Abyaneh merupakan perkampungan purba yang terletak di tengah-tengah Iran(Isfahan).Usianya dianggarkan 5,000 tahun. Saban tahun perkampongan ini menyambut kedatangan pelancong asing daripada seluruh dunia.
Keunikannya terletak pada warna merah yang melatari gunung dan rumah-rumah yang bersusun di kaki gunung. Untuk sampai ke sini pelancong terpaksa melalui jalan yang berliku-liku. Perkampongan Abyaneh terletak di kaki Gunung Karkass. Walaupun jalannya berliku namun kedaan jalannya amat baik dan tidak berlubang.
Penduduknya masih mengekalkan pakaian tradisional mereka . Yang perempuan bergaun lebar berwarna-warni dan yang lelakinya memekai kemeja lengan panjang dan seluar yang lebar. Namun masyarakatnya agak kurang ramah.
Rumah-rumahnya didirikan di lereng gunung dan dipisahkan oleh lorong yang sempit. Rumah itu kelihatan seperti tersusun di atas tangga raksaksa. Kadang-kadang atap rumah di bahagian bawah menjadi halaman rumah di sebelah atas. Apa yang uniknya perkampungan ini tak de jalan mati, semuanya saling sambung-menyambung.
Masyarakatnya masih bertutur dalam bahasa parsi lama iaitu Bahasa Parthian Pahlavi. Pada era sasania (abad ke 3 hingga ke 7 Masihi) golongan Zoroester pernah tinggal di sini dan menjalankan ritual keagamaan iaitu membakar korban.
Namun apa yang menakjubkan perkampongan ini terus bertahan sehingga kini. Ini membuktikan bahawa Tamadun Parsi merupakan sebuah Tamadun yang amat maju dari dahulu sehingga kini. Namun hakikat ini cuba dinafikan oleh kuasa besar Amerika dan sekutunya Yahudi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan