Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 5 September 2009

Bazaar Ramadhan Medan Gopeng


















Minggu lepas balik daripada kampong orang rumah aku singgah di Store Kamunting dan UO GreentownMall. Mencari baju raya anak-anak. Tahun lepas aku pergi beli baju raya dah hujung-hujung. Maka tak banyak pilihan daripada segi design dan size.

Tahun ni puas hati memandangkan aku dapat memenuhi selera dan kehendak anak-anak. Sebelum berlepas pulang aku mengambik keputusan untuk berbuka puasa di Ipoh. Sebelum itu aku dan family merayau-rayau di Bazzar Ramadhan Medan Gopeng. Sebenarnya hampir setiap tahun aku ke sini. Paling tidakpun sekali.

Semasa arwah emak aku ada selalu aku bawak dia ke sini sebab dia sangat suka dengan Puding Karamel Medan Gopeng ni. Dan aku pulak mesti cari martabak bulat. Memang sodap martabak ni, ada rasa martabak klasik yang aku makan di kedai mamak zaman kecik-kecik dulu.

Selain tu anak aku memang suka dengan koey Teow Pak Din. Kalau dulu seringgit sebungkus, sekarang dah naik ke 1.50 sen. Selain Martabak aku juga cukup suka popiah basah s.s Ali. Selepas hampir setengah jam di Bazaar Ramadhan. Aku mengambil keputusan untuk beredar memandangkan masa ada 15 minit sebelum berbuka.

Destinasi tujuan aku ialah Restoran Capati Medah Gopeng. Setiba di restoran tersebut semua juadah dibuka. Air terpaksa la order kat restoran tu. Takkan nak duduk saja kat situ. Memang berbaloi membeli di Bazzar Ramadhan Medan Gopeng ni. Semuanya Nalerke....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...