Nuffnang

Pengikut

Ahad, 21 Februari 2010

YA Habibi Ali Baba......

Apabila di sebut lurus bendul, selamba dan tak de rasa malu maka aku tergambarkan Pak Arab yang aku jumpa di Lost World Of Tambun pada minggu lepas. Setelah seharian berekreasi di Lost World maka aku sekeluarga menunggu giliran untuk mandi menggunakan bilik mandi yang disediakan oleh pihak Lost World.

Memandangkan orang tersangatlah ramai maka aku mengambil keputusan untuk menunggu sambil duduk di atas batu di jalan menuju ke bilik air. Tiba-tiba aku ternampak seorang Pak Arab ni dengan selambanya menukar pakaian yang basah di khalayak ramai. Bukan main selamba dan bersahaja.

Mula-mula ditanggalnya baju yang basah. Kemudian dia menyarungkan kain pelikat. Selepas itu dia menanggalkan seluar basah. Yang tu ok lagi la aku tak kisah sangat. Apabila tiba bab dia menganggalkan seluar dalamnya yang ini aku rasa lain macam sikit. Setelah dia menanggalkan seluar dalamnya dengan penuh bersungguh-sungguh dia memerah sambil mengibas-ngibaskan seluar dalamnya di khalayak ramai. Nasib baiklah tak de Abdul Kibas kat situ.

Aku nampak air kibasan seluar dalamnya merecik terkena makcik yang berada berhampiran dengannya. Namun wajahnya selamba sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah itu dia memakai baju berwarna putih dan menyarungkan seluar dalam berwarna putih. Aku mula risau menyaksikan aksi ini takut-takut ternampak telur mata kerbaunya. Maklumlah dia memakai seluar dalam tersebut seperti memakainya di rumah.

Selepas itu, dia mengeluarkan sikat yang kelihatan seperti berus basuh kain. Di depannya sikat dan di belakangnya cermin. Bukan main dia bersikat sambil membetulkan jambulnya dan sesekali melihat cermin. Kemudian dia menyikat jambangnya pula. Setelah semuanya selesai dia terus berlalu pergi. Memang best la Pak Arab ini memang Selamba Kodok dia menukar pakaian di khalayak ramai tanpa ada apa-apa rasa.

Sesudah aku sekeluarga menukar pakaian, aku sekeluarga singgah di kedai cenderamata. Sekali lagi aku bertembung dengan Pak Arab ni. Memang kalut dan happening betul Pak Arab ni. Rupanya kali ni dia nak beli T-Shirt Lost World. Macam-macam soalan ditanyanya pada jurujual. Jenuh juga jurujual tersebut nak menjawabnya. Bahasa Inggerisnya pun agak berterabur.

Yang bestnya tu belum sempat membayar baju tersebut dia terus hendak memakai baju tersebut. Jurujual tersebut memintanya untuk membayar dahulu sebelum memakainya. Namun Pak Arab tersebut tetap berkeras. Maka terpaksalah jurujual tersebut menscan baju tersebut di badan Pak Arab. Kemudian seorang lagi jurujual terpaksa memotong tanda harga dan mengeluarkan tag keselamatan (tag untuk mengelakkan kecurian) yang masih berada pada baju yang dipakainya.

Setelah membayar wang Pak Arab tersebut teus berlalu. Memang betul la Pak Arab ni semuanya hendak cepat, segera dan ringkas. Keletihan pada hari tersebut terubat dengan gelagat Pak Arab yang penuh selamba.......

3 ulasan:

  1. masa pergi a famosa water world aritu pun aku bertembung ngan pak dan mak arab.. mereka suka mandi manda kot...

    tapi tak plak bertembung dgn yg selamba mcm pak arab ko...
    .
    .

    hidup mesti selamba... hikkksss

    BalasPadam
  2. biar cepat asalkan selamat hehehe ;)

    BalasPadam
  3. hahaha..best betul pak arab ni..haha..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...