Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 30 Disember 2011

Gerai no 5

Kalau ke Kuala Kangsar gerai ini adalah merupakan gerai yang kerap aku kunjungi....Makanannya sangat Marvellous rasanya...Terletak di Medan Cendol dan Laksa, berhampiran Dataran Sg. Perak. Kalau ke sini carilah gerai nombor 5. Anda pasti tidak akan kecewa dengan menu makanan yang disediakan.....

Menu

Kuew Teow Kerang

Kuew Teow Kosong

Mee Goreng

Hj. Santa

Sedang memandu balik dari Kuala Kangsar bersama keluarga , mata terasa amat mengantuk. Kebetulan tidak berapa jauh dihadapan ialah Perhentian Rehat Simpang Pulai... Asalnya niat di hati nak berhenti di hentian rehat Tapah. Tetapi disebabkan mata terlampau mengantuk maka terpaksa juga berhenti di Perhentian Rehat Simpang Pulai.



Seperti biasa aku akan memakir kereta di stesen minyak Petronas kerana di situ terdapat surau bagi memudahkan aku dan keluarga bersembahyang Jamak Maghrib dan Isyak..sebelum tiba ke tempat Parking aku megikuti sebuah kereta berwarna biru yang aku sendiri tak tahu ke mana haluannya... Nak isi minyak ke atau nak terus jalan...


Tiba-tiba terkeluar ayat sumpahan kepada kereta biru tersebut mungkin disebabkan mata aku dah terlampau mengantuk...Selepas menunggu seketika dibelakang kereta tersebut tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta yang hendak keluar dari tempat Parking... aku mengambil kesempatan terus memakir disitu.


Sambil anak-anak aku pergi sembahyang, aku mengambil kesempatan untuk tidur seketika...Aku terlelap seketika ...sedar-sedar dah hampir sejam aku tertidur....Akhirnya semua keluarga au masuk ke dalam kereta....tiba-tiba anak lelaki aku bersuara... "Ayah tadi aiman nampak nampak Aziz Satar". "Ye ke" jawab aku...


Tiba-tiba anak sulung aku bersuara "Ingatkan Aiman cakap Alif Satar" . "Haikal ingatkan abang cakap Hj Satar yang dekat rumah kita tu".... kata anak lelaki yang bongsu...... Tiba-tiba anak perempuan aku menyampuk "Una pulak ingatkan abang cakap Haji Santa".


Yang ni kenyataan yang aku tak tahan... macam mana Aziz Satar boleh tertukar jadi Haji Santa...mungkin dia masih terpengarauh dengan cerita Santa Claus semasa aku membawa keluarga aku menonton cerita santa Claus di TGV Jaya Jusco Ipoh minggu lepas..


emmmm... Hj. Santa sedap jugek tu.....kemudian anak lelaki aku bersuara..."ayah ingat tak kereta biru yang ayah marah tadi" "Ingat" kata aku... "Tu la kereta Aziz Satar"...Aku tersenyum sendirian.....Alahai Hj. Santa......Sambil tersenyum aku terus menuju ke surau... he he

Khamis, 29 Disember 2011

Restoran Mohd Chan Makanan Cina Muslim

Pada hari jumaat lepas aku membawa anak-anak ronda-ronda di KL. Malamnya kami sekeluarga tidur di Shah Alam kerana pada malam tersebut anak-anak mengajak ke I-City. Pada kesesokan harinya kami sekeluarga makan tengah hari di Restoran Mohd Chan di Seksyen 15 Shah Alam... Sampai juge hajat makan kat sini...




Dim Sum
Siakap Sweet n Sour

Butter Prawn (Prawnnya menyorok)


Bandung Cin Cau
Claypot Daging
Claypot Seafood Tofu
Selesai


Restoran Mohd Chan

Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)

Jalan Runtuh

Alam persekolahan merupakan alam yang penuh dengan warna-warni. Ada perkara yang seronok untuk dikenang namun ada juga perkara yang tidak mahu kita kenangkan. Antara perkara-perkara yang masih jelas diingatan ialah kisah-kisah lucu, sedih dan luarbiasa.



Sebenarnya ada bermacam-macam kisah lucu yang kalau dikenangkan pada hari ini pasti akan disambut dengan gelak ketawa. Inilah yang berlaku setiap kali ada perjumpaan atau Reunion dengan teman-teman lama.


Seperti biasa di sekolah kita mesti mempunyai cikgu yang kita suka dan tak suka...Banyak faktor yang menyebabkan kita suka dan tak suka dengan seseorang guru itu. Bagi aku, aku amat suka dengan cikgu yang jelas pengajarannya, banyak info dan dapat memberi rangsangan motivasi.


Umpamanya seorang Cikgu Inggeris semasa sekolah menengah . Namanya Dorothy Ng....Cara dia mengajar memang best jelas, faham dan ini mencetuskan motivasi yang tiggi untuk aku belajar lebih tekun subjek Bahasa Inggeris. Selepas dia berpindah subjek BI aku terus merudum.


Namun nak jumpa Cikgu yang macam tu amat payah... Ada seorang lagi cikgu yang aku suka namun namanya aku dah tak ingat... Dia ni cikgu sementara yang mengajar seketika di kelas Pengajian aku.....Cara dia bercakap dan cara dia mengajar memang best... Walaupun dia cikgu sementara namun cara dia mengajar mengalahkan Cikgu yang dah lama terlatih.


Lontaran ideanya menampakkan dia seorang yang mempunyai maklumat yang banyak dan kaya dengan ilmu. Caranya ini yang merangsang aku hingga kini untuk cuba mengikut jejak langkahnya menjadi Cikgu yang terbaik dalam PnP. Terima kasih kepada Cikgu yang aku tak ingat namannya kerana kaedahnya masih aku guna hingga kini untuk mengajar anak-anak murid aku pula.


Namun di sebalik Cikgu yang bagus terdapat juga cikgu yang amat boring PnP nya. Ada seorang Cikgu ni memang amat boring PnP nya... aku rasa boleh dikira berapa kali aku masuk ke kelasnya.... Satu benda pun yang dia ajar aku tak dapat.... Kalau dia mengajar terasa lama benar masanya... Dah le jarang tak masuk kelas... masanya sharp on time....Masa PnP nya selalunya sebelum rehat...


Biasanya sebelum rehat tempat duduk pelajar lelaki akan kosong....lepas rehat baru la ada orang....Berada di kelasnya mata ibarat di gantung batu.....Anatara peristiwa yang aku ingat apabila nampak kelibatnya dari jauh maka ada sahabat yang berdoa "Tolong le runtuhkan jalan akan dilalui oleh Cikgu tersebut supaya tak boleh masuk kelas"....anda boleh bayangkanlah betapa borinnya kelas tersebut...


Kepada Cikgu-cikgu dan termasuk diri aku koreksilah cara PnP kita.......Jangan syok sendiri... pelajari ilmu baru.... pelbagaikan cara penyampaian....Perkara utama yang perlu dilakukan ialah wujudkan suasana yang ceria dahulu.....selepas itu apa juga jenis ilmu senang nak dislurkan kepada anak murid....Peace Yo....

Khamis, 22 Disember 2011

Senapang Patah

Sudah nak hampir subuh... nampaknya malam ni aku berjaga sampe pagi......sambil mendengar alunan lagu Maher Zain dan Rabbani amat menusuk kalbu pada waktu-waktu menjelang subuh...Ayam berkokok bersahut-sahutan....Nampaknya hari ni tak boleh tidur memandangkan banyak kerja nak diselesaikan menjelang hari cerah...



Azan pun dah berkumandang,,, maka aku memberhentikan seketika ketukan keyboard untuk menunaikan tanggungjawab insan terhadap penciptanya...lepas ni aku akan sambung semula... tunggu ya...aku sambung balik....Pagi yang amat hening ini mengingatkan aku beberapa kisah semasa aku sedang bergelumang dengan direct selling satu masa dahulu.


Antara produk yang pernah aku promosikan sehingga jualan meletup hampir RM 20,000.00 sebulan ialah Jus Cengkudu dan Jus Mengkudu...Hasil promosi yang betul dan agresif maka ramailah yang melanggan Jus tersebut...Dalam masa tak sampai 3 bulan aku telah dianugerahkan stokis tertinggi jualan.... Namun bukan itu yang aku ingin war warkan dalam cerita ini...


Dengan izin tuhan ramai yang sembuh setelah menggunakan produk tersebut... Maka banyaklah testimoni yang aku dapat dan testimoni tersebut aku gunakan untuk lebih meninggkatkan jualan.....Dalam ramai-ramai pelanggan tersebut ada le seorang makcik ni yang amat tertarik dengan Jus tersebut setelah diterangkan kebaikan dan khasiatnya serta diberikan sehelai kertas yang memuatkan testimoni mereka yang sembuh.


Setelah faham akan khasit Jus tersebut maka tiba-tiba dia bersuara dan lebih kurang begini bunyi ayatnya "Kalaulah Mat Ikan (laki makcik ni yang baru meninggal dunia) minum Jus ni dah tentu dia tak mati"....Alamak memang takut jugek mendengar kenyataan tersebut...


Rasa nak gelak pun ada membayangkan mimik muka makcik tersebut yang begitu serius mengungkapkan kalimat tersebut. Ajal atau maut ditangan tuhan... Kalau dah tertulis ajal tersebut maka tiada siapa dapat menolaknya....Sebelum menjual Jus Mengkudu aku juga pernah menjadi agen Produk HPA . Pada masa tu HPA tidaklah sebesar sekarang yang begitu Gah....Antara produk yang banyak dijual ialah Minyak pati sepang yang memang mujarab untuk mengatsi masalah kulit...


Memandangkan produk ni asli tanpa campuran bahan kimia maka ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semasa menjadi agen HPA aku lebih kepada membantu arwah emak. Yang menjadi stokis pada ketika itu ialah emak aku....terbayang di mata setiap kali hujung bulan emak aku begitu tekun membuat report bulanan di sebuah meja dalam bilik stokis....Touching pulak rasanya subuh-subuh ni.....


