Nuffnang

Pengikut

Selasa, 29 September 2009

Lemang di Syawal ke-lima





Sesekali berkumpul sedara-mara memang gamat suasananya. Yang pastinya dari pagi sampai ke malam dapur tak berenti-renti berasap. Maklum la ramai chefnya. Ada chef Kelantan, ada Chef Melaka, Ada chef KL dan ada juga chef Jawa. Niat inson matek aji semar ngeseng.

Apabila semua chef mula mengeluarkan kepakaran masing-masing maka terhasillah pelbagai resepi dan idea genius. Tahun lepas semasa kami sekeluarga berkumpul sempena perkahwinan sepupu aku menu utamanya Sate resepi chef Melaka dan ayam panggang madu resepi chef Padang Besor.

Ada aku masukkan dalam entry yang awal dulu. Kali ini raya kelima lemang menjadi main coursenya. Yang bestnya tu malam sebelum tu memang aku teringin sangat nak makan lemang. Esoknya tau-tau dah tersedia buluh, pulut dan santan. Tinggal tunggu nak bakor je. Mungkin inilah rasa tempias sedikit daripada nikmat dalam syurga kut. Baru sahaja berhajatkan sesuatu, esoknya sudah dimakbulkan.

Sementara nak nunggu lemang masak tu aku layan dulu kuah durian . Buatan istimewa opah aku yang di makan dengan pulut dan roti benggali. Pergh mangancam beb. Opah aku ni memang paham sangat dengan selera aku yang sukakan kuah durian walaupun derhoyan aku tak berapa suka. Pelikkan tapi benar.

Kebetulan sekarang ni musim derhoyan kat kampong aku. Banyak lah resepi-resepi yang dihasilkan berasaskan durian. Tempoyak masak, tempoyak mantah, gulai tempoyak, kuah derhoyan, biji derhoyan lebih kuah derhoyan pun ada yang bedal.

Nasib baik kulit derhoyan tu berduri dan keras. Kalau tidak dengan kulit-kulit derhoyan pun licin. Teringat seorang emak sedara aku dengan resepi rambutan kari. Experiment la konon , penyudahnya sapa pun tak lalu makan. Kadang-kadang setiap resepi itu ada juga keterbatasannya. Bukannya main balun je.

Lebih kurang 3 jam setengah menunggu maka masaklah lemang. Inilah final judgmentnya. Saat-saat jatuh hukum. Tak sabar rasanya. Bila di belah je buluh lemang semerbak bau dan asapnya sama naik. Apalagi masing-masing cekuh. Dah tak de potong-potong. Masuk je ke mulut perghhhhhhhhh lazatnya. Laziz, laziz . Mashaallah syeikh lupa pulak baca doa makan.Baca kemudian tak pa kut.

Kalau dah sejuk memang potong stim rasanya. Tengah berasap berkepul-kepul tu yang sedap makan. Nasib baik tak keluor asap ikut telinga dan lubang hidung. Kalau tidak jadi naga bore le aku. Ada juga kesan sampingannya makan lemang ni. Selepas makan lemang ni sampai hari ini dapat mengurangkan rasa keterujaan aku terhadap lemang.

Kadang-kadang terfikir jugak aku sapa la yang genius sangat mencipta lemang..... Simple tapi sedap. Sama-sama lah kita mengucapkan rasa terima kasih kepada pencipta lemang yang berkongsi dengan kita rasa dan nikmat makan lemang sejak zaman-berzaman.



Isnin, 28 September 2009

Sungai Batang Padang


Selepas berhari raya di Kg. Jelai Batu Kurau, sebagaimana biasa aku akan berhari raya pulak di Kg, Jambai Tapah. Dari Kg. balik ke Kg. Maklum le orang Kampong. Suasana masih meriah di sini walaupun dah raya kelima.

Bapak saudara aku masih ramai yang bercuti di sini. Jadi sepupu-sepupu aku yang masih kecil sudah tentu lebih ramai bilanganya memeriahkan lagi suasana. Memandangkan Sungai Batang Padang hanya terletak di tepi rumah opah aku, maka aktiviti mandi sungai menjadi aktiviti rutin anak-anak dan sepupu-sepupu kecil aku.

Kadang-kadang risau juga aku disebabkan airnya yang deras. Sungai ni memang menjadi tumpuan kepada orang yang berkunjung ke rumah Opah aku. Rasanya kalau anak-anak kecil memang tak sah kalau tak mandi di sini. Airnya sejuk dan suasananya amat nyaman. Pendek kata kalau ada disini lapang fikiran. Mendengar deruan air sungai sudah cukup mendamaikan jiwa yang sedang berantakan.

Dulu-dulu semasa kecik-kecik aku memang suka mandi sungai ni. Kadang-kadang beranyut (guna pelampong) dari titi gantung yang terletak di Hulu Kampong. Mandi ramai-ramai memang happening. Tak sedor apa dah. Happy je. Naik dari sungai dalam keadaan sejuk dan terketar-ketar menyebabkan perut lapar. Masa tu makan la apa pun sedap. Kopi sejuk ke, nasi goreng sejuk ke, cekodok sejuk ke semua habis di bedal.

Sungai ni juga kaya dengan pelbagai spesis ikan. Selalunya setiap petang kalau dia ada di kampong ni bapa saudara aku akan menahan pukat. Pagi esok baru pukat tu diangkat. Kalau ada rezki banyaklah ikan yang sangkut. Kadang-kadang berkilo-kilo ikan yang dapat. Kadang-kadang kurang. Sebarau, tengas, lampam,baung, bujuk dan macam-macam lagi yang tersanngkut di pukat.

Yang bestnya tu selepas ikan itu di angkat, ia akan di siang dan terus di masak. Rasanya memang sedap sebab ikannya fresh. Selalunya sarapan pagi kami satu keluarga ialah ikan-ikan fresh yang di goreng, masak tempoyak atau masak gulai lemak.

Memang sedari kecil-kecil sarapan di rumah opah aku merupakan sarapan yang berat. Selalunya nasi putih atau nasi goreng. Mungkin sebab arwah datuk aku dulu kerjanya memerlukan tenaga yang banyak.

Sekarang ni tradisi itu masih diteruskan....., walaupun kerja anak menantu dan cucunya tidaklah memerlukan tenaga yang banyak. Inilah yang uniknya Kampong Jambai yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna serta Sungai Batang Padangnya yang Gah mengalir sedari dulu lagi......

Pekan Selasa, Batu Kurau

Pekan Selasa kat Batu Kurau ni memang best. Kalau aku balik ke rumah bapak mertua aku, memang tak sah kalau tak ke Pekan Selasa. Tambahan pulak Pekan Selasa kali ni jatuh pada raya ketiga. Maka agak crowded juga la. Dah tentu anak-anak perantau yang pulang ke kampong sempena hari raya tidak melepaskan peluang ke Pekan Selasa.

