Sorry beb kalau aku agak sukar menegur orang kalau berjumpa di mana-mana. Dulu aku tak begitu, tetapi sejak beberapa insiden yang berlaku menyebabkan aku lebih berhati-hati. Sekiranya benar-benar pasti baru aku akan tegur. Kalau hati ini hanya rasa-rasa, hanya agak-agak dan masih berteka-teki lebih baik aku diam.
Satu lagi kalau orang tersenyum atau mengangkat tangan dari jauh. Aku cukup takut untuk membalasnya. Kadang-kadang walaupun orang tersebut aku kenali aku mengambil masa untuk membalasnya.
Memang sudah menjadi kebiasaan aku akan melihat ke arah belakang bagi memastikan tiada orang lain di belakang aku atau pun orang yang ada di belakang aku tidak memberi respon kepada senyuman atau mengangkat tangan kepada orang yang berada di depan aku. Terutamanya di pasar malam atau berjumpa di pekan berhampiran ataupun di tempat kerja.
Banyak kali inisiden aku beria-ria membalas senyuman atau mengangkat tangan tetapi rupanya orang yang senyum atau mengangkat tangan sebenarnya untuk orang lain atau orang yang berada di belakang aku. Punya la malu rasanya. Kononnya nak mesra tetapi akibatnya malu sendiri.
Itu sebab kini aku lebih berhati-hati dan tidak terus memberi respon apabila ada yang tersenyum atau mengangkat tangan kepada aku. Begitu juga apabila orang memanggil nama aku. Memandangkan nama yang hujungnya ri ini terlalu ramai. Maka panggilan kali pertama memang aku tidak akan menjawab. Sehinggalah di panggil untuk kali kedua.
Baru-baru ini dalam majlis rasmi aku rasa memang aku kenal orang tersebut. Dari jauh dia kelihatan seperti seorang sahabat baik aku dalam MLM.. Maka akupun cepat-cepat mendapatkan orang tersebut. Memberi salam, bersalaman dan nasib baik aku tak mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya seperti yang selalu aku lakukan apabila berjumpa sahabat aku. Rupa-rupanya pelanduk 2 serupa.
Untuk mengelakkan rasa malu aku terpaksa bersembang denganya. Hampir sepuluh minit aku bersembang dengannya. Dalam hati punya la malu. Jenuh jugaklah di control rasa malu tersebut. Satu lagi peristiwa yang lebih menyayat hati pernah berlaku beberapa tahun dulu.
Lokasinya betul-betul di hadapan pertama Complex di KL. Dari jauh aku ternampak seorang mamat memang sebiji macam kawan aku Nazri Kahar presenter yang handsome di astro awani. Aku berjalan lebih laju untuk mendapatkannya. Sekali-sekala dia melihat ke kiri dan kanan. Dari tepipun memang iras Nazri Kahar. Langkah aku lebih laju.
Apabila tiba di belakang mamat tersebut akupun terus menepuk dan memegang bahunya dengan kuat sambil berkata "Hoi Nazri, lahabau engko, lamanya aku tak jumpa engko". Mukanya aku belum tengok lagi. Aku memegang begitu erat bahunya.Apabila mamat tu berpusing..... alamak....... aku dah salah orang. Kwang...kwang
Mamat tu pun sporting dia tengok aku dah naban kata orang perak dia pun bagi salam dah terus berlalu. Mak ai malunya aku hari itu. Memang besar kemaluan. Ini lah akibatnya main terjah je. Aku buat begitu konon-kononnya nak bagi suprise pada Nazri Kahar memandangkan memang lama aku tak jumpa dia, aku betul-betul excited dapat berjumpanya. Maklum la kawan lama. Banyak juga aku mengetahui cerita peribadinya. Akhirnya aku yang betul-betul SUPRISE.
Sekarang aku lebih berhati-hati, biarlah kalau orang kata aku sombong dan sebagainya. Sementelah pula mata aku sekarang dah berapa terang. Mungkin kesan kemalangan yang aku alami 10 tahun lepas. Kadang-kadang dari jauh agak sukar untuk aku mengenali orang. Lebih baik aku diam dahulu daripada mendapat sekali lagi kemaluan besar.......Tak gitu sahabat aku BENJO a.k.a Khalili Jamaludin.
ckLah pun pernahlah....menerima kemaluan begini!
BalasPadamMasa tu berjalan nak ke dewan kuliah...tiba-tiba sorang mamat dari belakang berhentikan motor betul betul sebelah ckLah.
'Jomlah....I hantar!' katanya lembut.
'Errr...tak apalah...terim....ma....ka...!"
Cis! rupanya dia bercakap dengan makwenya di belakang ckLah!
Maluuuuu...
ini memang besar sungguh kemaluannya. Kalau aku pun tak tau nak letak muka kat mana
BalasPadambiasa la..benda2 camni anjang...bukan hang...aku pun pernah kena..
BalasPadamwei, bila nak mai bangi?...
huhu.....
BalasPadamteman belum kritikal bab tersalah orang nie...
tapi... tapi kalau jenih jalan2 pandang tempat lain...
pusing depan bebetoi tiang letrik... bedentum!
tengah2 pekan karai tu lak kenanya...
ramainye umat....
kat situ gak rasa nak bagi pengsan.. tapi idak lak mau!!
haha.. life as is yea mike....
cikgooden
BalasPadamCuti hari memang cadang nak pi bangi, kereta pulak meragam, kenduri kahwin anak sedara di mantin pun aku tak dapat pi
kulop ludin
ha ha mesti sakit tu kan, aku juga pernah jatuh daripada kerusi di sebuah kedai makan disebabkan lantainya yang licin. Sakitnya hilang disebabkan malu
Ahaks.. so far duuk sini belum penah lagik kena insiden camnie sebab takkan ada minah atau mat saleh yg pelanduk 2 serupa kan hehehe..
BalasPadamRasanya selalu ada benda2 camnie.. dulu ada sorg student selalu silap org ingatkan saya sorg lecturer nie.. sampai ke sudah rasanya dia masih silap org walaupun dh berkali2 bgtau.. kdg2 tuh senyum jelah maleh dh nk betulkan ahaks..
Tapi pling best kenangan student marah kwn dia sebab panggil saya puan.. mati2 dia marahkan kwn dia.. kata saya cik (blum kwin).. nak tergelak pun ada.. tapi saya ckp slow2 jek.. betullah tuh panggil saya puan.. tapi kalau nk panggil saya cik.. ok jek.. saya suka gak tuh hehehe.. malu besar student tuh.. kesian pun ada gak hehehe ;)
Salam anjang.
BalasPadamYang selalu kpd saya sebaliknya. Dah banyak kali org tegur saya siap salam2 lagi tapi saya tak kenal dia. Saya tahu dia dah tersilap ingat saya ini Yusuf - (adik kembar saya).
psst - pernah org ajak saya makan kfc. Saya pun bedal aje. Dah kenyang baru adik saya muncul hehehe
hahahaha...saya pun ader peristiwa memalukan macam tu jgk...
BalasPadamsaya ingat lg, time tu kat stesen bas..saya nk g somewhere..sekali nampak mamat tu sebijik mcm ayah saudara saya...saya siap g salam dia, cium tgn, pastu siap cium pipi segala bagai..mamat tu cam blur jer...bila saya tanye betul2...rupanya org lain..hanya Allah jer tau perasaan malu time tu...rase mcm nak mintak driver bas langgar jer..