Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 5 September 2009

Ciluk duit bosss




Kalau ke TESCO biasanya anak-anak aku akan bermain di taman permainan berbayar. Kalau tak silap aku sekali masuk RM 3.00. Biasanya sebelum masuk ke taman tersebut pekerja taman permainan akan melilitkan pergelangan tangan dengan kertas warna kuning.

Semasa kunjungan aku ke TESCO Kampar baru-baru ni, selepas membuat bayaran seorang pekerja taman mengarahkan anak aku masuk tanpa dililitkan kertas di tangannya. Apabila ditanya mengapa tak de kertas kuning, barulah dia bagi kertas tu. Namun dia berpesan supaya anak aku tidak memakai kertas tersebut kerana alasannya takut terkoyak kerana kualitinya yang rendah.

Aku perhatikan juga kanak-kanak yang ada di dalam taman permainan tu juga kesemuanya tak de kertas kuning yang di lilit dipergelangan tangan mereka. Aku dah syak mesti ada sesuatu yang tak kena. Andaian aku pekerja ni ada niat tak baik dan bertujuan nak ciluk duit bayaran masuk tersebut.

Apabila kertas kuning tidak diberikan kepada kanak-kanak yang masuk maka taukeh taman permainan tak boleh detect berapa orang yang masuk ke taman permainan tersebut. Maka semua duit bayaran masuk dia akan sebat.

Kemudian mengapa dia tak bagi anak aku pakai kertas kuning tu pada pergelangan tangan ,pada pandangan aku kerana takut dipersoalkan oleh penjaga kanak-kanak yang lain. Mengapa anak aku ada kertas kuning tu yang dililit di pergelangan anak aku sedangkan anak mereka takde kertas kuning tu.

Aku cukup bengang dengan pekerja yang tak amanah macam ni, Dia ingat kita sebagai pengguna ni bangang sangat ! Pekerja tu pulak aku tengok muda-muda. Kerja dah la tak serius, cakap sikit gelak kuat-kuat. Yang sorang lagi asyik SMS je. Nasib baik la bukan syarikat aku, kalau tidak aku Fired kejap tu.

Teringak aku member aku taukeh stesen minyak kat Ampang. Mana-mana pekerja dia yang ambik duit tak de ampun kejap tu diberhentikan. Ada sekali tu pernah diterajangnya Mat Banggala yang tidur masa kerja dan kejap-kejap tu diberhentikannya. Itu je ubatnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...