Nuffnang

Pengikut

Rabu, 4 November 2009

Derhoyan

Cerita 28 Top 60

"Ayah bila le musim derhoyan ni, haikal dah lama tak makan derhoyan". Tiba-tiba anak aku yang nombor empat bersuara dalam nada yang sayu. Kesian jugak aku mendengor, kenyataannya itu, rasa sedih pun ada. Sebab aku tau dia memang suka makan derhoyan.


Masalahnya masa tu bukan musim derhoyan. Mana aku nak cari derhoyan. Aku perhati jugak sepanjang jalan kot-kot ada derhoyan siam. Tak mandang wei. Jenuh mencarinya. Baru-baru ni semasa aku dan keluarga nak balik ke Kg.Jelai, Batu Kurau (Kampong orang rumah aku) aku singgah di perhentian Bukit Gantang sebagaimana biasa.


Aku suka singgah kat sini sebab banyak buah yang fresh.Sambil-sambil tu aku menjeling-jeling ke gerai kat situ kot-kot ada derhoyan. Memang ada tapi harganya boleh tahan juga RM 8.00 ringgit sekilo. Demi anak-anak terpaksa juga le aku beli derhoyan tu. Ajak deme turun kereta dan makan kat situ.


Seronoknya tengok anak nombor empat aku makan. Bersungguh-sungguh dia makan. Berseri-seri mukanya dapat derhoyan. Dalam hati aku rasa pueh sangat dapat menunaikan permintaan dan hajat anak-anak aku. Agaknya inilah rasanya ayah dan emak kita dulu apabila dapat menunaikan segala permintaan anak-anak.


Cuma aku tertanya-tanya macam mana pula perasaan emak bapak yang susah dan miskin. Apa pula agaknya perasaan mereka apabila tak dapat menunaikan permintaan anak-anak. Selalu kita tengok dalam program reality TV3 bersamamu.


Aku masih ingat lagi zaman emak bapak aku susah dulu semasa aku masih kecil. Kami keputusan beras. Yang aku nak juga makan nasi. "Nak makan nasi" "nak makan nasi". Bentak aku kepada arwah emak .


Aku tengok emak aku teresak-resak menangis sambil mencari-cari dalam bekas beras kot-kot ada beras lagi. Tengok dalam bekas beras kering. Duit nak beli tak de. Macam mana le perasaan nya ketika itu. Tentu hampa yang terangat sangat. Yang aku asyik meraung-raung. Kalau aku berada dalam situasi ini pun tentu aku tension.


Akhirnya dengan menebalkan muka terpaksa la emak aku minta belas kasihan jiran untuk pinjam beras (macam cerita Ali baba bujang lapuk). Demi untuk anak-anak seorang ibu sanggup berkorban apa saja. Mulai hari itu emak aku bertekad untuk mengubah kehidupan dengan berniaga.


Macam-macam perniagan yang dibuat sehinggalah dia terlantar sakit dan meninggal dunia. Saat akhir sebelum dia strok pun dia masih berniaga. Malahan ada yang mengaitkan kematiannya dengan masalah dengki-mendengki dalam perniagan. Yang tu aku tak nak komen. aku serahkan kepada yang maha berkuasa. Wallahu alam.

3 ulasan:

  1. Anjang, aku pun kecik-kecik dulu, bukan mewah. Ayah buruh majlis bandaran, emak sepenuh masa di rumah.

    Ada ayam lebih, kami juey. Ada nangka masak, aku le keliling kampung juey dgn beskal tua.

    Anak-anak sekarang, tengok ayam kampung pun teruja. Tapi kalu suruh kejo, sampey sudah dia mengah aje...

    BalasPadam
  2. betui, betui, betui, Anak member aku yang tinggal di kl menangis apabila tengok lembu kena sembelih. Seumur hidup tak peronah tengok lembu.
    Itu le bebudak sekarang

    BalasPadam
  3. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...