Nuffnang

Pengikut

Isnin, 30 November 2009

Kenangan aku dan HPA


Aku memang sudah lama mengenali HPA yang merupakan sebuah syarikat herba bumiputra islam yang terulung dalam negara. Aku mengenali HPA setelah diperkenalkan oleh arwah emak aku. Konsep perniagaan herbanya menarik minat aku untuk menyertai syarikat ini.

Apabila arwah emak mengambil keputusan untuk menjadi ahli HPA maka bermulalah perjuangan aku dalam memperkenalkan kebaikan herba kepada masyarakat sekeliling. Rumah aku dijadikan tempat untuk mesyuarat mingguan.

Aku menjadi penceramah utama tentang kebaikan herba HPA. Saban minggu rumah aku dikunujungi ramai ahli-ahli HPA daripada seluruh kariah aku. Aku sentiasa memperdalamkan ilmu tentang herba dan kaedah rawatan penyakit menggunakan herba.

Apabila melihat ramainya orang yang sembuh daripada penyakit tertentu setelah menggunakan herba HPA maka aku terus mempromosikan herba tersebut kepada lebih ramai kawan-kawan yang rapat.

Jualan stokis terus meningkat. Namun yang indah tidak selalunya kekal lama. Badai datang melanda apabila selepas itu produk HPA mula dilanda pelbagai masalah dan kualitinya mula menurun. Di tambah pula leader-leader hebat dalam HPA mula berhijrah ke syarikat lain.

Saban hari Upline aku datang memujuk aku untuk berhirah ke syarikat lain. Akhirnya aku juga tewas kepada pujukan tersebut. Namun HPA tetap dihati kerana banyak mendidik aku tentang Herba.

Dengan penghijrahan ramai leader HPA terus merosot jualannya. Produk yang tidak terjual berlambak-lambak di gudangnya. Pengasas HPA Tuan Hj Ismail Ahmad pernah berkata mungkin dia terpaksa berniaga pasar malam semula kerana jualan HPA terus merosot.

Pada masa inilah HPA dilemparkan dengan pelbagai mehnah. Namun melihatkan muka Tuan Hj Ismail yang tenang menyebabkan aku antara percaya dan tidak percaya tentang mehnah yang dilemparkan.

Walaupun HPA berada dalam keadaan gawat aku dan keluarga terus menggunakan produk-produknya. Hubungan aku dan HPA tidak putus kerana aku tahu HPA akan kembali bersinar. Hanya menunggu masa yang sesuai.

Apatah lagi syarikat ini begitu memperjuangkan produk halal 100% . Aku sentiasa mengharapkan agar HPA menjadi peneraju industri halal negara. Segala-galanya berubah apabila iklan kopi Radix muncul di kaca TV.

Dalam sekelip mata HPA terus mendaki puncakmya. Segala-gala yang dilakukan oleh pengasasnya Tuan Hj Ismail menjadi. Apa sahaja bidang perniagaannya yang dicetuskannya pada masa ini menjadi fenomena. Yang terkini Radix Fried Chicken restoran makanan segera yang organik,segar dan berkhasiat hanya menunggu masa untuk menggegarkan industri makanan segera negara.

HPA kini mempunyai staf seramai 1800 dan 550,000 ahli berdaftar. Serta 200,000 ahli di indonesia dengan 8 cawangan dan 400 stokis. HPA juga mempunyai ahli di Brunai, Singapore

Bersambung di entry yang seterusnya.......

Trilogi 3 : Kicap pun kicaplah.......


Cerita 48 Top 60
Peristiwa ketiga ni betul-betul fresh. Belum ada mana-mana akhbar atau majalah yang publishkan cerita ni. Eksklusif di Anjang Blog. Terjadi betul-betul masa berbuka tadi. Memandangkan dah lama aku tak ke Bazaar Ramadhan, maka sekali-sekali keluar aku mencari juadah kesukaan aku iaitu kuih lopeh de squera

Tak beli banyak pun, cuma beli tiga keping (RM 1.00) cukup la untuk rasa je. Selepas itu, aku mencari juadah yang seterusnya ikan bakar dan pecal. Anak-anak dan orang romah dah hilang dalam pasar Ramadhan. Mungkin mereka mencari juadah kesukaan mereka.

