Nuffnang

Pengikut

Ahad, 3 Januari 2010

Besar Kemaluan

Sorry beb kalau aku agak sukar menegur orang kalau berjumpa di mana-mana. Dulu aku tak begitu, tetapi sejak beberapa insiden yang berlaku menyebabkan aku lebih berhati-hati. Sekiranya benar-benar pasti baru aku akan tegur. Kalau hati ini hanya rasa-rasa, hanya agak-agak dan masih berteka-teki lebih baik aku diam.

Satu lagi kalau orang tersenyum atau mengangkat tangan dari jauh. Aku cukup takut untuk membalasnya. Kadang-kadang walaupun orang tersebut aku kenali aku mengambil masa untuk membalasnya.

Memang sudah menjadi kebiasaan aku akan melihat ke arah belakang bagi memastikan tiada orang lain di belakang aku atau pun orang yang ada di belakang aku tidak memberi respon kepada senyuman atau mengangkat tangan kepada orang yang berada di depan aku. Terutamanya di pasar malam atau berjumpa di pekan berhampiran ataupun di tempat kerja.

Banyak kali inisiden aku beria-ria membalas senyuman atau mengangkat tangan tetapi rupanya orang yang senyum atau mengangkat tangan sebenarnya untuk orang lain atau orang yang berada di belakang aku. Punya la malu rasanya. Kononnya nak mesra tetapi akibatnya malu sendiri.

Itu sebab kini aku lebih berhati-hati dan tidak terus memberi respon apabila ada yang tersenyum atau mengangkat tangan kepada aku. Begitu juga apabila orang memanggil nama aku. Memandangkan nama yang hujungnya ri ini terlalu ramai. Maka panggilan kali pertama memang aku tidak akan menjawab. Sehinggalah di panggil untuk kali kedua.

Baru-baru ini dalam majlis rasmi aku rasa memang aku kenal orang tersebut. Dari jauh dia kelihatan seperti seorang sahabat baik aku dalam MLM.. Maka akupun cepat-cepat mendapatkan orang tersebut. Memberi salam, bersalaman dan nasib baik aku tak mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya seperti yang selalu aku lakukan apabila berjumpa sahabat aku. Rupa-rupanya pelanduk 2 serupa.

Untuk mengelakkan rasa malu aku terpaksa bersembang denganya. Hampir sepuluh minit aku bersembang dengannya. Dalam hati punya la malu. Jenuh jugaklah di control rasa malu tersebut. Satu lagi peristiwa yang lebih menyayat hati pernah berlaku beberapa tahun dulu.

Lokasinya betul-betul di hadapan pertama Complex di KL. Dari jauh aku ternampak seorang mamat memang sebiji macam kawan aku Nazri Kahar presenter yang handsome di astro awani. Aku berjalan lebih laju untuk mendapatkannya. Sekali-sekala dia melihat ke kiri dan kanan. Dari tepipun memang iras Nazri Kahar. Langkah aku lebih laju.

Apabila tiba di belakang mamat tersebut akupun terus menepuk dan memegang bahunya dengan kuat sambil berkata "Hoi Nazri, lahabau engko, lamanya aku tak jumpa engko". Mukanya aku belum tengok lagi. Aku memegang begitu erat bahunya.Apabila mamat tu berpusing..... alamak....... aku dah salah orang. Kwang...kwang

Mamat tu pun sporting dia tengok aku dah naban kata orang perak dia pun bagi salam dah terus berlalu. Mak ai malunya aku hari itu. Memang besar kemaluan. Ini lah akibatnya main terjah je. Aku buat begitu konon-kononnya nak bagi suprise pada Nazri Kahar memandangkan memang lama aku tak jumpa dia, aku betul-betul excited dapat berjumpanya. Maklum la kawan lama. Banyak juga aku mengetahui cerita peribadinya. Akhirnya aku yang betul-betul SUPRISE.

Sekarang aku lebih berhati-hati, biarlah kalau orang kata aku sombong dan sebagainya. Sementelah pula mata aku sekarang dah berapa terang. Mungkin kesan kemalangan yang aku alami 10 tahun lepas. Kadang-kadang dari jauh agak sukar untuk aku mengenali orang. Lebih baik aku diam dahulu daripada mendapat sekali lagi kemaluan besar.......Tak gitu sahabat aku BENJO a.k.a Khalili Jamaludin.

