Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Cerodek buah @#$%^&.............


Ini merupakan sebuah lagi pengalaman ngeri dan menyayat hati yang diceritakan sahabat baik aku Cikgu Faizul (bukan nama sebenar). Dia merupakan mangsa keadaan pentadbir sekolah yang suka atau kerap kali mengambil kesempatan ke atas cikgu-cikgu biasa.

Cikgu Faizul ini mengajar subjek yang memerlukan banyak kemahiran pelajar. Sebagaimana yang aku kenal Cikgu Faizul merupakan seorang yang amat komited dengan tugas serta tegas . Sentiasa menyelesaikan tugas mengikut perancangan masa yang ditetapkan.

Saban tahun dia antara Cikgu yang berjaya menghabiskan Silibus sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pada masa yang sama di sekolah tersebut terdapat seorang penolong kanan yang memang sudah terkenal dengan sikap acuh tak acuh ,lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran. Kadang-kadang nampak sangat dia tak tahu bidang tugas yang sepatutnya.

Sikap nya yang ego dan kerap kali tidak mahu mengakui kesilapan serta tidak mahu mengaku yang dia tak tahu tentang satu-satu perkara menyebabkan banyak tugas-tugas di bawah bidang tugasnya tergendala.

P&P tak usah cerita la. Memang out of Service. Ini diburukkan dengan tugas-tugas luar yang entah apa-apa. Boleh dikira dalam setahun berapa kali dia ke sekolah. Pengetua agak sukar mengambil tindakan ke atasnya memandangkan kabelnya besar sama ada di Kementerian atau Jabatan .

Segala macam tugas luar diterimanya. Ini menyebabkan dia jarang sangat ada di sekolah. Kadang-kadang tugasnya terpaksa ditanggung oleh orang lain. Maklum la tugas luar tu dapat elaun dan pelbagai imbuhan lain. Aku rasa elaun dan pelbagai imbuhan kalau dicampurkan dengan gaji bulanan aku rasa amaunnya mengalahkan gaji pengetua.

Ramai juga guru-guru biasa yang apabila dulantik menjadi penolong kanan akan mengurangkan jawatan atau melepaskan terus tugas-tugas luar seperti JU, penggubal soalan dan sebagainya. Namun Penolong kanan aku yang sorang ni aku rasa tugas luarnya bukannya berkurang sebaliknya semakin bertambah.

Pihak sekolah pun takkan perasan kemana dia pergi sebab hampir setiap minggu dia tiada di sekolah. Kalau dia melencong ke tempat lain pun tiada siapa yang tahu. Berbalik kepada kisah Cikgu Faizul tadi. Cikgu Faizul dan penolong kanan ni mengajar subjek yang sama.

Namun sebagaimana biasa kelas Cikgu penolog kanan ni memang terabai. Dia jarang masuk. Silibus tak habis dan budak tak tahu apa-apa berkenanan subjek tersebut. Kome tahu apa yag dilakukannya kepada Cikgu Faizul?.

Pada pertengahan tahun dia menukarkan Cikgu Faizul mengajar di kelasnya yang jarang dia masuk dan penolong kanan tersebut mengambil kelas yang Cikgu Faizul mengajar. Ada patut ka?. Ada akai ka penolong kanan macam tu?. Apa lagi mengamuk la Cikgu Faizul tambahan pulak apabila dia masuk ke kelas Penolong kanan tersebut pelajar-pelajar memang zero pengetahunnya tentang subjek tersebut.

Munkin Penolong kanan ni beranggapan dia ada kuasa dan boleh mengarahkan cikgu sesuka hati dia. Mungkin sebelum ni dah banyak kali dia buat perkara yang sama kepada Cikgu lain namun cikgu lain tu hanya berdiam. Namun tidak kepada Cikgu Fauzi. Akhirnya perkara ini sampai ke pengetahuan pengetua. Namun macam biasa tiada apa-apa tindakan yang diambil memandangkan dia amat kebal.

Baru-baru ini penolong kanan tersebut dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Alamatnya hancurlah sekolah tersebut memandangkan dia jarang ada di sekolah. Sebenarnya memang dah hancur pun sekolah tersebut. Keputusan peperiksaan awam sekolah tersebut antara yang tercorot di Perak.

Ramai guru yang menarik diri apabila dipostingkan ke sekolah tersebut dan yang lebih malang ibu bapa dah mula bercadang untuk menukarkan anak-anak ke sekolah jiran memandangkan pelbagai masalah yang berlaku di sekolah tersebut. Sekolah tersebut antara sekolah yang cemerlang satu ketika dulu.

Namun apabila nasib sekolah ini berada di tangan-tangan mereka yang tiada tanggungjawab, bersikap lepas tangan dan bersikap ego tak bertempat serta sibuk dengan tugas-tugas luar akhirnya punah-ranah sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...