Aku terus menunggu di kereta. Selepas 15 minit dari jauh aku nampak anak-anak dan orang rumah membimbit beg plastik berisi juadah kegemaran masing-masing. Ada nasi ayam, Roti John, Murtabak, Air soya dan tauhu sumbat. Dalam hati aku sapa pulak nak makan banyak-banyak ni. Aku tak lalu.

Setibanya di rumah semua juadah diletakkan di atas meja. Hari ni merasa la orang rumah aku off memasak. Kalau tidak asyik masak,, masak dan terus memasak. Masuk je waktu berbuka anak-anak aku dah mengadap juadah kegemaran masing-masing.

Aku macam biasa makan 3 biji kurma, minum sikit air dan solat maghib dulu. Takut lepas makan langsung tak lalu bersolat. Habis je solat aku pun join anak-anak aku makan. Kesemuanya makan nasi ayam. Aku pun membuka pecal yang memang antara favourite dish aku. Habis je pecal aku teringatkan kuih lopeh aku.

Kuih ni juga kegemaran anak aku yang nombor empat. Aku ambik sekeping kuih lopeh dan sebungkus kecil gula hitam dan aku tinggalkan dua keping kuih lopeh dan 2 bungkus kecil gula hitam kut-kut ada sapa-sapa nak makan.

Setelah meletakkan sekeping kuih lopeh di dalam piring aku pun menuangkan sebungkus gula hitam cair di atasnya. Aku mencedok kuih lopeh bercampur air gula hitam dengan sudu, sedapnya lopeh ni, dah lama aku tak rasa. Sedang aku makan kuih lopeh, anak aku yang nombor empat bersuara yang dia pun nak makan kuih lopeh jugak.

Aku member arahan kepadanya untuk mengambil piring dan sudu. Kemudian aku ambik sekeping kuih lopeh dan aku tuangkan gula hitam cair ke atasnya. Dalam hati aku mesti sedap dia makan ni sebab aku makan pun sedap rasanya. Kalau arwah emak aku ada selalu dia buat kuih lopeh ni. Masa-masa ni la terkenangkan kembali keenakan dan kelazatan masakan arwah emak yang memang holiyau. Tapi semunya itu hanya tinggal kenangan.

Selepas menyuap kuih lopeh ke mulutnya tiba-tiba anak aku bersuara. Mengapa kuih lopeh ni lain macam rasanya. Aku hairan juga lain macam macam mana. Rasa basi ke atau tak sedap. Aku makan ok je.

Serentak itu aku terpandang gula hitam cair masih ada 2 bungkus lagi. Sepatutnya apabila aku tuangkan ke atas kuih lopeh anak aku tentu tinggal satu bungkus. Aku cuba mencium bau kuih lopeh tu. Pasal apa pulak bau kicap.

Baru aku perasan rupanya aku tertuangkan bungkus kicap untuk nasi ayam ke atas kuih lopeh anak aku. Patut le kuih lopeh tu berbau kicap. Teringat pulak aku cerita musang berjanggut. Kicap pun kicap lah..... Kesian anak aku terpaksa makan kuih lopeh berperisa kicap. Sempat juga aku snap gambar kuih lopeh berkicap untuk tontonan pembaca blog...... Cubaannnnnnnnn.

Rabu, 25 November 2009

"Ayah Marry Brown lalu"


Sedang menunggu orang rumah membeli-belah untuk persiapan hari-raya puasa baru-baru ini aku dan 2 orang anak duduk di luar Restoran Marrybrown di Greentown Mall Ipoh. Tiba-tiba anak aku yang nombor tiga bertanya "Ayah Marry Brown tu apa?". Aku pun menjawab "Marry si rambut perang".

"Macam mana tu Una tak pernah tengok?" Soal anak aku. Susah juga aku hendak menjawab persoalan tersebut. Aku berfikir sejenak bagaimana untuk aku menerangkan kepadanya tentang Marrybrown.

