Nuffnang

Pengikut

Rabu, 2 September 2009

Bazaar Ramadhan Kamunting















Kalau balik ke kampong orang rumah di Jelai, Batu Kurau aku memang tak miss singgah di Bazaar Ramadhan Kamunting. Rasanya hampir setiap tahun aku singgah di sini. Dengan saiz Bazaar Ramadhannya yang agak besar sudah pasti ia menawarkan pelbagai jenis makanan dan juadah berbuka puasa.

Ia dikunjungi segenap lapisan bangsa Malayu, Cina, India, Banggali dan lain-lain. Bagi aku Bazaar ni antara Food Heaven yang bisa membuka selera pengunjung-pengunjungnya. Sebut sahaja semua jenis makanan dan minuman ada tersedia untuk anda yang berkunjung ke sini.

Pendek kata kunjungan anda cukup berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan. Kalau nak ke Bazaar ni kena awal. Kalau lambat jawabnya tinggal bekas je la. Jumlah pengunjung cukup ramai. Dengan jumlah pengunjung yang sebegitu ramai aku percaya peniaga-peniaganya beroleh keuntungan yang tinggi.

Sukar aku nak gambarkan betapa meriahnya suasana di Bazaar Ramadhan ini. Walaupun H1N1 masih menjadi pandemik yang berbahaya namun jumlah pengunjungnya tidak pernah surut. Berdasarkan perbualan aku dengan peniaga jumlah pengunjung terus meningkat dari sehari ke sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...