Dari malam aku dah pasang niat nak ke Pekan Selasa ni. Aku paling suka ke segmen sayur-sayur kampong. Memang best. Tapi kali ni sayur-sayur kampong tak berapa banyak seperti sebelum-sebelum ni. Mungkin ada peniaga yang masih bercuti maklum lah musim-musinm raya ni ramai anak-anak dan cucu-cucu yang pulang ke rumah.
Selain segmen sayur kampung, aku juga kerap singgah ke gerai sate ni. Kadang-kadang tu bukannya nak makan sangat. Seronok rileks dan lepak-lepak kat gerai tu yang terletak berhampiran tempat sayur kampong. Suasananya tu yang bestnya. Macam orang lepak kat Starbuck, kadang-kadang makanan atau minuman tak berapa penting. Yang penting suasananya tu.
Kalau yang tak pernah berkunjung ke sini, tentu berasa seronok. Macam aku mula-mula ke Pekan Selasa ni. Semua tempat rasa nak pergi, tak tentu hala rasanya tak tau mana tempat yang dituju. Rasanya semua tempat aku nak kunjungi. Selepas banyak kali ke sini barulah kita dapat mengagak tempat ni dengan tepat dan aku akan pergi ke tempat yang aku suka nak pergi.
Sedang meronda kat Pekan Selasa ni, Tiba-tiba anak aku menjerit "Profesor Mamat. Profesor Mamat". Baru aku perasan ropanya profesor Mamat dalam Kapten Boleh. Ropanya dia pun orang Batu Kurau jugak. Apa lagi aku pun snap la gambar-gambar anak-anak aku ngan Profesor mamat.

Selain itu aku juga suka pergi tempat orang jual tembakau potong. Sedapnya bau tembakau. Apek yang selalu jual tembakau potong tu tak berniaga pulak kali ni. Tak dapat la aku snap gambarnya.

Namun kalau tak silap aku ada seorang peniaga melayu yang menjual tembakau potong. Cari punya cari jumpa jugak akhirnya. Terlepas la rindu nak menengok tembakau potong. Apalagi aku pun snap gambarnya.

Mulanya aku ingat nak kejap aje kat Pekan Slasa ni. Akhirnya hampir 3 jam juga aku dan keluarga di sini. Huh ! memang berantu betul pekan selasa ni. Sebenarnya banyak makanan dan minuman yang sedap-sedap. Tapi aku sabor je. Maklumlah sejak bulan puasa dan raya berat badan dah naik balik. Namun aku tetap kalah ngan lemang.......

Ahad, 27 September 2009

Layan je Zasssttttt



Kalau tak pergi sembahyang sunat Aidilfitri, rasa macam tak sempurna Hari Raya. Ada satu perasaan kesyahduan yang mendalam apabila mendengar takbir raya yang mendayu-dayu. Sedapnya takbir raya, makin didengar makin sayu rasa hati ini. Menusuk-nusuk ke kalbu.

Terimbaulah segala macam kenangan berhari-raya yang dulu-dulu. Memori indah suka dan duka terus berpusing dalam orbit fikiran. Satu persatu kenangan datang seoalah-olah tertayang di layar projektor yang terdapat dalam kotak fikiran.

Antaranya kenangan mengutip duit raya satu kampung, main meriam tanah, beli kasut baru, balik kampong naik vespa, peristiwa selepas penat berhari raya sempat mandi sungai dulu dan macam-macam lagi. Terutamanya dalam usia yang semakin matang ini, horizon khayalan semakin luas dan mencapah serta peibagai pulak subjek matternya.

Sesekali bayangan itu diusik bacaan khutbah oleh imam bertugas. Namun kenangan suka-duka terus datang silih berganti tanpa dapat dihenti seolah-olah promo laman web porno yang masuk tak henti-henti ke skrin komputer semasa melayari laman @#$%^& di internet (Dulu le zaman jahiliyyah).

Tengok ke kiri nampak budak-budak maka teringat pulak kenangan semasa budak-budak. Tengok ke kanan nampak budak-budak muda teringat pulak zaman remaja. Tengok orang tua teringat pulak kepada ayah, arwah emak, atuk, opah dan sedara-mara.

Ini yang best apabila berada di alam khayalan. Seolah-olah macam cerita Back to the Future. Kita boleh balik ke zaman 70-an, 80-an, 90-an ataupun 2000-an (Betul ke tu) dalam sekelip mata je. Kalau anak murid aku tau ni mesti anak murid aku marah ni. Aku selalu cakap kat diorang jangan badan je ada dalam kelas tapi fikiran entah ke mana-mana sewaktu belajar.

Ropa-ropanya cikgunyapun 2 x 5. Ha.... Ha..... Tapi aku rasa tahap khayalan aku pada skala ritcher tak sedahsyat zayyat dan sham mabuk. Kalau diaorang ni lagi dahsyat tahap khayalannya. Silap-silap khayalannya bukan lagi di bumi tapi dah menerobos sampai ke planet marikh, ISS atau pun black holes. Terutamanya Sham mabok.... jangan mare ha.

Tapi tak sedahsyat rakan sekerja aku, tengah-tehgah menyembang boleh tidur. Penat kita bercakap rupa-rupanya dia tidor siap berdengkur lagi. Cilako boto la.... Banyak kali den kono.



Sabtu, 26 September 2009

RAYA DI SINI ATAU DI SANA


"Seronok ke raya di sana ?". Tanya seseorang kepada aku. Kadang-kadang aku tak faham mengapa soalan tu di tanya. Yang pastinya soalan itu mengandungi seribu makna atau sengaja untuk mencungkil rasa hati aku beraya di sana.

Aku cuma menjawab dengan senyuman sahaja. Sengaja aku tak mahu jawab. Jawab seronok pun ada implikasinya, jawab tak seronok pun ada implikasinya. Lebih baik senyum dan diam. Mungkin ini sebabnya aku lebih banyak berdiam selama ini. Diam itu lebih selamat

Ini jawapannya dari hati aku yang penuh tulus dan ikhlas. Sebenarnya bagi aku raya di sini atau raya di sana masing-masing ada kelebihannya. Daripada segi orang yang berkunjung ke rumah sama ada di sini atau di sana rasanya lebih kurang sama ramai dan sama meriah.

Memang tak putus-putus orang yang datang. Dari segi mood raya beraya di sana lebih tangkap syahdu kerana pagi-pagi semua ahli keluarga dah bangun, makan bersama, bermaaf-maafan sebelum yang lelaki bersembahyang sunat aidilfitri di masjid berhampiran.

Cara ini akan lebih mengeratkan hubungan antara keluarga di samping memberi peluang kepada semua keluarga bermaaf-maafan. Menantu dan bapa mertua , anak saudara dan bapa saudara , sesama biras, anak dan ayah bermaaf-maafan sesama sendiri

Sebagai seorang ibu dan ayah cara ini akan menyebabkan mereka rasa dihormati dan rasa lebih dihargai. Biasanya suasana akan bertukar syahdu sehingga menitikan air mata. Bagi aku budaya ini perlu diamalkan oleh semua keluarga demi melahirkan baiti jannati.

Beraya disini suasana yang macam tu tak de, lebih kepada mohon maaf sendiri-sendiri. Amalan itu tidak diamalkan. Tapi yang bestnya apabila tiba giliran kami berkunjung ke rumah saudara-mara satu rumah konvoi naik kereta ramai-ramai.

Budaya ni pulak tak de apabila beraya di sana. Satu lagi yang best kalau sembahyang raya di surau di sini, setiap rumah akan bawa setalam juadah masing-masing ke surau. Habis je sembahyang sunat aidilfitri satu qariah kampong makan ramai-ramai sambil bertukar juadah.Aku punya lemang hang rasa. Hang punya lemang aku rasa.

Aku rasa kat tempat lain tak de budaya ni. Jadi kesimpulannya bagi aku raya di sana dan raya di sini ada yang best ada yang tak best. 50-50. Kita lah sebenarnya yang perlu mencari aksesori tambahan untuk mencetuskan semangat seronoknya menyambut hari raya.

Kalau dalam hati dah ditanamkan awal-awal rasa tak seronok menyambut hari raya, sambutlah hari raya di mana pun pasti rasa tak seronok. Antara aksesori yang menjadi penyemarak rasa hati menyambut hari raya.