Oleh kerana mujarapnya minyak pati sepang maka ramailah orang yang membelinya. Sehinggakan pada satu hari datang seorang makcik ni dengan sedikit tergopoh-gapah datang ke rumah aku dan bertanyakan sesuatu yang amat menggelikan hati aku dan arwah emak.... "Diah oh diah (panggilan nama arwah emak aku) ce bak satu minyak senapang tu"....


Pada mulanya arwah emak berasa hairan jugek buat apa pulak makcik tu nak buat dengan minyak senapang sebab kebetulan ayah aku memang ada sepucuk senapang di rumah...Mungkin makcik ni nak minta sedikit minyak senapang ayah aku? setahu aku ayah aku guna minyak kelapa je untk senapang patahnya..... apabila menyedari arwah emak aku terpinga-pinga dengan permintannya maka makcik tersebut mengulang sekali lagi "Alah minyak senapang yang untuk kulit tu...."


Baru lah arwah emak aku dapat menangkapnya "ohhhhh minyak sepang bukannnya senapang"..."Ha yang itu le"... kata makcik tu.... Balik je makcik tu memang berhambur le ketawa..... Minyak sepang dah jadi minyak senapang......Aci sebut je makcik tu.....

Restoran Hj. Shahrin Low Grand, Ipoh

Jom Ke Restoran Hj. Shahrin Low Grand di Ipoh Perak. Restoran ni merupakan restoran Chinese Muslim. Cawangan ketujuh Restoran Hj Shahrin Low Grand. Masakannya memang sedap dan menepati selera penggemar masakan Chinese Muslim. Namun jangan tersilap masuk memandangkan di sebelah restoran terletak restoran Chinese yang tak muslim.

Ini percubaan kedua aku ke restoran ni..Percubaan pertama gagal memandangkan aku terlupa bawa alamatnya. Hanya mengagak-ngagak. Aku menyangkakan restoran ni terletak di area Greentown ... rupanya Greenhill. Kali kedua aku tak silap. Namun agak malang pula sebab kereta di saman kerana meletak kereta tanpa kad Majlis Bandaran Ipoh. Memang Holiaw......

Salted Egg Crab
Sizzling Tofu

Butter Prawn With Pumpkin

Sambal Squid


Itik Panggang


Restoran Hj. Shahrin Low Grand

No.14, Persiaran Greenhill

30450, Ipoh.

Perak Darul Ridzuan

(05-2412472)

Batang Keladi ke Batang Besi

Pada tahun 2009 aku pernah menulis kisah seorang sahabat aku yang meniru dialek kelate di bawah tajuk kawek keon telur kuba so http://langgas.blogspot.com/2009/10/kawek-keon-dan-telur-kuba-so.html. Kali ini aku nak tulis sebuah kisah lagi yang melibatkan Kawek Keon..



Kisahnya berlaku di sebuah asrama.....Seperti biasa apabila kita sudah menjadi senior dan tinggal lama di sesebuah asrama kita akan mempunyai ramai junior. Senior ni pulak ada tiga jenis 1. Senior yang dihormati 2. Senior yang ditakuti 3. Senior yang orang menyampah.


Memandangkan bilik aku adalah tempat tinggal super-super senior maka ramai junior yang agak takut atau rasa tidak selesa untuk melalui ruang koridor asrama tempat kami tinggal. Waktu petang selalunya perut amat terasa lapar. Hendak pergi ke kantin malas pulak rasanya. Maka pada saat ini kami akan mencari mangsa untuk kami mengirim membeli makanan di kantin.


Mana-mana junior yang lalu pasti akan menjadi mangsa. Yang bestnya tu hampir satu bilik mengirim. Kome cuba bayangkan kalau laksa yang dikirim untuk 10-12 orang . Mana rope tangan nak membawanya. Namun dek kerana yang mengirim tu super-super senior maka tak dapatlah junior melawannya.


Tugas memanggil junior ni akan dilakukan oleh sapa yang dulu nampak junior tersebut. Ada juga junior yang apabila dipanggil melarikan diri.... Ada juga yang sekali panggil dah datang. Yang si Kawek Keon tak pernah memanggil junior yang lalu... dia hanya tahu mengirim je...Pada satu petang tugas untuk memanggil junior kami serahkan kepada Kawek Keon kerana kami nak melihat caranya memanggil Junior....


Kawek Keon orangnya agak sasa juga...Tenaganya kuat ...Terutamanya bahagian tangannya ... Maklumlah pemanjat kelapa terhandal di sekolah dan datangnya dari Bagan Datoh...http://langgas.blogspot.com/2009/11/gun-coconut-vs-kelapa.html. Tetapi perawakannya lembut...namun tidaklah selembut Auwwww... Percakapannya juga lembut dan amat sukar nak marah orang...Dialah antara mangsa yang dikenakan dalam kisah sebelum ini http://langgas.blogspot.com/2011/12/allah-hu-akbarlawak-asrama.html


Apabila nampak je seorang junior bakal melintas maka kami mengisyaratkan supaya kawek keon memangggil junior tersebut.... Dengan susah payahnya Kawek Keon melontarkan suaranya "Hey.... hey.... mari kejap...." Dengan pelat jawanya. Suaranya pun antara dengar dan tak dengar... Tiba-tiba Junior tersebut lari.... Kawek Keon bersuara sambil tersenyum-senyum memandang kami yang sedari tadi melihat reaksinya "Alamak lari pulak dia....."


Aku dan geng memang pecah perut melihat cara kawek keon memanggil-mannggil junior sambai tangannya melambai-lambai lembut....Tiba-tiba lalu lagi seorang junior... kami pun bagi isyarat pada Kawek keon. Sekali lagi dia bersuara "hey...hey mari kejap.... alamak dia lari lagi"...


Begitulah seterusnya...sebanyak 2-3 kali percubaan selepas itupun gagal...Maka tugas tersebut terpaksa di Take Over oleh orang lain,.... Baru line Clear.... Alahai Kawek Keon....

Selasa, 20 Disember 2011

Allah hu Akbar....Lawak asrama

Antara kewajipan tinggal di asrama ialah sembahyang berjemaah. Setiap pelajar memang diwajibkan untuk bersembahyang jemaah. Namun masih terdapat segelintir pelajar amat liat untuk bersembahyang berjemaah di masjid atau musolla....



Ini kisah yang aku kira amat melucukan bagi mereka yang sesekali monteng sembahyang jemaah... Bagi yang selalu monteng jarang kena usik...Kata salah seorang sahabat aku yang selalu mengenakan mereka yang sembahyang di asrama inilah bentuk hukuman atau balasan bagi mereka yang malas berjemaah...


Yang bestnya tu yang memberi balasan pun jarang jugek berjemaah...sebenarnya tindakan tersebut lebih kepada untuk mengusik kawan-kawan... Antara waktu sembahyang jemaah yang selalu berlaku kejadian ini ialah waktu Zohor dan Asar... Kerana Zohor dan Asar ni 4 rakaat...


Biasnya kejadian ini akan berlaku pada rakaat akhir... ini yang menyebabkan bagi yang terkena akan menyumpah habis-habisan... Apa kejadiannya? .. ni aku baru nak story pada kome. Sebenarnya mereka yang sembahyang di asrama ni memang sudah diperhatikan sejak awal...Perancangan amat rapi...Apabila tiba masanya mangsa yang terkono akan di ambush secara berjemaah..


Masuk sujud rakaat yang terakhir maka macam-macam benda di letakkan di depan tempat sujud...antaranya baldi dan seumpamnya....Selalunya baldi tidak menajdi masalah kerana masih boleh diketepikan...Kadang-kadang penyangkut tuala boleh alih.... Yang ni pun tak pe masih boleh dialihkan ketika ingin sujud dan mampu diketepikan oleh tenaga tangan....


Objek yang seterusnya ini yang ramai tak tahan dan biasanya akan menyumpah habis-habisan....iaitu almari besi atau almari kayu....Kome bayangkan betapa letihnya nak menghabiskan 4 rakaat sembahyang asar atau zohor...sedang-sedang syok nak sujud sebaba sembahyang nak habis dah... tiba-tiba ada objek seperti almari depan mata. Macam mana nak sujud... memang berbulu bro.... maka keluarlah pelbagai sumpah seranah di satu pihak dan ketawa berdekah-dekah di satu pihak..... Kawk keon Peace Yo.....

Kumpulan Tangan Hitam



Assalamualikum pembaca blog, teman-teman jauh dan dekat.....baru lega sikit memandangkan tugas dengan Seri Paduka Baginda selesai dengan jayanya. Rasa macam nak pergi bercuti pulak...tetapi apa kan daya minggu-minggu akhir sebelum bukak sekolah banyak benor pulak mesyuarat.


Seperti yang aku janji sebelum ini aku nak bercerita satu kisah yang seakan-akan serupa dengan kisah yang ada dalam entry aku sebelum ini. Kisah ini berlaku di tempat aku....Mula-mula mendengarnya aku rasa antara pencaya dan tidak....Tetapi memandangkan yang menceritakannya boleh aku percayai ceritanya maka aku kongsikan di Blog ni untuk bacaan anda...


Kisahnnya bermula apabila seorang cikgu ni nak balik rumah setelah habis mengajor di sebuah sekolah di pendalaman Felda. Di kiri kanan jalan pemandangannya hanyalah kelapa sawit. Dari sekolah nak keluar ke pekan berhampiran memang jauh....Kalau kita melalui kawasan ni pada waktu malam memang le amat menyeramkan.....Pokok Sawitnya tinggi-tinggi...Menjadikan suasana jalan dan sekeliling amat gelap.


Hendak dijadikan cerita sedang cikgu ni memandu dijalan yang agak sunyi tiba-tiba dia ternampak dua orang India naik motor sedang melambai tangan. Semakin dekat semakin kuat lambaian tangan mereka. Jantung cikgu perempuan ni berdegup laju...


Macam-macam persoalan bermain dimindanya....Mungkin mereka ini ingin merompak atau melakukan sesuatu yang tak baik kepadanya...Tanpa berfikir panjang Cikgu perempuan ini memecut laju tanpa memikirkan lambaian orang India tersebut. Dia menjadi begitu panik sehingga tidak menyedari apa yang berlaku...


