Cerita 47 Top 60
Peristiwa kedua juga berlaku tidak lama dahulu. Yang ni lebih tragis kerana melibatkan anak aku yang menjadi mangsa keadaan . Masa itu aku cuba mengubah minuman mereka dari susu skim ke Milo.
Almaklum la masa tu duit susu sahaja hampir RM 300 ke RM 400 sebulan.Ada 3 orang anak aku yang masih menghisap minum susu skim. Memang parah. Pamperpun hampir RM 400 sebulan. Maka sebagai alternatif aku cuba menukar minumannya kepada Milo. Dapatlah aku berjimat sedikit.
Sudah menjadi kebiasannya selalunya orang rumah yang akan membacuh susu setiap kali anak-anak merengek nak susu. Entah macam mana pada satu hari itu anak aku yang nombor tiga tu mengamuk-ngamuk hendak minum milo dalam botol susunya.
Dengan niat untuk membantu dan meringankan beban orang rumah aku pun segera mengambil botol susu anak aku. Dengan berhati-hati aku masukkan milo, gula, sedikit susu air panas dan ayor mati. Kemudian aku kocak sekuat hati bagi memesrakan semua bahan-bahannya.
Dengan confiden dan kebanggaan yang meluap-luap di hati kerana dapat membantu orang rumah, aku pun menghulurkan botol susu yang berisi Milo kepada anak aku. Aku rasa susu ni mesti sedap sebab semua ramuannya cukup dan tip top.
Anak aku pun apa lagi, apabila nampak je botol susu cepat je dia menyambar botol susu dan terus menyonyotnya. Aku berasa lega kerana berjaya juga hasrat aku untuk membantu orang rumah dan mebancuh Milo untuk anak aku. Sedap je aku tengok dia menyonyot botol tersebut
Namun tidak berapa selepas itu anak aku sudah tidak mahu menghisapnya lagi. Katanya tak sedap. Tak macam mak buat. Apabila dia cakap macam tu aku rasa bengang jugak. Penat-penat aku buat langsung tak dihargai.
Aku pun cuba rasa betul ke tak sedap. Nyonyot la sikit botol tu. Mak oiii masinnya ngapa pulak Milo ni masin?. Perisa baru ke.Patut la anak aku kata tak sedap. Baru aku perasan botol gula dan botol garam memang orang rumah aku letakakan dekat-dekat.
Disebabkan terlampau confiden ropa-ropanya akun tersalah cedok. Botol garam ku sangkakan botol gula. Apalagi terminum lah anak aku resepi baru yang ditemui secara tak sengaja Milo perasa garam . Kwah.....kwah....kwah...... Rasa malu pun ada. Nampak sangat jarang masuk dapur.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan