Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 5 September 2009

Jambatan penghubung Silaturrahim




Bagi orang Sungkai pasti tau tentang jambatan ni. Jambatan ini merupakan penghubung bagi penduduk kampong perolok,perolok lama, Gontong dan seumpamanya dan Felda Sg. Klah. Ia merintangi Sungai Sungkai daripada Perolok lama di sebelah sungkai dan Kg. Chegar Machang di Seberangnya menuju ke Felda Sg. Klah.

Kalau anda biasa melayari Google Earth nama Kg. Chegar Machang tercatat di dalamnya sebagai penanda sempadan. Orang Sungkai yang nak ke Muara Tesong atau ke Sg. Klah Hot Spring biasanya akan menggunakan jambatan ni.

Aku memang suka menggunakan jalan ni memandangkan terasa sungguh suasana kampongnya. Nyaman, sejuk dan di latari air Sungai Sungkai menjadikan perjalanan tidak menjemukan. Kebanyakan orang Felda Sg. Klah pun banyak menggunakan jalan ini untuk ke Pekan Sungkai.

Terutamanya masa ada roadblock. Jambatan ni pernah runtuh semasa banjir besar tahun, tahun berapa ya, aku dah tak berapa ingat. Hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta dalam satu-satu masa. Sepanjang Sg. Sungkai ni banyak kem-kem didirikan untuk kem motivasi, rekreasi dan personal Development. (Nanti aku ceritakan satu-persatu kem-kem yang ada)

Antara kem yang famous ialah kem NurNikman (Entah berapa kali di pukul banjir). Apa pun jambatan ini ibarat nadi kehidupan yang menghubungkan dua komuniti setempat yang berkongsi kekayaan alam yang tidak ternilai harganya.

Tanpanya sudah pasti menjejaskan kegiatan ekonomi seharian masyarakat setempat. Betapa besarnya menfaat jambatan kecil ini kepada penduduk setempat. Harapan aku semoga pihak pemerintah mengambil inisistif untuk membina jambatan yang lebih besar memandangkan betapa pentingnya dan nostalgiknya jambatan ini kepada komuniti Sungkai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...