Matlamatnya hanya satu hendak tiba dirumah dengan cepat dan selamat.... Setibanya dirumah dia berasa amat lega dan berasa selamat.....Seperti biasa dia akan membuka pintu belakang untuk mengambil beg sekolah dan buku-buku....disinilah perkara yag tak terjangka dek akalnya berlaku....


Mungkin disebabkan beliau terlampau panik dan takut menyebabkan dia tidak sedar apa yang berlaku semasa orang india tersebut melambainya... anda tahu apa yang dilihat dibahagian bangku belakangnya ialah........ sebelah tangan berwarna hitam...Agak-agak tangan siapakah itu ?

Isnin, 14 November 2011

Mayat dalam kereta

Lelaki tercampak masuk kereta2011/11/14Wanita tinggal mayat mangsa nahas tepi jalanSEREMBAN: Akibat panik, seorang wanita tidak sedar membawa mayat lelaki yang terbunuh akibat dilanggarnya lalu terpelanting dan terduduk di bahagian penumpang kereta sejauh 200 meter sebelum meninggalkannya berhampiran sebuah hotel dekat sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1 pagi di Jalan Permai-AST, wanita berusia 36 tahun itu dipercayai merempuh G Mohan, 23, yang sedang melintas jalan menyebabkannya terpelanting dan masuk ke dalam kereta. Jurucakap polis berkata, wanita yang memandu kereta Toyota Vios itu panik selepas kejadian lalu memecut kenderaannya sejauh 200 meter.


Katanya, selepas menyedari terdapat ‘penumpang’ bersamanya, dia terus menghubungi abangnya untuk meminta bantuan. “Dua beradik itu kemudian mengambil keputusan meninggalkan mayat lelaki itu di depan sebuah hotel di Kemayan Square, di sini, untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. “Bagaimanapun tindakan mereka dilihat beberapa saksi yang menyangka mereka mahu membuang mayat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa cuba melintas jalan untuk ke Kemayan Square sebelum dirempuh kereta dipercayai dipandu laju wanita itu untuk ke lokasi sama. “Wanita itu mendakwa selepas kejadian itu, dia dikepung orang ramai menyebabkannya takut dan memecut kenderaan itu bersama mayat lelaki terbabit,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dipetik daripada Berita Harian 14/11/2011


Esok aku kan ceritakan kejadian hampir sama yang berlaku kat tempat aku......

Jumaat, 11 November 2011

Coach coach ho ta he



Petang tadi aku melihat budak sekolah rendah berlatih main bola sepak di padang sekolah...Selalunya aku tak berapa tertarik melihat mereka bermain bola sepak. Tetapi hari ni aku rasa seronok melihat ada seorang coach muda yang melatih mereka. Dari pukul 4.30 hingga 6.30 budak-budak tu membuat pelbagai latihan untuk meningkatkan stamina. Dah lama aku tak tengok coach melatih budak-budak macam tu.


Gaya latihannya yang menumpukan pada peningkatan stamina sebijik gaya latihan jurulatih pasukan bola sekolah aku dahulu. 6 bulan pertama kami tak merasa main bola. Hanya latihan stamina. Kalau dapat mainpun hanya 10 ke 15 minit sahaja. Selebihnya latihan tekan tubi, angkat kawan, latihan passing, tendangan , panjat tangga dan sebagainya.


Setiap pagi ahad dan cuti umum kami akan berlari jarak jauh.....Begitulah latihan rutin selama enam bulan pertama. Tetapi keadaan ini tak berlaku pada budak-budak sekolah sekarang...disuruh berlatih stamina deme tak mahu... deme hanya nak terus main bola...Kalau dibuat latihan stamina dalam jangka masa yang lama mulalah pada keesokan harinya tak datang.


Bagi aku coach yang melatih budak sekolah rendah yang aku lihat tadi memang bagus...itulah sepatutnya yang dilakukan. Apabila stamina dah ok...maka kita dapat bermain selama 90 -120 minit tanpa pancit. Latihan taktikal akan menjadi lebih mudah apabila semua pemain ada stamina yang tinggi.


Kalau beginilah corak latihannya aku rasa pasukan ini ada harapan pergi jauh....Dulu untuk buat tendangan kami diajar beberapa jenis tendangan sehingga kami mahir. Itu sebab invidual skill kami pada ketika itu amat dikagumi disamping kemampuan stamina yang tinggi.


Syabas aku ucapkan kepada coach yang melatih pasukan bola sepak tersebut....

Khamis, 10 November 2011

eiiiii... geliiii.... bang....



Tahun ni aku tak balik ke kampung orang rumah untuk beraya korban...ini disebabkan ayah aku tinggal berdua dengan adik aku yang masih kecil disebabkan Mak Cik aku (Emak Baru) menunaikan ibadah Haji. Tak Sampai hati aku meninggalkan dia beraya berdua beranak.


Seperti biasa Pada hari raya korban ayah aku akan mendapat daging korban. Pada tahun ni ayah aku dapat dua bungkusan daging korban daripada orang yang berlainan. Daging korban disimpan di dalam peti ais memandangkan pada hari raya kedua ayah aku pulang ke kampungnya di Tapah dan aku pula sibuk dengan urusan menghantar anak pulang ke asrama.


Namun begitu dalam perjalanan menghantar anak pulang ke asrama aku singgah juga sebentar di kampung aku di Tapah untuk menziarahi opah dan saudara mara. Ayah aku pula mengambil keputusan untuk tidur di kampung. Dia sempat berpesan kepada aku supaya mengambil daging sebungkus daging korban di dalam peti ais di rumah ayah aku apabila pulang daripada menghantar anak aku ke asrama.


Sebelum pulang ke rumah aku yang tidak jauh letaknya daipada rumah ayah aku, aku teringat pesan ayah aku supaya mengambil sebungkus daging korban. Pada masa yang sama aku juga ingin mengambil baju-baju anak-anak yang aku tinggalkan dirumah ayah aku memandangkan pada keesokan harinya 2 orang anak aku akan mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur.


Aku tiba dirumah ayah aku lebih kurang pukul 9.30 malam. Kedaan rumah memang gelap. Anak-anak aku meluru turun daripada kereta sambil mengambil kunci yang telah yang telah disorok di tempat tertentu di bahagian luar rumah.


Anak nombor dua dan bongsu serta anak nombor tiga membuka pintu dan meluru masuk ke dalam rumah ayah aku . Keadaan dalam rumah kelihatan samar-samar kerana hanya dilimpahi cahaya lampu jalan. Beberapa langkah masuk ke dalam anak nombor dua aku berhenti. Aku yang mengikutinya daripada belakang jugek berhenti.


Aku bertanya mengapa berhenti . Kata anak aku dia nampak benda panjang-panjang atas lantai berhampiran dengan tiang rumah. Hati aku rasa tak sedap. Nak buka lampu, suisnya hanya ada di dalam rumah. Untuk sampai ke suis lampu aku terpaksa melintasi kawasan tiang yang ada benda panjang...


Torch light memang aku tak de simpan. Akhirnya aku mengambil keputusan menyuruh anak aku keluar rumah. Selepas menutup pintu rumah ayah aku, aku pun pulang ke rumah. Selepas itu aku menelefon ayah aku untuk memaklumkan perkara tersebut.


Rumah ayah aku kerap kali dimasuki ular berwarna hitam. Ini yang menyebabkan hati aku tak berapa sedap apabila anak aku kata dia nampak benda panjang dalam samar-samar cahaya lampu jalan. Selepas 2 hari baru ayah aku pulang ke rumah. Semasa ayah aku datang ke rumah aku pada hari ini aku pun bertanyakan tentang benda panjang tersebut.


Kata ayah aku apa yang dilihat anak aku tu bukannya ular tetapi tali pinggangnya di atas lantai....Rasa nak ketawa pun ada... Memandangkan aku dan anak-anak cukup nervous malam tu, jantung berdegup kencang...Namun bagi aku tindakan aku betul... buatnya benda panjang tu benar-benar ular hitam yang selalu masuk ke rumah ayah aku sudah tentu yang menjadi mangsanya sudah tentulah anak aku...


Situasi ini pernah berlaku kepada adik nombor 1 aku yang meluru masuk ke dalam rumah ayah aku pada waktu malam disebabkan tak tahan nak terkencing setelah pulang dari kampung. Katanya sebelum tiba di bilik air kakinya terpijak benda lembik. Selepas membuka lampu dia dapati ada dua kesan gigitan di kakinya... akhirnya aku mengambil keputusan menghantarnya ke hospital Slim River untuk membuat pemeriksaan. Dia ditahan di wad bagi memastikan apa binatang yang menggigitnya...


Pengalaman itu menjadikan aku sangat berhati-hati... Tidak berapa lama sebelum itu ketika pergi ke rumah ayah aku pada waktu malam aku ternampak benda berkilat hitam yang bergerak-gerak di bawah kereta aku apabila aku menghalakan lampu kereta aku ke arah kereta ayah aku... Tepat telahan aku seekor ular berwarna hitam sedang melingkar di bawah kereta ayah aku ...Aku memangggil ayah aku untuk membunuhnya...


Atas pengalaman itulah aku sangat berhati-berhati masuk ke rumah ayah aku terutamanya pada waktu malam....eiiiii geli.... bang...

Rabu, 9 November 2011

Kambing Korban Janggut Sejemput



Ada sorang pakcik di tempat aku ni yang kalau dilihat daripada susuk badannya yang kecil dan mukanya memang ada ciri Pak Lawak... Dengan janggut sejemput ala-ala janggut kambing dia selalu dijadikan sebagai bahan usikan setiap kali berkunjung ke kedai kopi...Tak kira orang yang sebaya dengannya juga orang muda-muda suka mengusiknya.


Kadang-kadang apabila mendengar golongan orang-orang lama yang sebaya dengan ayah aku bersembang di kedai kopi memang mengerikan. Tambahan apabila mereka bergurau..memang gurauan maut dan yang kena usik memang kow-kow rapat ke tanah kena usik...Cerita bab mati memang dah jadi gurauan biasa..