1. Mercun dan bunga api mesti ada , kalau tak de tak berapa meriah

2. SMS selamat hari raya kepada kawan-kawan dan sedara-mara, selepas itu kita pulak dihujani dengan SMS. Setiap kali terima SMS hati rasa gumbira nak menyambut raya. Terutamanya apabila pelbagai jenis SMS yang bergambar, dan yang meggunakan pelbagai dialek seperti dialek jawa serta SMS berunsur jenaka. Terasa ita dihargai dan diingati.

3. Penuhi keperluan hari raya anak-anak, maka semarak raya akan semakin bersemarak dalam jiwa. Teringat aku seorang pakar Motivasi berkata memenuhi keperluan orang lain secara tak langsung memenuhi keperluan sendiri secara tidak sedar.

4. Selepas terawih malam-malam terakhir duduk bersembang ngan kawan-kawan kat kedai mamak sambil sembang-sembang tentang raya dan persiapan raya. Yang bestnya tu meja sebelah kiri sebelah kanan sebelah depan dan sebelah belakang kita penuh dengan mereka yang juga menyembang tentang raya.

5. Memandangkan hometown aku hampir dengan dengan hentian rehat tapah arah utara, maka sehari atau 2 hari sebelum raya aku akan bawak famili saja lepak-lepak kat hentian rehat tersebut selepas terawih. Masa tu hentian rehat cukup sesak. Terasa betul suasana balik kampongnya.

6. Seterusnya sama ada raya di sini atau di sana (lama dah aku tak amalkan petua ni) malam sebelum raya aku akan ke bandar berhampiran untuk menyaksikan kuih-muih yang tak laku di lelong secara besar-besaran. Bukannya nak beli kuih, cuma saja seronok orang lelong kuih.

7. Membeli keperluan raya yang masih tak cukup di malam terakhir raya.

8. Pasang lah lagu raya dalam kereta, di rumah, depan komputer atau di tempat kerja.

Itu antara perkara yang aku pernah amalkan. Kawan-kawan mungkin ada idea tambahan.

Di sini = Kg. Jambai, Tapah Perak
Di sana=Kg. Jelai, Batu Kurau Perak

Jumaat, 25 September 2009

Jom Balik Kampong


Dah 3 tahun aku aku tak beraya di Kampong orang rumah aku di Kg. Jelai. Maksud tidak beraya tu ialah aku dan keluarga tak de pada pagi raya pertama. Bukannya langsung tak balik. Tahun mula-mula aku tak balik memang turn beraya kat rumah aku. Tahun kedua tak balik aku kesiankan ayah aku yang beraya sorang-sorang.

Tahun lepas kerana meraikan bapa saudara aku yang datang dari Trengganu dan beraya di sini. Maka tahun ni macam mana pun aku menanam azam akan beraya di Kampong orang rumah aku. Namun hasrat untuk beraya di sana pada tahun ini sebenarnya hampir berkecai.

Kami sekeluarga bertolak ke kampong orang rumah kira-kira 4.30 petang pada petang sabtu. Setibanya kami di gua tempurung tiba-tiba handset orang rumah aku berbunyi menerima MMS. Dalam gambar tu aku tengok rumah bapak mertua aku dinaiki air banjir.

Ah... hati aku dah tak sedap, Mungkin tahun ni tak dapat lagi aku dan keluarga beraya di sana. Aku kesiankan orang rumah dan anak-anak yang sedari awal amat gembira apabila nak beraya di Kg Tok Wan mereka. Kemudian SMS yang didapati seterusnya menyatakan air terus naik dan ada yang menasihatkan jangan balik dulu atau balik esok sahaja.

Memandangkan ada lagi barang keperluan yang tidak dibeli maka aku mengambil keputusan untuk singgah di Ipoh untuk berbuka puasa dan membeli barang keperluan. Sambil-sambil itu dalam hati masih berharap air akan surut dan keluarga aku dapat beraya di sana.

Kalau tidak jawapnya aku terpaksa beraya di Kg. Jambai, Tapah, memandangkan ayah aku beraya di sini. Sedang ralit membeli-belah masuk satu lagi SMS yang menyatakan air dah surut. Anak-anak aku dan isteri semuanya gembira.

Apa lagi tanpa berlengah aku cakap Jom BALIK KAMPONG. Tercapai juga hajat anak-anak dan isteri untuk beraya di kampong halamannya. Aku juga rasa seronok kerana dapat memenuhi impian dan kehendak mereka.


Wan penuh (Esah binti Uda Kassim)

OPAH MEK

Tahun ni aku dapat memenuhi impian untuk pergi berziarah ke semua rumah saudara mara yang aku aku termiss tahun lepas. Kerinduan aku terhadap mereka terubat terutamanya terhadap opah saudara (kakak arwah opah aku) aku yang aku panggil opah mek dah berumur hampir 100 tahun.

Walaupun matanya kabur-kabur, namun percakapannya masih jelas dan ingatannya masih kuat. Mungkin berkat amalan membaca al-quran dan puasa sunat yang diamalkan sejak sekian lama. Benarlah janji tuhan manusia yang istiqomah membasahkan lidahnya dengan ayat-ayat tuhan insyallah akan terhindar daripada penyakit nyanyuk.

Apabila melihat wajah opah saudara aku ni maka teringatlah aku kepada arwah opah aku yang cukup aku sayangi dan kagumi. Memandangkan arwah opah aku tinggal dengan keluarga aku semenjak aku kecil maka hubungan aku dengannya amat akrab.

Dialah yang banyak mengasuh aku semasa ketiadaan emak dan ayah aku yang berniaga pada ketika itu. Darinyalah aku membesar dengan pelbagai cerita suka dan duka. Kepadanya lah tempat aku mengadu pelbagai masalah kecil dan besar.

Tak jemu-jemu dia mendengar rungutan dan keluhan jiwa ini. Sehingga pada satu tahap kadang-kadang terjadi persaingan antara ayah/arwah emak dan arwah opah dalam mencurahkan kasih sayang mereka.

Kalau dia masih hidup, betapa meriahnya hari raya ini. Kehebatan rasa masakannya memang terkenal di kalangan jiran-jiran aku. Sebut sahaja apa yang aku nak makan pasti akan disediakannya. Arwah opah akulah antara insan yang banyak mengajar aku mengaji sehingga boleh membaca Al-quran dengan lancar.

Memandangkan arwah Opah aku antara yang celik Al-quran di tempat aku maka ramailah anak-anak jiran tetangga yang belajar ngan arwah opah aku. Sesekali aku diberi amanah oleh arwah opah aku untuk mengajar mengaji.

Mungkin inilah antara faktor yang menyebabkan arwah opah aku ni disayangi semua orang. Hari raya selalunya arwah opah aku antara yang paling mewah. Ada sahaja orang yang bersedekah kepadanya. Namun hari ini hanya batu nisan putih yang selalu aku ziarahi setiap kali hari raya ataupun setiap kali aku menghadiri pengebumian jenazah jiran-jiran yang meninggal.

Agak sayu apabila melihat di sebelah kubur arwah opah aku terdapat kubur arwah emak aku. Mungkinkah aku juga di sini suatu hari nanti di sisi arwah opah dan arwah emak aku.........

*Wan penuh gelaran opah aku nama sebenarnya Esah bt Uda Kassim.

Jumaat, 18 September 2009

Selamat hari Raya Eidul Fitri


Kepada pembaca Blog dan kawan-kawan saya mengucapkan Selamat Hari dan Maaf Zahir Batin daripada saya Anjang sekeluarga.


