Semasa aku di SMK Syeikh Abd. Ghani Bidor memang banyak peristiwa suka-duka yang berlaku. Ini antara cerita yang aku dah pendam sejak aku mula mengajar. Cerita yang banyak orang tak tau. Ramai juga yang pada ketika itu tertanya-tanya mengapa aku jadi macam tu.
Aku akui masa tu memang aku agak keras kepala dan sukar diuruskan. Namun ada sebabnya aku jadi begitu. Aku tak pernah cerita sebab-sebabnya pada orang lain. Hanya dalam Blog ini Eksklusif untuk kawan-kawan dan pembaca blog.
Mulanya aku diberikan kepercayaan untuk mengajar sesi pagi. Memandangkan pendapat aku selalu tak sama dengan pentadbir maka aku dicampakkan mengajar ke petang dengan niat menghukum aku dan dalam bahasa kasarnya padan muka.
Namun anggapan mereka tersasar jauh apabila aku sangat bahagia mengajar pada waktu petang. Selepas tu berturut-turut 2-3 orang Cikgu lagi dicampak ke sesi petang gara-gara pihak pentadbiran merasakan mereka ni ancaman dan tak boleh mengikut arahan yang diberikan. Yang dicampak tu semua cikgu-cikgu yang bagus mengajar.
Yang best tu yang kena campak tu semua geng aku. Bertambah mantap la waktu petang. Selepas tu masuk pulak 3 orang Cikgu baru yang sekepala ngan aku dan kesemuanya di hantar ke sesi petang. Apalagi bertambah mantap lah geng-geng pemberontak di sessi petang.
Sepanjang 2 tahun aku mengajar sesi pagi aku tak pernah aku rasa bahagia. Asyik PSTD je (Pandang Senang Tapi Derita). Masa sesak pentadbir akan cari aku untuk ganti kelas cikgu tertentu, bagi ceramah motivasi pada budak dan aku juga pernah diminta mengajar kelas peperiksaan 3 dan 5. Sengsara aku. Namun apabila sikit je aku buat silap hilang semua kebaikan yang aku buat, bukan main aku dihamput, yang aku sedih kadang-kadang aku di hamput depan murid-murid.
Setiap pagi aku bangkit nak ke sekolah cukup berat rasanya. Malas, tak da motivasi dan dah terbayang betapa boringnya suasana di sekolah. Pada peringkat awal aku posting di sekolah tersebut memang aku dah tanam niat untuk memberikan khidmat yang terbaik.
Memang pun aku tak berkira apa saja kerja yang dibagi. Antara perkara yang aku tak pernah berkira (mungkin sebab itu orang ambil kesempatan:-
1. Bercermah motivasi untuk kadang-kadang sampai 3 slot tanpa henti pukul 8.00- 10.00, 10.30-12.00 dan pukul 12.00 - 1.00 selama hampir seminggu. Menggantikan penceramah yang tak hadir. Cikgu lain semua tak sanggup, menolak. Aku terima sebab aku membayangkan tak pe la ini masa ini dia orang memerlukan pertolongan aku. Mungkin aku ada masalah pada masa akan datang sekolah akan bertolak ansur ngan aku.
2. Aku pernah mengendalikan ujian lisan Bahasa Melayu tingkatan 3 non stop 8.00 pagi sampai balik selama 2 hari (Ujian tu 3 hari). Yang lagi sehari ada la cikgu yang membantu. Itu pun kejap je. Memandangkan aku cikgu baru aku memang tak tau format ujian. Sampaikan seorang cikgu india simpati ngan aku. Katanya Ri pergi rehat dan makan dulu. Sebab dia tengok aku tak bangun-bangun dari kerusi. Pada masa yang sama nak kontrol budak yang memang nakal-nakal.
Yang sepatutnya mengendalikan ujian tu entah ke mana. Apabila sekolah meminta bantu, aku bantu. Yang sedihnya tu hari terakhir barulah cikgu yang sepatutnya mengendalikan ujian ni muncul dan bagi tau cara yang aku buat tak betul. Tak pe aku sabor je...