Pernah semasa aku pergi ke rumah orang meninggal dunia... aku ingatkan sekumpulan pakcik-pakcik yang rancak bersembang bercerita tentang orang yang dah meninggal namun sebaliknya rupanya mereka secara bergurau dengan perancangan nak bagi anugerah kepada siapa yang mati paling akhir.


Daripada 400 lebih peserta Felda di kawasan tersebut hanya tinggal 16 orang yang masih hidup...Namun setiap minggu jumlahnya semakin berkurangan...Sambil gelak dan ketawa mereka berkata si polan sipolan dah tak lama lagi dah sebab asyik keluar masuk hospital. Si polan pula sudah koma dan sebagainya. Mereka bercerita dalam keadaan bergurau sesama sendiri.


Berbalik kepada cerita pakcik janggut sejemput tadi...Cerita ni berlaku beberapa hari sebelum Raya korban baru-baru ni...Daripada Jauh Pakcik-pakcik yang ada di kedai kopi dah senyum-senyum dan ketawa melihat pakcik janggut sejemput datang. Pakcik tu pun dengan gaya jalan dan muka selambanya menuju ke kedai kopi dengan penuh semangat.


Tiba-tibasalah seorang pekerja kedai berkata kepada kumpulan pakcik dalam kedai kopi..."itu le kambing yang nak dikorbankan raya nanti..."...Sambil di sambut gelak ketawa yang penuh kemeriahan. Pakcik janggut sejemput mendengar kata-kata pekerja kedai kopi tersebut dan membalasnya "Hang kata apa tadi... kalau berani cakap lagi".


Dengan Selamba je pekerja tu mengulangi ayat yang diucapkannya tadi..."Ni la kambing yang nak dikorbankan raya nanti'... sambil disambut dengan gelak ketawa yang lebih meriah.... Tapi kalau tengok gaya, muka, susuk badanynya yang kecil dan disesuaikan dengan janggut sejemputnya memang ada ciri-ciri @#$bing.. he... he... entah la sesekali memikirkannya geli hati jugek dibuatnya.....

Sampai bila Ya....



Aku menanam keazaman untuk kembali aktif menulis Blog...Namun sememangnya kekangan masa dan datangnya perkara-perkara yang tiada dalam agenda kadang-kadang amat merungsingkan...Bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali berlaku..Memang tak dapat dielakkan...


Walaupun banyak perkara yang ingin aku tulis di dalam blog... tetapi disebabkan perkara-perkara tersebut menajdikan badan, tenaga dan otak menjadi begitu letih menyebabkan tiada daya lagi otak berfikir untuk mengetuk papan kekunci bagi melontarkan apa yang bersarang dalam kepala hotak ini.


Akhirnya apa perancangan yang aku plan tersasar daripada matlamat asal. Kerja yang telah dibuat sekerat jalan tinggal begitu sahaja. Kadang-kadang aku rasa keliru plus konfius perlukah aku menerima kerja-kerja yang nampak simple pada pandangan mata orang lain tetapi sebenarnya bebanan kepada aku...Kerana tugas-tugas tersebut menyebabkan banyak kerja-kerja personal aku tergendala..


Sememangnya sedari dulu aku tak suka buat kerja cincai... apa yang aku buat mesti perfect atau mengahmpiri perfect...Oleh itu setiap tugas yang diberikan aku akan bersungguh-sungguh melaksanakan. Walaupun ada orang akan berkata tak payah beria-ria atau janji buat... Namun bagi aku ... aku tetap akan melakukannya dengan bersungguh-sunnguh...


Perkara-perkara ini yang kadang mengheret aku untuk tidak melakukan tugas personal yang dah lama aku rancang. Yang memeningkan aku ada saja tugasan baru yang datang. Kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh 3 pihak yang berlainan terbeban atas diri aku sorang...Takkan orang atas tak nampak benda ni...Bak kata Mahathir Dah lama dah....


Apabila aku bersuara....dikatakan aku berkira... dikatakana aku dah mula berubah sementelah aku dapat anugerah Cemerlang pada tahun ni... Tapi rasanya ada pihak yang memang tak de kerja apa ....goyang kaki....sekadar ada nama atas pamplet... Sedangkan kalau tengok tugas yang dibagi pada aku yang dilaksanakan secara Solo kadang-kadang mencecah 4 dalam satu menjadikan kerja-kerja personal aku tertangguh.


Sepatutnya aku dah mula menyiapakan website untuk program aku... memantapkan modul sedia ada...menulis buku yang pertama tentang Art of Learning...menghadiri kursus peningkatan diri...dan pelbagai tugas berkaitan... Semuanya tergendala kerana kerja yang entah apa-apa dan tak pernah habis..


Andai kata aku hanya ditugaskan untuk satu tugasan dalam satu-satu masa nescaya tidaklah menganggu perancangan personal aku... Setiap kali balik dari tempat kerja aku terus layu. lemah dan longlai...Badan letih ... otak letih menyebabkan prokduktiviti aku menurun...


Entah la sampai bila ya... ataupun aku kena jadi macam dulu balik.......

Selasa, 16 Ogos 2011

Soalnya Hati



Dari mata turun ke hati..... Sedapkan ayat tersebut....Namun sedarkah kita hati dan mata mempunyai connection yang sangat rapat. .... Pelbagai perkara di proses oleh hati setelah mata melihatnya. Melihat orang miskin dan susah maka hati mulai berasa kesian dan terbit rasa ingin membantu.


Apabila mata melihat kekejaman dalam televisyen maka hati mula memberontak tidak bersetuju dengan perlakuan tersebut. Hati juga memproses apa yang di dengar..... Mendengar ada orang yang sedang memaki kedua orang tuanya nescaya hati terus berasa tidak setuju dengan perlakuan tersebut....kadang-kadang mata menitiskan pula air mata.... Begitulah besarnya peranan hati... Hati adalah raja dalam tubuh manusia.


Rosaknya hati pula akan terbit di mata.... bagi pengidap hepatitis B maka mata juga akan turut berwarna kuning. Namun begitu, itulah hanyalah hati yang rosak daripada segi fizikal. Sekiranya hati rosak secara emosi maka ia lebih parah dan sukar untuk di rawat.


Ibnu Qayyum mentakrifkan tiga keadaan hati. Hati mati... hati sakit dan hati yang sihat. Mengubat hati yang sakit lebih mudah daripada menghidupkan hati yang mati.....Lumrah kebanyakan manusia yang tidak mampu melihat sesuatu dengan mata hati.... Hanya setelah terkujur kaku baru mereka menyedari hakikat sebenar kehidupan.


Kata Saidina Ali " Manusia ketika hidup semuanya tidur...bila mati baru mereka terjaga"... Sungguh dalam maksud saidina Ali yang merupakan manusia yang diktiraf sebagai gerbang ilmu oleh Nabi Muhammad S.A. W. ..Apabila berada di alam barzakh barulah manusia sedar tentang apa yang sepatutnya perlu di cari dalam hidup dan kepada siapa patut dicurahkan kehidupan ini...


Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup hanyalah dosa . Manakala apa yang dihindarinya adalah pahala... Pelik bukan... Istilah Terjaga yang disebut oleh Saidina Ali merujuk kepada mata hati yang terletak dalam hati. Ramai maknusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup...Bila mati baru mata hati terbuka.... Sedangkan ketika ini sebenarnya kita sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.....


Dalam Surah Al Haj ayat 46.... "Apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi , lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya".....


Apabila mata hati telah terbuka maka ia akan dapat melihat yang tersurat dan tersirat... Ia dapat menerobos semua sempadan tipu daya syaitan seterusnya mampu membimbing kita menuju ke syurga Allah... Tepatlah seperti firman Allah dalam Surah Assyam "Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"... Nya tersebut merujuk kepada hati......


Allah hu akbar.... Allah hu Akbar... Allah hu akbar......

Murtabak Bulat



Hari ni dah masuk 16 hari umat Islam berpuasa. Sekejap sangat masa berlalu... Esok dah cuti Nuzul Quran...Namun kehangatan Ramadhan masih terasa bahangnya. Bibit-bibit Aidil Fitri juga sudah mula terasa. Duit baru di bank sudah boleh mula didapati pada hari ini.


Namun ingatan Ramadhan zaman kanak-kanank dan zaman belajar merupakan kenangan terindah yang terus menerus di kenang sehingga akhir hayat. Antara kuih yang aku gemari semasa zaman belajar ialah kuih kepit hidung. Sehingga ke hari ini aku tak jumpa lagi kuih tersebut di tempat lain kecuali di Bangi je..


Kuihnya beraneka warna iaitu warna merah, hijau, kuning , oren dan sebagainya...berbentuk bulat kecil-kecil dan amat liun teksturnya. Di bahagian luarnya ada kelapa parut... Rasanya memang Marvelous... Tempat aku memang tak de kuih ni... Mungkin di belah pantai timur atau selatan thai ada kuih ni...


Semasa zaman kecil aku cukup teruja dengan kuih putri mandi dan badak berendam... Arwah opah aku memang expert buat kuih ni.... aku pun jadi terminat dengan kuih ni.. Apabila opah aku dah tak de memang terkenang-kenang jugek aku kuih ni... Untuk melepaskan rindu apabila jumpa kuih ni kat Bazaar Ramadhan aku pun tidak melepaskan peluang untuk membelinya.


Kini aku sangat teruja dengan Puding Karamel dan martabak bulat yang hanya dijual di Bazaar Ramadhan Medan Gopeng Ipoh... Setiap kali ke sana aku pasti akan membeli puding karamel dan martabak bulat. Murtabak bulat ni rasanya amat klasik seperti murtabak zaman dahulu. Kadang-kadang memang aku beli lebih dan aku bekukan dalam peti ais.


Apabila hendak makan martabak tersebut maka aku cuma perlu panaskan sahaja. Satu lagi menu wajib setiap kali ke Bazarr Ramadhan medan gopeng ialah kueh Teow kerang yang di goreng oleh sorang brother ni... Tak pernah miss setiap tahun mesti aku akan ke sini untuk membeli kueh Teow kerang yang sangat lazat.