Tiba-tiba seorang pekerja Marrybrown keluar daripada ruangan kaunter ke bahagian hadapan untuk mengemas dan mengelap meja.Rambutnya berwarna perang. Daripada gelagatnya aku rasa pekerja ni seorang Auwwww. Aku pun berkata kepada anak aku. "Una nampak tak orang tu, macam tu la Marry Brown"

"Oh macam tu rupanya". Selepas itu lalu pula seorang lelaki cina berambut perang yang tergesa-gesa menuju ke tandas. "Ayah yang tu Marry Brown juga ke". Susah jugak aku hendak menjawabnya. "Lebih kurang la kata aku".

Selepas itu lalu lagi 2-3 orang Marry Brown di hadapan tempat kami duduk. Setiap kali Marry Bown lalu ana-anak aku mula tersenyum. Mulai hari itu asal bertembung sahaja orang berambut perang maka anak aku akan cakap "Ayah Marry Brown lalu".

Memang betul pun pada hari ini bukan sahaja orang cina yang ramai jadi Marry Brown, orang melayu juga cukup ramai yang nak jadi Marry Brown......

Trilogi 2 :Menyonyot


Cerita 47 Top 60

Peristiwa kedua juga berlaku tidak lama dahulu. Yang ni lebih tragis kerana melibatkan anak aku yang menjadi mangsa keadaan . Masa itu aku cuba mengubah minuman mereka dari susu skim ke Milo.

Almaklum la masa tu duit susu sahaja hampir RM 300 ke RM 400 sebulan.Ada 3 orang anak aku yang masih menghisap minum susu skim. Memang parah. Pamperpun hampir RM 400 sebulan. Maka sebagai alternatif aku cuba menukar minumannya kepada Milo. Dapatlah aku berjimat sedikit.

Sudah menjadi kebiasannya selalunya orang rumah yang akan membacuh susu setiap kali anak-anak merengek nak susu. Entah macam mana pada satu hari itu anak aku yang nombor tiga tu mengamuk-ngamuk hendak minum milo dalam botol susunya.

Dengan niat untuk membantu dan meringankan beban orang rumah aku pun segera mengambil botol susu anak aku. Dengan berhati-hati aku masukkan milo, gula, sedikit susu air panas dan ayor mati. Kemudian aku kocak sekuat hati bagi memesrakan semua bahan-bahannya.

Dengan confiden dan kebanggaan yang meluap-luap di hati kerana dapat membantu orang rumah, aku pun menghulurkan botol susu yang berisi Milo kepada anak aku. Aku rasa susu ni mesti sedap sebab semua ramuannya cukup dan tip top.

Anak aku pun apa lagi, apabila nampak je botol susu cepat je dia menyambar botol susu dan terus menyonyotnya. Aku berasa lega kerana berjaya juga hasrat aku untuk membantu orang rumah dan mebancuh Milo untuk anak aku. Sedap je aku tengok dia menyonyot botol tersebut

Namun tidak berapa selepas itu anak aku sudah tidak mahu menghisapnya lagi. Katanya tak sedap. Tak macam mak buat. Apabila dia cakap macam tu aku rasa bengang jugak. Penat-penat aku buat langsung tak dihargai.

Aku pun cuba rasa betul ke tak sedap. Nyonyot la sikit botol tu. Mak oiii masinnya ngapa pulak Milo ni masin?. Perisa baru ke.Patut la anak aku kata tak sedap. Baru aku perasan botol gula dan botol garam memang orang rumah aku letakakan dekat-dekat.

Disebabkan terlampau confiden ropa-ropanya akun tersalah cedok. Botol garam ku sangkakan botol gula. Apalagi terminum lah anak aku resepi baru yang ditemui secara tak sengaja Milo perasa garam . Kwah.....kwah....kwah...... Rasa malu pun ada. Nampak sangat jarang masuk dapur.......

Power Rangers mencari buku


Seharian bersama anak-anak pada musim cuti sekolah kadang-kadang memeningkan kepala. Rumah hiruk pikuk dengan bunyi anak-anak bermain bermacam-macam permainan dan bercampur baur dengan bunyi tangisan anak aku yang nombor tiga. Anak aku yang nombir tiga memang pantang diusik mulalah menangis.