Khamis, 17 September 2009

Bestnya Raya.........Kg. Jambai atau Kg. Jelai?


Pada ketika ini semua orang sedang sibuk membuat persiapan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Pejam celik pejam celik terasa cepat betul masa berlalu. Rasanya baru lagi terasa kehangatan menyambut 1 Ramadhan tau tau dah terasa kehangatan nak menyambut 1 Syawal.

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan pelbagai ganjaran dan keberkatan dan bagi pencinta Ramadhan sudah pasti iaitu amat terasa kehilangannya satu-satu nya bulan yang istimewa berbanding lain-lain bulan. Rutin mengerjakan terawih, berbuka dan bersahur akan berakhir dan meninggalkan kita.

Begitu juga kehangatan dan kemeriahan Bazzar Ramadhan akan terhenti apabila tibanya syawal. Mungkin tahun depanbaru dapat kita bertemu kembali dengannya. Takbir syawal yang mendayu-dayu akan menyambut kedatangan Eidul Fitri.

Anak-anak cilik sudah pastilah antara mereka yang gembira menyambut kedatangan Syawal. Baju baru, kasut baru, duit raya dan ada juga yang berasa seronok kerana tidak perlu berpuasa lagi. Bandar-bandar besar akan sunyi seketika. Lebuhraya sesak dengan pelbagai jenis kenderaan.

Dalam suasana berlumba-lumba untuk pulang ke kampong halaman sudah pasti kemalangan tidak dapat dielakkan. Berita-berita tentangnya akan menghiasi dada-dada akhbar. Kerinduan terhadap kampong halaman tidak dapat di bendung terutamanya pada musim perayaan.

Lambaian desa seolah-seolah menggamit dan menyentuh hati kita untuk kembali ke desa yang dicintai. Di sana terdapatnya 2 hati dan 2 perasaan manusia agung yang sangat dicintai. Hati tua seorang ibu dan hati tua seorang ayah sentiasa mengharapkan kepulangan anak, menantu dan cucu cucunya. Mereka sentiasa menunggu-nunggu dan menghitung hari bila saatnya anak-anak, menantu serta cucu tiba di teratak mereka.

Kepulangan anak menantu dan cucu merupakan pengubat lara, rindu dan dendam yang amat mendalam. Keriuhan anak menantu dan cucu-cucu merupakan hiburan yang tiada nilai harganya. Bagi anak-anak kesempatan berkumpul-kumpul beramai-ramai bersama adik-beradik adalah detik yang terindah dalam hidup.

Kalau dahulu semasa kecil kita sering berselisih faham kerana benda yang kecil. Kerana berebut mainan kita bergaduh,berebut bantal, pantang tercuit maka bergumpallah abang dan adik. Tak cukup perang mulut kadang-kadang kita bergaduh secara fizikal. Dan kadang-kadang ada anak yang terasa dia tidak mendapat layanan yang sama daripada ayah dan emak sebagaimana adik-beradik yang lain.

Kesempatan berkumpul beramai-ramai inilah merupakan peluang untuk mengimbau kenangan lalu dan semua yang pahit semasa zaman kanak-kanank menjadi manis. Kadang-kala berhamburan derai tawa adik beradik apabila mengenangkan detik-detik zaman kanak-kanak.

Semasa ini jugalah anak-anak nak bermesra bersama supupu-sepapat, bapa saudara, wan, tok wan, datuk, nenek dan opah. Dapur pula tidak berhenti-henti memasak pelbagai juadah yang dikongsi makan bersama. Pendek kata semuanya dalam kedaan mesra dan harmoni.

Semoga budaya ini terus kekal dalam masyarakat kita. Inilah nilai yang perlu dipertahankan. Bagi aku yang tak berapa ramai adaik beradik suasana ini agak kurang terasa. Cuma apabila aku sekeluarga pulang berhari raya ke rumah opah aku di Tapah atau ke rumah mertua aku di Batu Kurau barulah aku dapat menumpang rasa dan suasana ini.




Selasa, 15 September 2009

Satu hari di hari raya


Menjelang hari-hari terakhir Ramadhan ni emak aku lah yang paling sibuk. Menyiapkan rumah, buat kuih raya dan membasuh langsir, kusyen dan sebagainya. Bab mengemas romah ni aku agak kurang sikit. Kalau buat kueh raya memang aku rajin menolongnya.

Sebut la apa jenih kuih raya yang aku tak pernah buat. Yang tak bestnya tu selalunya emak aku akan mula buat kuih pada waktu pagi. Jawabnya apabila kuih tu dah siap maka ambik bau je le. Nak makan tak buleh puasa. Hati punya teringin rasa nak makan. Maklumlah aromanya yang mengancam.

2 hari sebelum raya lagi le sibuk. Ayah aku biasanya akan balik ke kampungnya di Tapah untuk mencari buluh lemang. Emak aku akan mula merendam pulut. sehari sebelum raya ayah aku pagi-pagi dah keluor untuk membeli daging lembu sembelih (Fresh) dan sedikit lampung (untuk berbuka terakhir sebelum hari raya) serta ayam untuk dibuat rendang .

Pada waktu pagi tu memang sibuk. Emak aku selalunya dah mula memerah santan untuk masak lemang dan rendang. Sementara ayah aku mula memasukan daun pisang ke dalam buluh. Apabila pulut dan santan telah dicampurkan maka aku mula mengambil tempat untuk mengisi pulut di dalam buluh. Ayah aku selalu pesan semasa mengisi buluh dengan pulut jangan dihentak takut muntah buluh tu.

Setelah siap mengisi pulut ke dalam buluh lemang maka bermulalah kerja-kerja membakar lemang. Ini memang kerja aku menunggu sehinggalah lemang masak. Sementara tu sempat juga aku menghiris serai, daun kunyit, bawang untuk digunakan membuat rendang tok dan rendang ayam.

Sesekali sempat juga aku mengacau rendang yang di masak di atas dapur. Rendang Tok cukup lama nak masaknya. Kadang-kadang lemang dah masak rendang tok tak masak lagi. Bergilir-gilir lah au ngan emak aku mengacau rendang ni untuk mengelakkan hangus. Tiba-tiba.....

Kini aku dah tak dapat merasa suasana tu lagi. Emak aku telah dijemput oleh Allah buat selama-lamanya. Hilanglah kemeriahan sambutan hari raya. Aku masih ingat semasa tahun pertama aku dan ayah menyambut hari raya tanpa arwah emak. Alahai sunyi rasa. Nampak sangat kesedihan pada wajah ayah aku.

Pada pagi raya pagi-pagi lagi ayah aku ke pusara arwah emak aku bersama ngan anak sulung aku. Kata anak aku ayah aku menangis teresak-esak ketika membacakan surah yassin. Tak sedar air mata aku juga berlinangan jatuh membayangkan bertapa sedihnya ayah aku kehilangan seorang kawan yang paling akrab dalam hidupnya.

Rasanya itulah hari raya yang paling muram dan suram dalam hidup aku. Mana mungkin dapat aku menghilangkan rasa rindunya aku kepada suasana-suasana kemeriahan sebelum hari raya. Dah bertahun tradisi itu terus-menerus aku lalui bersama ayah dan emak.

Tiba-tiba hilang sekelip mata. Hancur luluh umpama kaca yang dihempas ke batu. Diri ini rasa debu-debu halus yang tiada arah tujuan apabila di tiup angin. Aku dan ayah rasa kehilangan punca dan terasa kehilangan yang amat sangat terhadap seorang insan yang sama-sama kami kasihi.

Cukuplah dulu setakat ni, sebenarnya banyak lagi yang aku nak luahkan, tapi aku sendiri dah tak tahan rasanya terlampau sebak hati dan perasaan ini.........