3. Ada seorang cikgu tu memang bermasalah, masuk kelas je budak-budak tu kena maki hamun, kena marah dan kena @#$%^&*. Pihak sekolah dapat rungutan ibu bapa dan pelajar. Cikgu tu mengajar kelas peperiksaan tingkatan 5 (lagi enam bulan nak periksa). Sekali lagi aku diminta untuk ganti cikgu tu kerana cikgu tu akan di tolak ke petang (Dah arwah pun cikgu tu).
Bukan setakat satu kelas aku kena ganti 2 kelas form 5 dan 2 kelas form 3. 4 kelas peperiksaan. Subjeknya Bahasa Melayu. Bayangkan betapa banyak karangan aku kena semak. Belum kerja-kerja lain. Aku dah le Cikgu baru, banyak yang aku tak tau.
4. Aku hanya AJK kecil dalam khemah Ibadah. Tapi hampir semua kerja aku kena buat. Pendaftaran, makan budak, memastikan program berjalan, memastikan penceramah ada, akhirnya semua aku kena buat. Asalnya tugas aku hanya bahagian pendaftaran je. Pukul 3.00 pagi baru aku boleh balik. Tak pe sabor je...
5. Yang ni paling aku tak boleh terima tapi aku terima jugak. Pengetua minta aku menanda kertas essei Bahasa Inggeris dan kertas sejarah kelas yang dia ajar. Kemudian sorang Cikgu mengambil kesempatan menuruh aku mnanda kertas moral. Aku terima jugak sebab dari awal aku dah tanamkan dalam diri akan memberi khidmat terbaik supaya apabila aku ada masalah sekolah akan bertolak ansur.
Sememangnya masa tu aku baru lepas eksiden dan kaki aku patah. Pagi-pagi aku ke sekolah naik motor Fame tua bapak aku berulang-alik dari Trolak dan kadang-kadang dari Tapah (Ayah aku mengendalikan kantin asrama Buyong Adil). Kaki yang eksiden ni kadang-kadang menyucuk-nyucuk sejuk kerana cuaca pagi. Maka ada kala nya aku lewat ke sekolah. Namun masa pertama selalunya aku dah sampai dan berada dalam kelas.
Kerap juga aku MC sebab kaki tak berapa elok lagi. Kerana 2 perkara ini aku selalu kena marah dengan pihak pentadbir terutamanya penolong kanan yang tak de peri kemanusiaan (Yusri Bakir kenal penolong kanan ni). Nak beli kereta duit tak de baru mengajo. Bini pun duduk jauh masa tu belum dapat tukor lagi .
Kemuncaknya bulan sepuluh tak silap aku apabila Pihak PPD nak mengadakan program motivasi daerah dan memerlukan Fasalitator. Aku seperti biasa masuk dalam senarai. Sebelum memulakan kursus untuk Fasalitator PPD tu bagi tau kerja jadi Fasalitator ni kena ikhlas. Kalau tak ikhlas tak boleh. Kemudian dia tanya pada semua peserta siapa yang tak ikhlas?.
Dalam hati aku ni peluang aku. Aku angkat tangan aku cakap aku tak ikhlas dan aku nak balik. PPD tu dah lain macam mukanya termasuk la penolong kanan. Aku bangun dan terus balik. Mulai hari tu semua kerja aku tolak sebab aku rasa kecewa sangat dengan sikap pentadbir yang tak boleh bertolak ansur.
Aku mula menjadi penentang dan mempersoalkan bayak tindakan pentadbir yang bagi aku banyak yang tak betul. Oleh kerana mereka sukar menepis semua hujah aku yang mantop maka mulalah mereka mencari salah aku dan salah satu caranya nak mengeluarkan aku daripada sekolah. Bersambung dalam entry yang seterusnya........

susah juga ya jd pendidik cikgu.. dpt murid2 yg nakal.. org atasan lg yg suka menekan..arah ini, arh itu tanpa pertimbangan..sipala yg dpt terima utk jangka msa yg panjang..
BalasPadamItu citer lama dah jadi sejarah... pada saya sekarang bekerja bukan kerana ganjaran manusia... tetapi bekerja untuk mengutip hasil di sana....Biarlah tak de pangkat...tak de kedudukan dan tidak dipandang orang....Asalkan tuhan tahu kerja but kita... Insyallah....takbir Allah hu akbar
BalasPadam