Namun daripanyalah aku mendapat banyak idea untuk menulis blog. Kepelbagaian kosa kata ciptaaannya serta gelagatnya yang selamba memang mencuitkan hati aku sekeluarga. Seperti cuti-cuti yang lepas, dapur sentiasa berasap.

Sepanjang masa mereka ini lapar. Sesekali aku juga mencungkil semula skill lama memasak makanan kegemaran mereka anataranya nasi goreng kicap, nasi goreng tomato dan mee goreng basah. Memandangkan gaji bulan lepas di bayar awal , maka menunggu gaji bulan ini merupakan satu penderitaan.

Dapat sahaja gaji aku mengajak anak-anak aku ke Ipoh untuk menyelesaikan beberapa tugas yang tertangguh di samping meronda di Jaya Juco, Tesco dan Greentown Mall. Semasa berada di pintu masuk Jaya Jusco kami sekaluarga bertembung dengan Zizan dan Nabil. Sempat juga aku berbual dengan Zizan yang ternyata sama sahaja gelagatnya di dalam dan luar TV.

Sempat juga anak-anak aku bergambar dengan Zizan dan Nabil. Namun tak sempat aku uploadkan di entry ini kerana aku mengambil gambar mereka menggunakan camera handphone. Reader Card pula hilang entah ke mana.

Sebelum itu, dalam perjalanan pulang ke Ipoh anak-anak aku bukan main rancak bersembang sesama mereka. Antara dialog yang melucukan aku ialah " Abang, Power Rangers ni penyelamat dunia ke?". Tanya anak aku nombor empat kepada abangnya. "Power Rangers lah penyelamat dunia". Kata anak aku yang nombor 2.

Tiba-tiba anak aku yang nombor 3 menyampuk "Una tak percaya Power Rangers penyelamat dunia". Anak aku yang nombor empat bertanya "Pasal tak percaya"."Hari itu masa una cari buku sekolah yang hilang , Una minta power rangers datang tolong cari, dia tak datang pun".

"Memang dia tak tolong sebab dia cuma lawan raksaksa je" Kata anak aku yang nombor empat. Aku berfikir sendirian sampai begitu pengaruh power rangers dalam hidup mereka. Aku cuma tersenyum sedndirian mendengarkan perbualan sesama mereka.

Kalaulah power rangers boleh mencari buku yang hilang ok jugak ya. boleh aku gunakannya untuk mencari buku-buku teks dan buku latihan anak murid yang selalu hilang.........

Selasa, 24 November 2009

Trilogi 1: Wow manisnya


Cerita 46 Top 60
Hari ni berlaku lagi peristiwa yang melucukan dalam hidup aku. Peristiwa ni berlaku semasa berbuka puasa tadi. Maka lengkapkan 3 peristiwa yang aku rasa berlaku tanpa disengajakan dan memang di luar kawalan otakku yang waras.

Peristiwa pertama berlaku agak lama dulu. Kisahnya begini selepas walimatul urus di rumah opah aku air gula biasanya banyak lebih. Bagi mengelakkan pembaziran, air gula disimpan dengan ditutup rapat di dalam botol air mineral. Ada yang diletakkan di atas para dan ada yang diletakkan di dalam peti ais.

Disebabkan terlampau dahaga aku membayangkan betapa sedap, sejuk dan nyamannya air sejuk di dalam botol air mineral yang ada di dalam peti sejuk. Tanpa berlengah aku pun mengambil gelas dengan rakusnya. Aku menuangkan sedikit air gula yang terdapat dalam botol mineral di atas para.

Kemudian aku buka peti ais dan menuang air mineral sejuk dalam botol air mineral yang terdapat dalam peti ais ke dalam gelas. Disebabkan terlampau dahaga aku pun terus minum. Mak Datuk manisnya, pada pendapat aku mungkin air gula yang aku mula-mula ambil tu terlampau manis.

Aku pun apa lagi tuang lagi air sejuk tu. Bertambah manis. Aku pun tuang lagi air sejuk. Lagi manis. Aku pun hairan mengapa semakin aku tuang air sejuk ni, semakin manis rasa airnya. Lama jugak aku mencari sebab musababnya.