Sabtu, 2 Januari 2010

Hulk Hogan


Hulk Hogan, Andre the giant, macho man randy savage, Superfly Jimy Snuka dan banyak lagi nama yang aku dah lupa antara lagenda gusti yang aku pernah minat satu ketika dulu. Bintang ahli gusti tersebut bersinar di WWF. Sebelum itu TV 2 juga pernah menyiarkan rancangan gusti On The Mat.

Aku dan ayah sentiasa menunggu-nunggu rancangan gusti ini. Ayah aku mula meminati gusti bermula pada zaman Mark Lewin. Aku juga teringatkan arwah bapa saudara yang di gelar dengan panggilan Mark Lewin.

Pada masa itu juga ramai ahli gusti veteran yang datang ke Malaysia mengadakan perlawanan gusti secara live di Malaysia. Ayah aku kerap juga membawa aku menonton perlawanan gusti secara live di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Pada zaman teknologi video berkembang seiring dengan memuncaknya zaman wrestlermania , rasanya hampir semua kedai kopi di malaysia menayangkan perlawanan gusti yang hebat di kedai masing-masing. Penontonnya pula cukup ramai, seolah-olah sedang menyaksikan perlawanan bolasepak.

Aku cukup teruja dengan aksi Hulk Hogan dan Superfly Jimmy Snuka. Hulk Hogan dengan aksi menggeletarnya yang semakin dipukul dia akan menjadi semakin kuat, aksi mengoyak baju kuning dan aksi gambar di atas cukup menarik minat aku. Begitu juga dengan aksi terbang Superfly Jimmy Snuka cukup menghiburkan.

Tak cukup dengan siaran di TV Ayah aku menyewa pula video wresling. Siang, malam, pagi petang asyik nengok wresling je la.Arwah datuk aku pun kaki nengok wresling juga maka memang masyuk le dengan aku dan ayah aku yang mempunyai hobi yang sama.

Sampaikan hari raya pun masih tengok wresling. Memang tak merasa melihat rancangan hari raya yang lain. Setiap kali berhari raya di kampung ayah aku akan membawa perakam video. Memang tak merasa nengok cerita lain. Dari celik mata waktu pagi Ceritanya Wresling lepas itu wresling dan malam raya pun nengok wresling jugak.

Nasib baik le Hulk Hogan tu tak boleh bercakap dari dalam TV. Kalau boleh bercakap agaknya dia akan kata dalam loghat perak "udah le kome nengok wresling, pergi le berhari raya, jangan nengok wresling je".

Minat aku terhadap wresling tiba-tiba pudar setelah membaca satu artikel yang bertajuk Wrestling hanya satu lakonan. Setelah membaca keseluruhan aritikel baru akau tahu semua aksi tersebut telah dirancang, semua teknik yang dilakukan mereka berlatih dahulu, semuanya hanyalah lakonan semata. Aku rasa tertipu.

Terus sehingga kini aku langsung tak minat dengan wrestling. Tetapi ayah aku terus meminati wrestling sehingga kini. Kadang-kadang dia menonoton di kedai kopi. Kadang-kadang dia beli DVD Wrestling dan kadang-kadang dia menonton di saluran astro atau channel tv yang lain.

Yang bestnya tu adik perempuan aku pulak sekali-sekala join ayah aku tengok wrestling. Memandangkan ayah aku tak berapa ingat waktu tayangan gusti di astro dan lain-lain channel, maka adik perempuan aku yang menjadi tempat rujukan ayah aku untuk mengetahui jadual dan waktu wrestling di TV.

"La malam ni ada ke wresling". Tanya ayah aku kepada adik perempuan aku "Malam ni Tak de ayah, malam esok ada le pukul 10.00" jawab adik aku. Begitulah yang berlaku setiap minggu. Untuk mendapatkan jadual dan waktu wrestling maka adik perempuan akulah menjadi tempat rujukannya sekarang.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...