Nuffnang

Pengikut

Isnin, 7 September 2009

Poey@Yeop


Sting antara kumpulan yang top di Malaysia suatu ketika dulu. Kalau tak silap aku album pertama nya lebih kepada rock hevy metal. Namun selepas itu entah macam mana Sting jadi kumupulan Rock Cintan dengan lagu-lagu yang meleleh.

Aku bukan nak cerita tentang kumpulan Sting, yang aku nak ceritakan ialah tentang vokalisnya poey atau nama sebenarnya Hasri Hashim. Poey ni sebenarnya orang pekan lama sungkai. Di Sungkai dipanggil yeop.

Sebelum popular poey ni kerap jamming ngan geng-geng kampong aku Atan(pernah main sambilan ngan handy Bleck) dan Deris. Namun bagi lagu yang berkey tinggi seperti lagu may memang dia tak boleh challenge aku. Tak berapa lepas suara dia. (bukan aku nak bangga sekadar mengimbau kenangan lalu).

Macam mana yang dia boleh jadi vokalis Stings tu yang aku heran. Tiba-tiba je nama dia meletup dengan stings. Mungkin dah rezki dia. Namun begitu agak jarang aku dapat jumpa ngan yeop ni. Kalau jumpa pun mungkin dia tak ingat aku.

Maklumlah Allignment dan balancing aku dah lari. Dan aku pun semakin berkembnag pesat sekarang ni. Sedangkan yeop masih mintain macam tu. Teringat zaman-zaman kuat jamming dulu. Seronok benor rasanya. Sekarang geng-geng kampong aku masih kuat jamming, aku je dah slow sikit, bukan apa banyak kerja. Aku free diaorang tak free. Diaorang fre aku tak free.

Kadang-kadang sesekali tu teringin juga nak jamming. Tapi tak tau le boleh lagi ke tarik lagu May ni. Setakat lagu 60-an boleh lagi rasanya. Teringat aku dalam filem mamat khalid Rock kumpulan Rimba Bara terpaksa main lagu 60-an. Hidup Pak mat.....


3 ulasan:

  1. bangang la citer kau ni yop, muntah aku baca...bosan sial

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul 2...poyo padahal suare poey punya la tggi...

      Padam
  2. Kepadamu kekasih hati meletopp gila

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...