Kemudian baru aku terfikir yang aku sangkakan air sejuk tu rupanya air gula. Ropanya di samping botol air gula diletakkan di atas para ada juga botol air gula diletakkan di dalam peti ais. Aku tersenyum sendiri mengenangkan kebodohan diri sendiri.

Patut la semakin di tuang semakin manis. Dalam hati aku mujur la orang tak nampak. Kalau tidak malunya. Itu lah penangannya tak mau bertanya dengan orang. Sapa yang susah, sendiri jugak susah...... hai memang shushah, shushah.

Isnin, 23 November 2009

Hanya kerana sepasng kasut


Cerita 45 Top 60
Aku memang sudah lama minat sangat kasut jenama Top Ten ni. Mulanya aku melihat bapa saudara aku yang tinggal di Trengganu datang ke rumah aku memakai kasut jenama Top Ten. Bagi aku kasut tersebut cantik dan bergaya

Aku hanya memendam rasa untuk memiliki sepasang kasut tersebut.Kasut lain bagi aku tidak secantik kasut Top Ten. Aku mengimpikan raya kali ini aku mesti memiliki kasut ini. Menjelang hari raya sebagaimana biasa ayah dan arwah emak aku akan membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Ayah aku pun bertanya kepada “Raya ni kamu nak nak kasut apa” ?. Apalagi aku pun menjawab kasut Top Ten. Cari di pekan Sungkai tak de. Cari di Bidor pun tak de. Jenuh ayah dan arwah emak aku memujuk aku supaya membeli kasut jenama lain. Aku tetap berkeras nak kasut jenama Top Ten juga. Hari berikutnya Ayah aku mengajak aku dan arwah emak ke Teluk Intan.

Nak ke Teluk Intan bukannya senang. Terpaksa naik Bas dari Sungkai. Berhenti di Bidor dan ambik pulak bas ke Teluk Intan. Pada hari itu orang punya la ramai dalam bas. Sendat sesendatnya. Aku sudah tak tahan akhirnya aku termuntah di dalam bas. Namun aku tetap meneruskan puasa.

Sampai di Teluk Intan misi mencari kasut aku pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai. Malangnya tak de kasut jenama tu. Kedai-kedai kasut yang besar pun tak de menjual kasut jenama tu. Aku tetap berkeras tak nak kasut jenama lain.

Bayangkan waktu tu matahari tegak di atas kepala tambahan dengan letih berpuasa. Ayah dan arwah emak aku berpeluh-peluh keletihan.Namun ayah dan emak aku masih bersabar dan terus mencari kasut tersebut. Akhirnya kasut jenama Top Ten tu ditemui di satu kedai kasut kecil dan tak berapa popular.

Aku tersenyum lebar. Ayah dan emak aku menghembuskan nafas lega. Nampak sangat kepuasan terpancar di wajah mereka apabila dapat memenuhi kehendak anaknya.Kalau di fikir-fikir betapa zalimnya aku pada ketika itu. Peristiwa ini menyedarkan aku betapa kasih dan sayangnya Ayah dan arwah emak terhadap aku.

Cuma aku sebagai anak kadang-kadang tak dapat memenuhi kehendak mereka terutamanya arwah emak aku. Sehingga ke akhir hayatnya aku gagal memenuhi kehendak dan kemahuannya. Sedangkan seorang emak dan ayah sanggup bersusah payah hanya kerana sepasang kasut.

Inilah peristiwa yang berlaku hampir 30 tahun dulu semasa aku masih di sekolah rendah. Apabila aku kenangkan kembali amat menyentuh perasan dan bisa meruntun jiwa. Setiap kali aku ceritakan peristiwa ni pada anak-anak aku, aku rasa sebak.Ya Allah kau kasihanilah ibuku dan tempatkan rohnya di kalangan orang yang bertakwa. Aminnnn...

Ahad, 22 November 2009

Tangkap Syahdu di Bulan Ramadhan


Cerita 44 Top 60
Peristiwa ni berlaku 5 tahun dahulu semasa aku tengah aktif direct selling. Memang rutin setiap minggu aku ke Teluk Intan untuk meeting mingguan. Walaupun bulan Ramadhan meeting tetap berjalan macam biasa.

