Nuffnang

Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

Rindunya aku menulis blog

Hari ini aku memblog dari sekolah, memandangkan ada banyak masa free dan line internet sekolah yang agak laju serta kerja-kerja duniawi yang agak kurang. Pada mulanya agak sukar juga untuk menulis memandangkan hampir 2 bulan aku tidak mengetuk papan kekunci.

Banyak sangat perkara yang hendak di tulis, namun keterbatasan masa dan disebabkan aku menggunakan komputer sekolah hati rasa tidak berapa selesa dengan keadaan ini. Bermula saat persekolahan pada bulan 1 yang lalu, kerja bertimbun-timbun. Rasa macam tak cukup tangan untuk melakukan semuanya.

Tugas yang paling berat apabila aku diamanahkan untuk menyediakan persembahan untuk seorang rakan guru yang ingin bersara. Aku terpaksa memikirkan konsep persembahan, memilih pelajar, melatih pelajar dan menyediakan prop. Hampir setiap petang aku berada di sekolah dan balik ke rumah pada pukul 6.00 petang setiap hari.

Oleh kerana rakan guru yang ingin bersara ini merupakan orang yang banyak berjasa kepada sekolah, daerah dan negara maka persediaan peresembahannya mestilah dibuat dengan penuh teliti dan memenuhi standardnya.

Aku memang tak suka benda yang dibuat cincai-cincai. Segalanya mesti menghampiri sempurna kalaupun tidak mencapai tahap sempurna. Rakan guru yang bersara ini merupakan jurulatih hoki yang melahirkan ramai pemain hoki Malaysia antaranya Roslan Jamaludin, Tajol Rosli dan ramai lagi.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar mengikut perancangan. Namun banyak juga perkara yang perlua diperbaiki dalam persembahan yang akan datang sekiranya aku diberi amanah dan kepercayaan oleh pihak sekolah.

1 ulasan:

  1. patutlah lama tak berblog berbulan ada kot hehehe.. takpe sudahkan keje yg penting dulu tuh ;)

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...