Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 4 September 2009

Belasungkawa Ismail bin Shariff


Hari ini Bidor kehilangan tokoh masyarakat yang disegani dan di senangi. Walaupun usianya jauh sangat ngan aku tapi aku masih memanggilnya Abang Mail. Ketokohannya terserlah apabila dia menjadi YDP PIBG sekolah lama aku SMK Syeikh Abdul Ghani.

Kemudian abang mail atau nama sebenarnya Ismail Sharif terlibat sebagai jawatankuasa masjid Bidor, persatuan bekas prajurit dan sebagai pengerusi tetap dalam sebuah parti siasah. Beliau amat disenangi oleh semua orang.

Aku memang rapat juga dengan Abang Mail ni. Banyak juga nasihat berguna yang diberikannya pada aku. Dalam usia emas beliau teus gagah menongkah arus menggalas harapan masyarakat tanpa mengira fahaman politik pihak yang di tolong.

Antara sumbangan terbesarnya ialah berjaya meyakinkan pihak tertentu untuk memabaik pulih dan membina bahagian tertentu masjid bidor. Selain itu beliau jug memainkan peranan yang besar dalam penubuhan taman Sri Bidor yang pada peringkat awalnya dikhususkan untuk bekas prajutit. Semoga beliau memperolehi kebaikan daripada usahanya itu.

Kini tiada lagi kelibat Abang Mail yang selalu ku nampak memandu kereta proton Silver keluar masuk daripada kampung Cegar ke pekan Bidor. Semoga rohnya dirahmati Allah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...