Kaboooooommmmmm


Berat juga rasanya tahun ni berhari raya tanpa bonus. Segala-galanya terpaksa di budject. Hanya yang betul-betul perlu sahaja di beli. Aku tak kisah sangat, cuma yang kesiannya anak-anak. Namun keperluan anak-anak awal-awal lagi aku dah beli.

Untuk aku last minute itu pun kalau ada budject yang lebih . Kalau tidak pakai yang lama je. Yang penting anak-anak geembira dan happy. Mercun dan bunga api bagi aku satu kemestian yang mesti ada. Kalau tidak suram lah hari raya.

Aku cukup rasa bersalah dan kesian kalau tak beli mercun dan bunga api. Malam hari raya anak-anak saudara aku yang lain main mercun dan bunga api anak aku melangut tengok. Kesian pulak rasanya.

Walaupun harganya agak mahal sedikit namun aku usahakan juga untuk mencarinya. Dapat lah sikit namun cukup untuk anak-anak aku bermain untuk malam raya pertama .Kadang-kadang orang rumah marah jugak beli mercun dan bunga api.

Tetapi kadang-kadang aku selalu membayangkan zaman aku kecik-kecik berhari raya tanpa bunga api dan mercun tak meriahnya. Itu sebab awal-awal aku dah aku sebelahkan budject untuk beli mercun dan bunga api.

Hari ni anak-anak aku tersenyum lebar dapat mercun dan bunga api. Cuma satu sahaja syarat yang aku tetapkan hanya main pada malam raya pertama. Kadang-kadang aku yang tua ni pun excited rasa nak main mercun, Budak-budak apa lagi dah tentu lebih rasa keexcitedannya.

Apabila dengar romah sebelah melancarkan mercun roket, tak tahan rasa jiwa, mesti nak balas balik. Lebih kuat lebih puas rasanya. Biar bergegar semuanya. Memang happening betul main mercun ni.

Kalau masa kecik-kecik aku ngan sahabat baik akan buat meriam tanah. Caranya tanah di korek dalam. Kemudian di bahagian atas dilapikkan kayu tebal. Kayu tebal tu di tebuk sedikit untuk tempat mencucuh api. Tong susu dikerat setengah dan diikat pada kayu panjang.

Masukkan sedikit kabaid dan sedikit air ke dalam tong susu tadi, kemudian masukkan ke dalam lubang yang telah di korek tadi, lubang tu di sumbat ngan kain burut. Hujung kayu yang panjung di celup minyak tanah dan dinyalakan api kemudian dicucuh ke bahagian kayu yang ditebuk tadi. Apabila api bertindakbalas ngan kabaid maka ia akan menghasilkan bunyi kabooooooom yang kuat.

Puhhhhhh, bergegar satu kampung. Sebiji bunyi bom israel yang jatuh kat gaza tu. Selepas tu bersahut-sahutan bunyi bom tanah atau meriam buluh yang berbunyi di rumah jiran-jiran yang lain seolah-olah sedang berperang. Kejap-kejap belah sini kabooommm. Tak lama lepas tu belah sana pulak kaboom. Memang best dan Daboooom.

Rasanya zaman tu ramai yang mahir buat bom tanah dan meriam buluh.Wow memang happening betui zaman tu. Puas benor rasanya...........

Isnin, 14 September 2009

Aku dan Gayong



Semasa aku di sekolah menengah, aku pernah belajar silat gayong. Belajar silat masa tu memang menjadi kebanggaan. Memang dah lama aku teringin untuk belajar silat. Hampir 2 tahun aku mengabdikan diri belajar silat gayong. Orang lain petang-petang main bola, aku sibuk belajar Silat Gayong.

Pelbagai buah, kunci dan pukulan yang terpaksa diingat. Sempat juga aku mandi minyak dan berjalan di atas bara api. Sehingga kini beberapa kunci gayung masih tersemat di dalam ingatan. Pendek kata kalau sesak bolehlah digunakan. Selain gayung aku juga pernah menuntut silat hak, yang menjadi fenomena di sekolah aku pada satu ketika dulu.

Pelbagai kehebatan tentang silat hak ini digembar-gemburkan seperti boleh melompat tinggi, boleh hilang dan sebagainya. Cerita-cerita sebegini menarik minat ramai rakan-rakan aku untuk turut serta mempelajari silat hak ini.

Tempat bagi mendapat tauliah silat hak ini ialah di Sungkai daripada seorang yang bernama Ustaz Mokhtar. Sehingga sekarang guru silat tu masih hidup lagi. Selalu juga aku jumpa kat pekan sungkai. Selalunya kalau kawan-kawan nak menuntut ilmu hak di Sungkai , maka romah aku le jadi port deme.

Selepas itu aku belajar pulak seni silat sabil yang dipelopori oleh Mahaguru Noruzzaman berasal dari kampong Lubok Merbau, Kuala Kangsar. Bagi aku seni bertempur yang diajarnya memang praktikal dan boleh digunakan dalam apa sahaja situasi. Mahaguru Noruzzaman sememangnya dihormati oleh kawan dan lawan antaranya mahaguru Supandi Parto pengasas silat (aku dah lupa namanya)

Kalau tak silap aku Sultan Perak Sultan Idris pernah bagi dia anugerah. Kemudian aku menuntut pulak silat pancaindera daripada seseorang yang bernama Roslan di assam kumbang, taiping. Silat ini lebih kurang macam silat Hak juga.

Minat aku dengan seni mempertahankan diri tidak berhenti di sekolah. Semasa di Universiti aku berjinak-jinak pulak ngan silat cekak. Namun tak lama sebab bagi kau silat ni tak mencabar daripada segi fizikal.

Aku beralih ke seni mempertahankan diri Tang Hup Moh Do Kwan (Macam Takwando). Lama juga aku menuntut bertahan menuntut silat ini. Aku memang sukakan aksi fizikalnya yang lasak dan tendangan yang padu.

Namun dalam banyak silat dan seni mempertahankan diri aku sebenarnya lebih suka dan jatuh cinta kepada Silat Seni Gayong. Aku pun tak tau mengapa mungkin sebab keaslian seni tersebut dan keindahan buah, bunga, kunci dan pukulannya.

Aku cukup berterima kasih kepada Cikgu Amin Hamzah yang mengajar aku Silat Gayong. Hari ini Cikgu Amin Hamzah menjadi orang yang berpengaruh dalam silat gayong di perak. Walaupun usianya hampir mencecah 64 tahun tapi kudrata dan semangatnya masih kuat dalam mempejuangkan seni silat gayong yang merupakan seni warisan pusaka orang melayubermula daripada Zaman Hng Tuah. Takkan Melayu Hilang di Dunia........










Ahad, 13 September 2009

Selangkah ke Alam Batin (Silat Lincah)


Video Selangkah Ke Alam Batin pernah menjadi kontroversi di Malaysia. Aku masih ingat lagi kedai-kedai yang menyewa video banyak memaparkan iklan selangkah ke alam batin ni. Tiba-tiba video ni di haramkan oleh kerajaan Malaysia.

Setelah pengharaman tu aku mula mencari rakaman video tersebut tapi tak jumpa. Sebab aku nak menyaksikan kandungan video tersebut yang dikatakan mengerikan. Rasanya peristiwa ni berlaku sekitar 80-an.

Baru-baru ni aku jumpa juga akhirnya dalam youtube, memang agak mengerikan jugak. Namun ini hanya sebahagian sahaja aksi-aksinya. Menurut kawan aku yang pernah menyaksikan video tersebut masih banyak lagi aksi mengerikan yang tidak di paparkan.