Memandangkan meeting bermula pukul 3.00 petang dan habis pukul 5.30 petang aku bagi tau orang rumah tak payah masak nanti aku beli lauk di Bazzar Ramadhan di Teluk Intan. Bazaar Ramadhan kat sini agak unik sikit banyak juadah yang tak de kat tempat lain tapi kat sini ada.

Setelah meninjau-ninjau juadah apa yang hendak dibeli akhirnya aku memutuskan untuk membeli beberapa jenis juadah yang menjadi kegemaran keluarga aku .Aku juga tak lupa membeli seekor ayam panggang yang menjadi kegemaran anak-anak aku. Memang mengancam ayam panggang ni tentu anak-anak aku suka. Aku dapat bayangkan betapa sedapnya mereka makan ayam panggang.

Setelah semua juadah telah dibeli aku pun bertolak balik dan tiba dirumah pada pukul 7 petang. Anak-anak dah menunggu juadah yang aku bawak dengan penuh harapan yang menggunung. Orang rumah mula membuka juadah dan meletakkan di dalam pinggan.

Selepas itu aku membuka bungkusan ayam panggang. Apalagi anak-anak aku punya suka dan tak sabor-sabor nak tunggu berbuka puasa. Apabila masuk je waktu berbuka maka juadah pertama yang anak-anak aku ambik ayam panggang.

Apabila anak aku yang kedua mula nak menyuapkan masuk ke dalam mulut aku dapat menghidu bau ayam ni yang lain macam baunya. Aku melarang anak aku makan ayam tersebut. Setelah aku belek-belek sah baun tersebut datang daripada ayam panggang. Apabila aku cium ayam tersebut baunya memang busuk. Memang tak boleh makan.

Dalam hati aku menyumpah seranah penjual ayam tersebut !@#$%^&. Aku rasa ayam yang tak laku dihangatkan kembali. Mungkin 4 ke 5 hari punya ayam. Memang sial betul. Aku memang tak halalkan duit aku.

Betapa luluhnya hati apabila harapan anak-anak untuk makan ayam panggang berkecai. Aku rasa kecewa yang amat sangat kerana tak dapat memenuhi kehendak anak-anak aku.Kerana aku tau mereka memang suka ayam panggang. Tambahan pula anak aku yang nombor dua tu baru belajar puasa dan dia yang minta membelikan ayam panggang .

Ini satu perkara yang perlu di beri perhatian oleh peniaga-peniaga Bazzar Ramadhan. Juallah benda yang fresh dan elok. Jangan hampakan harapan orang yang nak berbuka puasa. Daripada dapat pahala terus dapat dosa. Amanahlah dalam berniaga kerana peniaga yang amanah semasa di akhirat kedudukannya di samping para anbia. Renungkanlah.......

Jumaat, 20 November 2009

Batu Merah



Cerita 43 Top 60
Kisah ini diceritakan oleh seorang member aku Syeikh Tabligh Roslee Hashim. Aku cukup suka mendengar ceritanya tentang tabligh dan isu-isu terkini yang dihuraikan dengan penuh mantap berdasarkan sandaran hujah yang kuat. Daripada beliaulah aku mula memandang positif kepada jemaah Tabligh. Hujahnya sampai ke hati yang dalam.

Seperti biasa apabila masuk sahaja bulan Ramadahan maka aktiviti Bazaar Ramadhan pun rancak seiring dengan perekembangan bulan Ramadhan itu. Bazaar Ramadhan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Apa sahaja yang dijual selalunya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bagi pengunjung yang berpuasa sudah tentu rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual. Segala-galanya rasa nak dibeli. Malahan kuih-muih yang bukan favourite kita sebelum ini pun nampak terlampau sedap dan mengiurkan.

Rasa lapar akan lebih merangsang kita untuk membeli pelbagai juadah tanpa pertimbangan akal yang rasional. Tu yang kadang-kadang apabila berbuka pelbagai juadah terhidang diatas meja makan. Akhirnya kebanyakan juadah yang dibeli berakhir di tong sampah.

