku....Tempat yang wajib dikunjungi sudah tentulah Kompleks bebas cukai....aku pun tak berapa pasti tentang harga barang-barang disini adakah murah berbanding tempat lain...yang pasti cokelat Daim dan beberapa cokelat lain memang murah kalau dibandingkan dengan harga di LCCT sepang...
 
Selepas mengunjungi kompleks bebas cukai bukit kayu hitam aku terus sahaja memcut ke Jeti Kuala Perlis... Sesampai di sana suasana amat sesak....ualat-ulat parking kereta berkeliaran...disebabkan tak de pilihan lain aku terpaksa juga menngunakan khidmat ulat untuk parking kereta.... RM 15 sehari  didarabkan dengan 5 hari terpaksalah bayar RM 75.00...Sedang aku berjalan dari tempat parking kereta ke Jeti ternampaklah papan tanda harga parking yang hanya RM 10.00 untuk parking berbumbung...dan lebih 3 hari ada diskaun lagi...apa nak buat aku dah terkena....
 
Suasana di Jeti amat tidak kondusif..Panas...Sesak dan Padat.....Rasa nak mampuih nunggu turn nak naik fery...Walaupun jeti sedang di renovate patutnya letakkan la kipas atau cooler suasana tak terlampau panas....Pengurusan jeti juga agak kelam kabut...rasanya sama je tahap penurusan semasa aku berkunjung ke Langkawi pada tahun 1996 dulu...tak berubah......Saranan aku upgrade lah pengurusan memandangkan Langkawi adalah destiansi popular pelancong dalam dan luar negara...
 
sambung di entry yang seterusnya

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...