Saksikan Mahaguru Omar Din punya hayunan parang memang full power. Kalau dalam keadaan biasa tentu putus dua badan. Tumbukannya pun memang padu, dalam kedaan biasa mahu patah tulang dada.

Apa pun aku berharap agar video ni dikeluarkan semula untuk memberi peringatan kepada kita bahawa sebenarnya orang melayu ni mempunyai ilmu pertahanan diri yang hebat dan mampu membentuk jatidiri serta semangat perpaduan dan rasa yang tinggi untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Saksikan rakaman tersebut.






Cakera Alam

Dulu-dulu memang aku suka baca suratkhabar tabloid atau surat khabar nyamuk seperti mingguan perdana dan sebagainya. Ada terdapat macam-macam iklan yang bisa mempengaruhi kita.Sejauh mana kebenaran sesuatu Iklan tersebut aku pun tak tau . Salah satu nya Cakera Alam.

Aku ingat lagi mula-mula cakera alam ni di iklankan aktivitinya lebih tertumpu kepada seni mempertahankan diri. Iklannya menawarkan kelas pembelajan ilmu mempertahankan diri dan bagaimana meningkatkan tenaga dalaman. Kemudian secara beransur-ansur aktivitinya lebih tertumpu kepada perubatan Tradisional yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Kehebatan pengasasnya tersebar daripada mulut ke mulut dan lebih mendapat perhatian orang-ramai apabila rangkaian TV tempatan dan antarabangsa yang mula memaparkan kehebatannya secara visual.

Antara kehebatannya ialah menunggang motosikal dengan menutup mata, menjilat besi panas dan kemampuan tubuhnya mengeluarkan arus elektrik serta macam-macam lagi. Ramai juga selebriti seperti Raihan yang menuntut ilmu mempertahankan diri tersebut.

Kalau tak silap aku tahun sudah dalam forum carigold terpapar satu artikel dan video youtube sebuah televisyen korea yang membongkar tentang aktiviti Cakera Alam yang dikatakan menggunakan trick silap mata. Namun anda nilaikan sendiri berdasarkan video yang dipaparkan di bawah.




Sai Baba


Masa kecik-kecik dulu aku selalu melihat orang ni dalam majalah dan terdapat juga kedai gunting India yang menggantungkan gambarnya. Rambut afro dan pakaiaan Oren nya seolah-olah menjadi trademark kepada individu tersebut.

Aku memang tak tau sapa namanya cuma imejnya sahaja yang terlekat dengan kuat dalam memori ingatan ni. Apa yang aku perhatikan berdasarkan gambar dalam majalah sudah pasti lah individu seorang yang hebat kerana setiap perhimpunan yang diadakan dihadiri puluhan ribu orang.

Ramai juga terdapat orang asing terutamanya Mat Saleh yang menghadiri perhimpinan tersebut. Namun persoalan itu tidak terjawab tentang siapa orang ini. Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang sahabat aku, yang menghuraikan siapa individu tersebut.

Barulah aku tahu bahawa namanya Sai Baba. Sai Baba ni membawa fahaman semua agama adalah sama tidak kira agama yahudi, Islam, kristian dan Hindu. Dikatakan dia mempunyai kebolehan tertentu yang dianugerahkan tuhan kepadanya. Antara kebolehannya ialah dia boleh mengeluarkan Holy Dust daripada tangannya serta kadang-kadang boleh mengeluarakan pelbagai objek emas daripada tanganya seperti rantai.

Menurut kawan aku lagi kadang-kadang keluar ketul emas besar yang disebut (aku dah lupa namanya) daripada mulutnya. Entah lah sukar juga aku nak percaya dan sukar juga aku nak menidakkan kerana tiada bukti. Katanya lagi di KL pun ada satu rumah ibadat untuk Sai Baba. Dan kita boleh memohon apa sahaja hajat. Yang best tu katanya orang melayu pun ramai yang memohon hajat disitu.

Tambahnya ada orang yang sanggup pergi ke perhimpunan Sai Baba dan dapat berjumpa Sai Baba. Siapa yang dapat berjumpa Sai Baba dianggap bertuah dan segala hajatnya akan tercapai. Menurutnya semua kelebihan itu membuktikan kehebatan dan kebenaran tentang Sai Baba.

Namun baru-baru ini persoalan tentang keistimewaan Sai Baba dirungkai oleh video-video daripada Youtube. Berikut adalah video-video yang sempat aku ambik daripada Youtube. Anda nilailah sendiri sejauh mana kebenarannya.






Jumaat, 11 September 2009

Di Mana Kita



Artikel tulisan saudara Razali Awang

16 September depan berakhirnya, sambutan Bulan Kemerdekaan dan 20 September, umat Islam akan menyambut Eid Mubarak. Tidak seperti kelaziman, tahun ini Hari Kebangsaan disambut dengan cukup sedarhana. Tanpa perarakan besar-besaran, yang penting tiada "count down" yang gila-gila sebagaimana sebelumnya.

Inilah hikmah sambutan 31 Ogos di bulan Ramadan. Aku benci dengan sambutan yang bukan bertunjangkan nilai setempat. Konsert sana sini. Sejak sekian lama, budaya kuning dipinjam untuk semata-mata untuk meraikan detik yang bersejarah. Tanpa disedari mereka mencemari natijah perjuangan membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan.

Seandainya tokoh pejuang terdahulu melihat keghairahan tiada batasan golongan tertentu menyambut Hari Kemerdekaan, mesti hancur lulur hati mereka. Jika generasi sebelum ini menggunakan agama untuk menyemarakkan perjuangan, tetapi golongan terkemudian menggunakan arak, ganja dan maksiat untuk meraikan apa yang mereka perjuangkan.

Mungkin juga dengan pendidikan yang diterima menyebabkan mereka melihat kemerdekaan dalam bentuk yang mudah. Dalam erti kata yang lain, ia sekadar perayaan @ sambutan tanpa ada penghayatan. Saat yang bermakna hanya sekadar reaksi hiburan. Atas nama kemodenan ia cuba diraikan dengan nilai global seperti Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat. Inilah yang ada pada minda mereka yang tongong bin bangang.

Itu tidak mengambil kira penghayatan terhadap sejarah. Kesempitan fakta dan kejulingan terhadap subjek memburukkan lagi keadaan, Lebih dhaif bila perjuangan mendapat kemerdekaan hanya bermula pada abad ke 20, walhal banyak nyawa pejuang Melayu gugur lebih awal daripada itu.

Dari Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun, berapa banyak yang rebah ke bumi kerana pertaruhkan diri mempertahankan Tanah Melayu di atas nama agama Islam dan kebebasan. Sesetengah mereka bersemadi tanpa nisan dan jika ada dihiasi rimbunan semak samun.

Banyak yang menjadi wira yang tidak didendang. Jika ada nama, hanya terselit dalam lipatan mulut penduduk setempat. Tiada usaha untuk memertabat dan meletakkan mereka di makam yang sewajarnya.

Di mana penghargaan untuk Raja Haji, Si Putong, Tok Gajah, Sharif Mashor, Tok Janggut dan lain-lain lagi.

Di Kelantan dan Terengganu, nama seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut, hanya jadi sebutan. Tetapi tiada usaha untuk mengabadikannya pada jalan atau premis tertentu.

Mereka menjadi wira sepi yang mana satu hari namanya akan lupus ditelan waktu. Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Arkib Negara, terus kaku dan sunyi. Mungkin fungsinya lebih serasi untuk berdiam diri.