Menurut Syeikh Rosli terdapat satu kedai yang menjual ayam percik menggunakan tungku batu berwarna merah. Apabila terkena bahang api maka ia menyerlahkan lagi kemerahannya. Kalau dilihat dari jauh ia dilihat seolah-olah sejenis juadah yang sedang di bakar dan amat menyelerakan.

Ada sorang mamat ni dengan confidennya bertanya kepada taukeh ayam percik. "Bang tu apa, Saya nak satu" katanya. Taukeh ayam percik tu agak kehairanan kerana dia hanya jual ayam percik. Kemudian taukeh tu bertanya lagi "Encik nak ayam percik ke?". "Bukan saya nak yang merah tu" kata mamat tu lagi.

Lama taukeh tu termenung baru lah dia faham maksud mamat tu. Dengan selamba dia menjawab "Encik tu batu tungku, takkan batu tungku pun nak makan". Tersipu-sipu mamat tu berlalu.

Rupa-rupanya dalam kedaan lapar manusia dah tak boleh beza yang mana makanan dan yang mana batu tungku. Hai orang macam ni pun ada ke?.....

Yang menolong akhirnya keba tolong (kenangan aku dan Din)


Cerita 42 Top 60
"Dato` aku nak tumpang engko ke sekolah hari hujan, aku sangkut kat Bus Stop depan SMK. Sg. Kruit" kata Din dalam telefon. Aku pun menjawab "OK, nanti aku ambik engko,engko tunggu kat sana". Aku sebenornya lagi suka orang tumpang aku sebab ada la kawan aku bersembang hari ini. Kalau tidak terpaksa la menyanyi dan bercakap sorang-sorang dalam kereta.

Peristiwa tu berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu. Waktu tu aku mengajar pada sessi petang di SMK Sri Tapah (Gara-gara melawan, daripada mengajar di Bidor aku di terajang ke Tapah). Memang dah jadi rutin aku, aku akan keluar dari rumah bersama kancil kesayangan aku pada pukul 12.30 tengah hari.(nak jimat minyak beb)

Memandangkan hujan lebat hari tu Din terpaksa menumpang aku. Aku pun bersiap-siap dengan penuh semangat sebab banyak juga perkara yang nak aku sembangkan dengan Din. Aku memandu agak laju sebab nak cepat sampai untuk mengambil Din di Bus Stop di hadapan SMK Sg. Kruit..

Memang sudah menjadi kebiasan apablila hujan lebat jalan di depan Bus Stop SMK SG. Kruit ini akan dinaiki air sehingga akan menenggelamkan longkang besar yang terdapat di kiri dan kanan Bus Stop tersebut. Daripada jauh aku nampak Din sedang berdiri di atas tempat duduk Bus Stop di kiri jalan menuju ke Tapah.

Aku pun memberi signal ke kiri dan membelok ke kiri. Matlamat aku supaya kereta tu sampai betul-betul dekat Din supaya dia tak basah. Oleh kerana air hujan memenuhi longkang besar di sebelah bus stop maka aku tak perasan longkang tersebut dan aku terus je memandu kereta tersebut masuk ke dalam longkang. Sedar-sedar sebelah tayar kereta dah masuk ke dalam longkang.

Alamak aku dah panik dan mengelabah. Tanpa berfikir panjang aku membuka pintu kereta dan turun. Tiba-tiba aku hilang dalam arus deras longkang besar itu.Mujur Din sempat mencapai tali pinggang aku, sempat la aku berpaut pada tangan Din dan seterusnya aku berpaut di tepi longkang. Bayangkanlah din yang kurus tu memegang aku yang besor ni. Terhuyung-hayang juga akau melihat Din memagang aku.

Aku pun naik daripada longkang besar sambil memerhatikan sebelah tayar kereta aku yang masuk ke dalam longkang. Aku mula gabra macam mana nak buat ni. Tak semena-mena datang seseorang yang entah dari mana membantu aku mengangkat kereta tu. Dia mengarahkan aku menghidupkan enjin dan menekan minyak. Dia mengangkat kereta itu dengan sepenuh tenaga secara berseorangan.