Satu lagi makanan yang aku suka beli ialah rendang tok Mak Nik... Rendang ni sebagai pembuka selera semasa bersahur.... Kadang-kadang sehingga sekilo aku membelinya. Memang aku suka sangat ke Bazarr Ramadhan di medan gopeng ni....Banyak sangat juadah yang sedap-sedap...hmmmmmm Syoknya Bazarr Ramadhan medan Gopeng Ipoh......

Ahad, 14 Ogos 2011

Ayor Keladi Super Duper Power....



Bulan-bulan puasa ni terkenang zaman-zaman belajor dahulu. Kenangan terindah di bandar baru bangi mampir satu persatu bermain di ruangan minda. Bestnya Bazaar Ramadhan di bandar Baru Bangi. Macam-macam ada. Yang paling aku suka apabila tiba hari Selasa apabila Bazar Ramadhan bergabung dengan pasar malam.


Ada satu menu istimewa yang memang tidak akan aku lepaskan setiap kali tiba hari selasa iaitu air keladi yang sangat power dan best rasanya. Pada masa itu memang tak de lagi orang lain yang jual air keladi. Selepas brother ni jual air keladinya yang memang power barulah orang lain juga mula menjual air keladi dan merebak satu malaysia. Air jagung yang dijualnya juga lain daripada yang lain daripada segi rasanya.


Air keladinya memang terserlah rasa kekeladiannya. Sukar aku nak menerangkan rasanya. Memang sedap sangat. Yang paling best apabila ada potongan keladi kecil-kecil dalam airnya. Ini yang membuatkan air keladinya sangat special. Setakat ini aku belum jumpa lagi air keladi yang sesedap yang dijual oleh brother ni. Kalau lambat memang tak dapat. Berbaris orang nak beli air keladinya. Sekarang ni aku tak pasti sama ada Brother tu masih menjual air keladinya di Bandar Baru Bangi.


Kunjungan terakhir aku ke Bandar Baru Bangi memang brother ni dah tak de jual air keladi yang super duper power. Masih terasa-rasa di tekak aku akan kesedapan air keladinya. Pernah juga aku mencuba air keladi di KL. Ipoh dan mana-mana tempat yang ada jual air keladi tapi memang tak dapat rasa seperti air keladi yang dijual oleh brother seperti kat Bandar Baru Bangi.......Semoga tuhan pertemukan aku dengan brother tu lagi untuk aku menikmati air keladinya yang sangat best....


Yang menghairankan aku anak nombor tiga aku menjadi peminat air keladi... hari-hari pun dia lalu minum air keladi. Mungkin inilah DNA yang aku turunkan hasil minum air keladi Brother tersebut.... he he entahlah.... Tak gitu sahabat aku Samad Jakpor?....

Jumaat, 12 Ogos 2011

Allah hu Akbar pukul 11.00 pagi.....



Apabila mendengar azan yang mendayu-dayu dari masjid dan surau tempat tinggal aku memang syahdu dan sayu. Dalam keadaan diam dapatlah kita merasa bertapa menusuk sehingga ke dalam jiwa yang terdalam apabila setiap kali azan dilaungkan.

Antara sebab seseorang itu susah untuk mengucap ketika sakratul maut ialah apabila tidak menghormati azan atau berkata-kata ketika azan sedang berkumandang. Azan ni nampak je macam simple tetapi apabila kita hayati dan halusi maknanya dengan mendalam , maka akan timbul suatu rasa kesyahduan dan rasa yang teramat sangat dalam jiwa untuk bertemu Rabbul Jalil.


Namun ada satu kisah ketika aku zaman kecik-kecik yang masih aku ingat hingga kini. Peristiwanya ialah apabila ada pakcik di tempat aku azan sebelum waktunya. Seperti biasa ayah aku akan bersiap untuk ke mesjid setiap kali masuk waktu solat. Tetapi pada satu hari yang syhadu dan tenang tiba-tiba berkumandang azan tepat pukul 12.00 tengahn hari. Ayah aku yang tidak melihat jam tergopoh-gapah bersiap nak ke masjid.


Namun apabila emak aku menegur dengan mengatakan jam baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari... kami sekeluarga pun berasa amat gelihati dan apabila azan habis berkumandang maka tehambur jugek ketawa memandangkan yang melaungkan azan tersebut ialah jiran yang amat aku kenali. Eamak aku sempat berkata "Ape he Usop ni.. muang tebiat ke.. pukul 12.00 dah azan"


Aku dapat bayangkan mukanya yang bersungguh melaungkan azan pada pukul 12.00 tengah hari. Aku ingatkan mungkin itulah kejadian terakhir azan sebelum waktunya. Rupanya, tidak berapa lama selepas itu berlaku lagi sekali kejadian yang sama. Yang bestnya kali ini azan dilaungkan pada pukul 11.00 pagi... Lagi ganas... dan yang lebih menggelikan hati aku apabila yang melalungkan azan tersebut ialah orang yang amat akau kenali iaitu ayah aku sendiri.


Selepas menyedari kesilapannya ayah aku bergegas pulang ke rumah.... mula-mua aku tahan jugek gelak aku... tetapi semakin lama semakin tak tahan ... Ahirnya tergelak jugek aku..... Setiap kali mendengar azan pasti aku ingat peristiwa ini... Rasanya selaps itu Ayah aku tak peronah azan dah... mungkin dia fobia.... he he he he....

Khamis, 11 Ogos 2011

Bestnya Moreh Zaman Kanak-kanak

Zaman kanak-kanak zaman yang sangat indah. Terutamanya dalam bulan puasa. Masih segar diingatan setiap kali Ramadhan Masjid menjadi tempat berkumpulnya kanak-kanak di kampung aku. Ada yang menunaikan sembahyang terawikh. Ada yang datang sekadar nak makan moreh selepas sembahyang Terawikh. Ada juga yang datang nak menguji kekuatan (Yang ini aku akan ceritakan kemudian).



Memang menjadi Tradisi di tempat aku setiap kali selepas sembahyang Terawikh akan dihidangkan moreh atau makan selepas sembahyang Terawikh. Ada pelbagai jenis juadah yang dihidangkan. Kadang-kadang sedap kadang-kadang on par je. Tetapi kini tradisi tu dah tak der. Satu lagi yang best apabila setiap hari diadakan majlis berbuka puasa di masjid di tempat aku. Kini Majlis berbuka puasa diadakan pada hari tertentu sahaja.


Satu lagi yang best ditempat aku apabila semua jemaah dah balik, maka aku dan geng akan bermain dengan kerantung dan tabuh masjid. Huh memang best dapat menabuh tabuh masjid. Macam-macam bunyi yang keluor. Kalau sekarang ni buat macam tu alamatnya kena kejor dengan orang tua-tua le.


Dulu sembahyang terawikh berlarutan sehingga pukul 11.00 malam kerana dilaksanakan sehingga 23 rakaat. Kalau imam lambat bacanya alamatnya akan melangkau melebih pukul 11.30 malam. Mana-mana imam yang baca laju akan menjadi pilihan. Penuh la Saf sampe belakang. Kalau imam baca lambat jawabnya beransur-ansur lah jumlah jemaah semakin lama semakin kurang. Bagi kanak-kanak macam aku bermain adalah aktiviti utama. Sembahyang kejap lepas tu main. Selesai je orang sembahyang kami pun mula le makan moreh.


Apabila semua orang tua dah balik apa lagi bermain kerantung dan tabuh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kenangan tak bisa dilenyapkan bak kata lagu Jamal Abdillah... Bestnya moreh zaman dulu.....

Rabu, 10 Ogos 2011

Pakcik Rempit



Motor adalah merupakan pengangkutan utama di kawasan kg. aku. Disebabkan rata-rata penduduknya terlibat dengan pertanian maka motor lebih memudahkan pergerakan untuk masuk ke kebun sawit. Maka tak hairanlah gejala rempit merupakan gejala yang agak serius. Tambahan pula dengan jalan-jalannya di tempat aku banyak yang lurus menyebabkan ia menjadi pilihan mat-mat rempit untuk merempit.


Macam-macam stail ada, Setakat gaya Superman tukar gear dengan tangan tu memang dah biasa sangat aku nengok. Yang terkorban pun ramai jugek. Namun mereka tidak serik dan tetap meneruskan perlumbaan seperti biasa. Emak bapak pun dah boleh buat apa. Polis jugek tak mampu mengawalnya memandangkan kawasan kawalan mereka agak luas.


Sebenarnya bukan itu isu utama yang aku nak ceritakan... ada satu cerita lain yang lebih menarik dan ada kaitannya dengan rempit. Kisahnya berlaku 2 minggu lepas... semasa aku dan anak-anak nak balik kerumah daripada menunaikan sembahyang jumaat. Dari Jauh aku melihat sebuah motosikal terhuyung-hayang ke kiri dan kanan.


Motor-motor lain banyak jugek yang bersaing dengannya yang nak juga balik ke rumah setelah menunaikan sembahyang jumaat. Semakin hampir dengan motor yang terhuyung hayang tu aku nampak kelibat orang seperti sedang merempit.. tertunduk-tunduk sambil press minyak... Semakin hampir maka semakin jelas kelibat tersebut. Setelah aku memotongnya baru aku dapat memastikan yang sedang meniru aksi mat rempit tersebut ialah seorang pakcik dalam lingkungan usia 60- tahun.


Mungkin dia bergurau dengan kawan-kawan sebayanya. Namun bagi aku hebat jugek aksi pakcik ni...dan aku cuba membayangkan bagaimana kalau pakcik-pakcik 60 ke 70 tahun ni merempit. Aku rasa angkat tangan mat-mat rempit tempat aku..... Bayangkanlah mereka ni ada yang berpengalaman 40 tahun (sejak zaman muda) bawak motor di litar-litar ladang sawit...Memang superb Pakcik ni.....Balik rumah tertawa sendirian mengingatkan aksi pakcik rempit tadi....