Dua hari lepas, DBKL mengumumkan yang Jalan Berhala ditukar kepada nama tokoh MIC atas alasan menghargai sumbangan yang diberikan dan menjadikan kawasan berkenaan sebagai Little India.

Butakah mata kita, yang berapa ramai tokoh nasionalis Melayu yang berasal dari Kuala Lumpur sebelum kemerdekaan, namanya kita dibiarkan lusuh dimamah zaman. Sesetengahnya mati di hujung bonet Jepun dan diratah peluru komunis. Adakah masyarakat Melayu di Kuala Lumpur ketandusan tokoh sehingga tiada nama yang layak diabadikan.

Kalau dulu ada Kampung Abdullah Hukum, sekarang apa yang tinggal? Bagi aku inilah sikap pemurah yang ada pada segelintir pentadbir dan ahli politik Melayu yang akhirnya membawa bala kepada bangsa sendiri. Tidak cukup-cukup memberi dan mereka lupa yang menerima tidak henti-henti meminta. Ibarat kunyit dengan kapur bila Tun Mahathir mengingatkan kita, yang Melayu mudah lupa.

Ruang sejarah perlu dibuka. Kelompok pejuang kiri seperti Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh, Sakinah Juned dan ramai lagi terus dipandang negatif. Hakikatnya mereka golongan yang mempunyai cara tersendiri menentang British. Sekali lagi kita tidak cuba memperbetulkan propaganda dan perang psikologi yang ditanam British, yang mereka penentang orang Melayu. Ketika itu penjajah menggunakan alasan komunis untuk membangkitkan kebencian kepada mereka. Bagi aku setelah menelaah beberapa memoir yang ditulis tokoh berkenaan, ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.

Bila sukatan mata pelajaran sejarah melihat kebangkitan nasionalisma hanya bermula pada abad ke 20 bukannya tempoh masa sebelum itu. Sesuatu yang dikesalkan bila melihat hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan nasib orang Melayu pada 1946. Ke mana Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dan Hizbul Muslimin.

Benarlah kata cendikiawan yang sejarah ditulis mereka yang menang.

PAS beruntung kerana lahir dari perpecahan golongan ulamak dalam UMNO. Jika ia lahir sebelum itu, mungkin PAS juga akan menerima nasib yang sama.

Sementelah Melayu masih memegang kuasa, jadikan pepatah ini sandaran, anak sendiri kebuluran, kera di hutan disusukan.

Aku sendiri takut, yang UMNO selama ini menjadi tunjang perjuangan orang Melayu akan melencong. Ramai pemimpin pelapis kekakisan jatidiri. Bukan setakat berbunga tetapi telah berputik dengan baik. Tidak perlu pergi jauh. Sebahagiannya bukan setakat berterampilan dengan berjenama mewah, malah lebih mengutamakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian sehingga terbawa-bawa dalam perbincangan parti. Aku percaya mereka tidak bermimpi. Cuma keliru dek pendidikan yang diterima. Kekeliruan itu menyebabkan yang berkenaan kabur dalam menzahirkan amanah perjuangan. Mereka juga mamai sehingga tidak sedar di mana bumi dipijak.

Ingat Bahasa Jiwa Bangsa.....jika bahasa ibunda sendiri terpinggir ia memberi makna sesuatu perlu dilakukan segera. Melayu wujud bukan pada bentuk fizikal semata-mata tetapi yang mustahak pengisian jiwa.

Itu atas nilaian bangsa. Bagaimana pula dengan penjenamaan Islam dalam perjuangan sebagaimana yang diwarwakan....Jika dinisbah kepada ciri kepimpinan seperti yang disyarahkan Ikhwanul Safa' mengenai siasah wal qiadah, tindak tanduk sebahagian pemimpin Melayu seolah-olah jauh panggang dari bara. Atas nama politik dan kedudukan, mereka cuba mencari jalan bagi menghalalkan sesetengah perbuatan.

Bila disuarakan, akan ada persepsi yang tulisan ini cenderung kepada parti politik tertentu. Jangan melatah, kerana Islam hak milik semua. Islam itu ad Din yang syumul.

Bila ditegur kerana tidak bersembahyang, ber%#%@ dan sewaktu dengannya, ia dikata hak individu. Kalau begitu tidak payah jadi pemimpin kerana dalam Islam, pemimpin perlu menjadi contoh dan teladan kepada yang dipimpin. Pemimpin adalah imam. Itu kekuatan pejuang terdahulu. Mereka mempunyai ketokohan yang menepati syarat syara'. Bila pengisian ajaran Islam penuh di dada, mereka bukan sekadar tahu cakap, sebab itu atas nama perjuangan jiwa dan raga dikorbankan. Bukan seperti pemimpin sekarang, tidak kiralah parti mana, segelintirnya lebih mengutamakan kebendaan, pangkat dan darjat.

Keadaan sekarang mendesak umat Melayu semua bersatu. Tuntutan bangsa asing adakala sudah keterlaluan. Kembali semula kepada semangat perpaduan dan ketepikan kepentingan peribadi. Percayalah selagi bertunjangkan Islam dan bersendikan bangsa, Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia.

Rabu, 9 September 2009

Estet Sg. Biong, Sauk



Aku memang sukakan filem-filem Mamat Khalid. Cuma satu je filemnya yang aku tak suka ialah filem Lang Buana. Filem lain yang aku suka Man Laksa, Zombie Kg. pisang dan Rock. Tengok le berapa kali pun tak jemu rasanya.

Sememangnya aksi-aksi dalam filem Mamat Khalid dekat sangat dengan citarasa aku dan sesetengah peristiwa yang dipaparkan pernah berlaku dalam hidup aku. Apabila abang Mat akan keluar dengan filem barunya Estet, aku dah tak sabar-sabar rasa nak menontonnya.

Aku dapat membayangkan keseronokan ceritanya. Sudah tentu banyak terselit adegan-adegan lucu dalam filem estet. Bagi mereka yang pernah tinggal di estet sudah pasti terhibur dan tersentuh dengan kegiatan harian yang mungkin akan di paparkan dalam cerita ini.

Macam aku menonton filem rock bersama anak-anak. Ada adegan yang aku cakap kat anak-anak aku "Ayah dulu macam ni le". Begitu juga filem Man Laksa mengingatkan aku zaman-zaman kecil ketika menyaksikan persembahan pentas yang pernah diadakan di tempat aku. Ini yang mahalnya filem Mamat Khalid. Menyentuh memori silam.

Apabila menonton Zombie Kampong Pisang tak de pulak aku cakap "Ayah dulu pernah jadi Zombie".

Aku menunggu-nunggu juga sambungan filem Rock 2. Kata abang mat filem tu memang nak di sambung. Sebelum Rock kita layan estet dulu. Amacam kawan-kawan. Teringat suatu ketika dulu aku selalu menziarahi bapa saudara aku yang tinggal di estet Sg. Biong, Sauk. Selalunya akan duduk di estet ni 2 ke 3 hari. Sempat juga merasa suasana estet......

Lihat juga persembahan lagu filem estet di kemuncak anugerah filem. Yang lucunya Awie nyanyi lagu tu dalam bahasa tamil. Meman mantop....

Lagi liputan filem estet




KUALA LUMPUR, 3 JUN 2008: Apabila pengarah Mamat Khalid berhasrat untuk mengambil penyanyi Alleycats, David Arumugam untuk berlakon filem komedi terbarunya Estet, ia bukanlah angan-angan kosong atau cakap temberang.

Hakikat ini kerana dalam diam-diam, penggambaran untuk babak David itu sudah pun dilaksanakan, sejak awal minggu ini dan Mamat sangat berpuas hati dengan mutu lakonan penyanyi berambut Afro itu.

