Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 4 September 2009

Rumah Buruk


Jangan lah marah pelajar tak tentu hala. Selidiki dulu latar belakangnya. Mengapa sesetengah pelajar ni banyak ponteng sekolah atau datang ke sekolah dengan pakaian yang tak lengkap seperti tiada tali pinggang dan sebagainya.

Semasa di sekolah lama aku pernah hentam sorang budak kerana kerap ponteng. Asal ponteng je siap la memnag kena ngan aku. Mungkin masa tu darah muda sedang menggelegak. Akhirnya pelajar tu berhenti sekolah. Aku pun baru tersedar nak menyelidiki mengapa pelajar ni ponteng.Langkah pertama aku ambik keputusan pergi ke rumahnya.

Ya Allah kalau di tengok dari rumahnya elok sikit daripada reban ayam. Ternyata memang doif. Aku mula bertanya kepada kawan rapatnya tentang pelajar ni. Menurut kawan baiknya dia tak ke sekolah kerana tiada tambang bas memandangkan kehidupannya yang miskin.

Tambah kawannya lagi. Boleh datang sekolah pun dah seribu rahmat. Ibarat peluru berpandu kena ke muka aku. Rasa penyesalan yang teramat sangat. Mulai hari tu apa pun tindakan aku. aku akan siasat dulu latar belakangnya. Dan aku mula belajar mengawal perasaan marah dan sebolehnya aku tak mau marah.

Umpamanya sekarang ni ada sorang murid aku yang menghadapi masalah yang sama. Nak datang sekolah tapi tak de tambang bas. Akhirnya dia kerap ponteng. Apa yang boleh aku bantu kadang-kadang aku bagi dia tambang dan aku bagi tau dia kalau tak de tambang ke sekolah cepat-cepat bagi tau aku.

Kerap juga aku bagi dia duit belanja untuk waktu rehat. Apabila aku bagi duit belanja nampak mukanya berseri-seri. Dan apabila aku nampak dia makan dengan berselera aku tak tau betapa puasnya hati dapat menolong pelajar ini sekadar termampu.

Bayangkan tambang sekolah tak de, belanja sekolah dah tentu tak de, makan pagi jauh sekali. Itu sebab kadang-kadang apabila aku tengok pelajar tak kira la melayu, india atau orang asli yang tak pergi ke kantin aku akan tanya. Ada belanja ke? Kalau tak de aku akan bagi. Aku kesian apabila matanya naik turun tengok orang makan.

Cuba bayangkan kita di tempat dia. Atau anak kita yang bernasib sperti itu. Oleh itu insan yang bernama Cikgu jangan cepat melenting apabila berlaku sesuatu perkara. Selidiki mesti ada sebab dan musababnya. Pengalaman adalah guru yang terbaik......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...