Hari khamis lepas kira-kira pukul 12.00 tengah malam banyak rumah kampong di sungkai yang dinaiki air banjir. Antaranya Perolok baru, Perolok lama dan Kampong Gontong. Menurut saksi di tempat kejadian banjir kali ini agak kritikal berbanding banjir yang sudah.
Ada rumah yang ditenggelami setakat dada dan ada juga yang terpaksa naik ke atap rumah untuk menyelamatkan diri.
Menurut saksi tersebut terdapat ban sungai yang pecah yang menyebabkan banjir kali ini lebih buruk. Tindakan pantas bomba dapat menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap dalam banjir besar.
Banjir kali ini mengingatkan aku banjir besar yang pernah melanda sungkai kira-kira 8 tahun yang lalu.Kalau tak silap aku kejadian tu berlaku bulan puasa jugak. Masa tu aku cuba masuk ke kampong-kamping yang berada di kedudukan selepas stesen minyak shell.
Namun tak berjaya hanya tiba sekerat jalan.Kerana air naik dengan cepat terutama di jambatan kecil kampong gontong Aku berpatah balik . Semasa melintas jambatan sebelum masuk tol sungkai aku dapati air sungai naik dengan mendadak.
Oleh kerana jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam aku pun terus mengambil keputusan untuk balik. Pagi esoknya aku keluor balik untuk menyaksikan kesan banjir. Sampai di jambatan yang sama aku dapati air sungai dah tak nampak. Yang nampak hanya kayu-kayu kecil dan bongkah kayu besar yang tersangkut di jambatan. Saujana mata memandang.
Aku mengucap panjang. Aku membayangkan kalaulah masa aku lalu berlaku hentakan yang kuat oleh kayu-kayu tersebut ke arah jambatan dan jambatan pula runtuh jawabnya dengan aku dan kereta hanyut semuanya. Inilah kesan pembalakan haram dan halal yang berlaku di hulu sungai.
Namun aku amat respect dengan orang sungkai walaupun baru lepas banjir kehidupan diteruskan seperti biasa keesokan harinya. Walaupun banyak harta-benda yang musnah namun mereka masih tabah menghadapi dugaan.
Semoga bumi putri buih ni terus bertahan menahan fitrah alam yang terus membadai saban tahun......... Aku selalu membayangkan betapa susahnya sahabat aku Yaarif setiap kali banjir, rumahnya tak pernah miss di tenggelami banjir.

Salam Anjang...
BalasPadamTerima kasih ler ko tulis banjir Sungkai ni...Kalu tidak, idak ler tahu apa berlaku di Sungkai....Alhamdulillah rumah emak Pak Uda selamat...tapi ramai ler rumah sedara mara yg terlibat...sampaikan salam Pak Uda pd Yaarif tu...Banyak2 besabo...
Keratan akhbar banjir beso dulu, ada Pak Uda simpan lagi..menimbun kayu balak atas jambatan dekat tol Sungkai tu...nak anto pun scanner meragam...
Dah 12 hari puasa, macamana...turun dah ke berat badan...?
Naik sikit pak uda, hari tu tak boleh diet demam seminggu, terpaksa makan banyak karbohidrat dan exercise pun tak boleh buat, ni baru nak start balik
BalasPadam