Ahad, 7 Ogos 2011

Nasi ayam, Sate dan julin

Susah juge bercakap dengan orang julin. Tak cakap karang terasa hati. Bercakap karang, ropanya dia bukan bercakap dengan kita walaupun matanya menghala ke kita. Lebih baik aku mengambil keputusan mendiamkan diri. Inilah pengalaman aku baru-baru ni semasa sedang mengorder Sate di sebuah warung sate dan nasik ayam di Slim River.



Kedai Sate dan nasik ayam ni memang sentiasa full house. Lambat jawabnya tak merase le. Ke Full Houssannya menyebabkan kita terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan sate terutamanya bagi mereka yang nak bungkus bawa balik ke romah.


Mereka yang nak bungkus kena la order pada in charge person kat tempat bungkus sate. Maka ramailah yang mengerumuni tempat tersebut termasuk la aku. Setelah pesanan dibuat maka kami menunggu sambil berdiri di hadapan tempat tersebut memandangkan pada hari tu aku cuma nak bungkus bawak balik ke rumah.


Aku tengok yang ngambik order tu asyik nengok ke arah aku. Aku tak peduli bior le mungkin dia nengok orang belakang aku. Lepas tu dia bersuara. "Bang dah siap". Aku dengan konfiden nak ambik pesanan aku. Serentak dengan itu ada jugek orang lain yang datang nak ambik bungkusan tersebut. Mamat yang ambil order terus bagi bungkusan kat orang tersebut. Heran jugek aku memandangkan dia tengok ke arah aku.


Kemudian dia bersuara lagi "Bang dah siap". Sekali lagi aku nak pergi ambik bungkusan sate namun sekali lagi jugek berlaku kejadian yang sama. Lama aku memikirkan... mamat ni nak ngenakan aku ke. Dah lama baru aku dapat mengetahui punca berlakunya masalah tersebut. Ropa-ropanya yang ngambik order tu julin. Teringat aku pesan Osman Affan kalau bercakap atau berurusan denga orang julin kita kena sabar dan berhati-hati. Kalau boleh tunggu dulu jangan terus respon.


Sebab matanya memang ke arah kita tetapi sebenarnya dia sedang melihat orang lain.. He he sate punya pasal julin pun tak pe lah.......

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jom ke Pakeeza

Ke Bazar Ramadhan dalam cuaca yang panas memang menguji keimanan. Semuanya rasa nak dibeli. Melihat deretan air yang pelbagai warna amat mengujakan. Lelehan wap ais yang menjadi air di tepi bekas tempat orang menjual air pun amat sedap benar menurut pandangan mata.


Itupun nasib baik aku berseorangan ke Bazar Ramadhan. kalau aku bawak asakar-askar aku dah tentu macam-macam jenis ayor yang aku dan deme bawak balik. Hari ini aku ke Bazar Ramadhan Bidor. Tujuan nak cari ayor soya. Tetapi malang pakcik yang selalu berniaga ayor soya sedap tak de pulak. Akhirnya ABC, Ayor Temikai, Teh bunga dan kelapa yang menjadi pilihan.

Kalau ikut hati semua jenis ayor nak ku beli. Tapi memikirkan Sembahyang Terawikh terpaksa aku sekat keinginan ni. Kalau terlampau kenyang ayor jawabnya Terawikh lebuh. Hari Selasa geng-geng sekolah ngajak berbuka puasa di Pakeeza Ipoh. Wau.... teruja aku... sebab dah lama tak ke Pakeeza. Makanannya menyajikan North Indian Style.

Sudah beberapa kali juga aku berbuka puasa di sini pada Ramadhan yang lepas. Kalau lambat memang tak merasa le jawabnya. Yang bestnya kat sini surau terletak di bahagian atas restoran. Maka amat mudah untuk kita beribadat. Kali pertama aku di sini aku tak berapa reti makan secara Buffet.

Aku ambil nasi banyak....akhirnya makanan-makanan lain terpaksa le aku tengok je. Kali kedua aku dah pande sikit. Nasi ambik sikit.... Maka kita boleh merasa makanan-makanan lain yang sememangnya enak.... Ada juga yang tak suka dengan menu di Pakeeza ni. Namun bagi aku Pakeeza antara restoran yang aku suka selain Restoran Laksamana Cheng Ho yang sudah diubah namanya Greentown Seafood........Nayam,,,, Nyam,.... Selamat Berbuka Puasa

Khamis, 4 Ogos 2011

Rindunya Ramadhan

Hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa. Apa yang amat menggembirakan hati apabila melihat anak-anak begitu kuat semangatnya berpuasa. Tahun lepas sampai waktu tengah hari dah ada yang melepek. Tapi tahun ni kesemua anak-anak aku amat kuat semangatnya. Syukur Alhamdulillah.



Mengharungi Ramadhan bermaksud seperti kita mandi. Bukan mandi dalam bentuk fizikal tetapi mandi spiritual, roh dan jiwa. Segala yang dilakukan adalah untuk penyucian jiwa yang dah lama tidak dicuci dengan air Ramadhan yang amat suci lagi menyucikan. Itulah sebabnya mengapa bagi mereka yang kuat ketakwaannya kepada Rabbull Jalil maka Ramadhan sentiasa dinanti dan dirindui.


Ramadhan adalah anugerah hebat daripada pemilik jagatraya untuk hambanya di muka bumi. Segalanya bertasbih dan bertawaf menurut aturannya. Bulan mengelilingi buni. Bumi mengililingi matahari. Matahari mengelilingi inti cakerawala persis seperti hamba-hamba Allah yang bertawaf di kaabah.


Begitu juga dengan elektron yang mengelilingi atom yang terdapat di seluruh kehidupan di muka bumi dan begitu juga seperti DNA yang sentiasa bertawaf dan bertasbih kepada Rabbul Jalil. Segala-galanya bertawaf dengan penuh berdisiplin dan mengorbit mengikut aturan yang telah ditetapkan. Bulan ini juga merupakan bulan nuzulul Quran yang menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad. Mukjizat itu terus disingkap satu persatu sehingga kini.


10 Malam terakhir dianugerahkan pula lalilatul Qadar. Segalanya adalah untuk maknusia bagi mengagungkan pemilik jagatraya yang maha luas. Asma-asma tuhan menjadi sumber kekuatan manusia agar terus membesar dan mengagungkan keganungan Al Fatah.... Wallah hu alam....

Ahad, 26 Jun 2011

Mat Terap

Hari jumat adalah penghulu segala hari. Hari jumaat juga bermaksud hari untuk bersembahyang Jumaat. Setiap hari jumaat aku dan 2 anak lelaki akan ke masjid berhampiran dengan tempat tinggal aku. Yang menyedihkan ramai sangat yang bercakap-cakap ketika khutbah dibacakan. Sampaikan kadang-kadang waktu sembahyang pun masih ada yang bermain dan bercakap.


Pada minggu ni aku bersembahyang di sebelah seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 4 tahun yang bersembahnyang di sebelah ayahnya. Selepas mengangkat takbiratul ihram budak tersebut memeluk tubuh sambil bergoyang-goyang. Itu aksi yang biasa aku tengok juga pada kanak-kanak lain.


Yang akan aku tak tahan setiap kali sujud, maka setiap kali itulah kanak-kanak tersebut terus meniarap seperti aksi askar menembak dalam keadaan meniarap. Kalau ikut kan hati memang nak tergelak aku dibuatnya. Namun aku memejamkan mata. Pada sangkaan aku mungkin aksi itu hanya pada rakaat pertama.. Rupa-rupanya dia meniarap pada semua rakaat. Apabila ayahnya duduk antara 2 sujud dan tahyat akhir elok je dia bangkit duduk....


Agaknya budak ni nak jadi askar kut... he he he ...

Jumaat, 10 Jun 2011

It`s Now or Never

Dah lama benor tak up date blog...entah le banyak benor halnya. Apabila ada masa terluang mood tak de nak menulis. Sedih jugek nengok blog yang dah lam e terbior. Kalau kebun tentu dah lama ditumbuh lalang. Jealous jugek nengok bolg-blog sahabat yang sentiasa up date.



2 minggu cuti sekolah tak terasa apa. Penuh dengan pelbagai aktiviti. Bermula dengan menemani orang romah yang menjadi hakim debat bahasa inggeris peringkat negeri. Kemudian bailik kampung. Menyiapkan bahan untuk program anjuran Sime Darby. Pergi kenduri kahwin. Ngantor budak ke kem keab setia. Sedor0-sedor dah nak habis cuti.


Cepat bebenor rasanya. Kalau boleh extend seminggu lagi kan best. Apa pun aku tetap syukur atas segalanya. Setidak-tidaknya menambah pengalaman dan yang lebih penting tuhan masih memberi peluang kepada aku untuk melihat keindahan dunia serta menghirup udara segar setiap hari.


Kepada sahabat aku Kamalul Abrar atau ab yang baru kehilangan bapanya aku uacapkan semoga tabah menghadapi ujian. Teruskan perjuangan ayahanda tercinta kerana usaha tersebut usaha yang sangat mulia dan amat besar ganjaraan di sisi Allah. Tak semua orang mampu memperolehinya. Aku juga menanam azam suatu hari nanti aku juga mampu membuka sekolah aku sendiri. Sama ada sekolah anak yatim, tahfiz atau seumpamanya.


Apabila melihat orang yang berjaya membuka sekolah-sekolah seumpamanya kadang-kadang timbul difikiran betapa untungnya mereka. bukan sahaja kaya diudnia tetapi kaya diakhirat. Bestkan... Berangkai-rangkai pahalanya dari generasi ke genarasi. Apa yang aku boleh lakukan sekarang hanyalah sedikit sumbangan kewangan kepada mana-mana sekolah atau masjid.


Tak dapat buat usaha yang besar mulakanlah dengan usaha yang kecil. Yang penting kita bermula....

Rabu, 11 Mei 2011

Alahai Ustaz Kazim....

