Nuffnang

Pengikut

Isnin, 30 November 2009

Kenangan aku dan HPA


Aku memang sudah lama mengenali HPA yang merupakan sebuah syarikat herba bumiputra islam yang terulung dalam negara. Aku mengenali HPA setelah diperkenalkan oleh arwah emak aku. Konsep perniagaan herbanya menarik minat aku untuk menyertai syarikat ini.

Apabila arwah emak mengambil keputusan untuk menjadi ahli HPA maka bermulalah perjuangan aku dalam memperkenalkan kebaikan herba kepada masyarakat sekeliling. Rumah aku dijadikan tempat untuk mesyuarat mingguan.

Aku menjadi penceramah utama tentang kebaikan herba HPA. Saban minggu rumah aku dikunujungi ramai ahli-ahli HPA daripada seluruh kariah aku. Aku sentiasa memperdalamkan ilmu tentang herba dan kaedah rawatan penyakit menggunakan herba.

Apabila melihat ramainya orang yang sembuh daripada penyakit tertentu setelah menggunakan herba HPA maka aku terus mempromosikan herba tersebut kepada lebih ramai kawan-kawan yang rapat.

Jualan stokis terus meningkat. Namun yang indah tidak selalunya kekal lama. Badai datang melanda apabila selepas itu produk HPA mula dilanda pelbagai masalah dan kualitinya mula menurun. Di tambah pula leader-leader hebat dalam HPA mula berhijrah ke syarikat lain.

Saban hari Upline aku datang memujuk aku untuk berhirah ke syarikat lain. Akhirnya aku juga tewas kepada pujukan tersebut. Namun HPA tetap dihati kerana banyak mendidik aku tentang Herba.

Dengan penghijrahan ramai leader HPA terus merosot jualannya. Produk yang tidak terjual berlambak-lambak di gudangnya. Pengasas HPA Tuan Hj Ismail Ahmad pernah berkata mungkin dia terpaksa berniaga pasar malam semula kerana jualan HPA terus merosot.

Pada masa inilah HPA dilemparkan dengan pelbagai mehnah. Namun melihatkan muka Tuan Hj Ismail yang tenang menyebabkan aku antara percaya dan tidak percaya tentang mehnah yang dilemparkan.

Walaupun HPA berada dalam keadaan gawat aku dan keluarga terus menggunakan produk-produknya. Hubungan aku dan HPA tidak putus kerana aku tahu HPA akan kembali bersinar. Hanya menunggu masa yang sesuai.

Apatah lagi syarikat ini begitu memperjuangkan produk halal 100% . Aku sentiasa mengharapkan agar HPA menjadi peneraju industri halal negara. Segala-galanya berubah apabila iklan kopi Radix muncul di kaca TV.

Dalam sekelip mata HPA terus mendaki puncakmya. Segala-gala yang dilakukan oleh pengasasnya Tuan Hj Ismail menjadi. Apa sahaja bidang perniagaannya yang dicetuskannya pada masa ini menjadi fenomena. Yang terkini Radix Fried Chicken restoran makanan segera yang organik,segar dan berkhasiat hanya menunggu masa untuk menggegarkan industri makanan segera negara.

HPA kini mempunyai staf seramai 1800 dan 550,000 ahli berdaftar. Serta 200,000 ahli di indonesia dengan 8 cawangan dan 400 stokis. HPA juga mempunyai ahli di Brunai, Singapore

Bersambung di entry yang seterusnya.......

2 ulasan:

  1. ckLah baru dapat kad ahli....hari tu singgah beli bebola ikan dan aiskrim....terus daftar! Tapi, sekadar beli untuk keluarga sendiri sajalah...Nak berjualan, memang tk ada bakat langsung!

    BalasPadam
  2. kalau ke sg. petani cubalah ke RFC radix fried chicken. menggunakan produk HPA hati rasa tenang kerana tiada sebarang was-was dan keraguan. Yang pentingnya 100% halal

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...