"Saya sangat berpuas hati dengan hasil lakonan David. Bagi saya dia memang dilahirkan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Walaupun baru pertama kali berlakon dengan watak lelaki kampung, dia tetap hebat dan bersahaja.

"Dalam Estet, David perlu bercakap Tamil termasuk menyanyikan lagu Tamil seperti ketika memandu kereta. Tapi, ada satu babak yang lucu dan mendebarkan iaitu menunjukkan David hendak 'diletupkan'. Kalau nak tahu sebab apa, anda semua kenalah tunggu dan tengok filem ini," kata Mamat kepada murai.com.my, ketika dihubungi hari ini.

Mamat akui ada beberapa masalah yang timbul sepanjang hendak memulakan filem ini tetap ia sama sekali tidak pernah melemahkan semangat semua yang terbabit. Estet adalah filem sulung terbitan Mamat sejak menjadi pengarah.

Senario itu bagi Mamat Khalid membuktikan bahawa seluruh tenaga krew produksi serta barisan pelakon filem itu telah meletakkan kepercayaan yang tinggi bagi melihat projek itu berjaya.

"Alhamdulillah, ia macam satu miracle (keajaiban) apabila tiada seorang pun daripada krew Estet menarik diri. Walaupun, jadual penggambaran terpaksa diubah, masing-masing tetap turun padang memberikan komitmen.

"Satu lagi, niat kami adalah untuk buat filem yang mempunyai wajah dan budaya Malaysia dalam erti kata sebenar," katanya.

Mamat berkata ketika ini mereka sedang menjalani penggambaran Estet di lokasi Padang Rengas, Perak.


Insiden menarik di lokasi penggambaran

Pengarah yang penah menghasilkan filem Kala Malam Bulan Mengambang, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock serta Lang Buana ini mengakui bahawa dia telah cuba melakukan kelainan dalam memilih babak yang ingin dijayakannya terlebih dulu pada hari pertama penggambaran.

"Tidak pernah-pernah saya melakukan babak letupan menggunakan phyro-technic pada hari pertama penggambaran filem saya. Tapi, dalam Estet saya telah mencuba untuk melakukannya.

"Memang gempak. Sebab itulah babak David (Arumugan) 'diletupkan'. Banyak lagi yang menarik dalam filem ini yang mengisahkan keriuhan hidup di kawasan ladang," katanya.

Selain David Arumugam, barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini ialah Farid Kamil, Sashi Tharan, Jasmin Michael, Kanchana, Rosyam Nor, KS Maniam, TS Mohan, Siti Fazurina, Sofi Jikan dan Mislina.

Artikel dipetik dari Murai.com

Gambar-gambar filem estet



ESTET @ sinemamalaysia.com.my


Sinopsis

Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air!

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.

Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.

Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah!

Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.

Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita menantikan kemunculan filem “Estet” di layar perak nanti....

Isnin, 7 September 2009

Keras ke kepala aku 2 ?


Apabila semua geng-geng aku terkumpul di sesi petang maka lagi peninglah pihak sekolah. Sebenarnya disinilah menuntut kebijaksanaan pentadbir. Dengan pelbagai kebolehan dan bakat yang ada pada geng-geng aku sepatutnya pihak pentadbir boleh mengeksploitasi semua kebolehan tersebut untuk kemajuan sekolah.

Namun apa yang aku tak paham mengapa pihak pentadbiran menjadikan aku (terutamanya) dan geng-geng aku sebagai musuh. Pernah sekali tu berdasarkan sumber yang sangat boleh dipercayai seramai empat orang geng aku nak di statikkan. Mujurlah masa tu PK Petang aku defend aku dan geng, kalau tidak statik la jawabnya aku.

Tapi aku dah plan kalau aku kena statik memang aku akan bawak perkara ni ke tengah, apa nak jadi-jadilah. Masa tu banyak perkara yang aku buat semuanya aku nekad je. Banyak kali sebenarnya pihak pentadbir nak kenakan aku. Tapi tuhan menyebelahi aku, sebab setiap kali mereka mengatur perancangan jahat setiap kali itu aku tergerak nak cuti. Cuti pun sebab aku tak sihat.

Pernah sekali PPD datang ke sekolah nak tengok buku rekod. Dalam banyak-banyak buku rekod yang bagus-bagus dan cantik-cantik , buku rekod aku yang dipilih. Nasib baik aku tak sihat hari tu. Yang bestnya tu PPD yang datang mengecheck tu ada kena mengena ngan aku (sedara aku). Kata kawan aku PPD tu tengok je buku rekod aku tu dan tersenyum tak kata apa.

Berbululah mereka, kerana harapan mereka supaya aku kena hamput dengan PPD. Satu lagi peristiwa ialah ada 2 kali aku nak di observe P&P aku tanpa pengetahuan aku. Kedua-dua hari mereka nak observe aku tu, kedua-dua hari aku tak sihat. Jenuhlah pengobserve nunggu aku dalam kelas. Padan muka deme nak ngene kan aku sangat.

Kali ke-3 aku tak boleh elak, sebenornya pun bukan aku nak ngelak. Nak observe, observe le. aku peduli hapa. Bukan nak cakap besor, aku rasa tahap P&P aku lebih bagus daripada PK-PK dan ketua bidang yang ada serta pengetua yang ada.

Banyak kali aku tengok ada PK dan ketua bidang yang classroom control pun tak de. Pirahhhhh, ketam nak mengajar anak berjalan betul. Masa aku KPLI P&P aku pernah nak di rakam oleh pihak IPSI untuk dijadikan pengajaran contoh P&P untuk sekolah-sekolah menengah peringkat Daerah Batang Padang. Malangnya hari yang sepatutnya rakaman dibuat aku kemalangan. Tepuk dahi pensyarah aku terpaksa ganti aku mengajor.

Apabila kami tengok video pengajaran pensyarah aku, dalam hati aku kalau aku jadi anak murid dia mesti aku tidor punya. Membosankan, tak kreatif dan sehala je . Beginilah juga sesetengah pengajaran PK-PK, Ketua-ketua bidang termasuklah pengetua yang kononnya bijak dan pandai.Tapi mereka ada kuasa apa boleh buat. Sekuat-kuat Hang Jebat pun tewas juga akhirnya. Sehandal-handal Tuk Janggut akhirnya ditemui juga kelemahannya.

Berbalik kepada observe kali ketiga. Kali ni Pengetua yang nak observe. Awal-awal lagi dia dah tunggu aku dalam kelas. Kome tau apa jadi hari tu. Hujan turun dengan lebatnya. Kelas-kelas bawah semuanya naik air. Kebetulan kelas aku hari tu kelas bawah, habis dinaiki air. Sikit demi sikit demi sikit kelas aku mula ditenggelami air separas lutut. Sampaikan mengangkat kain pengetua aku. Aku perati je. Nak gelak pun ada.

Akhirnya pengetua dah risau tengok keadaan air yang semakin naik. Tak berjaya juga dia nak observe aku. Tu la jangan lawan ngan aku, aku ada darah Raja Minangkabau. Semua kawan-kawan cakap daulat aku tinggi sangat. Sampai pengetua nak observe aku tak dapat. Hujan lebat + kilat sabung-menyabung + banjir separas lutut.

Semenjak hari tu aku tak kena observe dah. Setelah banyak usaha nak menjejaskan reputasi aku tak berjaya akhirnya pada satu cuti sekolah hujung tahun Penolong Kanan aku telefon....... bersambung entry yang seterusnya.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...