Aku bertanya kepada anak Perempuan No. 3 aku. "Una mengapa Una selalu cakap sorang-sorang, kadang-kadang senyum, berlakon sorang-sorang". "Heh ayah ni mana ada Una macam tu?". Sambil menafikan apa yang aku saksikan setiap hari dari celahan pintu biliknya. Memang agak lucu apabila dia bercakap sorang-sorang , menyanyi sorang-sorang dan kadang-kadang berlakon sorang-sorang.

Kadang-kadang tersenyum aku sorang-sorang melihatkan telatah anak aku yang nombor 3 ni. Aku pula dah mula jatuh cinta dengan ceramah-ceramah yang disampaikan Ustaz Kazim. Setiap kali ke pekan minggu pasti akan membeli 2-3 keping CD ceramah Ustaz Kazim.

Seronok benor nengor ceramahnya yang kelakar gila. Banyak juga aku ambil idea-ideanya untuk aku masuk dalam bahan seminar aku. Tu yang kadang-kadang sambil mandi pun terikut-terikut bercakap sensorang macam Ustaz Kazim. Kadang-kadang terkeluar juga gaya percakapan Datuk Yusuf Haslam.

Hari ini sedang aku mandi aku mengajuk perkataan yang dicapkan oleh Ustaz Kazim antaranya "Ostazah....." "Ciiiikgu..." . Rupanya-rupanya apa yang aku cakap anak perempuan nombor 3 aku curi-curi dengar. Apalagi dia pun memulangkan paku buah kerasnya "Oh ayah cakap Una cakap sorang-sorang ye". "Tu yang ayah cakap-cakap sorang-sorang tu tak pe". Alamak terdiam aku seketika....Sambil aku tersenyum memikirkan apa yang diperkatakannya.... Alahai Una....

Khamis, 5 Mei 2011

Ma i gah (Apa khabar dalam bahasa asli)

Semasa mengendalikan dua program terakhir di sekolah sahabat-sahabat aku, aku amat teruja dengan sambutan yang diberikan oleh peserta yang menyertai program aku. Umpamanya di sekolah SMK SRi Tapah walaupun menghadapi kekangan masa dan masalah teknikal namun semangat pelajar yang melakukan setiap aktiviti yang aku berikan amat menyentuh hati aku.

Walaupun terdiri daripada kelompok pelajar yang agak lemah kerana majoriti pelajarnya orang asli namun komitmen yang mereka berikan memang superb. 3 jam aku berkongsi idea bersama mereka berlalu dengan begitu cepat, Sehingga terdetik dalam hati "kalau lah aku dapat dijemput lagi mahu rasanya aku mencurahkan seluruh tenaga dan pengetahuan aku pada tahap yang maksimum".


Yang paling menyentuh hati aku dalam sesi terakhir bukan sahaja semua pelajar menitiskan air mata tetapi ada di kalangan guru juga yang begitu sebak sehingga tidak dapat menahan deraian air mata. Aku sendiri pun tak dapat menahan sebak apabila melihat hampir keseluruhan peserta menitiskan air mata.


Tahniah pelajar SMK SRi Tapah anda menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempertingkatkan kualiti bahan dan penyampaian. Di SMK Slim lain pula ceritanya. Pelajar-pelajar disini tergolong dalam pelajar yang bijak dan berdisiplin tinggi. Mulanya agak kekok juga untuk aku berkongsi idea dengan mereka.


Namun disebabkan komitmen dan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar dan guru-gurunya akhirnya aku berjaya menarik seluruh perhatian mereka terhadap bahan-bahan yang aku sampaikan. Namun sekali lagi kekangan masa yang membataskan utnuk menyampaikan keseluruhan bahan aku dengan lengkap dan sempurna. 4 Jam satu jangka masa yang amat cepat berlalu.


Untuk masa akan datang aku berharap pihak sekolah memberikan aku untuk membuat program selama sehari bagi melengkapkan semua modul. Namun pelajar-pelajar amat cepat menangkap apa yang aku kongsikan dengan mereka. Rata-ratanya berjaya menghasilkan peta minda dengan baik dan menepati konsep sebenar peta minda.

Kalau diberi peluang lagi mahu juga aku berkongsi tentang tranformasi minda dan kaedah mengingat fakta secara mudah , berkesan dan menyeronokkan. Tahniah kepada semua pelajar Sri Tapah dan SMK Slim. Anad memberi saya inspirasi untuk memperkemaskan lagi bahan dan cara penyampain.

Hari sabtu ini aku diminta membantu menaikkan semangat pemantun sekolah yang berjaya menajdi johan daerah dan sedang bersiap sedia untuk bertanding di peringkat negeri... Keep it up....Lets have a fun...

Kini Lemang boleh di bakar di dalam rumah



Semalam aku mendapat hasil pertama daripada website internet buisness yang aku kongsi bersama rakan yang merupakan seorang pakar dalam pembinaan website. Sebenarnya website ini telah lama dibangunkan untuk memasarkan produk Lemang Cooker.


Yang bestnya tu serius buyer ni sanggup datang dari Negeri Sembilan semata-mata untuk membeli produk tersebut. Macam tak percaya pulak rasanya surat jualan yang aku tulis berjaya meyakinkan dan menambat hati pelanggan. Dia terus membeli 3 unit LemangCooker sekaligus.


Produk ini sebenarnya direkacipta konsepnya oleh rakan aku dan pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan. Sememangnya lemang yang dihasilkan setanding mutunya dengan yang dibakar secara tradisional. Kini lemang boleh di bakar di dalam rumah.


Website ini belum sempurna sepenuhnya namun untuk mendapatkan maklumat asas dan untuk membuat tempahan anda boleh melayari website ini...http://www.lemangcooker.com/ Kalau nak jadi pengedar ada insentif menarik untuk anda...

Rabu, 4 Mei 2011

HIGH IMPACT SMART STUDY

Permintaan untuk Seminar High Impact di Ipoh pada 26.6.2011 sudah mula menampakkan tanda-tanda positif. Belum sempat dipromosikan sudah ada yang bertanya. Semua bahan promosi akan siap pada minggu hadapan.



Pada minggu hadapan juga akan bermulalah promosi secara agresif. Kepada yang berminat untuk menyertai seminar ini atau menjadi ejen boleh E-mail aku nasriabidin@yahoo.com. Jangan ketinggalan sebab tempat terhad daan limited.


Gelombang Smart Study di Malaysia semakin membesar dan bahangnya akan menghangatkan pelajar-pelajar sekitar bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya. Percayalah pada setiap peserta yang hadir akan pulang tersenyum puas. Penyampaian bersahaja dan penuh humour menjadikan semua peserta akan melekat dibangku sehingga akhir seminar.....

Ahad, 1 Mei 2011

Bihun Sufi



Aku nak promote sikit pada kome tentang bihun. Untuk pengetahuan kome tak banyak syarikat bumiputera yang mengeluarkan bihun. Kebanyakan yang buat bihun syarikat cha ya nun alif. Maka sudah pastilah keraguan pada bahan dan cara pembuatannya membuat hati sentiasa mejadi was-was.

Kata kawan aku "Ri engko jangan was-was makan je... nanti kalau was-was banyak benda tak buleh makan". Itu pandangan dia. Aku tetap berwaspada tentang apa yang aku makan. Contohnya macam bihun jenama (aku tak boleh tulis kat sini... siapa yang nak senarai hantar ke email aku nasriabidin@ yahoo.com.)

Yang lebih menjijikkan lagi kilang bihun ini betul-betul terletak sebelah kandang babi... Hanya pagar memisahkan mereka. Ramai juga pemborong melayu yang membelinya. Eiiii yekh.... Oleh itu apabila anda nak makan bihun belilah bihun yang dibuat oleh orang Islam.

Umpamanya Bihun sufi yang seratus-peratus buatan bumiputra Islam. Halalan Toyyiba dan tanpa bahan pengawet. Taukehnya adalah Encik Shawal Akbar Mohamed anak murid Dr. Azizan Osman. Buat masa ini permintaan Bihun sufi amat menggalakkan. Rasanya juga sedap dan standing malah lebih baik berbanding bihun buatan cha ya nun alif.

Tak perlu direndam air panas. Hanya rendam di dalam air sejuk beberapa minit bihun boleh terus di masak. Bertukarlah ke Bihun Sufi.... Kini tiada was-was lagi....

Lampu Kabaid



Hari ni hari cuti yang cukup mendamaikan bagi aku.... pagi-pagi aku dah ngikut orang rumah ke pekan ahad di Sungkai. Setibanya di pekan Ahad macam biasa bawak anak-anak makan nasi lemak Sahriff Lobo sementara orang rumah meli ikan dan sayor untuk bekalan seminggu. Aku macam biasa makan capati lembut Kak Ju... huh nalerke...


Orang hari ni memang rame bebenor. Sampe tak de tempat duduk di kedai Shariff Lobo. Namun aku tak buleh jugek lama di Pekan Ahad ni sebab jiran aku ada mengadakan kenuri kawin. Balik dari Pekan Ahad terus je ke Rumah Jiran kenuri. Orang dah rame.. kompang pun dah berbunyi. Aku terus je ke agenda makan nasi minyak... Sedap jugek nasi minyak ni makan dengan ulam-ulaman sambil nengor Pak Cik Piton mengenang zaman awalnya duduk di Felda.


"Ri kamu ingat tak lagi zaman paip ayor kongsi empat lima orang?" "Apa pulak tak ingat jawab aku.". Sambil fikiran melayang ke zaman itu. Jarak rumah aku dengan paip ayor kira-kira 100 meter. Maknanya untukmendapatkan ayor ayah aku terpaksa sambung getah panjang. Apabila nak guna ayor terpaksa menapak jauh ke paip air kemudian sumbatkan hujung getah ke kepala paip.


Maka ayor pun di takung le dalam besen atau lain-lain bekas. Yang tak syoknya tu kadang-kadang belum habis nakung ayor dah ada yang nyabut paip tersebut. Terpaksa le menapak balik ke paip ayor untuk nengok sapa yang mencabutnya.


Kadang-kadang tengah mandi ayor tak de...memang panas hati..sape pulak mencabutnya. Jalan raya pulak memang tak de masa tu. Semuanya jalan batu crasher run.... Elektirk pun belum ada lagi... ada yang guna pelita minyak gas ..ada yang guna pelita ayam....lampu kabaid...Namun rumah aku agak canggih sikit sebab guna lampu gasoline.


