Nuffnang

Pengikut

Isnin, 16 November 2009

Kambing Jamnapari

Cerita 36 Top 60

Kambing ! kambing ! kambing. Dalam hidup anak murid aku yang sorang ni yang dia tau hanya kambing. Aku dah mengajo dia hampir 2 tahun. Dari dulu hingga sekarang topik yang suka diceritakan dengan aku tak lain tak bukan ialah kambing.

Mungkin disebabkan bapanya seorang pengembala kambing. Oleh itu hampir setiap hari dia ke kandang kambing. Kadang-kadang kambingnya nak beranak dia akan cerita pada aku. Kambingnya meragam tak mau makan pun dia akan cerita kat aku.

Antara jenis kambing yang dipeliharanya ialah Kambing Jamnapari. Katanya kambing itu mahal harganya. Aku pun tak tahu betul ke kambing tu mahal harganya. Pengetahuan aku tentang kambing sangat naïf.

Aku suka melayan cerita kambing dia ni sebab banyak juga info baru tentang kambing yang aku pelajari . Namun apabila aku menyuruh dia menulis karangan cukup la susah. Kalau bercerita bukan main sedap, terhibur aku mendengarnya. Pada satu aku mendapat idea. Aku menyuruh dia menulis karangan tentang kambing. Agak positif responnya. Banyak betul idea yang ditulisnya tentang kambing.

Cuma yang jadi masalah sekarang ni, apa juga tajuk karangan yang aku bagi mesti ada cerita kambing di dalamnya. Ini yang memeningkan aku. Antara tajuk karangan yang aku berikan kepadanya ialah Faedah Menabung .

Mula-mula ok je dia tulis, akhirnya ada juga terselit cerita tentang kambing. Katanya dia suka menabung sebab nak beli kambing. Bila kambing membiak dia akan menjual kambing dan dia akan mendapat banyak duit. Akhirnya dia boleh beli kereta, rumah dan jadi kaya.

Aku member pula karangan tentang hari raya. Ada jugak diselitkan watak seekor kambing di dalam ceritanya . Pada pagi hari raya bapa saya sembelih kambing untuk dibuat lauk. Sungguh sedap rasanya. Begitulah tulisannya. Kadang-kadang rasa nak gelak jugak.

Untuk mengelakkan dia menulis tentang kambing, aku bagi satu tajuk yang mungkin dia tidak boleh mengaitkan tentang kambing. Aku pun menyuruh dia menulis tentang permainan bolesepak. Cuba kome baca ngan teliti karangannya. Setiap hari saya main bolasepak. Saya main dengan kawan-kawan. Saya menyepak bola. Tapi tak gol. Bola itu terkena kambing yang sedang makan rumput di tepi jalan.

Akhirnya walau tajuk apa pun yang aku bagi yang pasti baginya mesti ada watak kambing di dalam ceritanya. Aku teringat member aku yang di gelar Hishamuddin shottorn (spesis kambing gurun).

Jangan main-main tentang kambing ni. Hari ini ramai member aku yang kaya dengan hasil kambing dan ada yang bertaraf jutawan senyap hanya kerana kambing. Mbek....... Mbek........Mbek.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...