Akhirnya tayar kereta aku berjaya dikeluarkan daripada logkang tersebut. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada mamat tersebut. Ternyata kuat sungguh tenaganya. Sebelum tu aku dah try angkat kereta tu ngan Din tapi gagal. Menguit pun tidak.

Oleh kerana baju dan seluar dah basah aku mengajak Din balik ke rumah aku untuk menukar pakaian. Sepanjang perjalanan ke sekolah aku dengan Din asyik ketawa je mengenangkan peristiwa tersebut. Apabila aku ceritakan peristiwa ini kepada kawan-kawan semuanya ketawa.

Setiap kali aku mengenang peristiwa tu aku tertawa sendirian. Yang menolong akhirnya kena tolong. Ha.... Ha....Ha

Khamis, 19 November 2009

Mambang mabuk minum brandi


Cerita 41 Top 60

Anak murid aku yang sorang ni memang dah lama dah tak datang ke sekolah. Tiba-tiba minggu ni dia muncul setelah berpurnama lamanya dia menghlangkan diri entah ke mana. Seperti biasa dengan dia ni aku akan angkat tangan dan cakap hai. Dia pun akan balas balik dengan mengangkat tangan dan berkata hai juga. (Macam reporter dengan ketua penyamun kat pintu gua dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok).

Minggu ni aku banyak memberikan latihan menyalin kepada pelajar-pelajar lemah ni. Pelajar aku yang sorang ni memang lemah. Lain yang aku tulis di papan putih lain yang ditulis di dalam bukunya.

Hari ini dia begitu bersungguh-sungguh menulis. Mungkin semangat baru ingin belajar muncul dalam dirinya... Kalau dilihat pada kesungguhannya memang dahsyat. Khusyuk dia ni menulis dengan mengangkat kepala dan melihat papan putih lepas tu tulis kat atas kertas. Angkat kepala tengok papan putih kemudian tulis kat atas kertas, Begitu lah yang dilakukannya selama lebih kurang setengah jam. Aku saja membiarkan gelagatnya

Sebenarnya aku agak terkejut macam mana dia boleh menyalin apa yang aku tulis sedangkan aku tahu memang tahap menulisnya amat lemah. Yang best tu apabila semua pelajar selesai menyalin dia pun selesai jugak. Maka aku pun terus menyemak buku pelajar lain satu persatu sehingga selesai.

Setelah aku selesai menyemak buku semua pelajar maka aku pun memanggil dia dengan bahasa isyarat sebab dia ni sepatah haram cakap melayu dia tak tau. Dia pun datang dengan penuh bergaya dan bangga sambil membawa kertas yang ditulisnya. Kome tau ke apa yang ditulisnya?. Tengoklah tulisan tersebut di dalam gambar di atas.

Aku memang terasa ingin ketawa yang amat sangat namun
aku pendam di dalam hati sebab tidak mahu mengecewakan dia. Serta-merta fikiran ku melayang mengingatkan cerita pendekar bujang lapok. Lain yang pendekar mustar baca lain yang di tulis Ajis, Ramli dan Sudin.

"Hai mambang tanah, mambang pokok, mambang daun, mambang buah, mambang panjang, mambang pendek, mambang bujur, mambang melintang, mambang gemuk, mambang kurus, mambang tua...." Kata pendekar mustar "Betul kau ni buta huruf ajis".

Ramli pulak baca "hai mambang merah, mambang kuning, mambang putih, mambang biru, mambang cokelat, mambang hitam, mambang biru laut". Tanya Pendekar mustar "apa yang kau tulis, ramli" jawab ramli "tulis arab pakcik...."

Sudin pulak baca "hai mambang tanah,mambang air,mambang api,mambang angin, mambang mabuk minum brandi". Kata pendekar mustar "hai apa gambar orang-orang ni." jawab Ajis 'Ini buka orang ini mambang".

Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan cerita Pendekar Bujang Lapok dan apa yang anak murid aku tulis. Macam ada persamaan. Nasib baik la bukan pendekar mustar yang mengajar anak murid aku ni. Kalau tidak mesti dia kata "Buta kayu"" mambang kepala hotak kau berjambul......"

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...