Apabila Nak masuk waktu senja ayah aku mula le ngepam lampu gasoline. Goyang lebih sikit lambu gasolin jadi rapuh dan pecah. Terpaksa le ganti baru lampunya. Lampunya macam benang-benang halus yang ditenun cantik. Apabila nak menutup lampu maka angin yang dipam tadi perlu dikeluarkan . Maka berbunyi le seeeeeeeeeee... lampu pun akan padam.


Setelah itu yang didengari hanyalah bunyi cengkerik dan unggas malam sebagai peneman sebelum mata terlelap. Indahnya kenangan itu... tak dapat nak dibayangkan. Pak Cik Piton berjaya mengembalikan nostalgia zaman silam aku yang penuh dengan pelbagai rasa, warna yang bercampur-campur antara suka dan duka.....Sempat juga sembang dengan Deris... Katanya dia stop dulu jamming menjamming ni nak tumpukan pada kerjaya... Keep it up Bro...

Sabtu, 30 April 2011

Hello Bro lu silap kubur la....

Pada satu pagi yang amat tenang dan mendamaikan tiba-tiba aku mendapat berita daripada sahabat baik aku yang bapanya telah meninggal dunia. Memandangkan pada pagi tersebut aku memang ada urusan di pekan berhampiran kampung sahabat baik aku yang bapanya meninggal dunia, maka aku memutuskan untuk menyelesaikan dahulu urusan aku di pekan tersebut.



Sambil menyelesaikan semua urusan di pekan tersebut fikiran aku sentiasa teringatkan sahabat aku yang kematian bapanya. Memang rasanya ingin cepat benar aku ke kampungnya untuk menziarahi jenazah bapanya. Kalau boleh biarlah aku tiba dirumahnya sebelum jenazahnya di bawa ke kubur. Namun disebabkan banyak urusan di pekan tersebut maka aku terlewat ke rumah sahabat tersebut.


Kalau sempat mengiringi jenazah ayahnya ke kubur pun pada aku dah kira ok dah. Selesai sahaja urusan aku terus memecut ke kawasan kampung sahabat aku. Memandangkan jalannya berbelok-belok maka aku tidak dapat memecut laju. Dalam hati berkata-kata sempat ke aku mengiringi jenazah ayah sahabat aku. Setiba aku di kawasan kubur kampung sahabat aku, aku lihat banyak kereta yang memasuki kawasan kubur tersebut. Aku pun terus sahaja mengikut kereta-kereta tersebut masuk kekawasan perkuburan.


Disebabkan aku lewat aku tidak sempat menoleh ke kiri dan kekanan. Matlamat aku hanya satu untuk duduk paling hampir dengan lubang kubur untuk melihat pengebumian arwah ayah sahabat member aku. Sempat juga aku melihat jenazah dimasukkan dalam liang lahat. Serta-merta perasaan sedih menyelubungi aku. Hampir menitis air mata dan berasa sangat sayu apabila melihat tanah kubur di kambus sedikit demi sedikit. Tambahan pada masa itu ingtan aku melayang mengingatkan tatkala arwah emak aku dikebumikan.


Selesai urusan pengebumian aku duduk mendengar talkin. Selepas itu baru aku sempat memerhati sekeliling, rasa pelik mula menyelubungi aku... jeng... jeng... jeng..Semua orang yang ada di kubur tersebut aku tak kenal. Batang hidung sahabat aku pun aku tak nampak. Abang-abang member aku yang selau aku bersembang dengan mereka tatkala aku datang ke rumah sahabat aku jugek tiada. Perasaan cuak mula menyelubungi.


Patut le masa aku duduk berhampiran lubang kubur ada yang melihat aku dengan penuh kehairanan. Namun aku teruskan juga mendengar talkin dibacakan. Habis sahaja talkin aku pun beredar sambil bercadang untuk menelefon sahabt baik aku. "Raja ada kat mana?" tanya aku kepada sahabat baik aku Raja melalui telefon bimbit. "Kat rumah jawab raja?". Aku jadi lebih konfius. Mula aku berfikir yang bukan-bukan.


"Raja aku kat kubur ni" "Kat kubur kata raja ?" dalam nada kehairan. "Ayah aku dah di kebumi awal tadi, semua dah balik" Kata Raja . Hah hati aku berdegup kencang.. ah sudah kubur sapa pulak yang aku pergi tadi ke.. aku dah masuk ke alam lain.


"Tak pe le raja aku akan terus ke rumah engko". Aku pun terus memecut ke rumah raja. Setiba di sana barulah aku mendapat tahu rupa-rupanya di kawasan kampung Raja ada dua kubur. Dan kebetulan pada hari tersebut ada 2 kematian yang dikebumikan di kubur yang berlainan. Aku dah tersilap.


Disebabkan terlampau gopoh dan nak cepat aku dah terziarah kubur orang lain. Nak ketawa macam tak berapa sedapa sebab aku kat rumah orang meninggal dunia. Namun akhirnya ketawa jugek aku dan raja mengenangkan kesilapan aku. Alahai kubur pun boleh silap.... he he he he. Nasib baik jenazah tu tak cakap "Hello Bro lu silap kubur la"

Belacan, Bah Roy dan Markonah



Lama aku tak berceloteh tentang anak-anak murid aku. Sebenarnya banyak cerita menarik yang aku simpan dalam memory CPU kepala hotak aku ni. Cuma kadang-kadang memang mood tak mari untuk menulis. Apabila mood tak mari, maka dalam tulisan aku tidak akan ada rasa. Dan apabila tidak ada rasa maka rasa dalam tulisan aku tidak akan dirasai oleh orang yang membaca.


Sebenarnya dalam ramai-ramai anak murid aku ada 3 orang anak murid yang aku rasa paling unik. Apabila mula ditukarkan ke sekolah sekarang aku menjumpai seorang anak murid yang diberi gelaran BELACAN. Keunikan belacan ialah walaupun dah masuk ke sekolah menengah Belacan masih bermain dengan kereta-kereta kecil.


Apabila Belacan rasa nak main kereta dia akan keluarkan kereta tersebut daripada begnya dan mula menggerakkan kereta-keretanya di atas mejanya. Yang aku tak tahan siap dengan sound effectnya. Ada macam-macam bunyi yang keluar. Apabila dirampas kereta tersebut Belacan akan merengek-rengek macam budak kecil.


Itu cerita tentang Belacan, Kemudian aku berhadapan pulak dengan pelajar yang bernama Bah Roy. Antara pengalaman awal dengan Bah Roy yang aku tak boleh lupa apabila Bah Roy melepaskan hajatnya di dalam kelas. Melantung satu kelas bau kumbahan Bah Roy. Hampir sebulan juga kelas tersebut berbau hasil kumbahan Bah roy.


Antara pengalaman aku dengan Bah Roy yang aku paling tidak boleh lupa apabila pada satu hari ada pelajar yangbertanya aku "Cikgu, cikgu dah jumpa ke Sean Kingston?". "Sean Kingston?". Dalam hati aku "Sapa pulak Sean Kingston?". "Cikgu tunggu sini sikit lagi Sean Kingston akan lalu" Selepas beberapa ketika tiba-tiba lalu lah Bah Roy dengan kakinya yang ringkat.


Pelajar tersebut bersuara "Cikgu inilah Sean Kingston, serupa tak cikgu?". Dalam hati aku "ada juga irap-irap Sean Kingston Bah Roy ni". Pelajar seterusnya yang tak kurang uniknya ialah Markonah (Bukan nama sebenar). Markonah merupakan pelajar yang paling lemah, namun mulutnya cukup petah bercakap.


Kegemarannya ialah berlawan cakap dengan sesiapa sahaja yang mengusiknya. Antara perkataan yang menjadi trademark kepada Markonah ialah "Hek eleh...engko apa hal?". Selepas salam perkenalan menggunakan ayat di atas maka mulutnya akan terus menghamburkan macam-macam perkataan yang tak sanggup aku tulis. Selalunya pelajar lemah agak pasif. Tetapi Markonah walaupun lemah tetapi dia sangat hiper aktif.


Kadang-kadang dengan selamba dia memangkah pelajar-pelajar yang lebih senior dariapadanya. Kadang-kadang aku terfikir kalau lah Markonah ni normal macam pelajar lain nescaya dia mampu menjadi pendebat sekolah. Sebab idea-idea spontanya mampu mematahkan hujah-hujah pelajar yang lebih senior. Apabila diusik tentang Pak wenya yang bernama BOBOY , Markonah akan tersenyum panjang. Wah jiwang karat jugek Markonah.


Itulah 3 orang pelajar aku yang aku rasa amat unik dan mempunyai karektor yang tersendiri yang amat mencuit hati. Pelbagai warna yang ada dalam karektor pelajar ini. Memang bestlah ketiga-tiga pelajar ini. "Hek Eleh Engko Apa Hal".........

Khamis, 28 April 2011

HIGH IMPACT SMART STUDY



Semalam Sifu aku telah menconfirmkan tarikh seminar yang bakal aku anjurkan bersamanya. Lama jugek menunggu tarikhnya. Akhirnya dapat juga aku tarikh 26.6. 2011. Insyallah mulai sekarang aku akan berusaha untuk mempromosinya. Dengan sedikit pengalaman yang ada satu ketika dahulu aku yakin seminar ini akan berjaya.


Cuma tumpuan yang lebih terhadap promosi. Aku jugek telah meminta sahabat baik aku yang memang terror dalam bidang grafik untuk merekacipta poster dan brochere yang akan jadi alat utama untuk aku mempromosikan program tersebut.


Kepada yang berminat untuk mempromosikan program ini ada token untuk anda. Hanya buka mulut .. ceritakan program ini kepada mereka yang berminat dan dia daftar melalui anda maka anda akan dibayar sejumlah wang saguhati...Amat mudah.


Di atas adalah brochere contoh.. kalau ada komen tinggalkan di ruangan ulasan.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...